Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Thursday, July 23, 2009

Sya'ban Menjelma, Ramadhan Kian Menjelang




Alhamdulillahi Rabbil ‘alameen…
Segala puji bagi Allah yang menciptakan sekalian alam… Yang bijaksana mencipta fenomena gerhana, aurora,kilat ,guruh dan sebagainya.. Sungguh itu suatu penciptaan yang Maha Teliti. Subhanallah..

Yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang. Yang sentiasa meletakkan nikmat dan kasih sayangNya sekalipun makhlukNya kian jauh untuk mengerti erti syukur.

Yang menguasai hari pembalasan. Yang akan menuntut janji yang sekian lama terpatri. Adakah kita menepatinya?

Hanya kepada-Mu ya Allah kami menyembah dan meminta pertolongan. Tiada yang lain, lebih atau kurang selayaknya untuk seorang hambaMu menyembah. Engkaulah kewujudan yang tiada akhir tempat kami meminta, sentiasa sudi mendengar dan mendodoikan hati kami. Maha suci Engkau yang Maha Pengasih, amat indah saat bersama-Mu. T

unjukkanlah kami jalan yang lurus. Jalan orang yang telah Engkau berikan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang Engkau murkai, bukan juga jalan orang yang sesat. Kami insan yang selalu lupa, malah rabun. Disangka jalan itu benar, tetapi sebenarnya salah. Jika tidak dengan belas kasih-Mu, maka terjerumuslah kami ke jurang nafsu.


Alhamdulillah… Atas segala nikmat Allah yang tidak terhitung banyaknya. Betapa pemurahnya ar-Rahman sehingga segala apa yang Dia kurniakan, tidak pernah diminta imbalannya.


Aku tidak menghendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak menghendaki agar mereka memberi makan kepadaKu. Sungguh Allah, Dialah Pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh. (52:57-58)


Dia menciptakan manusia, hanya untuk mengenal diriNya sebagai tuhan, serta menjalankan tanggungjawab manusia sebagai hamba Allah,tetapi khalifah dimuka bumi.


“Aku hendak menjadikan khalifah di bumi” (2:30)


Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku. (52:56)


Alhamdulillah… kita sudah melangkah ke satu bulan yang baru, bulan Sya’ban. Yang lebih mengingatkan kita pada bulan yang dinanti oleh para ‘abid yang merindui saat indah bersama Allah, iaitu bulan Ramadhan al-kareem. insyaAllah tidak sampai sebulan lagi kita akan melangkah ke singgahsana bulan yang dinanti. Menunggu dan menunggu. Apa persiapan yang dibuat di saat penantian?


Meniliti fenomena kesibukan yang berlaku pada waktu sekarang. Masing-masing sibuk menyusun program-program untuk diadakan sebelum Ramadhan. Setiap hujung minggu siap tersusun dengan pelbagai program agar tidak mencecah ke bulan Ramadhan. Terfikir sejenak. Kenapa begitu? Adakah program disusun sebegitu agar diri dapat menumpukan perhatian pada ibadah di bulan Ramadhan? Alangkah bagusnya jika orang berfikir begitu. Berfikir itu saja sudah menimbulkan pahala, apatah lagi jika benar-benar melakukannya. Subhanallah… Atau adakah kerana tidak mahu berpenat di bulan puasa? Malah banyak aktiviti berat-berat, makan-makan tak dapat dibuat pada bulan tersebut? Mereka ini hanya mempersiapkan diri hanya untuk nafsu, diri mereka sendiri. Astaghfirullahal ‘azhim.. na'uzubillahu minzalik...


Jadi, yang mana satukah persiapan kita? Memerhati dan meneliti fenomena tersebut serta menyusun ia membentuk satu kesimpulan bukan bertujuan untuk kita mengutuk sesiapa. Malah itulah satu cara untuk bermuhasabah diri. Untuk asuhan diri sendiri, malah peringatan kepada yang lain, bila kita mengajak meraka kepada kebaikan.


“Kami nak minta enti sampaikan sedikit tazkeerah atau kuliah berkenaan dengan qiamullail dan kaifiatnya sebelum kita iftar petang esok.” Subhanallah. Adakah ini satu ketukan pada hati, bahawa saat itu kian menghampiri! Satu teguran Allah bahawa “kau sepatutnya sudah membuat persiapan!” Tertegun sejenak bila mendengar pelawaan rahmat itu, datang dari hati yang benar-benar menginginkan petunjuk Allah. Yang meminta sudah bersedia membuat persiapan untuk Ramadhannya, yang dipinta pula bagaimana? Mungkin inilah satu peringatan. Betapa pemurahnya rahmat-Mu ya Allah, Kau detikkan ilham-Mu pada sesiapa yang Engkau kehendaki.


