Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers
Showing posts with label Baitul Muslim. Show all posts
Showing posts with label Baitul Muslim. Show all posts

Monday, April 28, 2014

Tips Menjadi Pasangan Yang Menyenangkan

Bismillah.. 

Zaman sekarang ni dalam skop Malaysia ramai para isteri yang terpaksa bekerja untuk membantu suami menampung pendapatan keluarga. Apatah lagi jika tinggal dibandar, gaji suami sahaja secara puratanya tidak cukup untuk menampung keperluan keluarga. Definisi cukup atau tidak ini juga bergantung kepada cara sesebuah keluarga itu berbelanja. Contohnya keluarga yang sudah biasa berbelanja dengan barangan murah, akan ada bil perbelanjaan yang jauh lebih murah dari keluarga yang biasa berbelanja dengan barangan mahal. Yang pasti kedua-dua jenis keluarga tersebut mampu hidup juga di atas muka bumi Allah yang luas dan kaya ini. Walau beza gajinya berpuluh ribu, yang gaji 10 ribu tidak akan mampu makan nasi 10 pinggan lebih dari yang gaji seribu. Namun harga nasi tersebut mungkin 10  kali lebih mahal dari mereka yang gaji seribu. Hakikatnya kedua-dua mereka hanya mampu makan nasi sepinggan. Begitulah bagaimana manusia menempatkan duit-duit mereka. Hakikatnya lagi, wang didunia tetap akan habis walau sebanyak manapun ia, samada kita menyumbang atau kedekut. Maka hidup manusia ini sebenarnya sama saja kaya atau miskin. Yang akan membezakan hanyalah amalan manusia itu. Jika miskin tapi hati sentiasa redha maka hati akan sentiasa tenang. Jika kaya, suka pula bersedekah, maka banyaklah saham akhiratnya. Itulah dia...

Hakikatnya, manusia ini akan sentiasa akan berusaha dan memang terpaksa berusaha pun untuk hidup. 

Di zaman ini juga ramai wanita yang educated. Dengan kelulusan yang mereka ada itu, digunakan untuk membantu suami mencari rezeki. Suami sepatutnya berterima kasih kepada keluarga isteri dan isteri kerana mereka tidak perlu menyediakan para isteri untuk bekerja. Tetapi wanita itu sendiri telah competent dari segi ilmunya. 

Secara fitrahnya, wanita akan lebih mudah stress sekiranya ada keadaan kerja yang membuatkan mereka stress. Mungkin kerana bukan fitrah asal mereka dijadikan untuk bekerja. Kebolehan mereka bekerja adalah menjadi satu bonus bagi mereka dan keluarga. Justeru mereka haruslah dihargai. 

Kebiasaan wanita bekerja pada masa sekarang juga kadang-kala menyebabkan masyarakat berpandangan wanita memang perlu berkerja. Termasuklah lelaki atau golongan suami yang berpandangan demikian. "Seorang isteri perlu berkerja" Kerana telah menjadi kebiasaan umum begitu. Padahal keperluan utama seorang isteri itu adalah untuk menguruskan hal rumah tangga, dan yang lebih penting adalah menjaga dan mendidik anak-anak. Cuba anda selami hati mereka, betapa beratnya hati mereka meninggalkan anak di taska, nurseri atau rumah pengasuh dalam keadaan anak tidak sihat, tapi diri sendiri terpaksa pergi kerja.

Justeru kerana golongan isteri telah membantu anda golongan suami, maka hargailah susah payah mereka. 

Kebiasaannya lagi, isteri  jugalah yang akan menyelesaikan hal rumah tangga. Balik kerja terus masak, kemaskan rumah dan uruskan anak. Phewww... memang mantap. Tanya pada diri anda wahai lelaki, mampukah anda lakukan sepertimana isteri anda buat?? Lebih berat lagi, jika mereka sama-sama berpandangan 'kerja rumah dan uruskan anak memang isteri yang kena buat'. 

