Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Wednesday, December 31, 2008

BOYCOTT !




Palestin, Kerana Kami Peduli !









Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kepada Allah, dan bersamalah kamu dengan orang-orang yang benar. Tidak pantas bagi penduduk Madinah dan orang-orang Arab Badui yang berdiam di sekitar mereka, tidak turut menyertai Rasulullah (pergi berperang) dan tidak pantas (pula) bagi mereka lebih mencintai diri mereka daripada (mencintai) diri rasul. Yang demikian itu kerana mereka tidak ditimpa kehausan, kepayahan dan kelaparan di jalan Allah, dan tidak (pula) menginjak suatu tempat yang membangkitkan amarah orang-orang kafir, dan tidak menimpakan suatu bencana kepada musuh, kecuali(semua) itu akan dituliskan bagi mereka sebagai suatu amal kebajikan. Sungguh, Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik, dan tidaklah mereka memberikan infak baik yang kecil maupun yang besar dan tidak (pula) melintasi suatu lembah (berjihad), kecuali akan dituliskan bagi mereka (sebagai amal kebajikan), untuk diberi balasan oleh Allah (dengan) yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan. Dan tidak sepatutnya orang-ornag mukmin itu semuanya pergi (ke medan perang). Mengapa sebahagian dari setiap golongan di antara mereka tidak pergi untuk memperdalamkan pengetahuan agama mereka dan unutk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali agar mereka dapat menjaga diri. (at-Taubah : 119-122)


Monday, December 29, 2008

Amanah Dakwah Tidak Mampu di Pikul Oleh Hamba Yang MANJA !

Bismillah... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi

My 1st day in UTM.. Kelas belum mula. Dr Ali tak masuk....
Dunno what to story...
but yesterday is the tiring day..
meeting from 9 to 6 for perancangan tahunan kelab...masyaAllah...

tired + not feeling well + have many things to think..
stakat menda yang macamtu pun berat ker?

Teringat satu cerita dari seorang ukhti, tapi tak ingat dari buku mana dia amik dan siapa nama wataknya.

Sinopsisnya...Ada seorang hamba Allah ni yang tugasnya adalah berdakwah. Walaupun dia mampu untuk mendapat kemudahan dalam urusan dakwahnya, tapi dia tak memanjakan dirinya untuk menggunakan kemudahan tersebut. Dia akan berjalan sahaja kemana-mana sahaja tempat dakwahnya. one day, dia pergi kerumah seorang sahabat atas urusan tertentu. Sambil menunggu tuan rumah menyelesaikan urusannya, dia menunggu di sofa diruang tamu kemudian tertidur. Si tuan rumah berasa kesian untuk mengejutkan hamba Allah tersebut kerana dia tahu hamba Allah itu sangatlah penat. Dan dia menuggu sehingga hamba Allah itu bangun. Apabila hamba Allah itu tesedar dari lenanya, dia mahu bergegas ke tempat seterusnya yang harus dituju. Lalu si tuan rumah itu menawarkan untuk menggunakan kenderaannya kerana dia tahu si hamba Allah yang tawadhuk itu akan berjalan kaki ke destinasinya, dan dia akan penat lagi... Namun pelawaan itu ditolak oleh hamba Allah tersebut dengan senang hati dan katanya 'amanah ini tidak akan mampu dipikul oleh hamba yang manja'

gedebuk! autch, aduh terasa plak...
Subhanallah..betapa tawadhu'nya dia.. Apalah sangat nak dibandingkan dengan aku. Setiap medan Lillahita'ala itu ada mehnah dan tribulasinya yang tersendiri. Apa yang perlu difahamkan, andai jalan ini yang kita pilih, maka bersedialah dengan dengan mehnah dan tribulasi yang dihadiahkan kepada kita. Itu cuma ujian menuju matlamat. Macam orang masuk explorace ...

Dakwah! wah...gerun pulak dengar perkataan tu..besaunyer rasa...asing..
Memang tugas tu suatu amanah yang besar, tapi ianya taklah susah, tak juga senang. Mungkin itulah sedang dilakukan oleh kami dalam organisasi ini..mungkin? sepatutnya. Ianya tak harusnya didefinasikan sebagai suatu yang keras. Ia adalah pendidikan/pentarbiahan yang amat unik, kemas dan tersusun cantik, hikmah dan bijaksana.Setiap manusia itu diciptakan dengan keunikannya yang tersendiri, samada dari segi fizikal atau mentalnya. Maka methodnya juga adalah unik.Dakwah tu menyuruh yang ma'ruf dan mencegah yang mungkar. Kita yang berkehendakkan dakwah, bukan dakwah yang memerlukan kita. Kerana kalau al-Khaliq nak semua orang jadi baik, DIA boleh buat tanpa memerlukan dakwah dari hambaNya. Tapi DIA nak bagi reward pada hambaNYA.

