Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers
Showing posts with label SuperUmmi. Show all posts
Showing posts with label SuperUmmi. Show all posts

Wednesday, March 11, 2015

Pantang 44 Hari

Bismillah...

Pagi dikejutkan oleh anak kedua, Nawar 'Aqilah pukul 7 pagi. Nawar bawakkan sepaket biskut yang belum dibuka. Dalam mamai saya katakan padanya, "Nawar makan kat dapur." Kemudian saya tertidur semula. Nawar datang semula membawakan paket biskut yang belum dibukan tadi bersama gunting. Ohc!!! terkejut saya terus terbangun. Dalam hati, "kesian Nawar, mesti lapar." saya bawa Nawar ke dapur, bukakan biskut dan teman Nawar makan... kesian Nawar, mungkin umi tak sempat cater Nawar... OHhhhhh anakku dah 3...

Hari ni hari pertama habis pantang 44 hari. Alhamdulillah... suka, duka dalam berpantang menyimpan didikan untuk diri saya untuk saya peringatkan pada masa akan datang. Sebelum ni tertanya-tanya, "kenapa pantang perlu 44 hari? ada pula 60 hari dan 100 hari." Alhamdulillah saya ambil peluang pantang kali ini untuk saya lebih menghayati saya berpantang dan penjagaan bayi.

Masa fisrt time and second time saya berpantang, Doktor pertama yang consult saya kata. NO pantang-pantang yer.

Second time and second doctor said, pantang tu tak perlu makan yang berangin and sejuk. Urut tu bagus bahkan diperakui dari sudut perubatan moden. Dalam fikiran saya, "aik, doktor ni berbeza pulak  Mungkin doktor ni pro-tradisional."

Third time and third doctor said tanpa ditanya, tapi dia yg tanya saya. 

"pantang siapa jaga?"

"pantang sendiri je"

"ohhh" terkejut. "mak tak datang?"

"mak saya tak dapat datang, adik kecik lagi skolah"

maka doktor tersebut menyampaikan pesanan.

"dua minggu pertama, rest betul-betul. jangan buat kerja berat. makan yang fresh sahaja. fresh cook. jangan makanan yang semalaman. pantang makanan is different between person, listen to your body. buat urut and bertungku."

The last advice was very convinced me. actually the second doctor maybe told the same, but i'm not confident sebabbbbbb?  takut, risau bercanggah dan terpaksa berdebat dengan orang yang tak suka pantang. oh sungguh serabut. 

Tapi alhamdulillah... Allah beri peluang untuk saya lalui ketiga-tiga situasi untuk mengajar saya. Dalam menelusuri usia mengandung, bersalin, berpantang dan menjaga anak membuatkan saya banyak mencari ilmu, bertanya, mengkaji dan menganalisis.


BERPANTANG 44 HARI 

Setiap badan manusia tidak sama tahap ketahanan dan penerimaannya. Namun ada perkara basic yang semua badan mengalami keadaan yang sama. Yang mana kalau tak sama, mungkin ianya bermasalah. Setiap individu harus mengenali badannya sendiri, dan tidak boleh menyamakan apa yang berlaku pada badannya dengan orang lain. 

Setiap tumbuhan dan haiwan yang kita makan ada khasiatnya yang tersendiri. Dan perlu digunakan sesuai dengan keadaannya. Dalam keadaan sihat dan stabil kita harus mengambil semua jenis khasiat tersebut secara seimbang. Sesekali makan makanan yang tidak berkhasiat mungkin tidak mendatangkan masalah pada kesihatan. Namun berlainan bagi orang yang tidak sihat disebabkan sesuatu penyakit. Contohnya pesakit gaut tidak boleh makan seafood keranan kandungan zat dalam seafood tidak sesuai untuk penyakitnya. Jadi perlulah dia berpantang dari makan seafood. 

Ada orang perlu pantang sesetengah jenis makanan kerana tidak serasi dengan badannya, tetapi tidak bagi individu yang lain, mungkin makanan lain pula yang dia perlu pantang. Ada saja ibu bersalin yang boleh saja makan semua makanan dan tidak memudaratkan dia atau bayi, maka tidak perlulah dia pantang. Alhamdulillah senang bagi dia. Ada juga ibu bersalin yang boleh saja buat kerja-kerja rumah semasa pantang dan tidak berasa bentang kerananya, alhamdulillah itu satu kemudahan bagi dia. Tetapi jika badan yang jenis tidak tahan dan perlu berpantang maka perlu jugalah berpantang.

Dua minggu pertama

Dalam masa dua minggu awal bersalin, badan dalam keadaan yang amat lemah. Dalam masa ini ibu bersalin perlu rehat sebaiknya. Seeloknya semua urusan diuruskan oleh pembantu, seperti memandikan bayi, basuh dan sidai baju walaupun basuh dgn mesen, uruskan anak-anak yang lain. Tidak kurang penting adalah semua pihak harus menjaga emosi ibu bersalin. Dinasihatkan untuk berbaring dalam kebanyakan waktu dan duduk hanya untuk masa yang singkat. Elakkan daripada terpaksa keluar rumah seperti keluar untuk cek Jaundice. Sangat bagus jika jururawat dapat datang dan cek di rumah. Ibu bersalin atau suami mungkin tak perasan bahawa ibu tersebut sebenarnya masih lemah. Yelah tak patah kaki tangan dan boleh berjalan kan... laju pulak tu kalau yang tak berjahit tu. Tapi akan rasa badan lemah setelah buat kerja tu. sebenarnya kita struggle untuk buat tu.

