Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Monday, May 18, 2009

Love Is Cinta



Cinta adalah satu anugerah terhebat yang Allah kurniakan buat makhlukNya. Kerana cinta, seseorang itu akan melakukan apa sahaja untuk apa yang dicintainya. Cinta kepada Allah membuahkan amal yang diredaiNya, cinta kepada Rasul membuahkan amal yang mengikut sunnah, cinta kepada harta dunia bisa melahirkan hamba yang berpenyakit wahan (cintakan dunia, benci kepada kematian), cinta kepada manusia sanggup lakukan apa saja. Namun apa yang ingin disentuh disini adalah trend cinta kepada manusia.

Bercinta adalah menjadi satu trend dikalangan remaja. Malah, jika ada yang tidak bercinta sudah dianggap sesuatu yang agak janggal. Meniliti fenomena ini baik di kalangan pelajar sekolah, IPT mahupun di kalangan yang sudah bekerja, bercinta adalah sesuatu yang sangat sinonim dengan dunia remaja. Dapat dilihat juga, terdapat berbagai ranking dan jenis percintaan. Bermula dari cinta monyet sehinggalah tahap sanggup menggadaikan maruah diri demi meraih kasih sayang untuk orang yang dicintai.

Pengalaman di IPT...Bila ada ceramah agama yang bertajuk 'cinta' sudah pasti tempat ceramah akan dipenuhi oleh hadirin. Dalam usrah, jika naqib/naqibah membawa atau menyentuh tajuk ini, pasti ahli usrahnya suka sekali serta banyak pula persoalan dan perbincangannya. Jelas menunjukkan fitrah untuk bercinta itu ada pada sesiapa yang bergelar manusia malah ia amatlah sinonim dengan kehidupan sebagai remaja. Dan bagi bergelar muslim, masih mahu mencari method terbaik untuk mereka bercinta.


Cinta adalah fitrah semula jadi bagi setiap makhluk yang Allah ciptakan berpasangan.Namun haruslah diingat bahawa rasa cinta itu adalah kurniaan Allah. Allah telah meletakkan hukum serta garis panduan dalam melayari perasaan cinta demi untuk menjaga kemaslahatan. Jadi ianya sudah pun disusun cantik, terbaik bagi hambaNya dan agamaNya. Adakah orang yang diberikan nikmat cinta itu bersyukur? Yakni menggunakan seadilnya. Adakah garis panduan yang ditetapkan itu dipatuhi? Jika tidak, ia umpama orang yang diberi pinjam buku yang mana buku tersebut haruslah dijaga dengan baik. Tetapi orang tersebut tidak mengendahkan pesanan tuan buku, dan merasakan tidak perlu menurut pesanan tuan buku, asal dia dapat membacanya. Berdasarkan pandangan akal kita, sombong tak orang macam ni?

Adakah peraturan Allah kita ikuti? Atau kita lebih suka bertidak mengikut apa yang kita mahu?
Adakah suruhan Allah yang ini sudah kita ikut?

Katakanlah kepada lelaki yang beriman supaya mereka merendahkan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh Allah Maha mengetahui apa yang mereka berbuat. (an-Nur:30)

Dan wanita juga disuruh menjaga diri dan maruahnya. Serta suruhan Allah agar keduanya menjauhi perbuatan yang mendekatkan diri kepada zina. Baik zina hati, mata, mulut atau perbuatan. Betapa hukum sungguh cantik menyuruh wanita menutup aurat dengan sempurna. Agar dapat menghalang dari kekacauan hati, kerosakan pemikiran sekali gus apa yang lebih penting adalah maruahnya.


Apa yang membuatkan saya tertarik untuk menulis tentang cinta ini adalah kerana melihat fenomena gelombang cinta dikalangan rakan sekeliling. Bila tengah bahagia, ok lah...semua clear belaka. Kita yang memandang istighfar dan berdoa saja. Bila dah ada masalah, mulalah ada yang bertanya. Apabila ditanya,"macam mana nak selesaikan masalah si ***** ni?." Aduish...saya tak tahu nak jawab kalau hanya didasarkan pada cinta itu sahaja. Jika saya jawab berdasarkan masalah cinta itu saja, ia akan selesaikan masalah itu habis di situ sahaja. Dan mungkin perkara sama berulang lagi. Sedang saya sendiri bukanlah pakar amat dalam ilmu cinta.

