Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers
Showing posts with label Kami suka jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Kami suka jalan-jalan. Show all posts

Wednesday, June 11, 2014

Labuan: Saya dan kerepek tiram

bismillah

Pada suatu petang nan indah dan saya berpuasa, saya tiba-tiba nak makan kek. Maka pergilah cari kat pasar malam. Banyak gerai yang jual kek coklat. Singgahlah di satu gerai, ada adik perempuan manis yang jaga. Sambil tunggu duit baki beli kek coklat tu saya terpandangkan kerepek ke apatah namanya. Mungkin batang buruk yang bersadur dengan serbuk putih..Nampak sedap je, maka ambillah satu.

MasyaAllah...sedapnya. Batang buruk yang disadurkan dengan susu dan gula. Lemak manis rasanyaIni adalah versi kerepek tiram. sama juga disadur dengan susu dan gula. 

Kata internet, kerepek ini adalah buatan khas Sabah. Balik semenanjung susahlah nak cari nampaknya. Maka marilah kita borong beberapa bungkus untuk bekalan di masa hadapan

Cannot stop eating it!!!

Tak jemu makan

Tuesday, May 27, 2014

Family Vacation Kota Kinabalu-Kundasang-Ranau

Alhamdulillah 'ala kulli ni'mah

Sabtu yang lepas Allah beri kesempatan untuk kami menikmati alam di Sabah. Alhamdulillah... Sesungguhnya pengembaraan ini mengingatkan saya pada ayat-ayat Allah dalam al-Quran yang mulia. Mengingatkan saya pada subjek-subjek yang saya belajar semasa di alam sekolah juga di uni. Betapa indahnya kita menghayati al-Quran bila ianya bergabung dengan alam. Sesungguhnya al-Quran itu real. 

Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul). 3:137

Semoga dengan pengembaraan ini juga kakak Hamnah dan adik Nawar banyak belajar tentang alam... dan pelajaran penting rasanya adalah penat..haha..

Terima kasih juga kepada zauji yang sudi meluangkan sedikit rezeki untuk kami sampai ke sini selain dari beli telefon lagi. Kita tidaklah plan nak pergi kan, tapi Allah itu Maha Mengaturkan. Mengambil kesempatan kami sudah berada di Labuan maka lanjurkan hingga ke Sabah. Kos jika dari KL mungkin dua kali ganda dr Labuan.

katakanlah (Muhammad), "sesunggunya segala urusan itu di tangan Allah". 3:154

Permusafiran kami ke Kota Kinabalu bermula dengan menaiki feri di terminal feri Labuan pada pukul 8 pagi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam setengah. Ini kali pertama kami naik feri :)


Di terminal feri Labuan

Tiba di Jesselton Point Kota Kinabalu
Setelah mengambil kereta Saga dengan sewaan RM140 sehari kami memperlengkapkan keperluan permusafiran untuk ke Kundasang. Sempat juga bershopping dan lunch di Shopping mall Sinar Sabah. Grand juga shopping mall ni. Okeh, sebelum pergi ke KK, saya membayangkan bandarnya adalah seperti pekan saja. Rupanya setaraf KL jugalah... Macam bandar Johor Bahru kot.. 

Perjalanan diteruskan ke Kundasang melalui jalan tepi laut. Setelah memasuki kawasan berbukit, alhamdulillah jalannya elok tapi kita boleh bayangkan macam mana gaya jalannya yer.. Penat ummi erobik atas kereta sambil handle anak yang aktif berdua tu okeh. Ummi rasa...khas untuk anak-anak ummi elok ada bus yang kosong dengan dilengkapi comforter/kusyen di dinding... Kenapa? Mereka suka explore dan beraktiviti dimana sahaja. 

Dipertengahan jalan yang seperti ular kena palu tu kami berhenti berehat, solat dan menikmati alam, bergambar sudahlah pasti. Tapi tak ada lah gambar penuh kaami berempat memandangkan tiada abang kamera yang lain selain 'abang' sayang saya. Disebabkan 'abang' saya jadi abam kamera, maka banyaknya sayalah model beliau. huhu


Bergambar berlatar belakangkan Gunung Kinabalu yang diliputi awan dan banjaran bukit-bukit yang lain. Di board tu ada diterangkan jenis peak di gunung Kinabalu. ada 4 peak.