Begitulah hakikatnya hidup seorang isteri. Kudrat mereka lebih banyak digunakan berbanding kudrat suami. Mereka lebih penat, lebih mudah sakit badan dan lebih stress. Sedih lagi jika penat dan sakit itu terpaksa mereka tangani sendiri. Dengan alasan suami sibuk, suami tak pandai bab-bab sakit wanita ni. 

Kata saya, jika anda ada fitrah untuk berkahwin, dan ingin berkahwin, anda lelaki harus belajar dan tahu semua perkara tentang wanita yang jadi isteri anda. Paling tidak anda harus ada concern tentang isteri. Jika tidak, anda belum layak untuk memimpin rumah tangga.

Anda isteri, seharusnya tahu dimana batasan-batasnya dalam menolong suami (concern utama anda), serta hak-hak anda sebagai isteri dan orang yang dipimpin. 

Apa isunya????

Di zaman isteri terpaksa berkerja ini juga banyak berlaku pergolakan rumah tangga dan perceraian atas berbagai sebab. Jika dihayati, pasti ada hal basic dalam rumah tangga yang tidak diperbetulkan. Apa gunanya kita bekerja sampai penat hingga lewat petang, tapi  tidak punya masa untuk bersembang bersama keluarga, malah anak-anak dimarah-marah kerana meminta bermacam-macam. Apa tujuannya kita bekerja sampai stress, lantas menyebabkan pergaduhan antara suami isteri. Apatah lagi jika pulang kerumah dan bermacam house work yang menanti. Stress dengan hidup telah banyak mencipta kepincaangan dalam rumah tangga. Padahal berkerja bukanlah matlamat utama kehidupan.

Terdapat punca lain juga yang menyebabkan kepincangan rumah tangga. Tidak berniat untuk disentuh di sini.

Justeru, kerana isteri telah mengorbankan kudrat mereka untuk membantu anda wahai para suami, maka anda juga harus mengambil bahagian mereka dalam menyetelkan hal rumah yang hakikat asalnya bukan kerja mereka pun. Janganlah anda hancur rosakkan hati mereka dengan pancara laser dari mulut anda. 

Antara rutin yang anda boleh lakukan, insyaAllah

  • Uruskan anak-anak. Mandikan mereka selepas ambil dari taska atau sekolah di petang hari
  • Bermain dengan anak-anak. Biarlah mereka rasa sebenarnya mereka ada bapa yang menjaga dan mendidik mereka
  • Bantu isteri anda mengemas rumah. Paling tidak anda boleh apply teknik "pickup things" yang mana kutip mana-mana barang yang tidak berada ditempat yang sepatutnya. Contohnya cawan diatas lantai bawalah ke sinki. Toys anak yang bertaburan masukkan kedalam bekasnya dan banyaklah lagi. Tidak perlu menunggu masa tertentu untuk mengemas rumah menjadi perfect, nescaya anda akan susah menemuinya.
  • Sekali-sekala tawarkan diri untuk memasak jika anda mampu.
  • Jika anda tidak pandai langsung memasak, cucilah pinggan dan alatan selepas selesai makan.
  • Ambillah baju kotor yang sudah sedia dalam bakul kotor dan tuangkan dalam mesin basuh. Anda hanya tekan-tekan je punat mesin basuh tu.
  • Bergilirlah bangun ditengah malam untuk buatkan susu anak. Isteri anda juga memerlukan rehat dan badan yang segar untuk berkerja keesokan hari. 
  • Anda tidak perlulah memberikan alasan ringkas, "anak taknak dengan saya" untuk berlepas diri dari meguruskan anak kerana itu hanya menampakkan kekurangan anda dalam mendidik anak. Nampak sangatlah anda tu tak friendly dengan anak.
  • Anak-anak ni macam kain putih kan... mereka akan ikut je corak didikan anda. Jika anda selalu menguruskan mereka, maka terbentuklah kasih sayang mereka terhadap anda. Mereka akan rasa lebih terbuka dan selesa untuk berkomunikasi dengan anda tanpa rasa takut
Jika banyak perkara yang anda boleh setelkan dalam rumah, anda telah memberikan ruang untuk isteri anda berehat dan melayani anak-anak. Anda patut sedar bahawa anak-anak akan merindui ibu mereka dan nak bermain bersama. Anda juga akan lebih tenang dengan keadaan rumah yang lebih kemas dan melihat isteri anda tenang dan lembut tanpa stress. Dan pastinya isteri akan bersikap lebih baik terhadap anda. 

