Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Sunday, April 5, 2009

Mabuk Dalam Cinta Terhadap Allah


Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."
Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."
Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.
Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.
Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.

2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.

3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.

4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.

5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada

Guruh & Kilat - Uniknya Ciptaan Illahi



Kilat saling sambar-menyambar serta guruh berdentam dentum bagaikan menunjukkan tanda marah… rasa bergetar jantung. Takut. Tempat duduk terasa turut bergegar akibat daripada bunyi guruh yang terlalu kuat. MasyaAllah… Hati yan sensitif pada kemarahan mula risau. Ya Allah..janganlah Engkau marah kepadaku kerana kesalahanku. Ingatkanlah aku apa yang aku terlupa agar aku menjadi hamba yang sentiasa bertaubat kepadaMu.
Subhanallah…sungguh unik segala yang Engkau ciptakan.. Engkau gantungkan langit tinggi diatas sana. Dari ketinggian itu akan keluarnya nikmat untuk hambaMu. Dari ketinggian itu juga bisa keluar bunyi yang amat kuat ini. Sedari kecil sampailah sekarang, diri masih takjub dengan penghasilan bunyi yang datangnya dari langit. Bagaimana bunyi itu terjadi? Darimana datangnya? Bagaimana cahaya yang terang itu boleh terhasil? Sungguh segalanya itu menunjukkan kepada kearifan Khaliq yang Maha Mencipta. Setiap tabiat alam yang kelihatan berlaku secara natural ini, ada kajian sains yang sangat unik disebaliknya kejadiannya. Betapa agung pengetahuan Sang Pencipta. Segalanya berlaku tanpa kawalan manusia yang dikatakan ‘berkuasa’ diatas muka bumi ini. Tetapi segalanya berlaku di dalam kawalan ‘programmer’ yang sangat tinggi pengetahuannya.

Kilat adalah suatu cahaya terang yang akan terbentuk semasa pelepasan arus elektirik di atmosfera. Petir terjadi ketika belaku tegangan elektrik yang tinggi pada dua titik yang terpisah di atmosfera, sama ada ianya berlaku antara awan, antara awan dengan permukaan bumi, atau antara dua permukaan bumi

Satu sambaran petir berukuran tenaga yang dapat menyalakan sebuah lampu yang mempunyai tenaga 100 watt selama tig abulan. Sebuah sambaran kilat mempunyai ukuran tenaga elektirik sebesar 20 amp. Manakala kilat bergerak dengan kelajuan 150 km/detik, atau setengah kecepatan cahaya(laju cahaya=3.00x108 km/s), dan 100 kali ganda lebih laju dari kelajuan suara.

Kilat dan petir berlaku sekurang-kurangnya dalam dua sambaran. Pada sambaran pertama muatan negative mengalir dari awan ke permukaan tanah. Kilat pertama ini kurang terang dan cabang-cabang kilat biasanya akan terlihat daripada jalur kilat yang utama. Ketika sambaran pertama ini mencecah permukaan tanah, sebuah muatan berlawanan terbentuk pada titik yang akan disambarnya dan arus kilat kedua yang bermuatan positif terbentuk dari dalam jalur kilat utama tersebut terus menuju awan. Dua kilat tersebut biasanya berada sekitar 50 meter di atas permukaan tanah. Arus pendek terbentuk di titik pertemuan antara awan dan permukaan tanah tersebut, dan hasilnya sebuah arus elektrik yang sangat kuat dan terang mengalir dari dalam jalur kilat utama itu menuju awan. Perbezaan tegangan pada aliran lelektrik antara awan dan permukaan tanah ini melebihi beberapa juta volt.