Berlainan orang, berlainan pula masalah cintanya. Sehinggalah saya tertanya sendiri. "Apalah yang kamu cari dengan cinta itu wahai sahabat...? Adakah sekadar untuk mematuhi trend remaja zaman ini? Atau.... apa sebenarnya yang kamu cari? Honestly...saya berasa kasihan terhadapmu...Mungkin dugaan cinta itu tidak terkena pada saya, jadi saya tidak merasa apa yang kamu rasa...Mungkin tidak sewajarnya untuk saya membuat telahan sesuka hati. Mungkin darjat kamu lebih mulia disisi Allah kerana mujahadah kamu melawan nafsu lantaran persaan cinta jadi ujian, dibandingkan dengan orang tidak diuji seperti kamu. Mungkin juga bukan salah kamu kerana kamu tidak mengetahui."

Katakanlah, "Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran. (az-Zumar:9)e

Permasalahan ini tidak mampu untuk diselesaikan jika hanya disandarkan pada perasaan cinta itu semata. Pada saya, you must go back to the basic. Kerana jika basic ini kukuh, insyaAllah yang lainnya akan terbina dengan indahnya. Basicnya tauhid, akidah, i'tiqad,shahih ibadah dan lain-lain...haruslah cuba untuk dikemaskan. Jika saya mampu, saya mahu mengajak sahabat sekalian memahami basic itu. Sayangnya, tidak ramai yang hatinya dijemput oleh Allah untuk memahami dan mengemaskan basic itu. Hidayah itu milik Allah. Tidak ramai yang mahu memilih dirinya sendiri untuk menyertai majlis ilmu. Malah ditutup dengan alasan-alasan remeh yang menipu diri. It is up to you...

Ramai dari kalangan pelajar yang matlamatnya yang utama adalah belajar. Dan sesudah itu untuk mendapatkan pekerjaan terbaik. Dan dalam mencapai matlamat itu, tidak ketinggalan berlumba-lumba untuk menikmati hidup sebagai remaja dan mengambil dengan mudah segala macam jenis keseronokan yang terhidang. Tanpa memikirkan lebih jauh, apa matlamat sebenar dia berada di bumi Allah ini.

Bagi para da'ei... harus melihat juga kepada permasalahan sahabat sebaya kita ini. Tidak bolehlah terlalu asyik dalam dunia sendiri. Berasa selesa dikalangan orang yang sefahaman, sematlamat dan gaya hidup, atau senangnya...sefikrah. Haruslah bagi diri para da'ei untuk concern dengan dakwah bil hal.





Monday, May 11, 2009

Islami Ya Quds


Islami ya qudsu inna lil fida

Sejahteralah engkau wahai Quds, sungguh untuk pengorbanan

Zi yadii in maaddatid-dunya yada

Kami mempunyai kekuatan, jika dunia mengerahkan kekuatan

Abadan lan tastakiini abada

Selamanya, kami takkan menyerah, selamanya

Innai arju ma’yau mi ghada

Aku berharap bersama hari ini ada hari esok


Huwa ma’ie qalbi wa ‘azmi lil-jihad

Bersatu hatiku dan tekadku untuk berjihad

La amiilu la amallu la aliin

Aku tak akan melenceng, tak akan jemu,tak akan lunak


Laki ya…qudsu salaama wa salaaman ya bilaadi

Untukmu, wahai Quds kesejahteraan, wahai negeriku

In rama…baghyus-sihaama

Jika penjahat menembak anak peluru

Attaqiiha bi fuaadi

Aku menjaganya dengan hatiku (aku akan menahannya dengan dadaku)