Baru lepas hujan, awannya tebal.

Tangan abang kamera jadi monopod. 

Setelah lebih kurang 3 jam alhamdulillah kami sampai ke pekan kundasang. Satu lagi, tak sangka pulak kat kundasang tu ada pekan rupanya. Kami check in di Kinabalu Pine Resort yang terletak tidak jauh dari pekan dan selepas geraian sayur dan buah dan bunga. Berdasarkan review sebelum ni, rata-rata mengambil masa dua jam untuk sampai dan ada juga sejam setengah. Tapi kami ni 3 jam, biasalah need to stop to refresh.

Hotel ni memang sesuai dengan namanya sebab banyak pokok Pine. Ini mengingatkan saya pada matapelajaran geografi yang dipelajari semasa lower form. Rasanya masatu belajar hutan hujan khatulistiwa yang mana jenis pokok akan berbeza mengikut ketinggian dari aras laut. Contohnya pokok ru akan hidup di altitud yang rendah yang mana kita selalu jumpa tepi pantai dan pokok pine hidup di tanah tinggi pada ketinggian tak ingat..hehe.. kena tanya balik cikgu Puji kita.. Okeh, saya sebenarnya suka situasi ni dan rasa sangat teruja. Suka tengok apa yang saya belajar dan saya jumpa depan mata saya. Harapnya jika ada rezeki dan umur di suatu hari yang Allah tetapkan, saya boleh menziarah ke tempat-tempat yang diceritakan dalam al-Quran dan sirah yang di hadam dalam usrah.


Bilik kami, England 2

Bergambar di luar, tidak jauh dari bilik

On the way ke restoran The Pine, bersama bunga Siti Zubaidah yang katanya boleh berubah warna dan Bunga Hamnah Mursyidah yang boleh berubah mood dan perangai. 

Alhamdulillah rasa terawat semua kepenatan bila tengok kawasan resort ni. Cantik sungguh subhanallah.. Maka kami jalan-jalan dalam ni lah dulu. Padahal sebelum tu dah plan nak keluar jalan-jalan di kawasan berdekatan dulu.

Sungguh excited tahap gunung Kinabalu bila jumpa bunga ni. 

 Dulu masa sekolah rendah cikgu ada lukis bunga ni, sejak dari itu saya pun suka sangat lukis bunga ni. Kalu nak lukis bunga mesti lukis bunga ni. Masatu hobi melukis, skarang takdak dah...tangan pun dah tak seni. Bunga ni bentuknya ada lekuk di tengah di edge of kelopak tu. 


Memanjat ke atas. Kat sini semua kawasannya berbukit, resort ni juga didirikan di lereng bukit.

Tak puas lagi excited dengan bunga ni. Bergambar bersama bunga-bunga ummi yang aktif.

Terima kasih lah abang kamera ya
Masa ni dah dekat pukul enam petang, cuaca pun dah hampir gelap. Kami menamatkan explorasi kami buat hari tersebut di kawasan resort tu... Bersiap untuk dinner.

Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya

By the way... Kos untuk penginapan kami adalah RM220 dengan konsep bilik simple minimalis, king size bed. Kos adalah termasuk dinner dan breakfast. Not bad. Resort ni recommended bagi siapa yang nak datang kundasang. Saya suka sebab tempatnya memang cantik dan terjaga. Please jangan tanya ada swimming pool ke tak sebab kita datang kundasang bukan nak duduk hotel dan kalau ada pun of course kita tak sanggup pun nak swim sebab air dia sejukkkkk sangat. Banyak tempat menarik yang perlu dilawati. 

Saturday, April 12, 2014

Awana Kijal a.k.a Resort World


alhamdulillah 'ala kulli hal...

Saya dan anak anak diberi peluang oleh Allah untuk mengikut zauj training di kemaman dan kami menginap di Resort World atau nama dulu Awana Kijal. Saya lagi suka nama Awana Kijal tu, klasik dan unik. Alhamdulillah kerja kerja abi banyak membawa kami jalan-jalan di Malaysia ni. Ini kali kedua saya dan zauj ke Awana Kijal ni. Second time ni bersama dua orang puteri Bintang dan bulan kami.