Panas yang dihasilkan oleh petir adalah 10 kali lebih tinggi daripada kepanasan yang digunakan unutk meleburkan besi. Manakala cahaya yang dihasilkan oleh petir lebih terang daripada cahaya 10 juta lampu pijar berdaya 100 watt. Sebagai pembanding, satu kilatan petir menyinari sekelilinginya secara lebih terang dibandingkan ketika satu lampu pijar dinyalakan di setiap rumah di Istanbul. Allah mengarahkan perhatian pada kilauan luar biasa dari petir ini dalam Qur'an,

"Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menjadikan awan bergerak perlahan,kemudian mengumpulkannya, lalu Dia menjadikannya betumpuk-tumpuk, lalu engkau lihat hujan keluar dari celah-celahnya, dan Dia juga menurunkan (butiran-butiran) ais dari langit, (iaitu) dari (gumpalan-gumpalan awan seperti) gunung-gunung, maka ditimpakan-Nya (butiran-butiran ais) itu kepada siapa yang Dia kehendaki dan dihindarkan-Nya dari siapa yang Dia kehendaki. Kilauan kilatnya hampir-hampir menghilangkan penglihatan." (QS. An Nuur, 24:43)

Kilat terjadi dalam kadar waktu yang sangat singkat. Suara guruh yang mengikutinya disebabkan oleh pemanasan mendadak dari udara di sekitar jalur petir. Akibatnya, udara tersebut memuai dengan kecepatan melebihi kecepatan suara, meskipun gelombang kejutnya kembali ke gelombang suara normal dalam jarak beberapa meter. Gelombang suara terbentuk mengikuti udara atmosfer dan bentuk permukaan setelahnya. Itulah sebab terjadinya guruh dan petir yang susul-menyusul.

Saat kita merenungi semua perihal petir ini, kita dapat memahami bahwa peristiwa alam ini adalah sesuatu yang menakjubkan. Bagaimana sebuah kekuatan luar biasa semacam itu muncul dari partikel bermuatan positif dan negatif, yang tak terlihat oleh mata biasa. Seolah-olah menunjukkan bahawa petir diciptakan dengan sengaja. Molekul-molekul nitrogen yang sangat penting untuk tumbuhan, muncul dari kekuatan ini, sekali lagi membuktikan bahwa petir diciptakan dengan kearifan yang khusus.

Allah secara khusus menarik perhatian kita pada petir ini dalam surah Ar-Rad(guruh)
Dialah yang memperlihatkan kilat kepadamu, yang menimbulkan ketakutan dan harapan, dan Dia menjadikan mendung. Dan guruh bertasbih memuji-Nya (demikian pula) para malaikat kerana takut kepada-Nya, dan Allah melepaskan halilintar, lalu menimpakannya kepada sesiapa yang Dia kehendaki, sementara mereka berbantah-bantahan tentang Allah, dan Dia Maha Keras siksaan-Nya (Ar-Rad: 12-13)

Dalam ayat ini Allah berfirman bahwa Dia menghadirkan petir pada manusia sebagai sumber rasa takut dan harapan. Allah juga berfirman bahwa guruh yang muncul saat petir menyambar bertasbih memujiNya. Allah telah menciptakan sejumlah tanda-tanda bagi kita pada petir. Kita seharusnya berfikir dan bersyukur bahawa guruh yang mungkin belum pernah difikirkan oleh kebanyakan manusia dengan seteliti ini, dan yang menimbulkan perasaan takut dan pengharapan dalam diri manusia, adalah sebuah sarana yang dengannya rasa takut kepada Allah semakin bertambah dan yang dikirim olehNya untuk tujuan tertentu sebagaimana yang Dia kehendaki.

Wednesday, March 25, 2009

Tuesday, March 24, 2009

al-Qur'an & Sirah

Memerhati bagaimana masyarakat moden ini memperlakukan al-Quran dan sirah nabi. Terasa agak jauh…atau boleh dikatakan…jauh sekali caranya dengan cara khilafah terdahulu memperlakukannya. kita bukan sahaja mahu belajar sirah nabawi sekadar untuk tahu cerita orang-orang terdahulu. Tetapi mengkaji sirah adalah untuk megambil pelajaran daripadanya supaya ianya boleh diamalkan dalam sistem kehidupan seorang muslim.