Sahabat-sahabat, jiran dan keluarga jauh jika boleh tak perlu berziarah dulu dalam masa dua minggu ni kecuali jika ibu bersalin itu sangat memerlukan anda datang. Kenapa? sebab ibu bersalin tak boleh nak duduk lama sebenarnya, pening dan lemah badan. Jika orang dulu-dulu mereka faham, bila berziarah orang baru lepas bersalin,biarkan saja mereka baring. Borak sambil baring is ok. Tidak dikira tidak menghormati tetamu buat masa ni. Zaman sekarang ni orang yang berziarah tak faham, orang bersalin punnn tak faham. Termasukalah saya. Bila hari dah malam, barulah badan terasa sakit-sakit, rasa nak demam, panas sejuk. Sesungguhnya tak pernah rasa seumur hidup sakit macam tu. Hanya Allah yang tahu. Nak cerita kat orang tak bersalin memang susah, apatah lagi lelaki.... a.k.a suami lah tu.

Selepas dua minggu

Kita boleh rasa badan kita selepas dua minggu adalah lebih sihat dan lebih kuat. Tapi beringatlah, kita belum lagi sihat dan kuat. Cuma rasa lebih bertenaga dari sebelum ni.

InsyaAllah masa ni lebih sesuai untuk berziarah. Datanglah dengan keceriaan dan menghiburkan hati ibu bersalin. Jika ada tips penjagaan diri dan bayi kongsikan bersamanya. Sebaliknya jangan tambahkan kegusaran hatinya. 

Selepas dua minggu ini mungkin badan sudah cukup kuat untuk pegang periuk. insyaAllah boleh buat sikit-sikit, tapi tidak boleh drastik dan buat kerja berat atau banyak. Buat kerja hanya untuk keperluan diri sendiri sahaja. Masa ini juga masih perlukan banyak rehat dan tidur. Jika kita over do pada masa ini badan akan terasa sakit atau dipanggil bentan.

Jika berasa badan bentan ketika ini, bertungkulah satu badan sehingga berpeluh dengan menggunakan tungku moden atau tradisional. Elok juga diurus lembut oleh pembantu lain untuk melegakan kesakitan. Elakkan kipas dan aircond. Kalau manusia lain panas, suruh dia duk jauh2....tempat yang ada kipas atau aircond... huhu... Orang yang bersama orang pantang seharusnya faham keadaan orang pantang. Keutamaan adalah kepada orang pantang dan bayi. Seeloknya berpantanglah bersama confinement lady atau mak atau makcik-makcik yang pernah bersalin, kerana mereka lebih memahami keadaan kita. Kesakitan dan kegusaran dalam hati kita boleh kita bincang bersama mereka. 

Teruskan berpantang selama 44 hari, bertungku dan berbengkung

Selepas 40 hari

Selepas 40 hari, kita dapat rasa badan sudah tidak lagi sakit dan lemah bila buat kerja. Boleh cuba buat sikit-skit.

Selepas 44 hari

InsyaAllah pada ketika ini badan akan rasa lebih sihat dan bertenaga. Pada masa ini kita dah boleh buat kerja lebih banyak dan sudah tidak berasa bentang. Tetapi haruslah beransur-ansur dan dengar keperluan badan kita. Kita mungkin akan rasa sakit sedikit di sendi-sendi atau kaki jika over do, tetapi tidak sehingga bentan. Bacalah badan kita dan ketahui limitasinya. Tingkatkan kerja dan masa buat kerja kita gradually.

Alhamdulillah melepasi 44 hari. 

Perjalan berpantang kali ini saya lebih menghayati dari segi masa dan keadaan diri saya. Maka saya faham kenapa ianya perlu 44 hari.

Pantang 60 Hari

Ada yang meneruskan lagi pantang hingga 60 hari. Bagi saya logik saja. Masa ini masih lagi menjaga pemakanan dan diri. InsyaAllah badan lebih sihat. 44 hari bukan kata kita dah sihat sepenuhnya. Badan mungkin belum rasa sepenuhnya sihat selepas 44 hari.

Pantang 100 hari

Pantang 100 hari lebih dikaitkan dengan tidak melakukan hubungan kelamin dengan suami dalam masa 100 hari untuk menjaga kesihatan dalaman wanita. Namun ada juga pendapat yang menyanggah pendapat tersebut atas beberapa sebab dan faktor yang malas saya nak hurai disini... :) Apa yang boleh saya simpulkan.. pantang 100 hari lebih perlu untuk menjaga dari segi pemakanan yang mana pemakanan orang pantang ni adalah menu sihat. Dari segi seksual ianya tiada bukti yang saintifik, kerana banyak bersandar kepada, "apabila tua nanti sakit." 




Thursday, October 16, 2014

Tumbesaran Anak - Anak dan Teknologi

assalamu'alaykum

Ibu bapa moden yang perlu bekerja di bandar biasanya kurang masa untuk dimanfaatkan bersama anak-anak atau ah;i keluarga. Realitinya jelas begitu, bila terpaksa keluar rumah seawal mungkin, menempuh jem diperjalanan, menguruskan perihal rumah dan sebagainya. Akhirnya masa habis dikitarkan untuk urusan rutin begitu.

Bagi ibu bapa yang menceburkan diri dalam NGO atau badan-badan lain yang memerlukan mereka memperuntukkan lebih masa untuk urusan itu. Sebagai contohnya bagi kami yang terlibat dengan aktiviti tarbiah dan dakwah sepanjang minggu mempunyai susunan masa yang padat. Sudah tersusun dikalendar aktiviti dan program yang akan berlangsung sepanjang minggu, bulan, malahan tahun. Pastinya kebanyakan waktu malam dan hujung minggu terisi dengan sesuatu agenda. Jadi penyusunan masa yang berkualiti bersama keluarga amatlah perlu.