Waslamii fii kulli hiin

Sejahteralah engkau sepanjang masa


Muslimun ana banaani man bana

Muslim aku, jemariku adalah yang membangun

Masjidal aqsal-lazi ayantana

Masjid Aqsa yang telah engkau tentukan

Waqfatus-sokhrati fiima bainana

Berdirinya sakhrah di tengah-tengah kami

Bi wuquufid-dahri waqfati ana

Sepanjang masa, tempat aku berdiri


Liikifaahi wal jihadi lil bilad

Untuk perjuangan dan jihad membela negeri

La amiilu la amallu la alin

Aku tidak akan melenceng, tidak akan jemu, tidak akan melunak


Laki ya…qudsu salaama wa salaaman ya bilaadi

Untukmu, wahai Quds kesejahteraan, wahai negeriku

In rama…baghyus-sihaama

Jika penjahat menembak anak peluru

Attaqiiha bi fuaadii

Aku menjaganya dengan hatiku(aku akan menahannya dengan dadaku)

Waslamii fii kulli hiin

Sejahteralah engkau sepanjang masa


Lil ulaa abna’al-qudsi lil ulaa

Demi kemuliaan, wahai putera puteri Quds, demi kemuliaan

Wa bi quds syarri fil-mustaqbala

Dengan Qudsku jayakan masa depan

Wa fidalli qudsi lid-dunya falaa

Tebusan untuk Quds bukan untuk dunia

Ado’ul islami lillah awwala

Aku posisikan Islam untuk Allah


Jaanibal aisaaru qalbuhul fu’aad

Di samping kiri adalah jantung hatinya

Wa bilaadihiya bi janbil-yamin

Dan negeriku berada disamping kanannya


Laki ya…qudsu salaama wa salaaman ya bilaadii

Untukmu, wahai Quds kesejahteraan, wahai negeriku

In rama…baghyus-sihaama

Jika penjahat menembak anak peluru

Attaqiiha bi fuaadii

Aku menjaga dengan hatiku(aku akan menahannya dengan dadaku)

Waslamii fii kulli hiin

Sejahteralah engkau sepanjang masa



Prophet Muhammad saw said, “None of you truly believes (in Allah and his religion) until he loves for his brother what he loves for himself” (al-Bukhari & Muslim)

So let us begin our journey now…

…and together we will save the UMMAH

Wake up o’ my brothers and sisters… if we don’t act now, we will be the…. NEXT

Lagu ini juga ditujukan khas buat pejuang-pejuang Palestin yang baru balik bertempur di tanjung resang. Semoga segala yang dilalui menyemarakkan lagi semangat bangsa Muslim dalam diri saudara Islam. Merasai sendiri pengalaman bertempur dan susah payah menjaga negara Islam itu, mungkin antum dapat merasakan bahawa Palestin adalah negara kita juga, yang perlu sama-sama kita pertahankan.



Monday, May 4, 2009

LI oh LI - 2

Alhamdulillah... diri sendiri berasa terkesima dengan suasana kerja di tempat baru. Amat membina, baik dari segi tarbiyyah mahupun motivasi kerja. Boleh dikatakan boleh nampak bagaimana pratikalnya bekerja dalam suasana yang mengamalkan Islam secara izzah. Sedang dok menunggu penyelia LI untuk memberi taklimat, tiba-tiba terdengar satu pengumuman,

"Assalamu'alaikum wbt...Alhamdulillah dapat kita meneruskan lagi pekerjaan kita pada hari. Bagi memberkati lagi kerja yang kita laksanakan, marilah kita mulakan dengan doa. Cubalah sebolehnya untuk hadapkan badan kearah kiblat." Seterusnya doa dibacakan.

Meneliti carta organisasi yang diedarkan, dibawah unit human resource, ada satu unik kerohanian. Alhamdulillah... Teringat semua ini adalah dibuat semasa sekolah dulu. Rupanya pakcik makcik yang bekerja pun buat. Berasa takjub sendiri.

Dihari pertama menginap di kediaman bersama dengan pelajar UiTM, diri berasa sedikit janggal. Kediaman yang disekitarnya adalah kesibukan kota. Dan tempat belajar mereka adalah ditengah kesibukan kota. Ye, janggal. Kerana diri yang telah terbiasa dengan taman UTM yang segalanya kondusif. Tempat belajar yang selesa, kediaman yang sudah tersedia, lengkap dan selesa. Sedangkan kediaman mereka adalah lot rumah kedai yang di pecahkan kepada bilik-bilik kecil, yang saiznya boleh saya katakan untuk 4 orang tinggal adalah lebih kecil dari bilik yang saya tinggal seorang di UTM. Alhamdulillah syukur Allah tempatkan saya di sana. Alhamdulillah....