jika sirah nabi dihayati sekadar untuk mengingati kronologi sirah hidup Rasulullah, maka ianya akan menjadi suatu yang amat membosankan. Apa tidaknya, cerita itu cerita orang dulu-dulu, tamadun dahulu kala, jauh sekali bezanya dengan zaman moden ini. Ceritanya pula mungkin sesuatu yang tidak diamalkan. Jadi betapa jauhnya sirah murni itu dari konteks kehidupan kita. Maka jadilah ia sekadar penglipur lara. Tetapi jika kita mengambil sirah murni itu sebagai panduan dalam pengamalan kehidupan kita, maka ia akan menjadi sesuatu yang excited untuk dipelajari..sesuatu yang hidup dalam diri.Lihatlah kepada kejayaan

· Khilafah khulafa ar-Rasyidin...

· Shalahuddin al-Ayyubi

· Muhammad al-Fateh

· Ikhwanul Muslimin...

Mereka ini mengambil cara Rasulullah dalam melaksanakan sistem kehidupan...perang, dakwah, ekonomi, akhlak dsb...kerana itulah contoh sistem kehidupan yang terbaik, yang tidak pernah wujud lagi sistem hidup yang lebih baik, sebelum atau selepasnya.

Sebagaimana mereka mampu mengambil contoh kehidupan Rasulullah, walaupun setelah kewafatan baginda, begitulah juga seharusnya kita.Kita belajar al-Quran dan sirah bukan sekadar untuk mencari bukti kebenaran kajian moden,tapi pengamalan hidup kita sebagai muslim sememangnya harus perlu begitu..mengikut cara al-Quran dan sunnah.

kita ini berada pada zaman lebih maju daripada zaman mereka...kenapa Islam pada zaman ini tidak semantap Islam di zaman khilafah..? Mungkin contoh nilai kehidupan yang murni itu telah dibuang.. terhakis tanpa sedar. Yang mana ianya dirasakan sudah tidak relevan untuk diamalkan. Amat rugi sekali.

Kemudian kitab itu kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu diantara mereka ada yang menzalimi diri sendiri, ada yang pertengahan dan ada (pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah kurnia yang besar.(Fatir: 32)

Ianya bukan sahaja terjadi dikalangan muslim yang tidak mahu mendalami Islam, tetapi juga dikalangan muslim yang banyak mengkaji Islam, yang mana Allah uji diri mereka dengan ilmu yang ada pada mereka. Wana’uzubillahi min zaalik. Sepertimana yang disebutkan dalam satu hadith

Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan baginya, maka akan diberikan kefahaman dalam agama(matan?)

Berbeza caranya masyarakat pada zaman Rasulullah mempelajari al-Quran dan menuruti sunnah dengan masyarakat kini. Masyarakat pada zaman itu mengkaji al-Quran dan menuruti sunah kerana hati mereka secara total mengatakan itulah panduan hidup yang perlu diamalkan. Dalam pengkajian itulah akan terlahir lagi bukti sains yang akan mengajarkan cara kehidupan ini berkembang dengan teknologi, seterusnya akan menyemarakkan lagi keimanan mereka. Malah telah terbukti bahawa dengan kemantapan itulah, telah terlahirnya satu ketamadunan ilmu di kalangan masyarakat Islam. Begitulah cantiknya kehidupan mereka terbentuk dengan sibghah(acuan) Allah. Tetapi apa yang terjadi kepada muslim kini adalah terbalik. Mengkaji al-Quran dan mencari sunnah untuk mencari bukti penemuan sains dan uniknya kejadian alam yang turut dinyatakan dalam al-Quran. Malah untuk meyakinkan bahawa al-Quran itu adalah panduan utama, terpaksalah dicari penemuan-penemuan sains yang terdapat didalam al-Quran untuk menjadi dalil penguat hujjah.

Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kebesaran) Kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa al-Qur’an adaah benar. Tidak cukupkah (bagi kamu) bahawa tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu. (Fussilat:53)

Secara teori, amat mudah untuk dihuraikan. Tetapi pengamalannya memerlukan mujahadah. Penghuraian sebenarnya melatih diri untuk berfikir, melatih untuk menjadi ulil albab seperti yang dinyatakan dalam surah Ali-Imran.

Orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadan berbaring dan memerhatikan penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), “ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Maha suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka” (Ali-Imran: 191)

Walau pengamalan, sebenarnya belum cukup sempurna dari orang yang menghuraikan. Sesungguhnya segala ilham datangnya dari Allah, dengan kebenaran Allahu ta’ala… Semoga segalanya dalam pemeliharaan Allah..

Jadi…untuk diri yang masih kecik, idea ini ditujukan khas buat dirimu..untuk pemantapan dirimu..

Saturday, March 21, 2009

Hikmah Amazing Race (HIKMAR)

Alhamdulillah… harini kami telah dijemput untuk menyertai satu explorasi yang telah diadakan oleh kelab Hikmah…dah lama tak jadi peserta. Seronok sangat dapat jadi peserta program. Lagi feel rasanya untuk menghayati objektif dan matlamat yang perlu dicapai dari program tersebut sebab tak perlu fikir banyak perkara. Feel fasi dan feel peserta sudah tentu berbeza. Tema amazing race kali ini adalah bersesuaian dengan mode pada masa ini iaitu sirah Nabawiyyah. Sangat menarik bila dibuat dalam bentuk explorasi kerana ianya lebih mudah dihayati kerana ruhnya dapat dirasai. Lebih-lebih lagi bila ianya berkaitan dengan sirah, sesuatu yang berlaku suatu ketika dahulu, tamadun terdahulu.

Bila tahu ianya adalah exporasi satu UTM…fuh penatnya… tapi bila dihayati apa yang ingin disampaikan dalam exporasi tersebut… Wow it is amazing.

Bermula diawal pagi…berkenalan dulu dengan sahabat Hikmah. Wah…dapat sahabat baru. Waktu explorace bermula,matahari dah mula menampakkan diri, tersenyum menarik. Panas nampaknya cuaca harini. Nak pusing satu UTM. Sun burn…. Sun burn….

Di check point pertama, pelajaran yang dapat dikutip adalah: kita mesti bergerak dengan amal jama’ei dalam satu saff yang teratur, mendengar arahan ketua dan apa lagi?

Bergerak ke check point ke-2, tugasannya adalah menolong makcik kafe buat kerja dapur. So kami pun basuhlah pinggan, basuh sayur, buat air dan lain-lain kerja dapur. Kerja-kerja tu memang pernah buat, tapi bukanlah di dapur makcik kafe UTM. Dan kami disuruh bagi rasional. Bla…bla… tapi rasional yang nak ditekankan adalah: Untuk menghayati bagaimana keadaan orang yang bekerja untuk mendapatkan rezeki. Walau serendah mana pun martabat pekerjaan seseorang di mata masyarakat, kita seharusnya tidak menjadi orang yang membezakan darjat. Dan sebagai seorang pendakwah, kena banyak bergaul dengan masyarakat. Rasulullah juga banyak bergaul dengan masyarakat, berurusan dipasar sepertimana masyrakat lainnya. Mendekati tetamu-tetamu Makkah, membacakan al-Quran kepada mereka sehinggakan tetamu dari Yathrib terpesona dengan ayat al-Quran lantas memeluk Islam.