Isteri yang tenang muncul dari sikap anda juga sebenarnya ye para suami. Hargailah bantuan mereka terhadap anda dengan anda membantu mereka pula. Pendek kata, kerja sama-sama, maka house work juga buat sama. Hatta mereka suri rumah sepenuh masa sekalipun, anda tetap perlu membantu menguruskan rumah. 

Anda suami, tidak akan mampu menggantikan ketekunan mereka menjaga anak walau dengan siapa pun. Berjaga diwaktu malam menjaga anak yang tidak sihat sedang anda lena tidurnya sehingga tidak dengar anak menangis di depan telinga. Anda tidak akan mampu menggantikan mereka dengan sesiapa di dunia ini yang sentiasa fikir untuk membesarkan anak dengan cara yang paling baik. 

Hargailah isteri anda 

sesekali pergi bersiar bersama keluarga, biarpun tempatnya hanya taman. Bermainlah dengan anak kecil, saat ini tidak akan mampu diulang lagi.




Wednesday, September 25, 2013

You Love the Beautifull Lady, and I Love the Handsome One

zzzzzzzzz.....

Tertidur depan laptop tanpa tersengguk... wahhhh....sejak bila lah pandai buat macam ni. tersedar bila tangan dah terasa kebas... research oh researchku... lately hari-hari jugak ler mengantuk beria...

Men, do you love or like or excited with the beautiful lady even you are married? why? and what will you do?

and the same question goes to ladies...

Last Aidulfitri kami sekeluarga, ummi and adik-adik beraya ke rumah mak saudara after balik dari solat hari raya di masjid. Setelah kami duduk dan makan sekian lama, maka datangah seorang perempuan. Dengan kedatangan beliau ke situ, maka bertanyalah jiran-jiran, 

"we heard that you are divorced, is it right? cer citer..." 

And the beauty lady said, "yes, all ready."

"why?" ask the jirans. Dalam pemikiran saya, beraninya
diorang ni direct je tanya. errrrkkkk...tersedak kacang tanah kuah kacang bersama nasi impit makcu yang sangat sedap tu..

And the beauty lady open the story book proudly. 

To cut short the story, she have five children and the eldest is sixteen years old. Mereka bercerai dengan cara baik tanpa gaduh-gaduh katanya. Bincang elok-elok. And she ask her x-husband, "lets divorce abang."  Kenapa bercerai? Katanya sebab masing-masing ada orang baru... 

"Astaghfirullahal azhim..." "nauzubillahi min zalik." berdebar jantung mendengarnya. Semoga Allah  jauhkan. 

Dia meneruskan lagi dengan cerita siapa teman lelakinya dan bila akan berkahwin and she looks very happy.

Pada pemikiran saya, hanya terfikir anaknya. Macam mana penerimaan anak-anaknya... Motherhood lah katakan... maka perasaan tu sangat tersentuh. Adakah dia dan x-suami dia sahaja yang gembira, tapi anak-anak sebaliknya? Sesungguhnya apa yang berlaku kepada ibu bapa amat mempengaruhi emosi dan cara hidup anak tersebut hingga besar. Semoga Allah memelihara anak-anak semua dalam pemeliharaanNya yang lebih baik. 

Belum sempat habis jiran-jiran mengorek ceritanya, ummi pun mengajak beredar ke rumah lain pula. Memang banyak lagi rumah-rumah yang tersenarai dalam list ziarah kami. 

Semoga Allah menunjukkan jalannya yang lurus untuk kehidupan selepas ini.
Cara mereka tersebut lebih baik dari berbuat maksiat dengan lelaki/perempuan lain tanpa berkahwin. 

Yes men, what say you? If you can find another one, ladies can do so... even you said, "we can have four wives." Ladies also want to do so. "divorce me!!!". Nauzubillahi min zalik.