Dan hendaklah diantara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang beruntung (Ali-Imran: 104)

Dan kamu (Umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh(berbuat) yang makruf dan mencegah dari yang mungkar. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan nereka adalah orang-orang yang fasik. (Ali-Imran: 110)


Jika dipikir-pikirkan...kita ini diibaratkan seperti orang bekerja yang gilakan pangkat. Yang mana kita akan berusaha bekerja dengan bersungguh-sungguh sebab kita nakkan agar darjat iman, amal, taqwa kepada Allah itu lebih tinggi. Dan akan mendapat ganjaran yang setimpal pada akhirnya.The court is yours. Samada mahu atau tak.

Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu dengan sebenar-benar taqwa kepadaNya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim(Ali-Imran: 102)

Dakwah..definisinya unik. Tak terungkai disini. Ilmu belum pun cukup, atau sebanarnya hati tak berani untuk berkata. Wallhualam...

BINGKAI KEHIDUPAN
Mengharungi samudera kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap titis peluh dan darah
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah
Kan menjadi saksi pengorbanan

Allahu ghaayatuna
Ar-Rasul qudwatuna
Al-Quran dusturuna
Al-Jihaadu sabiluna
Al-Mautu fi sabiliLlah
Asma amaanina...

Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al-Quran pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah
Cita-cita kami tertinggi

Thursday, November 27, 2008

Ujian yang Berat untuk Hamba Yang Hebat

Alhamdulillah...diri terasa bertuah berada di bumi ilmu UTM.

Memang hidup bagaikan roda. Menuju ke arah matlamat memerlukan diri untuk berguling dengan kesenangan dan kesusahan. Sekali diri terasa susah, terfikir....kenapa aku yang diberikan dengan ujian ini? Berat terasa..Namun hati harus bijak memberi rasional. 'Dirimu adalah insan terpilih.'

Everythings is need to go back to the basic. why you are here? Kenapa manusia diciptakan Allah?

Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi (al-Baqarah:30)

Tidak Aku jadikan jin dan manusia di muka bumi melainkan untuk beribadah kepadaKu (adz-Zariyat: 56)

Jelaslah tugas kita adalah sebagai hamba dan juga khalifah(pentadbir bumi). Jasad duniawi yang dikurniakan ini adalah untuk melaksanakan tugas tersebut. Dan kita tidak mempunyai hak untuk menggunakannya melainkan untuk tugas tersebut. Seringkali kita diuji, agar tak mudah terlarut dalam arus kehidupan yang menipu. Mengeruhkan jalan menuju matlamat, membuatkan kita tersalah haluan. Ada yang dapat digagahi dan ada yang gagal dihindari. Diri jangan mudah tertipu dengan emosi. Bersangka baiklah kepada Yang Maha Memberi. Dialah yang memberikan ujian, kepada Dialah kita merujuk dan kepada Dialah kita bertawakkal.

Ujian yang berat untuk hamba yang hebat!

Wah, tersedar dari terlena.

Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya (al-Baqarah: 286)


"Tapi aku tak sanggup. "

waLlahu ya'lam wa antum la ta'lamun (ada dalam beberapa surah)
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.

Allah lebih mengetahui potensi diri kita. Orang yang menciptakan robot sudah tentulah lebih mengetahui kebolehan dan kekurangan robot tersebut berbanding robot itu sendiri. al-Khaliq(Yang Maha Pencipta) yang mencipta orang yang mencipta robot sudah tentulah lebih mengetahui kelebihan dan kekurangan orang yang mencipta robot itu.

Jadi kenapa kita yang diberi ujian itu. Sudah tentulah kerana ia berseuaian dengan kebolehan diri kita, dan tidak diberikan ujian yang lain kerana bersesuaian dengan kekurangan diri kita. Jika difikirkan, kenapa rakyat Palestin iaitu orang Islam diberikan dengan ujian tersebut? Cuba bayangkan kalau diri yang ditukarkan dengan mereka. Untuk zaman yang semakin moden pada zaman sekarang, penuh kesenangan dan keseronokan, sudah pasti pengorbanan untuk menegakkan cinta Allah dalam hati seperti apa yang dilakukan mereka seboleh mungkin tidak mahu dihadapi. Sedangkan kita sama-sama saudara seIslam. Kenapa kita perlu begini dan mereka begitu? Tak adilkah ujian itu? Siapa diri untuk menilai sedang diri tidak mengetahui.