Check point ke-3: Ada orang dalam kesusahan, keretanya rosak. So kami ditugaskan untuk menolak kereta. Fuh… yang ini memang seumur hidup tak pernah buat. Dapat satu pengalaman baru.. Maka kami diberi rasional: sentiasa merendahkan diri untuk menolong sesiapa sahaja yang dalam kesusahan. Disingkap lagi sejarah Rasulullah. Sesekali, mengambil alih tempat fasi untuk memberi rasional. Teringat satu peristiwa semasa Rasulullah hijrah ke Madinah. Baginda, Abu Bakar dan juga Abdullah bin Uraqit(penunjuk jalan hijrah Rasulullah) telah berhenti di satu rumah (rumah Ummu Ma’bad)kerana kehabisan bekala makanan. Namun si tuan rumah tidak mempunyai bekalan makanan untuk mereka. Rasulullah ternampak seekor kambing yang sangat kurus lalu menawarkan diri untuk memerah susu kambing tersebut(sebelumnya kambing tersebut tidak dapat mengeluarkan susu). Setelah susu kambing tersebut dapat diperah, Rasulullah terlebih dahulu memberikannya kepada Abu Bakar, kemudian kepada Abdullah bin Uraiqit, kemudian barulah untuk diri baginda sendiri. Setelah itu baginda memerah lagi susu kambing untuk diminum oleh Ummu Ma’bad dan memerah lagi untuk suami Ummu Ma’bad, Aksam. Setelah itu mereka meneruskan perjalanan. Indah kan peribadi Rasulullah? Kalaulah kita ini adalah seorang cendikiawan, hartawan atau bangsawan atau wan wan yang lain, bolehkah kita meletakkan martabat kita sama dengan cleaner yang membersihkan pejabat kita. Sanggup tak buat air untuk cleaner tu? Teringat satu pengajaran dari satu cerita lagi, “martabat kita adalah sama”

Than meneruskan lagi perkejaran ke check point seterusnya, Perpustakaan Sultanah Zanariah(PSZ) yang menjadi tempat kegemaran saya ketika di tahun satu(sekarang?) Kami dikehendaki membuat ulangkaji sirah nabawi. Lama sangat duduk buat revision, macam nak buat assignment. Selepas itu, kami dikehendaki membentangkan dihadapan fasi. Bukan semata nak bagi fasi bagi markah penuh, tapi apa yang lebih penting adalah kefahaman dikalangan peserta. Memang banyak input terbaru daripada peserta. Kita mungkin banyak kali mendengar sirah Rasalulah, sedari kecil sampailah sekarang. Tapi tidak mengkaji sirah tersebut dengan mendalam atau tidak mengambil hal lain dari sirah nabi melainkan hanya kronologi. Jadi pada hari ini dapatlah dilihat kemantapan peserta membentangkan Sirah Rasulullah dari skop yang lebih besar.

Check point seterusnya: Pondok Kawalan Pak Guard. Apa yang amat menarik parhatian saya adalah pak guard yang jadi fasi. Fullamak…memang tak pernah terfikir nak buat macam ni. Tapi pak guard- pak guard semua sporting sangat. Kerjanya, kami kena tahan kenderaan pelajar untuk diberi risalah. Pak Guard tu pun ajarlah kami nak tahan pelajar gaya pak Guard. masyaAllah…benda ni memang tak pernah terfikir nak buat. Lepas dah dapat klu, pak Guard tolong tahankan kereta untuk kami ke check point seterusnya. Pak Guard tak tanyalah pulak rasionalnya untuk check point yang ini ek..huhu..saya pun tak tahu nak relate.

Check point seterusnya kena cari gula-gula dengan menutup mata, kecuali ketua kumpulan(beri arahan). Selama ni mencipta modul macam ni untuk peserta program. Kali ini barulah dapat merasa sendiri feel untuk slot macam ni. Apa yang dapat dikutip disini selain gula-gula tu adalah: perlu mengikut arahan ketua. Bila di relatekan dengan situasi…. kita biasanya akan disuruh buat itu dan ini oleh ketua. Bila kita buat sesuatu tapi kita tak tahu dimana hasilnya, kita akan rasa nak marah kepada yang memberi arahan. (apa mendalah dia ni? Betul ke dia bagi arahan ni? Banyak sangat, mana satu nak buat ni?) Tetapi seseorang ketua itu mungkin lebih tahu apa yang kita tidak tahu, mempunyai sedikit kelebihan daripada kita. (di analogikan dari orang buta dan tak buta). Tetapi once kita telah melantik seseorang ketua, kita ibarat sudah berbai’ah kepada diri sendiri bahawa, kita perlu mengikut segala arahan ketua selagi tidak melanggar syariah dan pentingnya berbincang dalam menentukan corak kerja(dianalogikan dari perbincangan menentukan bahasa yang akan digunakan untuk membuat pencarian). Dan selepas itu bersyukur sangat dapat makan gula-gula tu sebab masa tu lapar sangat.

