Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Friday, June 18, 2010

Pelancaran IKRAM



Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam. Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia.

Misi dan Visi

IKRAM ialah sebuah pertubuhan Islam yang menyeluruh, yang bekerja untuk menegakkan Islam di Malaysia. Matlamat IKRAM ialah:

1. Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah, serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat;
2. Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak yang mulia;
3. Meninggikan taraf sosio-ekonomi umat Islam;
4. Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membenteras kejahilan, kemiskinan, keruntuhan moral dan menggalakkan kerja kebajikan, tanpa mengira bangsa dan agama;
5. Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan di kalangan mereka;
6. Menegakkan syariat Islam secara praktikal;
7. Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam;
8. Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif yang selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat.

Jawatankuasa Pusat IKRAM

Monday, June 14, 2010

Rukun Islam ke Lima...Jom!


bismiLLAH...

Baca blog sahabat teringat kenangan di suatu hari...

Nad: Bai nak pergi tabung Haji tak?

Bai : Nak buat apa?
Nad: Jadi wakil student UTM untuk penerangan and perbincangan dengan diorang.
Bai : Tak ada buat apa harini. Ok bolehlah.

Tabung Haji sedang menggalakkan seramai mungkin umat Islam untuk menyimpan di Tabung Haji walaupun belum lagi bercadang untuk melaksanakan hukum Islam kelima itu. Di bawah TH ada beberapa syarikat dan perusahaan untuk dimajukan sebagai contohnya Industri kelapa sawit yang mana TH ada ladang sendiri. Pelaburan tabung haji akan digunakan untuk perusahaan tersebut yang mana InsyaAllah terjamin halalnya yang toyyib.

Duit di TH juga akan digunakan untuk membantu jemaah haji dalam urusan haji mereka. Dalam masa yang sama kita juga ada saham khairat di situ insyaAllah. Pengagihan saham di TH juga InsyaAllah ada kepastian kemana dilaburkan dan insyaAllah halal. TH adalah 100% hak bumi putra dan TH sangat menggalakkan orang Melayu untuk melabur. "erm....tapi ada jer yang tak Melayu tapi Islam and vice versa. Macam mana?." "Maksud saya Melayu tu Islam lah. Common masyarakat guna macam tu."...'hopefully....*Smiling...'

Kita juga digalakkan untuk mendaftar haji sekarang. Seperti yang kita selalu baca dalam akhbar, calon haji terpaksa menunggu giliran yang lama untuk melaksanakan haji. Dan bila dah sampai giliran mereka, gembira sungguh hati mereka. Kita baca pun terharu. Kenapa kita digalakkan untuk mendaftar sekarang? Sebab terlalu ramai yang InsyaAllah akan mengerjakan haji sedang setiap negara ada had tertentu untuk menghantar jemaah haji. Pendaftaran awal akan memudahkan penyelenggaraan. Walaubagaimanapun pemilihan jemaah haji akan turut mengambil kira prioriti, contohnya faktor umur. Pakcik makcik akan didahulukan berbanding yang masih muda. Sekarang sudah tersenarai giliran haji untuk beberapa tahun. Jika daftar sekarang, mungkin kita berada di giliran yang ke 25 tahun. Wah....lama tu... 23 + 25 = 48. InsyaAllah badan kuat lagi. Kalau daftar masa umur 48 tahun? Allahu ta'ala a'lam..

"Saya nak daftar haji"

"alhamdulillah... boleh. Dalam akaun mestilah melebihi RM1300" kedatangan yang sangat di ra'ikan.

"InsyaAllah cukup"

"ok, mintak buku akaun atau IC. Isi form ni"

"Dengan siapa adik nak pergi haji nanti?"

"Erk... kena state sekarang ke?... Erm saya tak tahu lagi nak pergi dengan siapa."

"Ok, takper, yang penting mestilah mahram. Nanti nak pergi pun boleh statekan dengan siapa nak pergi. Ni tahun giliran adik."

'2024... wah... lama jugak yer. Macam manalah kalau daftar lambat.'

"Terima kasih..."

