Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Wednesday, March 11, 2015

Pantang 44 Hari

Bismillah...

Pagi dikejutkan oleh anak kedua, Nawar 'Aqilah pukul 7 pagi. Nawar bawakkan sepaket biskut yang belum dibuka. Dalam mamai saya katakan padanya, "Nawar makan kat dapur." Kemudian saya tertidur semula. Nawar datang semula membawakan paket biskut yang belum dibukan tadi bersama gunting. Ohc!!! terkejut saya terus terbangun. Dalam hati, "kesian Nawar, mesti lapar." saya bawa Nawar ke dapur, bukakan biskut dan teman Nawar makan... kesian Nawar, mungkin umi tak sempat cater Nawar... OHhhhhh anakku dah 3...

Hari ni hari pertama habis pantang 44 hari. Alhamdulillah... suka, duka dalam berpantang menyimpan didikan untuk diri saya untuk saya peringatkan pada masa akan datang. Sebelum ni tertanya-tanya, "kenapa pantang perlu 44 hari? ada pula 60 hari dan 100 hari." Alhamdulillah saya ambil peluang pantang kali ini untuk saya lebih menghayati saya berpantang dan penjagaan bayi.

Masa fisrt time and second time saya berpantang, Doktor pertama yang consult saya kata. NO pantang-pantang yer.

Second time and second doctor said, pantang tu tak perlu makan yang berangin and sejuk. Urut tu bagus bahkan diperakui dari sudut perubatan moden. Dalam fikiran saya, "aik, doktor ni berbeza pulak  Mungkin doktor ni pro-tradisional."

Third time and third doctor said tanpa ditanya, tapi dia yg tanya saya. 

"pantang siapa jaga?"

"pantang sendiri je"

"ohhh" terkejut. "mak tak datang?"

"mak saya tak dapat datang, adik kecik lagi skolah"

maka doktor tersebut menyampaikan pesanan.

"dua minggu pertama, rest betul-betul. jangan buat kerja berat. makan yang fresh sahaja. fresh cook. jangan makanan yang semalaman. pantang makanan is different between person, listen to your body. buat urut and bertungku."

The last advice was very convinced me. actually the second doctor maybe told the same, but i'm not confident sebabbbbbb?  takut, risau bercanggah dan terpaksa berdebat dengan orang yang tak suka pantang. oh sungguh serabut. 

Tapi alhamdulillah... Allah beri peluang untuk saya lalui ketiga-tiga situasi untuk mengajar saya. Dalam menelusuri usia mengandung, bersalin, berpantang dan menjaga anak membuatkan saya banyak mencari ilmu, bertanya, mengkaji dan menganalisis.


BERPANTANG 44 HARI 

Setiap badan manusia tidak sama tahap ketahanan dan penerimaannya. Namun ada perkara basic yang semua badan mengalami keadaan yang sama. Yang mana kalau tak sama, mungkin ianya bermasalah. Setiap individu harus mengenali badannya sendiri, dan tidak boleh menyamakan apa yang berlaku pada badannya dengan orang lain. 

Setiap tumbuhan dan haiwan yang kita makan ada khasiatnya yang tersendiri. Dan perlu digunakan sesuai dengan keadaannya. Dalam keadaan sihat dan stabil kita harus mengambil semua jenis khasiat tersebut secara seimbang. Sesekali makan makanan yang tidak berkhasiat mungkin tidak mendatangkan masalah pada kesihatan. Namun berlainan bagi orang yang tidak sihat disebabkan sesuatu penyakit. Contohnya pesakit gaut tidak boleh makan seafood keranan kandungan zat dalam seafood tidak sesuai untuk penyakitnya. Jadi perlulah dia berpantang dari makan seafood. 

Ada orang perlu pantang sesetengah jenis makanan kerana tidak serasi dengan badannya, tetapi tidak bagi individu yang lain, mungkin makanan lain pula yang dia perlu pantang. Ada saja ibu bersalin yang boleh saja makan semua makanan dan tidak memudaratkan dia atau bayi, maka tidak perlulah dia pantang. Alhamdulillah senang bagi dia. Ada juga ibu bersalin yang boleh saja buat kerja-kerja rumah semasa pantang dan tidak berasa bentang kerananya, alhamdulillah itu satu kemudahan bagi dia. Tetapi jika badan yang jenis tidak tahan dan perlu berpantang maka perlu jugalah berpantang.

Dua minggu pertama

Dalam masa dua minggu awal bersalin, badan dalam keadaan yang amat lemah. Dalam masa ini ibu bersalin perlu rehat sebaiknya. Seeloknya semua urusan diuruskan oleh pembantu, seperti memandikan bayi, basuh dan sidai baju walaupun basuh dgn mesen, uruskan anak-anak yang lain. Tidak kurang penting adalah semua pihak harus menjaga emosi ibu bersalin. Dinasihatkan untuk berbaring dalam kebanyakan waktu dan duduk hanya untuk masa yang singkat. Elakkan daripada terpaksa keluar rumah seperti keluar untuk cek Jaundice. Sangat bagus jika jururawat dapat datang dan cek di rumah. Ibu bersalin atau suami mungkin tak perasan bahawa ibu tersebut sebenarnya masih lemah. Yelah tak patah kaki tangan dan boleh berjalan kan... laju pulak tu kalau yang tak berjahit tu. Tapi akan rasa badan lemah setelah buat kerja tu. sebenarnya kita struggle untuk buat tu.