Dan check point terakhir di FKM. Maka dapatlah kami bersiar-siar sambil mencari check point di bahagian makmal. Makmal marin, makmal automotif dan akhirnya berjumpalah dengan satu helikopter yang tersadai di atas sana. Memang tak pernah terfikir akan sampai ke sini. Di sini kami disuruh membuat bom dan selepas itu main perang-perang lawan dengan geng fasi. Yey… kami menang. Kami ada strategi buat bom…huhu… rasanya fasi macam tak tanya rasional. Tapi nak bagi jugak. Rasionalnya: bagi saya lebih untuk menghayati semangat saudara kita di Gaza, jadi masa buat bom dan berperang saya memang terbayangkan situasi tersebut. Maka dengan bersemangatlah saya mencipta strategi bom, dan kami pun berbincang strategi peperangan. Barisan penyerang siap ada layer lagi. Dan kita seharusnya bersedia untuk situasi tersebut sekalipun negara kita nampaknya masih aman dari serangan fizikal seperti itu. Jadi ikutlah sunnah nabi, belajar seni mempertahankan diri, belajar berkuda, memanah, dan berenang.

Disamping berkejaran cari check point, disuruh sudahkan teka silang kata. Berkisar tentang sirah juga. Maka perahlah otak, cari dalam buku kat PSZ dan internet juga. Geram sangat bila tahu tapi lupa. Ilmu hak Allah.

Alhamdulillah diberi kecukupan stamina untuk menyudahkan amazing race ini(3 tahun membina stamina berjalan kaki). Cuaca panas yang mengiringi harapnya tak menyebabkan demam. Yang pastinya…. Sun burn lagi…… Tapi apa yang diperoleh adalah lebih baik dari itu.

Seronok lah tersangat dapat join explorace yang amat bermakna ini. Seronok++ kerana dapat menjadi peserta. Apa yang lebih baik dari kemenangan adalah, ilmu yang dapat kami timba dari explorace ini. Teamwork, ta’aruf(especially dengan MT saya), merasa ruh sirah dan lain-lain lagi. Harapannya agar semua yang terlibat merasa ruh yang sama..

Wednesday, March 18, 2009

Habbatus Sauda


Khasiat Habbatus Sauda’

Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam”. Aku bertanya. “Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, “Al-Sam itu ialah maut”
Riwayat Imam Bukhari.

Daripada Buraidah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat segala penyakit kecuali mati”.
Riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al-Tibb dalam himpunan hadith-hadith sahih no. 1819.

Daripada Abu Hurairah, beliau pernah mendengar Rasulullah saw bersabda:
“Pada Habbatus Sauda’ terdapat ubat bagi segala jenis penyakit kecuali Al-Sam yakni maut”.
Riwayat Bukhari (10:118-119) ; Muslim (7:25) ; Ibnu Majah (2:342) ; Tarmizi (2:3 pada edisi BulaQ) ; dan Ahmad (2:241) menerusi riwayat Sufyan bin ‘Uyainah daripada Al-Zuhri dan Abu Salamah.


Habbatus Sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.

Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus Sauda …… merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.

Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus Sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).

Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.


Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:

  • Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
  • Antiarthritis, mengubati reumatik.
  • Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
  • Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
  • Antiseptik, mengubati bau mulut.
  • Antivirus, mengubati demam dan flu.
  • Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
  • Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
  • Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
  • Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
  • Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
  • Nematocidal, mengubati cacing pita.
  • Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).

7 ciri-ciri utama habbatus Sauda:

1. Nilai pemakanan

Habbatus Sauda kaya dengan:

monosaccharide glukosa, xylosa dsb.

polysaccharide

fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan

amino acid yang membentuk protein

karotene iaitu sumber vitamin A

kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi

Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine

Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor

Kajian in vitro mendapati habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria

Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)

Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu

Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.