Hargai sesuatu perkahwinan itu, pasangan kita dan anak-anak yang lahir darinya. Tujuan asalnya adalah untuk melahirkan cinta kepada Allah. Kerana dengan cinta itu akan lahirlah amal-amal yang membuahkan pahala untuk menujuNYA kelak. Segala apa yang diinfakkan kepada famili adalah sedekah yang lebih awla dan kita mendapat ganjaran Allah daripadanya. 

Suami, jika kamu meminati seseorang perempuan lain kerana kecantikannya, ketahuilah isteri juga sukakan lelaki yang kacak. Pokoknya, peliharalah hati sendiri dari godaan syaitan, dan peliharalah hati isteri kerana dia pendampingmu. Hormati diri sendiri sebagai seorang muslim dan hormatilah isterimu kerana dialah orang selalu mendoakanmu.

Ini bukan larangan poligami, atau menidakkan naluri lelaki. Pokoknya sudahkah kamu menjaga betul-betul diri kamu dari larangan yang Islam gariskan, dan laksanakan segala syariat yang Islam tentukan. Itu semua untuk menjaga dirimu, membahagiakanmu dan membantumu untuk melangkah ke syurga.  

Begitu juga buat para isteri. Mungkin sering kesunyian, suami kerja siang malam atau tak balik buat jangka masa yang panjang. Allah suruh kita jaga maruah kita dan tidak membenarkan orang lain masuk rumah tanpa kebenaran suami. Banyak doa, dan nangis selalu....erk...dan bersabar...pesanan penaja ini buat semua isteri termasuk juru tulis.

Perempuan juga boleh dipengaruhi oleh gejala sosial yang terpesong, walaupun hati mereka sebenarnya sangatlah solehah dan menyayangi keluarga. Tu fitrahnya. Tapi bila mendatangnya berbagai masalah dalam keluarga menyebabkan mereka juga mencari sinar bahagia yang baru...kononnya...dengan meminta lelaki lain menyelesaikan masalah rumah tangga mereka. 

Back to the basic. Cari Allah dulu bila ada masalah, pasti kita akan temui orang tepat yang boleh tolong selesaikan masalah rumahtangga kita.

Maka itulah sebabnya perkahwinan itu akarnya haruslah kerana iman dan cinta kepada Allah, disirami dengan ibadah kepadanya, dibajai dengan syariat-syariat yang dipatuhi untuk menumbuhkan sepohon rumah tangga yang sejuk dan harmoni, membuahkan anak-anak yang soleh solehah...

What you give, you get back.

Ustazah Hamnah Mursyidah


Tak perlu kena ada jawatan ustazah dulu baru boleh jadi ustazah. Semua yang muslimah kena jadi ustazah. "Sampaikanlah dariku walau satu ayat." Sabda Nabi

Thursday, January 17, 2013

Baking

Bismillah....

Salam Jumaah yang barakah. Semoga Allah thabatkan hati-hati kita di atas jalan Islam walau apa pun dugaan ribut taufan Sonamu atau Tsunami yang melanda. Semoga dugaan itu membawa kita untuk bermuhasabah diri yang kerdil dan hina dihadapan Allah.

Master sepatutnya tinggal sem depan untuk dihabiskan. Dengan segala urusan master yang masih ada. Maka penghabisan tersebut tidak dapat di surekan. Adapun demikian, sudah terfikir-fikir kerja apakah yang boleh dibuat setelah menamatkan sekian urusan master. Yang membolehkan untuk mengambil masa yang maksimum untuk menjaga anak dalam masa yang sama kewangan perlu dicari. Konsiderasi penting di sini juga adalah supaya saya dapat buat kerja dakwah umum dalam masa yang sama, khalifah-khalifah kecil saya mempunyai cukup masa dengan saya. Dan saya suka mereka banyak belajar dengan saya, walaupun mungkin tetap pergi ke sekolah.

Ibu-ibu muda skarang ramai jer yang buat kerja dari rumah dengan berbagai konsiderasi tertentu, antaranya mungkin krn kos hidup, anak, famili dsb. Ramai yang buat business online, jual macam-macam termasuklah kek dan pastri. Saya pula sangat teruja dengan pastri.