Anak-anak yang sedang membesar untuk mengenali kehidupan ini perlu diberi perhatian. Ramai ibu-bapa muda juga sudah menyadari kepentingan pembelajaran terhadap anak-anak bermula dari umur bayi. Dan ibu-bapalah yang mencorak kehidupan anak-anak itu.

Sepengalaman saya dan adik beradik, mungkin umi atau ayah tidak guide macam mana nak main pasir, main hujan, main pondok-pondok atau main permainan yang lain. Dan tidak pula memberikan sekatan untuk apa yang kami mahu main. Kami diberikan kebebasan bermain dalam suasana yang agak selamat (pada waktu itu dan di tempat itu). Namun kehidupan di sekitar bandar kadang kala tidak memungkinkan ibu bapa untuk melepaskan sahaja anak-anak keluar dan bermain sendiri. Tempat kediaman seperti di pangsapuri dan taman perumahan yang terhad kawasan selamat bermainnya pula menghadkan anak-anak untuk keluar rumah. Jadi amat perlulah bagi ibu bapa memantau dan menemani anak-anak kecil untuk melakukan aktiviti mereka. Tentulah ini memerlukan masa ibu bapa untuk memantau mereka. Beraktiviti dan berimaginasi dengan aktiviti adalah hak anak-anak.

Kita perhatikan sekarang, sudah asing terlihat dikalangan kanak-kanak atau remaja di zaman ini bermain permainan yang kita main di zaman kita, bukan sahaja di bandar malahan di kampung-kampung. Secara keseluruhannya rakyat Malaysia boleh dikatakan sudah terdedah dengan bentuk permainan baru iaitu gajet dan internet. Namun berdasarkan kajian yang dibuat, bentuk permainan baru ini lebih banyak mendatangkan kemudaratan dari kebaikan.

Pendadahan terlalu awal gajet kepada anak-anak di bawah umur tujuh tahun menyebabkan skil motor mereka tidak dapat berkembang dengan normal. Kanak-kanak yang hanya terdedah dengan gajet smartphone, ipad dan seumpamanya akan hanya terdedah skill 'swipe'. Kanak-kanak ini mungkin pintar dari segi IQ gajet tersebut sangat interaktif dan informatif bagi mereka, namun mereka akan kekurangan skill motor. Masalah yang mungkin timbul adalah tidak dapat memegang pensil dengan baik, tidak dapat makan menggunakan tangan, dan kurang tumpuan dalam kelas. Kanak-kanak yang tidak terdedah dengan aktiviti luar juga akan kekurangan skil navigasi, skil menangkap bola dan sebagainya. Pendedahan yang kurang kepada aktiviti selain gajet menyebabkan mereka juga kurang kebolehan membuat keputusan yang betul, tidak tahu yang mana salah dan betul. Kemahiran mereka berdikari dan bermain sendiri membolehkan mereka untuk mendapatkan skil tersebut.

Kenapa pentingnya kerisauan ini timbul? Kita sudah tentunya tidak mahu melahirkan manusia robot untuk mewarisi generasi akan datang. Dalam situasi sekarang sahaja sudah terlalu banyak masalah sosial yang disebabkan hilangnya sifat manusiawi dalam diri anak-anak remaja kita. Terlalu besarnya gap yang wujud antara generasi atuk dan nenek yang masih belum terkejar untuk belajar teknologi moden, tetapi anak-anak kecil sudah mahir menggunakan teknologi yang ada. Ini kerana anak-anak ini sifatnya mudah meresap dan mudah belajar. Namun mereka seherusnya mendapat kebaikan sahaja dari teknologi tersebut.Teknologi ini sepatutnya digunakan untuk memudahkan urusan kita, bukan untuk memusnahkan kehidupan kita dan generasi akan datang. Jadi amatlah penting kawalan dalam penggunaan teknologi dan internet dikalangan anak-anak, remaja, malahan kita sendiri.

Justeru, dalam kesibukan harian, ibu bapa harus turut meletakkan urusan menyantuni anak-anak dalam jadual harian. Mungkin masanya tidak lama, tapi pastikan berkualiti. Boraklah besama anak kecil kita, bermain dan berimaginasi bersama mereka dan berikanlah penerangan yang mereka perlukan. Supaya mereka rasai bahawa ibu bapalah tempat bermanja, berbual dan bergantung, sebelum mereka boleh memahami tempat bergantung yang sebenar adalah Allah. Bila anak-anak boleh thiqah(percaya) kepada ibu bapa, insyaAllah lebih mudahlah untuk ibu bapa mendidik mereka.

Allahu'alam
Bermain bola bersama. Kemahiran membaling dan menangkap bola adalah salah satu skil motor

Nawar ingin merasa bebatu kasar di lantai. Merasi setiap struktur yang berbeza

Berlari bersama. Sambil memaut kasih sayang seorang abi

Anak-anak juga sudah ada kemahuan selfie

Asas awal untuk berenang. Mesrakan mereka dengan air

Berenang bersama

Menyelam bersama. Alhamdulillah Hamnah sudah pandai berenang dalam jarak lebih kurang 3 meter sambil menyelam dan terapung. Peluang ini berenang biasanya hanya muncul bila kami boleh ikut abi outstation.


Wednesday, May 14, 2014

Tips Menjadi Pelajar dan Fully Housewife




Ha? Apa maksudnya tu?

Maksudnya menjadi seorang pelajar dan buat kerja di rumah sambil jaga anak. Ini mostly terjadi kepada postgrad yang buat research. 