Hasil Kajian

Analisis ekstrak mengenai minyak dan kesan-kesannya telah dilakukan di Amerika dan hasilnya menunjukkan bahwa minyak kuno itu juga mujarab untuk segala macam penyakit. Para saintis Amerika telah merasa yakin bahwa kesan antibakteri dan antimikotis dari minyak habbasSaudayang merupakan ubat Asia Timur dan di Asia berlangsung dalam waktu yang lama.Doktor di Mesir dan Cina menggunakannya untuk ubat segala macam radang serta infeksi jamur. Bahkan, para ilmuwan kanser Amerika secara meyakinkan telah membuktikan bahwa minyak habbasSaudamenurunkan kadar gula. Ekstrak Nigella Sativa membantu merangsang tulang sumsum dan sel-sel kekebalan. Demkian tulisan para ilmuwan kanker Immuno-Biology Laboratory dari Carolina Selatan. Selanjutnya, produksi interferon menghasilkan sel-sel normal terhadap kesan-kesan virus sel-sel yang merosakkan, menghancurkan sel-sel tumor, dan meningkatkan jumlah antibodi yang menghasilkan sel-sel B.

Seluruh fungsi ini menyebabkan minyak habbasSaudasebagai calon (alternatif) yang ideal untuk pencegahan dan pengobatan kanker. Para ilmuwan Amerika telah memplubikasikan bukunya yang pertama mengenai temuan “Study Of Black Cumin Oil On Human”. Para ilmuwan di Jerman kini juga sibuk menemukan kesan-kesan minyak Mesir yang berkaitan dengan tubuh manusia. Dr. Med. Peter Schleicher, ahli immunolog di Munich yang pada 1986 telah dinominasikan sebagai anggota termuda World Academy Scientists, menguji minyak habbasSaudadi lembaganya untuk menemukan terapi baru bagi penyakit kronis dan kesan-kesannya. Temuan-temuannya indentik dengan para koleganya di Amerika.

Schleicher menyatakan bahwa dengan menggunakan minyak habbas Sauda yang memiliki asam lemak tak jenuh, misalnya unoleat dan asam gammalinolen masuk ke organisme. Dengan demikian, kemungkinan mencapai sintesa kekebalan yang penting dan mengatur zat-zat yang diambil seperti dari prostaglandin E. Minyak linoleat menstabilkan membran-membran sel dan prostaglandin memiliki kesan mencegah radang. Dengan demikian, reaksi kekebalan berhenti yang menimbulkan penyakit dan bahkan merupakan awal dari penyakit kronis seperti jerawat dan demam hingga kanker.

Di samping fungsi sel yang berlebihan pada orang yang menderita alergi distabilkan, melalui zat minyak habbasSauda antibodi juga ditekan. Sistem kekebalan yang berlebihan pada kajian (ilmuwan) Amerika juga menguji bahwa sistem kekebalan yang salah dapat diatur kembali dengan kesan yang kuat dari minyak ini. Sementara itu, Scheleicher telah menguji kesan minyak ini terhadap 600 pesakit. Sebagai hasilnya, dia meyakinkan pengubatan untuk alergi sekitar 70% dari pesakitnya. Di antara mereka adalah alergi terhadap serbuk dan debu serta jerawat dan penyakit neuro-dermatologis. Pesakit asma dan lainnya pada umumnya memiliki ketahanan yang lemah dan mudah terkena infeksi. Dari alasan itu Dr. Schleicher di Munich akan memasukkan minyak itu ke dalam pengobatan preventifnya terhadap pilek dan influenza.

Di Timur Tengah, minyak ini telah digunakan selama ribuan tahun sebagai ubat untuk segala macam penyakit alergi, radang, gangguan menstruasi, tekanan moral, dan depresi, tetapi terutama terhadap bronkhitis, asma, dan neurodermatitis serta pencernaan yang buruk, bahkan impotensi.