Pada hari pertama, saya memerhatikan kebersihan di kediaman tersebut. "Sampah-sampah siapa yang akan seliakan ye?" tanya saya kepada penyelia kediaman dengan kadar kepuasan hati tahap rendah. "Sampah-sampah tu saya yang akan seliakan. Tapi saya akan buat bila saya ada masa lah." Kata penyelia. Dalam hati,"huh??? bila ada masa?" Tang bau memang suatu yang amat payah nak diconsider. hm...inilah dari hati student yang dah biasa selesa dengan segalanya yang tersedia.

Ok, perbetulkan semula segala apa yang ada dalam hati yang berasa tidak selesa dengan beberapa perkara yang kurang menyenangkan. Nasihatkan semula pada diri dan partner.' Peluang ini adalah untuk kita menghayati bagaimana kehidupan seorang pelajar yang keadaan hidup mereka tidaklah semudah kita. Segalanya perlu survive sendiri. Mereka akan memikirkan dimana mereka harus tinggal dengan kadar sewa yang mampu untuk ditanggung. Sedang kita hanya perlu memilih mana-mana kolej yang kita sukai. Mereka terpaksa survive untuk makan. Samada masak atau memilih mana-mana kedai di sekeliling kota yang mostly mahal harga makanannya. Sedang kita ada banyak arked yang disediakan. Cuma perlu berjalan sedikit saja. Itu pun merungut (astaghfirullahal 'azhim....).Dan tang kebersihan kediaman, mereka sendirilah yang uruskan. Sedang kita, hari-hari(kecuali Sabtu dan Ahad) makcik cleaner akan bersihkan. Terima kasih makcik.... Dan mereka, bukak saja gate, arus kenderaan depan kediaman. Sedang kita masih berpeluang menyusuri jalan-jalan yang lebih tenang untuk ke kuliah. Itu pun pernah merungut kerana terpaksa berjalan kaki lebih kurang 1km(astaghfirullah...)'

Segalanya itu akan membuatkan kita rasa lebih bersyukur. Bermuhasabah diri lagi. Kadang-kadang bila kita berasa susah, kita merasakan bahawa beratnya kesusahan tu untuk kita. Padahal orang lain pun ada kesusahan mereka sendiri yang sesuai untuk mereka. Sedang kesusahan kita adalah sesuai untuk kita.




LI oh LI

Alhamdulillah… I’m back to my place of origin. Kata orang negeri Serambi Mekah. InsyaAllah semoga apa yang dikata adalah satu doa. Di mana-manapun pasti ada kelebihan dan kekurangannya. Sebagai seorang da’ei yang memang nak buat kerjanya, have to adapt with the situation. Pandai cari peluang dan memberi peluang.

Alhamdulillah dalam keketaran nak mula kerja, akhirnya berjaya lapor diri dengan penuh ketenangan. Sebenarnya, akal belum boleh terima bahawa diri akan mula terdedah dengan industri. Cakap pada seorang kawan, “takutlah nak kerja, takut diorang nanti high expectation sangat… ” kawan tu jawab, “jangan risau….diorang pun tahu kita ni student lagi, masih banyak kena belajar. Paling teruk pun mungkin kena marah”…..ish…term kena marah tu yang kecut tu… Takper, selagi tak redah, tak merasa.

First impression yang bagus pada hari pertama. Depan pejabat ada satu surau yang agak besar.(masjid ke surau?). Monolog, ‘Ok bagus, ada surau yang besar dan selesa.Naik ke pejabat. Di tempat kaunter pertanyaan, terpangpang logo syarikat, dan ada satu dalil al-Quran dibawahnya. erm...bagusnya. Sambil dok menunggu penyelia satu announcement kedengaran,

“insyaAllah seperti biasa tazkeerah akan bermula pada pukul 8.30 pagi di surau…..(lupa nama) seterusnya kita akan solat hajat berjemaah.”

Terdengar satu soalan dari seorang staf, “owh…ada solat hajat sekali. Untuk apa ya?” (loghat bahasa negeri). Jawab staf yang lain, “untuk projek kot”.