Menjadi seorang pelajar yang buat kerja dirumah bukanlah sesuatu yang mudah. Menjalankn tugas seorang pelajar dalam masa yang sama perlu menyelesaikan hal rumah tangga dan menjaga anak. Tentunya itu menuntut tumpuan masa dan tenaga. Pelajar dalam situasi ini harus bijak menguruskan keadaan dan negotiate dengan pasangan dengan baik,

Di lab saya pelajar-pelajar postgradnya mostly sudah berkahwin. Waktu makan kami selalu berbincang hal kekeluargaan. Kids, husband, house, time management, family time management, birth and so on so forth about famil. Best sungguh berkongsi dengan mereka. Walaupun ceritanya hal rumah tangga, tapi kami insyaAllah profesional, bukan borak mak kiah dan mak bedah je... Melalui perbincangan ni juga banyak ilmu yang saya belajar dan cuba praktiskan yang elok. Alhamdulillah...

Satu dari kawan kami, buat master dari rumah sambil jaga anak yer. How she manage is, siang hari jaga anak. And jaga anak semata. No house work, cooking or kemas rumah. Dinner outside. Katanya dia deal dengan husband, dia jaga anak, husband kemas rumah (kemas satu rumah tau..). Malam dia akan buat kerja bila anak dia dah tido sampai anak dia bangun esoknya. Tinggal di Terangganu okeh. Every thursday evening mereka satu family drive to KL dan hari jumaat kawan saya tu akan terpacul dalam lab. Amazing...hahaha... maksudnya after kerja khamis petang terus husband dia drivekan mereka ke KL so that dia dapat masuk lab or jumpa lecturer setiap hari Jumaat. Hebatkan husband dia. No wonder dia still ada tenaga nak buat kerja waktu malam sebab dia tak buat kerja rumah kan.... dah pernah try sejak dok hotel ni. InsyaAllah boleh buat kerja malam kalau kita tak penat dengan berbagai kerja rumah. Buat kerja rumah ni penat weh walaupun nampak remeh.

Bila buat master by research ni akan tiba term masa yang kita memang akan busy dengan kerja writing and finalisekan projek kita. Time writing ni banyak juga kerja correction atau penambahbaikan yang perlu buat sebab waktu nilah kita akan mula menganalisis dan compare dengan research orang lain yang hebat-hebat tu. Jadi memang time consuming disitu. Situasi research ini juga akan berbeza dengan bidang kajian seseorang. Bidang sains and kejuruteraan macam nilah. Kalau kita tak mampu untuk fokuskan masa dan pemikiran untuknya, maka progress research kita akan bergerak seperti siput. 

Satu dari kawan yang lain, buat kerja kat lab. Bila tiba term busy ni husband dia yang ambil cuti bila anak sakit dan terpaksa di jaga di rumah. 

Nak katanya macamana kita manage study kita amat berkait rapat dengan bagaimanana kita berbincang dengan pasangan kita dan bagaimana dia memahami kita. Sokongan dari pasangan sangat memudahkan tugas seorang isteri dan ibu untuk study. Pasangan juga perlu menjadi support system yang paling supportive buat pasangannya samada dari segi motivasi atau kerja-kerjanya. 

Di sini dikongsikan tips yang perlu anda sebagai seorang isteri dan ibu sekiranya anda mengambil pertimbangan untuk buat master/phd aspecially by research:

Pertama dan utama skali adalah berbincangan dengan pasangan dan pastikan beliau betul-betul menyokong anda untuk sambung belajar
Persetujuan suami isteri juga setelah mengambil kira anak-anak dan urusan rumah tangga. 
Pasangan memahami situasi seorang student

Deal bersama pasangan berkaitan hal-hal rumah tangga yang perlu di uruskan- anak, rumah, program dsb

Pastikan anda meminati bidang kajian anda. Bila buat research diminati akan mudah untuk buat research dan sentiasa bersemangat

Dengan minat itu juga anda haruslah mempunyai ilmu basic berkenaan kajian yang ingin di buat. Kalau sebelum ni study finance, tak sesuailah sekiranya tiba nak buat research astronomi plak yer. Even sedikit saja beza jenis bidang anda akan memberikan impak kepada tahap kesusahan kepada kerja-kerja research nanti. Jadi pastikan study betul-betul research yang nak dibuat.

Elakkan tajuk kajian mengikut cadangan super visor semata tanpa anda mempunyai background mengenainya.

Setelah itu susunlah masa anda dari awal mendaftar sehingga grad master atau pHD nanti. Bila anda tidak mempunyai background atau basic dalam bidang kajian yang ingin anda buat, nescaya anda akan susah untuk susun masa anda. Ini akan menimbulkan konflik identiti kajian dipertengahan jalan.

Sebolehnya ikut jadual masa yang anda aturkan. 

Permudahkan kerja-kerja kajian anda. Biasanya yang mengambil masa bila kita tak mahir menggunakan sesuatu alat, software atau tools. Jadikan jika anda belum mahir dengan perkara tersebut, sebolehnya cuba untuk cari tools lain yang anda dah mahir. Kalau tak ada juga, maka sebolehnya biarlah ada somebody yang ajarkan anda. Kecuali jika anda memang jenis pickup dengan software, tools atau alat. 

Sesuatu yang saya belajar dari rakan-rakan research saya ada ketegasan walaupun dengan super visor. Bila kita dah stick dengan apa yang kita nak buat, dan kita tahu itu sudah mencukupi requirement untuk grad, maka kita just stick dengan keputusan tersebut. Sebabnya some super visor suka menambah, menolak, mendarab bahagi ditengah jalan research kita, yang akhirnya menyebabkan kita yang pening. Pening nak kena fikir yang lain dengan kekangan masa yang kita ada. 
Seterusnya buatlah kerja dengan passion. Passion akan membantu anda buat kerja tanpa stress. Pengurusan stress yang berkesan amat penting bagi pelajar yang juga seorang isteri dan ibu, sebab anda akan berdepan dengan dua tanggungjawab besar. 

Akibat pengurusan study yang tidak terancang ramai juga yang berhenti di tengah jalan atas beberapa sebab. Stress antara puncanya. 