Beberapa pelajar UTM yang hadir pada perbincangan tersebut telah diamanahkan untuk menjadi 'duta' TH dalam rangka untuk meramaikan pendeposit TH. UTM juga telah membuka ruang bagi TH untuk membuka booth di Tapak Pesta konvo and mengadakan promosi lain. Baru harini nak postkan hal ni... Alhamdulillah dah selamat satu hal.

Jadi kepada sahabat-sahabat sekalian, marilah kita mendepositkan harta di TH dan daftarlah haji dari sekarang... Semoga segala harta berada di saluran yang benar, insyaAllah..







..cuti sekolah..

interested most..


at Pasar Besar, Kuala Krai




101 question per day


bukan besday Amsyar pun


anak Itam


makan atas pangkin

Tuesday, June 8, 2010

Would You Marry Me..?

Sweet and sour. For those who afraid their purpose will be rejected, try these. Good luck!


1. Marry me so I don't have to lower my gaze every time you walk into the room.

2. Would you like to help me wake you up for Subuh prayer?

3. Girl, when I saw you I said masha-Allah, then I said insha-Allah.

4. Are your feet tired? Because you've been performing Tawaaf in my mind all day long.

5. How would you like to help me fulfill half of my deen?

6. You are the reason hijab was mandated.

7. Allah created everything in pairs, so what are you doing single?

8. I'd like to be more than just your brother in Islam.

9. Do you believe in the hereafter? Oh you do? Then you know what I'm here after..

10. Girl you put the fit in fitna.

credit to whom ever may concern


versi ciplak dr Kausar

Monday, June 7, 2010

Sampai Bila Nak Jadi Pipit?

Satu perkongsian dari seorang ukhti..

Kita ditampar dengan tamparan realiti yang amat kuat: Israel laknatullah mengotakan sumpahnya akan menghalang bantuan kemanusiaan tiba kepada rakyat palestin jauh lebih awal dari yang dijangka. Nyata Israel adalah kaum yang kuat berpegang pada sumpah. israel tak perlu takut kecaman dunia akibat melanggar undang-undang antarabangsa dan undang-undang moral manusia. Kan dunia ni memang israel yang punya?

umat islam yang ditampar dengan realiti pun bangun dari mimpi-mimpi yang panjang. dalam masa satu malam tiba2 palestin masuk ke facebook-facebook kita. tiba2 palestin masuk ke dalam doa-doa kita. tiba2 palestin masuk ke dalam sembang-sembang kita. syukur alhamdulillah atas kesedaran ini.

tetapi palestin dan mereka2 yang menanti syahid di atas kapal Mavi Marmara tidak perlukan simpati kita, mereka sedang menanti syahid yang akan terus menghantar ke pintu syurga! Mereka sedang menikmati keindahan, jadi simpati untuk apa? Simpati adalah atas perkara2 yang sedih, bukan berita gembira seperti syahid.

Bersimpati lah kepada diri sendiri. Mereka dapat syahid kita dapat apa?

Berhentilah berazam untuk menjadi burung pipit yang mencurah air ke atas api yang membakar Nabi Ibrahim a.s. Kisah burung pipit itu untuk mendorong kita bergerak, tapi takkan selama2nya ingin mencurah air sahaja. kalau semua orang nak jadi burung pipit, siapa yang nak
mengganti tempat Nabi Ibrahim yang dibakar api? Burung pipit atas kudratnya yang lemah itu, mencurahkan air itu adalah satu tugasan yang sangat mulia kerana setimpal dengan batasan tenaganya. tapi kita ini manusia bukan?, dan Nabi Ibrahim yang dibakar dalam api itu manusia seperti kita juga. Jadi berazamlah untuk berjuang seperti Nabi Ibrahim, sampai sanggup dibakar dalam api demi agama ini. Mereka yang di atas kapal itu sedang berusaha mencari ketinggian darjat Nabi Ibrahim insyaAllah, dengan menghantar diri ke dalam api yang marak menyala. Lalu kita yang di luar api inilah burung-burung pipit yang panik melihat api yang sedang marak. tapi kita sudah berbuat apa pun?

sorak-sorai dan hingar-bingar yang kita ciptakan setiap kali sesuatu musibah menimpa ke atas palestin sememangnya perlu, untuk mengingatkan penduduk dunia, bahawasanya kita ini, umat islam, masih ada, masih bernafas, walaupun nafasnya nyawa-nyawa ikan sahaja. hingar-bingar ini akan menyedarkan umat manusia bahawa masih ada satu bilion penduduk islam lagi di atas muka bumi ini yang akan sentiasa mendoakan kesejahteraan palestin.

