bismillah....
sambil-sambil menunggu Matlab di install... harap ianya berjaya... almaklumlah tak pernah install sendiri menda alah Matlab ni sejak hidup di dunia ini..
Ruang paru-paru rasa tidak cukup luas untuk bernafas. Badan yang longlai dan kepala yang acap kali memberat. Nafas tidak sepanjang biasa untuk membaca al-Quran berterusan sehingga berhelai-helai... Solat sunat sunat rasanya ingin sambil duduk sahaja. Tapakan yang lemah... harus consider tapakan yang perlu sahaja. Terasa nikmatnya saat tangkas berkejaran dahulu. Buat apa yang disukai. Dari bangun qiam yang ringan sampai tidur yang lena lantaran kepenatan berkejaran dengan berbagai urusan...
Saat bujang itu indah. Saat perkahwinan juga indah. Kejarlah kegembiraan semasa bujang itu sesungguhnya. Kerana masa itu berlalu sekali sahaja. Bila sahaja menjejak kaki ke alam perkahwinan alkisahnya lain pula. Jangan di risau kenapa tak kahwin-kahwin lagi. Jangan di risau tak ada lagi yang datang meminang. Jangan di risau takut-takut jodoh tak sampai. Letak saja semua tu pada Allah. Doa berpanjangan mengharapkan yang terbaik dariNya. Doalah semoga kita dipertemukan dengan orang yang paling sesuai untuk kita pada masa yang paling sesuai. Jika pun saat indah itu nanti kita temukan di syurga. Then, you just follow the flow that decided by Allah for you. Sesungguhnya paling indah bila dapat rasa melangkah bersama-Nya.
Berkerjalah(beramal) semahunya. Enjoy it! Pastikan masa yang ada sekarang sangat-sangat berkualiti. Belajar dan tempuhilah sebanyak-banyaknya pengalaman. Buat dengan rasa senang hati dan berfikiran jauh kedepan. Kamu akan rasa sangat gembira bila dapat memikirkan dan merencana sesuatu yang orang lain belum mampu buat. Namun itu bukan kemegahan. Tapi pengiktirafan pada akal dan hati kerana mampu digunakan sejauh itu.
Seriously, pengalaman yang kerap kali dirasakan pahit dan acap kali juga menjuraikan air mata suatu ketika dahulu kini sangat-sangat dirindui. Biarlah diri diuji dengan hal-hal dakwah sesungguhnya ianya manis dirasa. Jangan diuji dengan dodoian dunia. Sesungguhnya itu tipu belaka. Kerana janji Allah pasti berlaku.
InsyaAllah kita selalu doa supaya Allah sentiasa menjadi pembuat pilihan untuk kita. Jangan pilihan itu di buat oleh kita walau sekadar sekelip mata. (Doa mathurat). Kita akan rasa kebergantungan yang tinggi pada Allah. Terasa keputusan dan tindakan kita sentiasa ada yang memberi petunjuk.Yakinlah dengan doa tersebut. Sesungguhnya sangat indah berkehidupan bila rasa Dia sangat dekat.
Bila tiba masanya Dia akan berikan yang terbaik untuk kita. Sekalipun pada pandangan kasar itu berat untuk kita terima. Tapi kerana cintaNya itu, kita tetap terasa manisnya.
Akhir-akhir ini banyak pula keluaran-keluaran di facebook dan persoalan yang datang bertanya berkenaan cinta, pasangan, berkahwin dan seangkatan dengannya. Pesananku, jangan dikalutkan dengan perkara yang menggusarkan hati. Jika ia belum hadir, jangan diporak perandakan hati yang bersih. Tenangkan hatimu. Bila sampai masanya ceritakan pada Khaliq. Hati lebih tenang. Langkah terasa mantap. Kerana manusia tidak mungkin akan memahami sepenuhnya. Sekadar perkongsian ringan dan perbincangan penting tidak mengapa.
Ana memahami, usia anda sudah cukup. Tarbiyah juga semakin mantap. Jadi perlu lebih penjagaan. Jangan rosakkan begitu sahaja. Apa yang terbaik untuk kita pasti akan datang. InsyaAllah...