Untuk yang tidak menjadi pelajar, menjadi pelajar ni ada masa-masa stressnya. Every time kena fikir pasal study. Yang tidak sempat dibuat di lab harapnya boleh dibuat dirumah time malam. Tidak sama dengan orang yang bekerja yang punyai waktu bekerja 8 to 5. 






Ikut ke lab ummi. Seronok dapat main dengan barang ummi yang dia tak pernah jumpa

Tapi dia tak bleh duduk diam. Curiositynya tinggi

Bila dirumah, study seorang diri

Baca hard booknya


tiba-tiba....cencalok yang dah lama tak makan. menu simple for lunch

Sesekali nak merasa 'buat kerja' di meja ummi


Maka buku ummi kronyok monyok lah bila study dengan anak

Wednesday, November 6, 2013

Tersentuh Hati (2)

Baru-baru kita digemparkan dengan video penderaan kanak-kanak di taska. Dan semestinya saya tak akan tengok sebab tak akan sanggup nak tengok. Tapi saya baru sahaja membaca artikel blog seseorang tentang kronologi penderaan anaknya di taska. Sedihnya.

Teringat, sejak Hamnah di taska apartment ni dia banyak kali tak mahu pergi taska, dan lately sentiasa tak mahu pergi dan asyi cakap, “bye bye taska”. Dan pagi tadi memang dia menangis kuat bila kami hantarkan dia ke taska. Sedih hati. Tapi memang terpaksa hantar untuk selesaikan kerja yang ada. Memang terfikir di benak fikiran, ‘kenapa Hamnah tak suka ke taska?’ ‘ada perkara yang dia fobia ke?’. Tapi cuba buang andaian tu, sebab tak boleh nak jaga Hamnah sambil buat kerja buat masa ni.  

Kesian anak-anak. Macam-macam orang buat pada hamba Allah yang mulia ni. Mereka masih tidak punya akal yang panjang untuk mempertahankan diri. Mungkin mereka dihukum dengan cara yang salah bila melakukan kesalahan, maka mereka membalas dengan amukkan dan kembali mendapat ‘habuan’ dari amukkan mereka.

Persoalannya…

Jika tidak ada rasa kasih sayang, belas, perihatin, perikemanusiaan dalam diri, kenapa nak buka taska/nursery? Layakkah anda?  Layak ke?  - anda langsung tidak layak!!!

Malang sekali bagi mereka yang membuka pusat jagaan kerana hanya mahukan keuntungan semata. Tanpa terkandung didalamnya sifat dan sikap yang penyayang terhadap bakal Pembina generasi dan tamadun ini.

Apabila menguruskan anak-anak di bawah umur enam tahun, kita perlu sedar dengan ‘aqal yang waras:

  • Kanak-kanak belum berakal waras, tapi kita sudah waras. Maka siapa yang patut bertindak waras?
  • Kanak-kanak tersebut belum mumayiz, belum sempurna kematangannya ‘aqalnya
  • Masih tidak jelas yang mana baik dan buruk, mereka akan buat semua yang mereka nak.
  • Masih tidak tahu memilih, bagi mereka semuanya perlu dicuba
  • Menangis atau mengamuk bila tidak dapat apa yang mereka mahu kerana itulah cara ekspresi bagi mereka. Kita perlu ajar cara yang betul, bukan tahu marah saja sambil kata, “jangan tahu nak mengamuk jer.”

Caranya adalah sedar keadaan kanak-kanak, maka simpati pasti akan timbul. Contohnya:

Seorang anak pegang gelas plastic berisi air. Sambil minum tu nak juga main dan lihat apa yang orang lain buat, maka gelas tu tersenget mengikut gerak tubuhnya. Tanpa dia mahu/sengaja/sedari maka air dari gelas tumpah.

Dalam hati mungkin kita mungkin aka nada rasa marah sebab dia dah basahkan lantai/karpet. Tapi bila kita mampu berfikir secara logic dan rasional maka perasaan yang utama timbul adalah kasihan. “Kesiannya pada kakak Hamnah sebab kecik lagi, belum boleh fikir untuk pegang gelas dengan betul, sampai tumpah air.” Jadi kita yang dah waras ni tunjukkan cara yang betul.

Kanak-kanak suka dengar explanation yang menarik. Kenapa tak boleh buat macam tu, kenapa jadi macam tu, macam mana nak buat kerana minda mereka penuh dengan curiosity. Penerangan membuatkan mereka suka berfikir dan boleh terima secara rasional. Dan sepatutnya kita boleh buat mereka begitu berbanding buat arahan yang mereka terpaksa ikut sebab takut.

Teringat kepada seorang guru mengaji saya, beliau memang sangat penyayang pada kanak-kanak. Pada suatu hari saya dan zauj pergi menziarahi beliau yang telah uzur dan bawa Hamnah yang masa tu umur lebih kurang 5 bulan. Dia pesan, “jaga anak baik-baik yer ………..” Dalam hati saya, Hamnah anak saya off cause saya akan jaga dengan baik. Saya pasti pesanan beliau itu ada maksudnya. Dan ternyata memang mencabar untuk membesarkan dan melayan anak sehari-hari. Hati seorang ayah dan ibu boleh tercabar, bagaimana pula orang lain yang menjaga anak kita.  

Sayangilah kanak-kanak kerena mereka bakal membentuk generasi akan datang

Ingin mencuba semua perkara yang menarik bagi mereka. Nak pakai pakaian abi, walaupun tak sesuai untuknya

Termasuklah berkeinginan menjaga adik, sebab nak buat perkara yang sama macam ummi


Masa mereka kanak-kanak adalah momen yang tak mungkin akan berulang. Manfaatkanlah masa ini bersama mereka sebaiknya. Jadikan momen kanak-kanak mereka suatu yang indah, kerana ianya bakal membentuk nilai diri kanak-kanak tersebut.