Kek lapis pandan yang belum di salut kelapa kering. Bila dah tersalut kelapa kering hanya tinggal sepotong. dah tak cantik nak posing kan..



Donut coklat. Dibuat di apartment Imperial.



Sedari kecil, umur darjah dua saya dah mula belajar untuk buat biskut sendiri. Masa tu di bulan Ramadhan, dan Ummi tak sempat join sebab busy dengan perniagaan cendolnya. Jadi ummi belikan barang untuk buat biskut dan ajar saya dari mulut jer sambil tangan urusakn cendolnya. Since that time every year saya akan test beberapa resepi baru buat biskut raya. Seperti biasa ummi memang galakkan. Mungkin dalam darjah empat macam tu ummi belikan oven. wow...sukeee kooot.. Entah masa umur berapa plak, ummi belikan mixer... alhamdulillah... bertambah semangat saya. Every kedatangan raya saya akan buat biskut raya.

Ummi juga suka buat biskut dan baking and pernah masuk kelas, tapi masa tak ada. Maka saya pun dengan ghairahnya telah mencopy resepi-resepi dari buku catatan ummi semasa beliau belajar dulu. Nak ada buku sendiri kooot... Lepas tu si Zubaidah (adikku tuuu) sibuk nak tiru kak longnya... buatnya takdelah sangat...hoho...

Honestly, sebenarnya taklah jadi sangat resepi-resepi yang dicuba. Asyik dok tertanya-tanya. "Kenapa hasil kek dan biskutku tak sama jadinya macam resepi". Banyak kalilah kecewa sebenarnya. Tapi entah kenapa semangat tu macam tak pernah hilang. Sampailah sekarang. Always rasa nak try something new, sampai rasa malu sikit dengan encik zauj (saya ada perangai malu semulajadi yg sedikit unik bagi saya sejak dari kecik.) Kalau boleh nak elak pergi kelas-kelas tu. Tapi kalau nak hebat rasanya mungkin kena pergi jugak supaya tahu teknik yang betul.

Sekarang ni berada di Imperial Hotel tingkat 20  kat Miri. Buat apa kat sini. Saja ngikut encik zauj yang outstation selama sebulan. Actually busy jugalah dengan urusan Mr. Master ni kan. So kerja-kerja tidak ketinggalan untuk dibawa kemari. Seketul paper Icon-Space perlu disiapkan secepat mungkin agar processing data lain dapat diteruskan. Maka bawalah penjaga Hamnah, si Maktehnya itu. Adik saya yang kelima yang baru selesai SPM.

Rasa adalah sedikit masa untuk search beberapa resepi dan mencuba beberapa resepi tanpa guna oven sebab di apartment hotel ni hanya ada microwave. Oh sekian dulu. Cekmek molek ala Kelantan perlu di siapkan untuk sarapan pagi.

Thursday, December 27, 2012

Isteri Solehah

Bismillah....

Rasanya ramai jer yang tahu bahawa wanita mudah memasuki syurga hanya dengan menjadi isteri yang solehah.


Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan 
1) mendirikan sembahyang lima waktu, 
2) berpuasa sebulan (Ramadhan), 
3) menjaga kehormatan dan
4) taat kepada suami, 
dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad) 


Mudahnya pra syarat untuk seorang wanita memasuki syurga bahkan boleh memilih mana2 pintu yang di sukainya. Setiap dari yang ada iman, masakan tidak mahu mengerjakan amal yang membawa ke syurga. 
Pernah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Jikalau sekiranya ada perintah dari Allah SWT untuk menyuruh manusia sujud kepada manusia nescaya aku suruh isteri sujud kepada suaminya.”
Betapa tingginya darjat seorang suami seharusnya seorang wanita itu letakkan. 
Namun perempuan lebih ramai di neraka..
Dari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.”
Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?” Rasulullah S.A.W bersabda: “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu.
Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu? “Rasulullah s.a.w bersabda: “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama”