Mengingati kembali perancangan yang disusun untuk bulan mulia yang hanya tersemat di fikiran, dengan harapan mampu untuk dilaksanakan. Suasana kesibukan ini rasa secepatnya mahu disudahkan, tapi mestilah dengan impak yang berkesan.


“ya Allah, izinkan aku melayari saat indah bersamaMu,
lengang sedikit dari hiruk pikuk dunia.
Kurniakan sedikit ruang untuk aku bersama-Mu sepuasnya,
lengang sedikit dari urusan bersama hamba-Mu”
hamba-Mu yang Kau jadikan cukup unik setiap satunya,
yang berkefahaman, unik dengan sikap mereka,
yang belum berkefahaman, unik dengan perangai mereka,
yang terkadang amat merunsingkan kepalaku,
yang terkadang amat memuakkan aku,
tapi Kau jadikan mereka itu untuk aku santuni…



Selamat beribadah…

Tuesday, June 30, 2009

Selamat Datang

Selamat datang kepada student baru ke UTM. Ahalan wasahlan...jemput menyertai kami...

Selamat bekerja ajen PPKI.. Semoga dikurniakan kehebatan akal dan kekuatan fizikal..

Monday, June 29, 2009

Hati Seorang Wanita

Hati wanita yang cukup lembut, sensitif, penyayang... Kenapa mengandung itu harus bagi wanita, tidak lelaki? Sedangkan lelaki lebih kuat dari wanita. Dan alam kandungan dikenal sebagai alam rahim yang bermaksud penyayang. Mengikut logik akalnya adalah kerana pada wanita itu ada sifat penyayang. Betapa penyayangnya seorang wanita itu sehingga dia boleh menanggung kesusahan mengandung 9 bulan. Perkara yang mungkin tidak mampu untuk dilakukan bagi seorang lelaki. Di sunting dari penerangan Ustaz Hasrizal.

Satu hari diri dipilih Allah untuk mendengar luahan rasa seorang wanita, yang bergelar isteri dan ibu. Dia mengajak saya membincangkan perihal perkahwinan. "Adakah ini menandakan aku sudah matang sehingga sudah boleh diajak berbincang hal begini?" Monolog sendiri. Huhu... Dia bercerita perihal keluarganya disamping beberapa nasihat turut dibekakalkan. Teringat satu dari pandangan beliau,"Elok juga berkenalan dulu sebelum kawin dik. Biar tahu h
ati budi dia...bla..bla..." Apa yang dia nak maksudkan adalah bercinta sebelum kahwin, supaya tidak timbul masalah dalam rumah tangga. Saya yang tidak setuju memberikan pandangan, "InsyaAllah perkahwinan akan harmoni jika batasan Islam dijaga sejak dari sebelum kahwin." "Tapi di zaman moden ni dah tak boleh pakai yang tu dik," bantah dia. Saya diam. Apa lagi nak kata kalau orang tua dah cakap macam tu? Habis kutu kat kepala semua mati cari jalan macam mana nak jawab keterangan tu. Dan akhirnya saya memilih untuk diam. Mungkin lebih baik.

Sebetulnya wanita itu inginkan seorang teman untuk dia menceritakan hari-hari yang dilaluinya. Dia yang juga seorang isteri dan ibu. Teringat saya penerangan ustaz Hasrizal, wanita itu bercerita bukan untuk mencari penyelesaian bagi masalahnya, tapi mencari ruang untuk dia luahkan isi hatinya, dan sebaliknya bagi lelaki. Jadi saya menjadi pendengar yang baik. Sesekali dia meminta pandangan saya. Saya jawab apa yang saya rasa, kerana semamangnya saya belum melalui alam itu. Wanita itu ada banyak perkara yang dia fikirkan, yang menjadi sensitif pada hatinya yang mungkin tidak bag
i seorang lelaki. Mempunyai anak yang ketiga-tiganya lelaki mungkin membuatkan dia terasa agak jauh untuk berkongsi perihalnya.