Monolog lagi, “fuish…bagusnya syarikat ni…” “Memang setiap hari Ahad ada tazkeerah ke kak?” tanya saya pada staf yang jadi penyambut tetamu tu. “ha’ah, setiap hari Ahad pagi kita akan ada sesi tazkeerah…bla..bla..”

Ok, so kami pun turunlah ke surau tersebut. Alhamdulillah, stafnya sungguh komited dengan peraturan tersebut. Ramailah yang menurunkan diri ke surau. Tak tahulah samada semua atau tak. Sambil menunggu tazkeerah, ada yang solat dhuha.

Tazkeerah pun disampaikan oleh seorang ustaz, menyentuh tengtang ‘amal, infak dan akhlak. Satu pencerahan yang sungguh baik, dipagi hari, diawal minggu bekerja. Sememangnya diri perlu selalu diingatkan, walaupun semua tu dah tahu. Kerana fitrah manusia memang perlu begitu.Setelah itu solat hajat. Rupanya solat hajat tersebut adalah untuk seorang staf yang akan menjalani kimoterapi.

Kami naik semula ke pejabat. Berjumpa penyelia human resource. Hari ini hanya lapor diri. Hopefully dapat meneruskan hari esok dengan sebaiknya.

Sunday, April 5, 2009

Mabuk Dalam Cinta Terhadap Allah


Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."
Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."
Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.
Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.
Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.

2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.

3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.

4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.

5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada

Guruh & Kilat - Uniknya Ciptaan Illahi



Kilat saling sambar-menyambar serta guruh berdentam dentum bagaikan menunjukkan tanda marah… rasa bergetar jantung. Takut. Tempat duduk terasa turut bergegar akibat daripada bunyi guruh yang terlalu kuat. MasyaAllah… Hati yan sensitif pada kemarahan mula risau. Ya Allah..janganlah Engkau marah kepadaku kerana kesalahanku. Ingatkanlah aku apa yang aku terlupa agar aku menjadi hamba yang sentiasa bertaubat kepadaMu.
Subhanallah…sungguh unik segala yang Engkau ciptakan.. Engkau gantungkan langit tinggi diatas sana. Dari ketinggian itu akan keluarnya nikmat untuk hambaMu. Dari ketinggian itu juga bisa keluar bunyi yang amat kuat ini. Sedari kecil sampailah sekarang, diri masih takjub dengan penghasilan bunyi yang datangnya dari langit. Bagaimana bunyi itu terjadi? Darimana datangnya? Bagaimana cahaya yang terang itu boleh terhasil? Sungguh segalanya itu menunjukkan kepada kearifan Khaliq yang Maha Mencipta. Setiap tabiat alam yang kelihatan berlaku secara natural ini, ada kajian sains yang sangat unik disebaliknya kejadiannya. Betapa agung pengetahuan Sang Pencipta. Segalanya berlaku tanpa kawalan manusia yang dikatakan ‘berkuasa’ diatas muka bumi ini. Tetapi segalanya berlaku di dalam kawalan ‘programmer’ yang sangat tinggi pengetahuannya.

Kilat adalah suatu cahaya terang yang akan terbentuk semasa pelepasan arus elektirik di atmosfera. Petir terjadi ketika belaku tegangan elektrik yang tinggi pada dua titik yang terpisah di atmosfera, sama ada ianya berlaku antara awan, antara awan dengan permukaan bumi, atau antara dua permukaan bumi

Satu sambaran petir berukuran tenaga yang dapat menyalakan sebuah lampu yang mempunyai tenaga 100 watt selama tig abulan. Sebuah sambaran kilat mempunyai ukuran tenaga elektirik sebesar 20 amp. Manakala kilat bergerak dengan kelajuan 150 km/detik, atau setengah kecepatan cahaya(laju cahaya=3.00x108 km/s), dan 100 kali ganda lebih laju dari kelajuan suara.