Ooooooooohhhhhh..... begitu pula..... Jika sesenang itu wanita dapat masuk syurga tapi kenapakah bilangannya yang paling ramai dalam neraka?  
Yang pertma, kedua, dan ke tiga insyaAllah boleh dilakukan dengan jayanya oleh kebanyakan wanita yang ada iman di hatinya. Namun di sebalik hadis yang nampak ringkas ini, rupanya cabaran yang paling besar adalah pada yang ke empat. rupanya tidakah senang untuk menjadi isteri yang taat (and segala definisi taat yg berkaitan). Sabar di kala marah, masih bermanis muka walaupun merajuk beria-ia, sentiasa merendahkan dan melembutkan suara and so on dikala itu semua tak mampu nak di buat dalam keadaan sedih atau marah. Dannnnn yang paling utama, menjadi isteri yang diredhai oleh suaminya. 
Apa yang menyebabkan dosa itu boleh terjadi yer....:
Jika dilihat pada zaman yang moden ini. Ramai wanita yang terpaksa juga berkerja untuk menampung pendapatan keluarga. Segalanya serba tak cukup jika suami seorang sahaja yang berkerja. Disebalik penjagaan diri yang sempurna ketika keluar berkerja, ada juga cabaran lain bila kepenatan berkerja. Kadang-kadang itu boleh menyebabkan beberapa perselisihan faham.  
Memang terdapat suami yang tidak baik akhlaknya. Mungkin malas berkerja, melayani isteri dengan tidak sepatutnya, zalim, even sekecil bercakap dengan kasar. Akhlak-akhlak buruk suami turut menyumbang untuk isteri tidak melayan suami dengan baik, atau turut berlaku kasar. Mungkin kepincangan ini juga turut menyumbang kepada hal yang lebih buruk termasuklah berselingkuh dengan orang lain. ohhhh....wal iya'uzubillahu min zaalik.

Jika begitu, dimanakah keadilan bagi wanita dalam hal ini? Adakah dia hanya perlu tetap melayan suaminya sebagai raja walau dirinya hanya diperlakukan sebagai hamba? Dan sesungguhnya Islam itu memudahkan dan tidak menyusahkan. Dari awal pemilihan jodoh Rasulullah berpesan mafhumnya, "pilihlah yang beragama, jika dia tidak menyukaimu, maka dia akan melepaskanmu dengan cara yang baik." Dan jika berlaku kepincangan dalam rumah tangga, Rasulullah juga tidak memberatkan hal cerai,

Seorang perempuan datang kepada Rasulullah dan mengadu bahawa, dia ingin bercerai dengan suaminya.
Maka Rasulullah bertaya,"mengapakah kamu ingin bercerai?".
 Lantas dia menjawab, "suamiku menyelak tirai kamaru dan aku melihatnya rupanya hitam."
Tanya Rasulullah lagi, "Adakah dia memberikan mas kawin kepadamu?"
"Ya ada, berubah sebuah kebun," jawab perempuan tersebut.
"Maka pulangkanlah pemberian tersebut." Kata Rasulullah memutuskan.

See... Hanya kerana seorang lelaki itu berwajah hitam. Actually perempuan itu dinikahkan oleh ayahnya, tapi dia tak pernah tengok bakal suaminya yang kaya itu. Kenapa juga keputusan itu senang macam tu adalah, tunggak utama mendirikan rumah tanggah adalah untuk beribadat kepada Allah. Jika urusan ibadat tidak dapat dilaksanakan dengan baik oleh kerana sesuatu sebab dalam perkahwinan itu, maka tiadalah lagi asbab kukuh untuk sesuatu perkahwinan itu. Tapi jangan fikir kita di zaman sekarang, dan di negara sekarang ni senang sangat nak melaksanakan seperti diatas. Faktornya adalah kefahaman dan pengamalan yang tidak sama. Kalau cara dari awal dah salah, cara yang kemudian, bukan senang nak cerai jer... Kes cerai sekarang dah berlambak-lambak sampai tak terurus, so saya bukan berniat nak promo cerai....hoho~

Dari awal Islam menekankan penjagaan maruah, sebelum kahwin, dalam perkahwinan, hinggalah bab penceraian. Rasulullah banyak mencontohkan sikap dan perbuatan beliau dalam urusan rumah tangga.
"Yang terbaik diantara kamu adalah yang paing baik kepada keluarganya, dan aku adalah yang paling baik diantara kamu."
Dengan segala ke'busy'ain Rasulullah menjadi Rasul, suami, ayah itu, baginda tetap yang terbaik kepada keluarga. Al-kisahnya pula memang banyaklah kalau nak hurai. Jadi kita yang tak berapa nak busy ni kenalah berusaha untuk jadi yang terbaik kepada keluarga.