tapi nanti bila piala dunia bola sepak bermula hingar-bingar ini akan senyap semula. atau bila one in a million musim baru bermula palestin akan hilang semula. saya berani jamin, kalaupun semua yang di atas kapal Mavi Marmara itu syahid, anugerah juara lagu tahun ini akan berlangsung juga. hari ini kita mengutuk israel laknatullah, besok kita beratur untuk beli tiket ke anugerah juara lagu.

dalam usrah saya pernah menyuarakan perkara yang sama, lalu seorang adik memberitahu, “biasalah tu, manusia kan sentiasa berfikiran, yang lepas tu lepas lah, kehidupan harus diteruskan bagi yang masih tinggal’

lalu jawapannya apa?
ingatlah, palestin tak perlukan tangisan kita, walaupun keluar air mata darah sekalipun, mereka lebih jelek melihat tangisan itu yang hanya meraih simpati. Betul, mereka perlukan doa kita, tetapi mereka mahukan doa yang bergerak. Bukan doa yang statik di atas tikar sembahyang. Mereka perlukan perajurit2 yang sanggup meninggalkan kesenangan2 duniawi ini dan bangkit bergerak menyedarkan manusia2 lain, bahawasanya untuk membebaskan palestin hanya boleh dengan menjadi world order, seperti yang sedang disandang oleh israel dan sekutunya amerika. dan utnuk menjadi world order ini kita tidak ada pilihan lain selain bermula dari bawah, iaitu membentuk individu2 muslim.

Maka perbaikilah dirimu, dan serulah orang lain untuk menjadi baik!

Betulkah denagn cara ini kita akan dapat membebaskan palestin? wallahua’lam. Segala keputusan adalah di tangan Allah jua. tetapi disinilah kita boleh menjadi burung pipit, apabila Allah bertanya kelak apa perbuatan kita apabila palestin disembelih israel, moga2 kita boleh menjawab denagn jawapan As-Syahid Imam Hassan AlBanna: “Saya sudah menyeru manusia ke arah kebaikan di waktu pagi, petang dan di waktu cuti saya”

Begitulah yang dimahukan, beralasan seperti burng pipit, tetapi bekerja seperti nabi Ibrahim a.s

Allahua’lam.

http://balqisz.wordpress.com/

Tuesday, May 25, 2010

Jalan Ini Menuntut Pengorbanan Darimu



bismiLLAH...

Jalan dakwah menuntuk pengorbanan darimu... apakah harta yang paling berharga bagi seorang pelajar. Bagi ana masa. Meletakkan masa masa pada sesuatu urusan adalah satu pengorbanan. Dan mungkin sampingannya adalah tenaga dan sedikit wang. Tidak semestinya wang sahaja yang boleh diklasifikasikan sebagai infak. Jika dia tak punya cukup wang untuk infak, maka infaknya mungkin dalam hal yang lain yang mana itu semua menuntut suatu pengorbanan. Am I right...?

Bagaimana masa yang orang lain boleh gunakan sepenuhnya untuk akademiknya, melaksanakan kemahuannya, berhobi yang disukainya harus digunakan sebaiknya oleh orang yang menggelar dirinya da'i. Bagaimana betah untuk dia menghiburkan hatinya semata sedang mad'unya terkontang kanting mencari arah hidup. Bagaimana mungkin untuk dia tidur lena jika pengurusan dakwahnya terasa seperti kapal yang mahu pecah. Bagaimana boleh dia mementingkan masa untuk akademiknya semata jika sahabat-sahabat sejama'ahnya sedang sibuk menguruskan tarbiyyah... SubhanaLLAH.... hebatnya da'i pilihan Allah..

Yeah.... segalanya itu datang dengan usaha yang bukan sedikit. Ia benar-benar menuntut pengorbanan darimu. Seorang da'i harus bersedia... bila mana ia terjun ke gelanggang dakwah ini, maka seluruh hatinya, jiwanya, cinta, kasih dan sayangnya akan tertumpu di gelanggang ini. bersedialah bila mana setiap masa asyik terfikirkannya, sambil baca nota, sambil berusrah, sambil bermeeting dan berprogram apatah lagi, even dalam tidur pun boleh termimpi... wahhhh.... hebat penangan cinta di jalan dakwah.