Thursday, October 31, 2013

Nak Runtuh Rasa Badan

Bismillah...

Semalam kononya buat senaman ruhul jadid. Hamnah pun join skali. Hamnah memang best friend ummi lah. Slalu support apa apa yang ummi buat. And nak buat semua yang ummi buat. Best Friend forever sayang Hamnah...

Okeh apacer?

Buat keseluruhan senaman dalam ruhul jadid tu. Petangnya mula sakit-sakit sendi masa mengemas rumah sebab malamnya ada halaqah bersama anak usrah ni. Ok lagi. Halaqah dengan berlatar belakangkan adegan anak-anak sebab abi kan takder.... Nak itulah..inilah...her....harapnya halaqah tersebut tetap muntijah.

Tapi selepas jer halaqah tu barulah rasa sakit satu badan yang sangat-sangat sampai kepala. Saya memang gitu, time usrah dan halaqah memang akan tenggelam segala sakit-sakit dan masalah dunia yang memberati, tapi lepas tu barulah mula rasa bagai nak tumbang. 

Sakit sangat, sampai tak boleh tidur rasanya. Dengan Hamnah yang masih dok buat lakonan drama perseorangannya. Dengan Nawar yang masih dok support semangat dan kebolehan kakak dia. Saya yang tak larat nak layan diorang dua... Ya Allah.... bagai nak runtuh rasa badan ni. Time ni mulalah rasa bestnya kalau dapat pergi jauh-jauh...sorang-sorang...her... berehat..MasyaAllah. 

Kalau hidup menyingle tu, kalau penat boleh jer rehat bila-bila masa dimana jua. Balik-balik boleh terus tumbang kat tilam empuk. Tapi kalau beranak-pinak ni, penat macam mana sekali pun selagi anak tak settle maka tiada erti rehat di situ. Okeh...ini adalah versi membebel... bukan tak bersyukur. Mak-mak ni kan makin ramai anak makin banyak pot petnya. Tak gitu? Potpet potpet mak tu pun, mak jugalah yang buat itu, buat ini.,. mak...mak.... hebatlah mak ni..

Pagi-pagi hari anak-anak bangun dengan tenang tanpa tangisan. Sekaligus membuat hatini rasa lebih tenang. Alhamdulillah terima kasih Allah.

"Hamnah....jom g taska" Ummi buat intro supaya Hamnah bersedia untuk ke taska. Biasanya kalau dia betul-betul bersedia untuk pergi taska, Hamnah akan mula cari beg taskanya lengkapkan pakaiannya. Tapi pagini dia jawab

"Tannak tata" means Taknak pergi taska. Tata tu untuk taska. Ok... Saya memang tak suka paksa anak pergi taska kalau dia taknak sebab saya kesian. Dia anak saya, dan apa salahnya kalau dia nak tinggal dengan saya? Kalau dia taknak pergi taska saya tafsirkan bahawa dia perlukan perhatian saya lebih haritu, maka saya biarkan dia duduk rumah dulu dan kemudian saya akan offer lagi.

Tolong ummi kat dapur. Thanks sayang...Semoga bila sampai masanya Hamnahrajin tolong ummi. Kita banyak tugas kat dunia, supaya kita boleh balik pada Allah dengan hati yang gembira. Tersenyum macam mujahid-mujahidah tu...


Tapi harini memang tak larat sangat nak layan sebab badan tak sihat dan sakit kepala. Tak berdaya ummi nak layan dua orang anak ni. Hamnah yang sangat lincah dan Nawar yang berat.. Fuh...  


Debab ummi. Beratnya lahai...lahai....


"Hamnah jom taska" Dan jawapan masih sama sampailah pukul 10 dia ajak saya keluar rumah, mungkin sebab terlalu boring. Maka saya pun hantarlah Hamnah ke taska. 


Tak tahulah motor siapa yang dia panjat kan... "Saya boleh jadi biker tak?"

After ambil dari taska Hamnah akan nak jalan-jalan dulu sebelum naik kerumah. Biasanya saya kan bawa dia ketaman. Dan dia paling teruja dengan motor. 

Barulah teringat kenapa dulu masa bujang buat ruhul jadid pahtu taknak buat dah. Sebab bila buat after tu akan sakit badan dan macam nak demam. padahal buat takderlah rasa heavy sangat. Tapi senaman ruhul jadid akan menggunakan semua anggota kita. Berdasarkan pengalam saya dalam sukan, kita memang akan suffer dengan sakit badan tu dulu bila baru nak mula bersenam and bersukan.

Tapi adakah ruhul jadid tu yang menyebabkan saya sakit amat tu. Agak tertanya-tanya sebab kesannya macam taknak menghilang. Macam ada sebab lain...jeng..jeng..jeng

Apakah???

Tuesday, October 29, 2013

Formula Diet Saya

Fuh.......
Lega semalam dah jumpa super visor untuk present progress. Sebelum tu bukan main risau takut kena sembur. Mana taknya dah over due date and draf jurnal tak siap sepenuhnya. Pagi semalam kelam kabut siapkan anak2 untuk ke taska sambil fikirkan apa lagi yang nak ditambah pada draf jurnal. Sampai tak lalu nak breakfast. Makan dua tiga keping biskut hasil ramasan Hamnah, tu pun sebab terpaksa telan takut membazir. Sampai lab sambung writing lagi and seterusnya pergi jumpa SV dengan penuh debaran dan doa sepanjang jalan..

Alhamdulillahhhh......................... 

Yeay.....super visor tak marah...