Kilat dan petir berlaku sekurang-kurangnya dalam dua sambaran. Pada sambaran pertama muatan negative mengalir dari awan ke permukaan tanah. Kilat pertama ini kurang terang dan cabang-cabang kilat biasanya akan terlihat daripada jalur kilat yang utama. Ketika sambaran pertama ini mencecah permukaan tanah, sebuah muatan berlawanan terbentuk pada titik yang akan disambarnya dan arus kilat kedua yang bermuatan positif terbentuk dari dalam jalur kilat utama tersebut terus menuju awan. Dua kilat tersebut biasanya berada sekitar 50 meter di atas permukaan tanah. Arus pendek terbentuk di titik pertemuan antara awan dan permukaan tanah tersebut, dan hasilnya sebuah arus elektrik yang sangat kuat dan terang mengalir dari dalam jalur kilat utama itu menuju awan. Perbezaan tegangan pada aliran lelektrik antara awan dan permukaan tanah ini melebihi beberapa juta volt.

Panas yang dihasilkan oleh petir adalah 10 kali lebih tinggi daripada kepanasan yang digunakan unutk meleburkan besi. Manakala cahaya yang dihasilkan oleh petir lebih terang daripada cahaya 10 juta lampu pijar berdaya 100 watt. Sebagai pembanding, satu kilatan petir menyinari sekelilinginya secara lebih terang dibandingkan ketika satu lampu pijar dinyalakan di setiap rumah di Istanbul. Allah mengarahkan perhatian pada kilauan luar biasa dari petir ini dalam Qur'an,

"Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menjadikan awan bergerak perlahan,kemudian mengumpulkannya, lalu Dia menjadikannya betumpuk-tumpuk, lalu engkau lihat hujan keluar dari celah-celahnya, dan Dia juga menurunkan (butiran-butiran) ais dari langit, (iaitu) dari (gumpalan-gumpalan awan seperti) gunung-gunung, maka ditimpakan-Nya (butiran-butiran ais) itu kepada siapa yang Dia kehendaki dan dihindarkan-Nya dari siapa yang Dia kehendaki. Kilauan kilatnya hampir-hampir menghilangkan penglihatan." (QS. An Nuur, 24:43)

Kilat terjadi dalam kadar waktu yang sangat singkat. Suara guruh yang mengikutinya disebabkan oleh pemanasan mendadak dari udara di sekitar jalur petir. Akibatnya, udara tersebut memuai dengan kecepatan melebihi kecepatan suara, meskipun gelombang kejutnya kembali ke gelombang suara normal dalam jarak beberapa meter. Gelombang suara terbentuk mengikuti udara atmosfer dan bentuk permukaan setelahnya. Itulah sebab terjadinya guruh dan petir yang susul-menyusul.

Saat kita merenungi semua perihal petir ini, kita dapat memahami bahwa peristiwa alam ini adalah sesuatu yang menakjubkan. Bagaimana sebuah kekuatan luar biasa semacam itu muncul dari partikel bermuatan positif dan negatif, yang tak terlihat oleh mata biasa. Seolah-olah menunjukkan bahawa petir diciptakan dengan sengaja. Molekul-molekul nitrogen yang sangat penting untuk tumbuhan, muncul dari kekuatan ini, sekali lagi membuktikan bahwa petir diciptakan dengan kearifan yang khusus.

Allah secara khusus menarik perhatian kita pada petir ini dalam surah Ar-Rad(guruh)
Dialah yang memperlihatkan kilat kepadamu, yang menimbulkan ketakutan dan harapan, dan Dia menjadikan mendung. Dan guruh bertasbih memuji-Nya (demikian pula) para malaikat kerana takut kepada-Nya, dan Allah melepaskan halilintar, lalu menimpakannya kepada sesiapa yang Dia kehendaki, sementara mereka berbantah-bantahan tentang Allah, dan Dia Maha Keras siksaan-Nya (Ar-Rad: 12-13)

Dalam ayat ini Allah berfirman bahwa Dia menghadirkan petir pada manusia sebagai sumber rasa takut dan harapan. Allah juga berfirman bahwa guruh yang muncul saat petir menyambar bertasbih memujiNya. Allah telah menciptakan sejumlah tanda-tanda bagi kita pada petir. Kita seharusnya berfikir dan bersyukur bahawa guruh yang mungkin belum pernah difikirkan oleh kebanyakan manusia dengan seteliti ini, dan yang menimbulkan perasaan takut dan pengharapan dalam diri manusia, adalah sebuah sarana yang dengannya rasa takut kepada Allah semakin bertambah dan yang dikirim olehNya untuk tujuan tertentu sebagaimana yang Dia kehendaki.