Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Monday, October 26, 2009

Seindah Gubahan Pertama

Merindui saat indah bersamamu…

Indahnya Allah menggubah ukhuwwah kita… seindah gubahan pertama… Lagi indah dari jambangan bunga yang kita jual masa pesta konvo tu… Bagai suatu jambangan bunga yang cantik, dan kita adalah bunga-bunga itu. Bunga yang cantik, mekar, berseri dan menyerikan.

Seindah gubahan pertama…bermula dari medan usrah, dari umbi tarbiyyah. Wujudlah sinaran ukhuwwah, terislah dalam meniti masa... akhirnya jadilah diri kita insan terpilih meniti keindahan dan kesusahan di medan dakwah… kata kakak2…kita masih di pinggiran..belum masuk court. Huh? Macam ni punya susah, rupanya kita baru tengah training tepi court.. sampai masanya kita akan masuk court jugak. Jadi training betul-betul. Practicekan semua skill…

Mungkin sekarang tibalah masanya untuk sebahagian dari kita sudah layak untuk masuk court. Allah lebih mengetahui di mana selayaknya kita dan bila masanya…tahniah buat antunna… so sebahagian yang lain mungkin masih perlu training (ana kot), agar sesuai dengan gelanggang dan lawannya nanti…apasal cerita pasal court je ni…(rindu volley ball).

Akahawat tersayang…. Perpisahan adalah dugaan terhebat bagi sebuah ukhuwwah. Rindu memori semalam, bisakah ia berputar menjadi realiti…rindu kepada kebiasaan kita. Semua kita kongsi. Pening ana, pening antunna juga. Risau ana, risau antunna juga. Ana happy, antunna lagi happy… Bidang kita lain, wasilah kita lain, tanggungjawab kita berbeza. Tapi hati kita bertemu di rabitah ukhuwwah... ada orang tanya. Macam mana awak boleh close dengan diorang? Coarse semua lain. Asal lagilah lain-lain. Ahha….apa nak jawab? Itulah ukhuwwah fillah.. kami bertemu di medan tarbiyyah, lalu Allah petikkan sinaran ukhuwwah lalu mem’bonding’kan ukhuwwah tersebut dengan akidah. Betul ke akhawat? Kalau betullah, tentu sekali ikatan ini tidak akan pernah terlerai. Kita terpisah di sini, kita berjumpa di ‘sana’ nanti…

Ana nangis bila mengenangkan antunna nak pergi… naqibah pujuk ana…dia kata… ingat bagaimana Saidina Abu Bakar memujuk ‘Umar disaat pemergian Rasulullah… “sekiranya kamu menyembah Muhammad, sesungguhnya Muhammad telah tiada. Sekiranya kamu menyembah Allah, maka Allah hidup dan tidak mati.” Begitu juga sinonimnya dengan ukhuwwah kita… “sekiranya dakwah kita kerana sahabat, sesungguhnya sahabat akan pergi bila tiba masanya, sekiranya dakwah kita kerana Allah, maka Allah tetap ada dan tidak mati.” Yang terus menerus mengurus. Tidak mengantuk dan tidak tidur.. jadi, demi cinta dakwah ini, ana belajar untuk tabahkan hati. Ana percaya…setiap ketentuan Allah pasti ada hikmah terbesar.

Akhawat…ana nak jumpa antunna lagi…sampai saat kita di panggil pulang, ana nak jumpa antunna sedang kita masih aktif di jalan dakwah… ana sayang sangat jalan dakwah…inilah nikmat terbesar bagi ana selepas nikmat Islam dan iman…

Akhawat… semoga segala memori kita bersama menjadi pembakar semangat untuk berjuang… andai satu masa diri lemah…diuji, penat, pening….ingatlah memori kita…semua itu telah sama-sama kita lalui, sehingga kita berjaya ke tahap ini…

Akhawat Jundullah… Benih-benih unggul semaian taman UTM ini… telah dipencarkan kesuatu tempat yang telah Allah tentukan buatnya…Agar benih unggul ini bisa membentuk keunggulan-keunggulan di tempat lain. Ayuh akhawat! Kita membenarkan kata pepatah…akhawat benih berkualiti, dicampak ke laut menjadi pulau. Di campak ke darat menjadi gunung. InsyaAllah…

Dirimu di sana, diriku disini.. bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah..

Seindah gubahan pertama… Apakah gubahan seterusnya seindah gubahan pertama…

-Rindu-

Friday, October 16, 2009

Nangka dan Wanita



Coretan cerita sahabat...
an-Nisaa'

Puteriku Sayang


Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Album : Keizinan Mu
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com


credit to Azi Elliana...
Semoga dirimu thabat di jalan Allah...
Agar dirimu dan diriku sentiasa dibawah payung rahmat Allah..
Cinta Allah itu pasti, cinta manusia insyaAllah...