Terkenang umi kusayang di rumah sana. Umi yang suka bercerita pada saya yang balik ke rumah tika cuti. Yang suka bila saya menemaninya mema
sak di dapur sambil dia bercerita. Walau saya hanya jadi pengupas bawang. Bercerita tentang kehidupan dirumah ketika saya di perantauan. Cerita tentang adik yang degil, tak dengar cakap umi. Sampai suatu hari saya pernah kata pada umi, "Umi ni, pergilah marah kat diorang. Buat apa nak cakap kat kita." Tapi umi tak pernah marah kita balik bila kita cakap macam tu. Umi amat berlembut. Maaf umi... Masa tu hati budak hingus ni belum dapat fikir matang bahawa seorang umi memerlukan tempat untuk dia meluahkan isi hatinya. Agar gelojak rasa itu bisa kendur sedikit. Umi yang perlukan orang lain untuk berkongsi cerita hidupnya. Di dapur umi itu juga saya dapat banyak petua tentang kehidupan, yang umi kutip dari diari kehidupan umi, dan dari petua orang Melayu yang umi jaga. Supaya anaknya ini jadi penyantun.

Umi yang penyayang..
Semua yang terbaik umi adakan untuk kami.

Umi yang penat,
tapi masih menguatkan tenaga untuk memasak untuk kami.
Diari umi juga punyai berbagai cerita dan masalah,

tapi umi sentiasa bersedia untuk mendengar cerita kami yang berbagai pula d
engan cerita hidup
Terutamanya kita yang semakin manja dengan umi.

Umi yang sentiasa berkorban masa rehatnya untuk kami.
Sehingga pengorbanan itu membuatkan kita sentiasa tersedar jika kemalasan.
Umi yang tidak pernah lupa untuk menelifon kita dan adik-adik jika kami tidak sempat menelefon umi.
Segala yang terbaik umi berikan,

lahir dari sifat kasih sayang umi.

Sehingg
a segalanya sebenarnya tidak mampu untuk diungkapkan.
Tiada layak untuk dibalasi.
Hanya syurga Allah layak
nya untuk umi.
Jazakillah ya ummi..

Akanku bentangkan selaut masa yang ku ada agar umi bisa bercerita lagi...
Ya ummi...

Tuesday, June 23, 2009

....

Ya Allah jika aku jatuh cinta,

Cintakanlah aku

pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,

Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu


Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,

Izinkanlah aku menyentuh hati

Seseorang yang hatinya tertaut padaMu

Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…


Ya Rabbana jika aku jatuh hati,

Jagalah hatiku padanya

Agar tidak berpaling daripada hatiMu…


Ya Rabbul Izzati jika aku jatuh rindu,

Rindukanlah aku

Pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…


Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,

Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan

Indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu…


Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,

Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh

Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu…


Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,

Jangan biarkan aku melampaui batas

sehingga melupakan aku pada cinta hakiki

dan rindu abadi hanya kepadMu…

ameen..

Rebutia... The Sweet Memory...



Hati berbunga riang bila skali lagi dijemput datang mukhayam. "Ukhti boleh datang tak?" "Yup, biiznillah, ana pasti datang." Masakan boleh dilepaskan saja peluang yang dinanti sekian lama. Menempuh perjalanan 12 jam untuk berjumpa para kekasih sesungguhnya amat berbaloi kerana hatiku terlalu rindu pada kalian.. Melewati pengembaraan semula selama 6 jam menuju ketempat mukhayam adalah satu anugerah istimewa. Sungguh indah memori permusafiran kita bersama..

Sampai di base camp, kita belum sempat berehat dah disuruh beratur ikut kumpulan. Angkat tangan atas bahu, macam kita sekolah dulu-dulu... Aku tergelak masa tu. Tapi terpandang kem komandan yang tengah buat muka serius, aku simpul senyum dan buang jauh-jauh. Takut kena marah. Tiba-tiba kena lantik jadi ketua kumpulan. Lepastu kena lantik jadi ameerah lagi. Autch.... Apakah ini? Amanah terus bermula. Ditengah-tengah malam buta saat diri pun tengah mamai tu kita disuruh baca ikrar..Fuhh... Ok, arahan diterima, aku pun kedepan. "A'uzhubillah......." ku mula dengan ta'awuz agar makhluk nama syaitan tak sesuka-suki ganggu kami. "Tak dengar...." lantang suara kem kom kat belakang. Terkejut aku. Aku rasa dah jerit secukup rasa, tak cukup kuat ker? Erm...ok sekali lagi.... "bla bla..." alhamdulillah... Aku dah tak malu nak menjerit...because...no mans here..hehehe... I like it. Selepas itu kami diberi bekalan bahan mentah yang dicatu keperluannya. Fuish...ni betul-betul punya mukhayam