Ok perbincangan berterusan selama 3 jam ++. Beginilah perbincangan yang berlaku bila dapat SV yang sangat rajin bahkan workaholic dan sangat mengambil berat berkenaan hasil kajian kita. Dah dekat nak habis tu barulah terasa lapar dan dalam kepala dah set nak pergi cafe fakulti untuk menikmati makan tengahari. Tut-tup dapat call, "Zura, Nawar nangis dari tadi tak berhenti, bagi susu pun tak mahu"... hmmmmmm. Perut kembali redha bahawa dia tak perlu diisi dulu.

Kemas barang-barang yang banyak perlu dibawa balik. Singgah juga cafe sambil mencari apa yang boleh dimakan. Hanya beli roti dan..  Badan pn dah penat, ditambah rasa malas nk masak bila takder gu nak makan ni maka tak masak. Maka tak makan nasik lah saya semalam. 

Hari sebelumnya tu pun tak makan apa sangat. Masak juga utk dinner spy hamnah makan. Pelik pula jadinya, biasanya sentiasa lapar, pagi, tengahari dan malam akan makan berat. Walaupun tengahari tu makan sorang jugak pun sebab zauj pergi kerja. 

Adakah ini formula untuk diet dan mendapatkan berat asal semula???? 

Kalu macam tu en. zauj boleh la pergi outstation slalu supaya saya boleh kurangkan makan. hehehe... gitu?

Inilah dia Cik pUtri Nawar Aqilah yang nangis tanak minum susu tu. Ummi baru jer plan nak tinggalkan dia kat taska untuk meneruskan perjuangan master ni dengan lebih tekun lagi. 

Ini pula Cik Putri Bintang Bestari Hamnah Mursyidah masa umur setahun+


Bergaya ke tak bergaya tu mak datin kita

Zassss......

Thursday, September 26, 2013

Two Little Angle at Home

Fuhhh...penat..mengantuk

Today jaga Hamnah dirumah, kakinya luka terguris apa tak tahulah. Biasa juga jaga Hamnah kat rumah. Nampak dia lebih happy kat rumah.

Pagi-pagi buat aktivti dulu bersama Hamnah dan dia sangat berminat. Harini aktiviti mewarna dan mengenali warna. Mulutnya cot cet cot cet....sambil sebut "Ba Ka Qa," mengeja dari al-Furqan.

Seperti biasa kalau Hamnah kat rumah maka ummi pun tak ada masa nak buat kerja lain, dan rumah akan semakin 'kemas' tanpa sempat di uruskan. Satu kita kemas, sepuluh yang dia 'kemas'.

Alhamdulillah adik Nawar tidur jer walaupun siang hari, bangun untuk menyusu then tidur semula. Ini menyebabkan ummi sayang nak hantar dia taska



bila bekerja dirumah, maka adalah masa untuk making breakfast

Skarang tengah pulun nak siapkan processing master, rasa tak ada masa nak buat 'homework' yang lain. Not in mood. Kejap-kejap rasa nak baking, fikir processing yang nak kena pulun dalam masa yng singkat, hilang terus mood tu. Master...oh master... semoga Allah permudahkan aku dan 'kau' wahai master

Bawa Cik Puteri Bintang Bestari Hamnah Mursyidah ke klinik untuk cuci dan balut luka sebab kat rumah tak ada stok ubat dan alat. Biasanya dia steady je bila luka, tapi kali ni dia menangis dan merengek. Mungkin lukanya dalam.


Kaki Hamnah kena balut. 

Tuesday, June 25, 2013

Hamnah & Taska


Bismillah..

Hamnah start ke taska bila dia umur 3 bulan. Masa tu susah sangat nak ajar dia minum guna botol susu.Dia sanggup menangis dna berlapar dari minum dengan botol. Ohhoooo...susah hati betul. Dengan rasa kesian, tak sampai hati nak tinggalkan dia kat nurseri, ditambah lagi dia yang seperti tak stuju dirinya ditinggalkan dan di suap dengan botol. Akhirnya decide untuk tukar ke taska rakan bayi, al-Humairak milik seorang akhawat. Taska memang pandai train. Akhirnya Hamnah berjaya minum menggunakan botol susu dengan bahagia. Ummi pun sedikit lega dan tenang berada di lab. Walaupun jaraknya jauh, tapi hati lebih tenang meninggalkannya di situ. And I really trust that taska since they all know tahap perkembangan baby and apa yang terbaik untuk mereka. And since diorang menitik beratkan soal pemakanan yang baik, itu menambahkan lagi keyakinan kami. Cumanya Hamnah selalu got fever sebab ramai baby and toddler di situ. Ramai parents suka dengan taska ni.

Selepas kami pindah ke Villa Tropika saya decide untuk hanar Hamnah ke taska di apartment sahaja supaya saya tak membazir masa dalam jam pergi ambil Hamnah petang-petang. So that saya pun boleh spend more time with the kids and also masaking for dinner.







The new taska fill full with toys... I'm not sure with their learning module since they are very new. But seems like Hamnah mungkin akan lebih banyak main dari baca. Hamnah sangat suka membaca koooot... Begitu juga dengan pemakanan. Pada suatu hari, abi report bila ambil Hamnah dari Taska, Hamnah tengah makan french fries.. Ohhhhhhhh sungguh tak sihat. Dia bagi anak aku makan fast fooood? I think taska tak patut serve makanan macam tu untuk anak orang ok.






Dari dulu sampai sekarang saya masih lagi rasa sedih bila nak biarkan Hamnah ke taska. Rasa bersalah juga pada anak bila terpaksa tinggalkan dia bawah penjagaan orang lain dari pagi sampai petang!!! Sedangkan dia anak saya. Kenapa orang lain yang lebih menjaga dia. Walaupun sekarang dah ada the second, perasaan untuk biarkan Hamnah ke taska still sama. Saya akan update apa yang dia buat setiap hari di taska. Kalau saya ada duit berjuta, saya lebih suka kerja jaga mereka.