Sahabat-sahabat, jiran dan keluarga jauh jika boleh tak perlu berziarah dulu dalam masa dua minggu ni kecuali jika ibu bersalin itu sangat memerlukan anda datang. Kenapa? sebab ibu bersalin tak boleh nak duduk lama sebenarnya, pening dan lemah badan. Jika orang dulu-dulu mereka faham, bila berziarah orang baru lepas bersalin,biarkan saja mereka baring. Borak sambil baring is ok. Tidak dikira tidak menghormati tetamu buat masa ni. Zaman sekarang ni orang yang berziarah tak faham, orang bersalin punnn tak faham. Termasukalah saya. Bila hari dah malam, barulah badan terasa sakit-sakit, rasa nak demam, panas sejuk. Sesungguhnya tak pernah rasa seumur hidup sakit macam tu. Hanya Allah yang tahu. Nak cerita kat orang tak bersalin memang susah, apatah lagi lelaki.... a.k.a suami lah tu.

Selepas dua minggu

Kita boleh rasa badan kita selepas dua minggu adalah lebih sihat dan lebih kuat. Tapi beringatlah, kita belum lagi sihat dan kuat. Cuma rasa lebih bertenaga dari sebelum ni.

InsyaAllah masa ni lebih sesuai untuk berziarah. Datanglah dengan keceriaan dan menghiburkan hati ibu bersalin. Jika ada tips penjagaan diri dan bayi kongsikan bersamanya. Sebaliknya jangan tambahkan kegusaran hatinya. 

Selepas dua minggu ini mungkin badan sudah cukup kuat untuk pegang periuk. insyaAllah boleh buat sikit-sikit, tapi tidak boleh drastik dan buat kerja berat atau banyak. Buat kerja hanya untuk keperluan diri sendiri sahaja. Masa ini juga masih perlukan banyak rehat dan tidur. Jika kita over do pada masa ini badan akan terasa sakit atau dipanggil bentan.

Jika berasa badan bentan ketika ini, bertungkulah satu badan sehingga berpeluh dengan menggunakan tungku moden atau tradisional. Elok juga diurus lembut oleh pembantu lain untuk melegakan kesakitan. Elakkan kipas dan aircond. Kalau manusia lain panas, suruh dia duk jauh2....tempat yang ada kipas atau aircond... huhu... Orang yang bersama orang pantang seharusnya faham keadaan orang pantang. Keutamaan adalah kepada orang pantang dan bayi. Seeloknya berpantanglah bersama confinement lady atau mak atau makcik-makcik yang pernah bersalin, kerana mereka lebih memahami keadaan kita. Kesakitan dan kegusaran dalam hati kita boleh kita bincang bersama mereka. 

Teruskan berpantang selama 44 hari, bertungku dan berbengkung

Selepas 40 hari

Selepas 40 hari, kita dapat rasa badan sudah tidak lagi sakit dan lemah bila buat kerja. Boleh cuba buat sikit-skit.

Selepas 44 hari

InsyaAllah pada ketika ini badan akan rasa lebih sihat dan bertenaga. Pada masa ini kita dah boleh buat kerja lebih banyak dan sudah tidak berasa bentang. Tetapi haruslah beransur-ansur dan dengar keperluan badan kita. Kita mungkin akan rasa sakit sedikit di sendi-sendi atau kaki jika over do, tetapi tidak sehingga bentan. Bacalah badan kita dan ketahui limitasinya. Tingkatkan kerja dan masa buat kerja kita gradually.

Alhamdulillah melepasi 44 hari. 

Perjalan berpantang kali ini saya lebih menghayati dari segi masa dan keadaan diri saya. Maka saya faham kenapa ianya perlu 44 hari.

Pantang 60 Hari

Ada yang meneruskan lagi pantang hingga 60 hari. Bagi saya logik saja. Masa ini masih lagi menjaga pemakanan dan diri. InsyaAllah badan lebih sihat. 44 hari bukan kata kita dah sihat sepenuhnya. Badan mungkin belum rasa sepenuhnya sihat selepas 44 hari.

Pantang 100 hari

Pantang 100 hari lebih dikaitkan dengan tidak melakukan hubungan kelamin dengan suami dalam masa 100 hari untuk menjaga kesihatan dalaman wanita. Namun ada juga pendapat yang menyanggah pendapat tersebut atas beberapa sebab dan faktor yang malas saya nak hurai disini... :) Apa yang boleh saya simpulkan.. pantang 100 hari lebih perlu untuk menjaga dari segi pemakanan yang mana pemakanan orang pantang ni adalah menu sihat. Dari segi seksual ianya tiada bukti yang saintifik, kerana banyak bersandar kepada, "apabila tua nanti sakit."