Mostly antara kami beranggapan selepas itu kami akan diberikan tempat tidur dan bolehlah kami melabuhkan tirai mimpi setelah penat bermusafir dari kejauhan. Tapi tidak. Kami seterusnya diperkenalkan dengan Pok Nik. Pok Nik menguji tahap ta'aruf antara kami. Debuk! rasa batu jatuh kat kepala. Antara kami sendiri masih belum cukup taaruf, apatah lagi dikalangan mad'u. Dalam tahap tak berapa nak taaruf tu aku dah boleh sayang giler kat diorang, kalau taaruf sampai lunyai..tatau lah apa nak cakap. Dalam pada tu Pok Nik turut menutur bebel kerana kami sampai lambat sangat dari masa sebenar. Aku tahu Pok Nik tak marah. Dia sayang kami. Di keheningan malam itu Pok Nik menyedarkan kami tentang kepentingan masa. "Seminit kamu terlambat seribu keimanan tercabut dari jasad"(erk, korang..betul ke ayat ni?) Tapi ayat tu betul-betul menusuk ke jiwa. Wah, besarnya tanggungjawab aku! Aku ke? Tapi yang pastinya aku taknak jadi macam tu. Jangan itu berlaku kerana aku! Antara banyak-banyak ayat Pok Nik yang meruntun jiwa, ayat tu lah paling terkesan kat jiwa aku.

Selepas kami memasang khemah, dah kena night trecking. Ni bukan night walk lagi dah. Memang treking habis. Kalah avanturenya aku naik Gunung Arong. Pertama sekali solo night, betul-betul menguji tahap pergantungan pada Allah dan tidak sombong untuk meminta petunjuk dariNya. Selepastu treking berkumpulan, rasa nikmatnya diberi sahabat oleh Allah untuk sama-sama mengemudi bahtera perjalanan kehidupan. Allah bagi sahabat itu untuk kita berkongsi rasa, untuk berbincang dan berkongsi kegembiraan bila halangan tu berjaya ditempuhi bersama. Selepas itu treking semua sekali. Bila dah ramai macam ni, ameerah perlu memainkan peranan yang lebih besar. So banyaklah arahan-arahan yang Pok Nik bagi kat aku dalam gelap gulita menjadi pengemudi perjalanan kami.

Satu part yang pasti segar di memori, walau malam tu tak nampak apa pun (sebab cahaya bulan tak sampai ke tanah) adalah masa kena panjat bukit yang licin dan curam, tanpa pohon, tanpa akar, hanya daun-daun kering menutupi tanah. Ameerah naik dulu. Jangan sampai jatuh tergolek. Aku sorang jatuh, semua tergolek. Hehehe...so kuatkan semangat! Susun strategi kaki dan tangan! akal mesti pick up! setkan dalam fikiran, anti boleh melakukannya! Yeaahh, I did it. Alhamdulillah..sampai kat atas, tuhan saja yang tahu betapa hebatnya aku rasa.

Tiba-tiba Pok Nik panggil aku. Hah? Pok Nik ni tetiba jer dia dah ada kat sini. Sampai dulu dari aku. Actually disetiap check point Pok Nik tetiba dah tercegat mendahului aku. Pok Nik benar-benar mengajar aku bagaimana menjadi ameerah di check point ini. Kata-kata Pok Nik itu menjadi rahsia dan peransang bagi kerjaya cita-citaku, "pendakwah". Aku menghayati dalam tak nampak makmum dibelakangku bersusah payah mendaki bukit curam. Maka aku keluarkan kata-kata memberikan mereka semangat meneruskan pendakian. Riuh rendah mereka dibawah. Ada yang jatuh tergolek dua tiga kali. Aku terus menjadi booster untuk mereka sampai keatas. Mulutku tak henti-henti pok-pek..pok-pek...sampailah orang terakhir semua selamat sampai kat atas. Yang kecik, yang besar semua aku tarik penuh semangat, sekuat tenaga yang ada. Fuh...lega... Dalam tak perasan aku boleh berceloteh sedemikian rupa pada malam tu..huhu... Sebab masatu rasa malu dah melayang ditiup angin malam. Yang datang hanya semangat. Dan sebab paling tepat... no mans there kecuali Pok Nik dan ikhwah yang aku tak kenal langsung. Dan hopefully budak tu tak pernah kenal siapalah tuan suara tu...