Mungkin kerana saya adik beradik tak pernah di jaga orang lain(kecuali saya yang dijaga sekejap oleh relative ayah bila ummi kerja). Bila saya balik sekolah saya tahu ummi saya ada(ummi saya bekerja dari rumah) dan adik-adik saya ada.

hehe..... nak jadi supermak yang boleh handle family and dapat duit jugak....

Walking before the birth session


Bismillah…
Seminggu dua sebelum bersalin tu abi bawak kami g jalan-jalan so that ummi banyak berjalan untuk mudahkan bersalin memandangkan dah dekat dengan tarikh. Disamping tu boleh lah merehakan fikiran. Kami pun memang dah lama tak berjalan. Best.

We are going to Putrajaya. Asyik-asyik putrajaya… ummi suka sebab putrajaya cantik. First kitorang nak perdi ke Taman Botani jer… abi nak riding with Hamnah. Tunggu punya tunggu kaunter tu bukak……teteeetttt basikal dah sold out. Ok….. we ask for boat…. Owh rupanya kena pergi ke somewhere which is dekat dengan Masjid Putra. Sementara tu menunggu kaunter bukak maka kami jalan-jalan lagi… owh…rupanya ada lagi kawasan masjid putra yang saya tak pernah jelajah, which is yang underground tu…hooooo….poor me…

Kami merupakan penumpang first boat pada pagi yang berbahagia itu…
Round dalam tasik putrajaya melihat banyak bangunan yang cantik-cantik…. Sambil koya macam naik boat kat dalam laut tu kan….haha

After round kat dalam tasik tu…. Kami bergambar bersama peacock… huuuuuu.. Hamnah teruja sangat dengan peacock tu… Warna-warni sungguh cantik.


Berjalan dan memanjat ke kereta..

One week after that kami ke pesta buka Selangor di Shah Alam.. so that ummi boleh jalan-jalan lagi.. actually banyak berdiri belek buku dari berjalan… Jalan macam itik.. owhhh…. Lupa amik gambar…hoho

After that abi ajak pergi ke petrosains. Plus sesat jalan dari Shah Alam nak ke KLCC maka kami tidak berkesempatan ke petrosains. Cuma sempat sampai di KLCC dalam waktu yang sudah tidak mencukupi. Maka kami round dalam KLCC sajalah. Huuuuhhhh sebenarnya ummi tak suka round dalam KLCC tu. Macam jumpa orang tak pakai baju sana-sini…. Malu I tau….





Sunday, June 23, 2013

Nawar 'Aqilah

Bismillah...

Alhamdulillah.... selamat sudah melahirkan mujahidah ke dua... agak lambat memilih nama untuk second mujahidah ni. Bila berborak masa dia kat dalam perut we just call her "adik". And lastly we decided that the best name for second mujahidah is NAWAR 'AQILAH. Which Nawar bersempena nama sahabiah yang merupakan ibu kepada Zaid bin Thabit which is sahabat yang bertanggungjawab mengumpulkan al-Quran kepada bentuk mushaf. an-Nawar bintu Malik al-ansoriyyah. Anak yang hebat di didik oleh seorang ibu yang hebat, dan Nawar adalah seorang ibu yang cerdik. 'Aqilah pula ada brilliant. sesuai dengan sifat Nawar yang diinginkan. Semoga Nawar membesar menjadi seorang mujahidah yang brilliant.






Kisah bersalin kepada Nawar hampir sama dengan Hamnah. Admit dengan sedikit contraction and bukaan hanya 2 cm... Tak sakit sangat ok...cuma kekerapannya adalah regular. Setelah mempertimbangkan beberapa faktor, maka kami decide untuk cepatkan contraction dengan memasukkan drip. Bila contraction bukan lagi natural which if we can imaging, kesakitan yang sepatutnya di bahagikan antara beberapa hari tu di compactkan dalam satu masa. Allah sajalah yang memahami sakitnya. Saya yang semakin manja sejak kawin ni siap meleleh air mata lagi with small screaming... hehe... Hubby sentiasa ada di tepi dan saya tak bagi dia ke mana-mana, dengan harapan dia boleh jadi painkiller untuk kesakitan tu. 

Setelah 2 jam setengah after drif progress bukaan baru 1 cm... owh...sadis... Dah tak tertanggung, so I requested for painkiller through injection, my hubby terus minta epidural. Dah takleh nak fikir sangat, setuju je. Just after 1 hour after epidural bukaan telah mencapai 10cm...Dah boleh bersalin. Maka lahirlah mek comel pada pukul 7.17 pm pada 27 Rejab (Isra' Mi'raj), 06 hb 06 2013 Masihi.

Kakak Hamnah dan adik Nawar kedua-duanya dilahirkan dengan kulit yang putih. Adik Nawar putih dan kemerahan sehingga some people suka panggil dia Humaira' (sikecil yang kemerahan).








Harini adalah hari ke-19 beliau dilahirkan. Ummi hanya berpantang di rumah atas kayangan. Villa Tropika Apartment. Alhamdulillah so far baik-baik saja. Masa jumpa dengan O&G saya, Dr Fathimah, beberapa kali saya ditanya, "nanti siapa jaga?". Masa checkup, di labor room, sampailah jumpa lagi bila Nawar warded because of jaundice. Sebenarnya saya pun curious kenapa Dr sangat concern of that. Cuba positifkan minda, insyaAllah everything will be find if saya pantang sendiri tanpa orang tua. Hopefully my husband will take care of me dengan bersungguh-sungguh dan penuh kesabaran, dan saya juga dapat bersabar dengan sebarang situasi. ohhooo...