Tuesday, October 13, 2009

Mujahidah Solehah


“ Aku membayangkan al-mujahid itu sebagai seorang pemuda yang sentiasa membuat persiapan, menyediakan bekalan, berupaya menguasai fikiran yang memenuhi setiap sudut jiwa dan segenap jurusan hatinya. Dia sentiasa berfikir dan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap persiapan yang terus-menerus. Apabila diseru dia menyahut. Apabila dipanggil dia menjawab. Pulang dan perginya, perkataan dan bicaranya, kesungguhan dan gurauannya tidak melampaui bidang yang disediakan untuknya. Dia tidak mengambil tugas selain daripada yang telah dituntut ke atasnya. Dia berjihad di jalanNya. Kamu dapat membaca dari garis wajahnya, melihat pada kilauan matanya dan mendengar pada gerakan lidahnya segala yang bergelora dalam hatinya berupa hawa yang melekat, kesakitan yang terpendam, keazaman yang benar, kesungguhan, cita-cita yang tinggi dan matlamat yang jauh sentiasa memenuhi jiwanya....”


(As-Syahid Imam Hassan al-Banna)



Monday, October 5, 2009

Jazakillah sahabat...




Sahabat,
Bumi kita bumi payah,
Peluh, air mata & mungkin darah,
Bila aku menjejak tapak ke pepasir serpihan kaca,
Peganglah tanganku,
kita beriringan sebagai pejuang,
Bila aku katakan kepadamu "Perjuangan itu Pahit",
Kau sahut kembali "Syurga itu Manis"

.......

Friday, October 2, 2009

Tarhata Kiran....

Hati terasa sayu......

Masanya kian mendatang....

Dari tahun satu...sampai tahun empat....
hidupku bersamanya...
hatiku bersamanya...
jiwaku bersamanya.....

Masanya kian mendatang...
untuk meninggalkannya...
semoga dia tetap di sini...
menjalankan tanggugjawabnya dalam dakwah...
walau orang bersamanya datang dan pergi...

Padanya ada cintaku, sayangku...senyum dan tangis...
Hebat! dia bisa mencorak warna-warna kehidupanku...

Masanya kian mendatang...
Tiga tahun bersamanya...
menginggalkannya tentu sekali membuat hidupku menjadi ganjil...

Masanya kian mendatang..
Hati terasa sayu...
Kerana jiwaku bersamanya...

Semoga Allah bersamaku..
Semoga Allah bersamanya...





- final year student -

Monday, September 7, 2009

Seindah Taman Ramadhan

Bismillah…
Alhamdulillahi rabbil ‘alamin…. Segala puji bagi Allah yang mentadbir seluruh alam… segala puji bagi Allah yang menghadiahkan Ramadhan ini lagi. Bulan yang penuh kemurahan. Kemurahan maghfirah Allah, kemurahan nikmat Allah, kemurahan kasih sayang Allah… sehingga hati-hati yang berada di dalamnya lebih asyik untuk mengumpul amal, lebih asyik untuk ke majlis ilmu, lebih asyik mengalunkan kalimah cinta ‘Surat Cinta dari Langit’, lebih asyik berlama-lama di tikar sejadah. Mungkin tidak mahu melepaskan peluang di MEGA SALE Ramadhan, dengan diskaun,bonus dan hadiah yang tidak ternilai banyaknya. Lebih mudah terkenangkan dosa-dosa yang lalu, yang tanpa sedar membekaskan titik hitam di hati, menyesal. Takut Allah marah.

Ramadhan telah lama menginjak ke fasa ke-dua. Bagaimana amal? Target dah dicapai berapa peratus? Semoga Ramadhan ini lebih baik dari yang sebelumnya.
Hidup ini satu permusafiran. Ibaratnya seperti satu golongan yang bermusafir selama sebelas bulan di padang pasir yang panas, kering kontang, gersang, dengan bekalan minuman dan makanan yang terhad. Maka mereka melalui perjalanan itu dengan kepayahan, demi mengharapkan untuk berjumpa dengan bekalan bagi perjalanan mereka. Di pertengahan jalan mereka bertemu dengan satu taman yang redup dan tenang, penuh kemurahan. Dipenuhi dengan kebun-kebun kurma, wadi. Penduduknya berasa tenang di dalamnya. Mereka berasa sangat gembira dan berpesta di dalamnya. Menyedari bahawa permusafiran itu bakal di diteruskan, maka mereka mengumpul sebanyak mungkin bekalan untuk perjalanan selama sebelas bulan yang mendatang. Berehat secukupnya, merawat luka-luka, membina ketahanan diri, membina motivasi kerana perjalanan yang bakal ditempuhi amat mencabar dan memerlukan kekuatan. Meninggalkannya tentu sekali membekaskan rindu yang amat mendalam. Rindu lagi untuk berada di taman itu. Itulah taman Ramadhan. Begitulah para sahabat mengandaikan kecintaan mereka terhadap Ramadhan.
Begitulah juga kita. sebelas bulan kita lalui kehidupan dengan penuh cabaran. Penat. Allah kurniakan satu bulan untuk kita berasa tenang di dalamnya, berehat, mengutip bekalan sebanyaknya. Mungkin ini juga masanya untuk duduk sekejap, memikirkan perancangan permusafiran hidup. Menyusun strategi dan membetulkan niat. Kerana kita bakal menempuh perjalan berikutnya. Sungguh rugi jika peluang ini tidak di ambil sebanyaknya.

bersambung...

Wednesday, September 2, 2009