Lepas tu aku pun bagilah celoteh dinihari sikit kat mereka sebelum meneruskan trekking. Tazkeerah dalam gelap. huhu... Then kami meneruskan perjalanan sampai di cek point terakhir. Bermuhasabah didalam sungai. Pukul 5 pagi kena masuk sungai. Air bukit yang macam ais sejuknya. Fuish...terketar-ketar aku. Unik sungguh muhasabah ni. Kami sujud dalam air, menahan nafas. Menghargai setiap nafas kurniaan Allah.. Allahu akbar.. Then berpelukan memohon maaf.

Apa yang aku boleh kutip(aku yang suka mengutip dan analisis) dari pengalaman malam tu. Pok Nik mengajar aku bagaimana menjadi pemimpin(aku orang paling banyak diberi arahan malam tu). Pemimpin perlu ada sikap kepimpinan, bersyura dengan ahli jemaah dalam menentukan halatuju, bijak membuat keputusan, caring dan bertanggungjawab, kasih sayang pada anak buah...arahan Pok Nik tu buatkan aku boleh menangkap apa sebenarnya yang dia nak sampaikan, walaupun selepas aktiviti tu Pok Nik tidak membuat apa-apa muhasabah bagi program tersebut. Pok Nik mengajar secara praktikal. Yer, aku buat dulu sebelum aku tahu ertinya. Mungkin tak semua tindakan itu boleh diasaskan dengan teori terlebih dahulu. Life is flexible..

Mukhayam kami berterusan, tiada erti semalam atau hari ini bagi kami. Pukul 9.45 pagi treking seterusnya harus bermula. Masa yang hanya lebih kurang 3 jam digunakan untuk semua urusan termasuk masak untuk sarapan dan makan. Selepasnya kami meneruskan treking lagi dengan membawa bekalan makanan. Mesti habis!kem kom kata. Di siang-siang hari ni pun kami perlu mencari jalan dengan hud-hud. Paling tak boleh terima(tapi dah terima) kena masuk dalam paya. Aku teringat bau kolam kura-kura masa melawat zoo. Macam tulah bau dia..Tapi redah jer, siap kena menyelam seluruh badan dalam air tu. Sabau jer.. Sampai depan Mun, kena jerit nama dan tempat lahir kuat-kuat..satu kesalahan dalam etika jadi aku neih...weiih...malulah...kalau semalam time takdak orang nampak bolehlah. Sampai kat atas, kem kom suruh cek seluruh tubuh. baru aku tau paya tu ada pacat ngan lintah.. Eii..geli gelemang. Akhirnya ada sorang akhawat yang lintah dan pacat suka kat dia...hehehe....

Selepas itu mengharungi samudera sungai yang jernih dan sejuk amat. So membersihkan lumpur, bermandi manda macam orang tak jumpa air sebulan dan besolat. Jalan lagi...kena masak pula. Cari kayu api, beralas daun pisang. Terpangganglah seekor ayam, ubi keledek dan telur..huhu tak pernah seumur hidup panggang telur...makan...jalan lagi...sampai base camp.. Dan kehidupan diteruskan lagi tanpa ada rehat. Siapa yang sempat rehat tu, alhamdulillah... tamatlah aktiviti mencabar fizikal...Sesi malam diteruskan lagi sampailah esoknya....

Terima kasih Allah
Kerana memilih aku untuk sampai kesini
Mencanai pentarbiahan diri
Menikmati keindahan alam ciptaanMU yang gah tersergam.

Ternyata hambaMu ini sungguh kerdil
Tapi disini aku dingatkan
Agar memiliki semangat dan jiwa yang besar
Bukan merendah diri tidak bertempat.

Disini aku diingatkan
Aku adalah pendokong ummah
Sedetik aku terlambat
Sedetik aku terleka
Seribu keimanan tercabut dari jasadnya

Disini aku dingingatkan
Bagaimana harusnya berjiwa pemimpin
Tidak tegak sekadar memperjuangkan matlamat
Seremeh erti kasih sayang perlu juga dititik beratkan


- Baizura,
Kota Bharu

Saturday, June 13, 2009

Ikhtilat

Sangat bagus untuk dibaca oleh semua lapisan masyarakat..

ikhtilat.... (pergaulan antara lelaki dan perempuan)