Saya personally suka jalan-jalan menikmati alam ditempat lain. Rasanya ramai orang macam tu, suka melancong. Bezanya tempat apa yang lebih mereka sukai. Pada saya, saya suka melihat alam. Rasa unik Allah mencipta alam yang pelbagai. Ada orang lain lebih suka tempat yang fun fair, contohnya lego land atau lain-lain, maksudnya yang manusia cipta. 

Ini adalah ni main hall. Round about di bawah bumbung. Di depannya ada bilik-bilik ...erm cana nak banyangkan

lobi ni serius cantik...lantai dia cantik...huhu

ada tempat duduk dengan meja kopi. pagi-pagi kita akan jumpa ramai orang yang pakai coverall especially kuning. staf petronas especially suka buat training kat sini atau menginap disini sekiranya ada training di kawasan berdekatan

 
After breakfast. We were rounding the hall and rest for a while. The puteri bintang kakak hamnah is feeding her milk while the puteri bulan adik nawar is reading news paper... hehe


ini adalah suasana di dalam bilik. tak bersuasana sangat dah la...penuh dengan barang kami pula. satu king size bed, cukup untuk muatkan kami semua

bilik kami menghadap garden dan nampak pantai... and preciously nampak laut yang sangat cantik dari aras pandang bilik kami... which is nampak laut tu agak-agak separuh bangunan tu.  

menghadap pintu masuk yang beberapa kali terpaksa memanggil guess service untuk bukakan pintu dengan sebab yang berbeza...haha

jendela bilik air yang open-able. dari dalam bilik boleh nampak bath tub. see-through katanya  

maka bolehlah kita memerhatikan anak-anak bermain di bath tub sambil buat kerja di ruang bilik

akak hamnah yang sentiasa nak jadi ustazah. insyaAllah kita usahakan supaya tercapai ye kakak.. astronomer also can be a ustazah kakak



Pantai yang Sangat Cantik

Sesungguhnya saya amat terpesona dengan pantai yang amat cantik. Orang kata datang ke kisini memang takde tempat menarik sangat. Yang menarik adalah di Awana Kijal ni sendiri yang mana pantainya amat cantik. Pasirnya sungguh bersih dan berwarna light brown 

tak risau untuk melepaskan sicomel merangkak sendiri. InsyaAllah pasirnya bersih dan selamat. Cuma kena sentiasa jaga sebab sicomel nak rasa semua benda melalui deria mulutnya.


Sengaja bawa mereka bermain dengan pasir. Menyentuh teksturnya untuk develop perkembangan minda mereka. Abi buat apa tu? guess what???


Guess what???


tadaaaaaa...... abi sedang main layang-layang


abi and the kids

nawar bermain-main dengan pasir

tercapai cita-cita ummi nak bawak mereka especially kakak untuk bermain dengan pasir



cantik tau air pantai kat sini...biruuuuuuu


ombaknya agak besar. tidak seperti di pantai barat. pantai ni terus menembus ke laut cina selatan yer....cuba ingat sebesar manakah laut cina selatan tu

mereka bermain ombak. actually kami semua main ombak....bestnya......lama dah tak main ombak. kat pantai barat seingat saya tak jumpa la ombak besar gini.





Swimming Pool

Ni pula di swimming pool. amatlah luas yer tuan-tuan dan puan-puan.










kakak hamnah main layang-layang



mereka yang sudah keletihan. every day main air dua tiga kali


Ituah aktiviti yang banyak kami lakukan disana. Banyak lagai aktiviti lain disana, ada giant chest, giant snake and lader, big congkak, bermacam jenis sport, sesuai kalau nak tinggal sebulan kat resort ni...haha...Tapi saya tak interested since belum sesuai untuk peringkat umur kakak hamnah dan adik nawar. InsyaAllah kalau ada rezeki kita datang lagi mungking time tu anak-anak ummi dah ada yang besar, mungkin dah ada interest nak main benda lain pula. Dan ummi suka ajar anak-anak suka kepada alam...like ummi ...hehe... Alam kitab kedua untuk mengenali pencipta kita yer sayang

insyAllah,... semoga Allah pilih kita lagi untuk melihat ciptaanNYA ditempat lain pula.... guess where is the next???