Cumanya bagi yang masih seorang pelajar, silalah pandai untuk membahagi masa dan perasaan itu dengan baik. Akademik adalah telur putih untuk dakwah... "If you fail to plan, you plan to fail"... takut juga nak guna term ni. Siapa-siapa pun tak mahu fail. Yang kita perlu pastikan adalah kita buat kerana Allah, maka padaNya kita berpandu dan daripadaNya juga kita meminta. Sedang kita adalah makhlukNya yang lemah, maka janganlah bongkak setinggi gunung walau dah dapat tarbiyyah selautan bumi. Janganlah ada sombong dengan Allah, walau stakat nak buat program tu macam buka kacang 'Ngan Nyin' jer bagi kita. Tak ada kudrat dan upaya kita, bila tiada keizinanNya.

Namun, tidak dinafikan dan kita pun jelas dan pasti. Jalan dakwah ini tidak dibentangkan dengan permaidani merah. Malah jalannya berliku-liku dan beronak duri. Sedang nabi pun jalannya begitu malah lebih teruk lagi, apatah lagi kita. Kita bukan pemula, kita hanya penyambung risalah ar-Rasul, semuanya dah ada untuk diteruskan, dan di rujuk. Terkadang rasa penat ditengah jalan, terkadang duri-duri itu terasa menusuk tubuh. Tapi perasan atau tidak, dengan liku-liku dan duri-duri itulah yang telah membuatkan da'i menjadi hebat. Jalan itulah yang telah menjadi medan tarbiyyah bagi seorang da'i. Maka kamu adalah insan terpilih. Allah sentiasa menapis hamba-hambaNya yang berjuang untuk agamaNya... semoga tidak termasuk dalam tapisan yang akan dibuang.

Dalam al-Quran penawar hati, ada sungguh banyak ayat-ayat yang Allah hadiahkan buat da'i... diceritakanNya nikmat-nikmat yang bakal diberikan di syurga walau tidak terbayang pun di akal manusia. Bila merajuk, Dia memujuk.Bila bersedih, Dia menenangkan. "janganlah kamu berasa lemah dan jangan bersedih hati". Bila sakit dan penat, terasa diubati. Bila lemah, terasa di motivasi. "fastabiqul khairat!", "fastaqim kama umirta! "Bila bergembira, maka gembira da'i kerana Allah. "bergembiralah orang mukmin...........". Betapa penyayangNya DIA... Hamba malu jika hakMu tidak hamba tunaikan...

Yes... ada lagi hal-hal lain yang perlu kesediaan da'i untuk berkorban. Dari segi caranya, pandangannya, atittud diri... perasaan...yup kenapa tidak. Itulah yang diperlukan jika nak 'bland in' dalam gelanggang ini. Jika tidak mahu perubahan, mungkin dia hanya menjadi seperti seketul batu besar di dalam sungai. Tidak bergerak bersama arus. menanti dan terus menanti sehinggalah haus.

Jalan ini menuntut pengorbanan darimu...


Allahu'alam.... kepadaNYA hamba berpandu...


Monday, May 10, 2010

Qudwah

seringkali kita terpfikir,
bagaimana mulia dan bersihnya hati nabi,
tetap senyum bila dibenci,
tetap tenang bila dimusuhi,
tetap membantu walau disakiti,
tetap menyeru walau diusir pergi..

kenapa kita mudah membenci bila dikasari,
mudah putus asa bila yang dilakukan tak menjadi,
mudah kecewa bila orang lain tidak memahami,
mudah terguris bila dilukai...

ayuh bersama mentarbiyyah diri,
agar segala yang indah menghiasi peribadi,
kerana qudwah kita adalah nabi,
itulah sifat hamba Allah yang hakiki...



sahabat 1: anti akhir-akhir ni asyik buat puisi jer... tak banyak writing.
ku : * senyum...

poem is a true story about feelings. lebih lembut dan santun. tak banyak huraian, tapi cukup untuk bercerita.