Dan kita percaya, apa yang kita bagi, itulah yang kita akan dapat, bahkan mungkin akan dapat yang lebih baik. Suami yang baik melayan isterinya, akan mendapati isterinya lembut hati dalam melayaninya. Ayah yang sentiasa meraikan anak-anaknya, akan mendapati anak yang sangat kasih kepadanya..

Sekian....


Friday, February 24, 2012

Menjamin Nafas yang Panjang

Bismillah....

Alhamdulillah...segala puji limpah kurnia buat Tuhan yang masih lagi menetapkan hayat ini dalam nikmat Islam dan iman.... Semoga hambaNya yang banyak diuji ini berjaya memperoleh taqwa nilainNya. Alhamdulillah....nikmat yang amat dicintai iaitu berjuang dijalan dakwah masih lagi menjadi agenda hidup. Semoga ianya tidak pernah padam, walau sekali sekala ianya hanya mendayu lewat agenda hidup yang berubah-ubah.

Yaa....memang sibuk sekali rupanya menjadi seorang isteri ini ya.... di tambah lagi kesibukannya bila mendapat seorang cahaya mata. Mungkin akan bertambah-tambah lagi bila ada dua, tiga......sepuluh cahaya mata. Belum ditambah lagi soal kerja, kerehatan, sakit serta urusan keluarga. Memang sungguh sibuknya manusia ini ya. Tidak hairanlah isu futur dari jalan dakwah menjadi kebimbangan samada di kalangan syuyukh mahupun syabab. 


Seringkali syuyuk bercerita tentang futur ini... bimbang sekiranga syabab yang di jala sekian ramai ini, yang hebat-hebat ini akhirnya futur dari jalan ini. Maka diperingatkan dengan baitul muslim...agar di cari teman yang juga memperjuangkan jalan ini agar kedua-duanya dapat saling menguatkan. 

Begitu juga dengan syabab. Mereka gembira mendapat tarbiyah dalam jemaah ini, riang berukhuwwah dan bermusyawwarah untuk membina empayar dakwah ini, begitu kuatnya mereka menjaga diri dari segala dosa serta bersungguh-sungguhnya mereka beramal. Mereja juga takut akan futur. Takut sekiranga Allah membolak-balikkan hati mereka setelah diberikan jalan kebenaran yang amat dicintai ini. 

Topik yang erat bila dikaitkan dengan futur adalah 'baitul muslim'. Apa itu? Rumah tangga muslim. Yang mana ikhwah atau akhawat lebih digalakkan untuk berkahwin dengan ahli sesama jemaah. Bukan kata kalau tak kawen sama jemaah rumahtangga jadi tak muslim okeh. 

Namun berdasarkan pengalaman zaman, tetap ada ikhwah akhawat yang akhirnya tenggelam walaupun telah berjaya berkahwin sesama mereka. Dan ada juga ikhwah dan akhawat yang tidak berkahwin sesama mereka mampu mengikhwahkan dan mengakhawatkan pasangan mereka malah menjadi lebih mantap. Alhamdulillah.. Kedua-dua situasi ada dugaan yang tersendiri.. Dan adalah lebih baik sekirannya ikhwah dan akhawat berkahwin dengan akhawat dan ikhwah seterusnya perkahwinan itu mampu memberikan mereka 'super power' dalam menambahkan ibadat dan menggerakkan amal dakwah dengan lebih mantap lagi.

Majoriti di setiap kawasan, akhawat adalah lebih ramai dari ikhwah. Isu ini turut menjadi faktor dalam pengurusan BM. Apatah lagi jika ikhwah selalu suka memilih bukan akhawat untuk menjadi pasangan hidup mereka atas sebab-sebab yang diciptakan oleh mereka sendiri. Apa sebabnya. Sebab 'akhawat garang' adalah menjadi sebab yang paling popular. Dan antara sebab-sebab lain adalah mungkin kecantikan dan sebagainya. 

“Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”  [Bukhari dan Muslim]

Antara empat sebab faktor pemilihan seseorang calon isteri iaitu, rupa, harta, keturunan dan agama, mungkin  'akhawat garang' jatuh pada faktor yang pertama iaitu rupa atau personaliti. Rupanya ikhwah ni tetap menjadikan faktor pertama tu amat penting meskipun faktor ke empat itulah yang lebih afdhal ya? okeh. Ikhwah pun manusia yang lelaki juga okeh.

Kenapa akhawat boleh kelihatan garang ya? Bila bercakap jer selalu nak tegas. Bila meeting jer siap boleh gaduh. Mungkin ikhwah tidak sedar bahawa akhawat itu adalah perempuan yang telah diacu dengan sistem tarbiyyah. Yang disuruh menjaga diri. Namun di sebalik tabir jilbab garang itu tetap ada keayuan mereka yang sebenar.

Akhawat yang acuannya agama, dia malu bila dirinya menjadi bualan lelaki, dia takut sekiranya dirinya menjadi sebab laghanya lelaki, dia suka dirinya ditutup agar dia boleh menjaga hati, dan lelaki boleh menjaga hati mereka. Kerana akhawat ini walaupun dia akhawat, hatinya juga boleh dimain-mainkan oleh syaitan. Dia mungkin lebih suka sekiranya dirinya tidak dikenali walaupun besarnya peranannya dirinya dalam pentas dakwah ini. Kerana dia sungguh pemalu. Namun untuk menutup rasa malunya itu, dia seringkali bersifat tegas dan kelihatan garang. 

Dia tahu dirinya lembut. Dia tahu dirinya manja. Dia tahu suaranya lunak. Dia tahu perbuatannya lemah gemalai. Sesungguhnya semua itu anugerah Allah yang teristimewa. Yang teristimewa itu tidak mahu dia berikan kecuali pada seorang yang amat dia cinta, iaitu suaminya yang sah. Maka ikhwah, antum mungkin tidak akan jumpa jika dicari keistimewaan itu pada akhawat yang belum sah menjadi zaujahmu. 

Duhai ikhwah, akhawat ramai lagi kottt..... bukan kata yang tak akhawat tu tak bagus. Tapi jika akhawat, adalah lebih baik. 

Duhai akhawat, banyakkan berdoa, semoga dipertemukan jodoh yang terbaik. Tak semestinya ikhwah adalah calon paling baik dalam semua perkara, tapi memilih yang beragama dan sama-sama bergerak dalam medan adalah lebih baik.

Teringat di suatu ketika dahulu.... Murabbi ada mengesyorkan untuk melamar ikhwah. Owh...... tidakkk.....saya malu okeh. Saya rasa saya tak layak nak melamar ikhwah ni. Siapalah saya ni....tak power pun...Tak setanding Saidatina Khadijah. Maka saya pun faham.... Mostly akhawat ada perasaan macam saya. Malulah nak propose ikhwah kotttt... Maka ikhwah kenalah faham keadaan ini. 


Sangat-sangat respect pada akhawat yang berani mempropose ikhwah. Sesungguhnya itu lebih mulia, menawarkan diri untuk seseorang yang baik agamanya.

Apa-apa pun jika fokus seorang da'i itu adalah benar-benar untuk menggerakkan dakwah ini. Hatinya akan sangat dekat dengan Allah. Allah-lah pemilih untuk dirinya. Tak ada masa dia nak pilih yang cantik atau lembut atau kacak atau caring. Yang penting dia menjadi da'i yang terbaik, maka urusan seterusnya akan datang kemudian. Macam mana tu? Cer buat dulu baru tahu.


Ya...ya...ya... bercerita soal ini....sedar atau tidak diri juga bakal diuji. Semoga amanah baru yang kian bertambah ini lebih menguatkan lagi kaki melangkah di medan dakwah ini

p/s - lately dok busy study parenting. itu dan ini...bagai-bagai...