Maka berbaik sangkalah dengan ar-Rahman..yang tetap memberi walau hamba tidak mampu membalas. Walau hambaNya lupa, leka, melenting bila diuji, Dia tetap Pemurah, Maha Pengampun.

Bersykurlah diri, dalami matlamat dirimu diciptakan, apa sejarahmu, apa perananmu.. Kerana kau adalah permata Islam yang berharga..

Sunday, November 23, 2008

Ajarkan Aku Erti Ikhlas

Bismillah... dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Pada suatu masa tu... saya diamanahkan untuk menjalankan suatu program yang saya belum pun mengahayati sepenuhnya kenapa kami perlu buat semua tu untuk orang lain. 'JEJAQ AL-QUDS' - To You Palestine. Tapi saya buat juga dengan harapan saya dapat belajar sambil bekerja. Saya betul-betul menjiwai gerak kerja saya disamping pengetahuan tentang Palestin yang dapat sedikit demi sedikit, namun saya pasti saya memang tak dapat mengaut semua pengetahuan tu.

semamangnya saya bukan dilahirkan dalam suatu keluarga yang berdakwah, dan saya memang tak mengenal apa itu dakwah semasa kecil. Apatah lagi untuk melakukan pengorbanan dan kerja untuk orang yang tak pernah kita kenali, memahami kesengsaraan mereka, dan kenapa perlunya kita yang menolong. Isu Palestin sendiri tidak saya minati sejak dari kecil, kerana takut dengan peperangan.

Saya mula mengenali perjuangan Palestin bila menyertai badan dakwah di IPT. Disitu kesedaran berputik, tapi mungkin masih jauh lagi untuk memahami. Dan saya masih belum berminat untuk mendalami. Bila group saya dipertanggungjawabkan untuk menjalankan program untuk Palestin, saya rasa inilah masanya untuk saya memahami jalan juang mereka, dan turut menyumbang bakti untuk mereka. Maka saya teruskan niat tu. Siap volunteer untuk jadi timbalan pengarah.

Maka gerak kerja diteruskan. Memang banyak mehnahnya memandangkan ia merupakan suatu program yang agak besar mengikut perancangan sebenar. Tapi apalah sangat jika dibandingkan dengan perjuangan rakyat Palestin. Hati semakin risau kerana pemahaman saya belum sampai kepada apa yang saya hajati. sampailah kepada hari program, pemahaman tu belum mantap. Saya redha.. menasihati diri sendiri..'pemahaman tu mungkin memerlukan masa yang panjang, yang penting engkau dan sahabat-sahabat telah berusaha sedaya mungkin. Yang dipandang Allah adalah usaha. Itu yang mampu kau buat, maka kau telah laksanakan'. Disaat meng'edit' teks MC untuk majlis malam tu saya sempat terfikir, 'aku ni buat program, tapi aku sendiri tak memahami kenapa aku perlu buat. ' tiba-tiba tertaiplah 'Ya Allah, ajarkanlah kami erti ikhlas.' Alhamdulillah... kata-kata tu bagai menasihati diri sendiri, dan diri terasa sedikit lega.

Alhamdulillah..dengan program yang dilancarkan untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran warga kampus sekaligus untuk mengutip dana agak mencapai kepada objektifnya. Malah kutipan melebihi sasaran. Besyukur tidak terhingga. Terpancar wajah keceriaan diwajah orang-orang yang menjalankannya, walau penatnya hanya tuhan yang tahu.

Dan sampai hari ini saya mengingati, dan menyayangi kata-kata 'Ya Allah, ajarkan kami erti ikhlas' yang terlahir secara tiba-tiba. Kata-kata itu sangat penring untuk saya, dalam mengjalankan kerja-kerja seharian, baik dakwah atau akademik. .. Subhanallah...Alhamdulullah.. segala puji bagi Allah yang Maha mengilhamkan...

Moral value yang dapat saya kutip -
1 - mungkin, hati kita tak sampai untuk ikhlas, atau menjiwai suatu amal, tapi paksaan kepada hati itu mungkin suatu titik tolak yang baik untuk memahami, mendalami dan ikhlas dalam beramal.
2 - mungkin kita tak faham tentang suatu perkara, tapi Allah Maha Mendidik. dan dari program tu saya mendapat pendidikan dari berbagai sudut.
3 - hidup ini tak selamanya akan senang. perlu menjiwai kesengsaran orang lain, agar kita ada 'overcome' kesusahan mendatang.

Wallahu'alam...

Wednesday, November 19, 2008

Srikandi..

Salam sesuci titis Qatrunnada,

Buat gadis seindah Penghulu Syurga,

Yang maharnya Iman dan Taqwa,

Lalu dihias harum tulusnya Cinta,


Buatmu putri,

Kudoakanuntaian mutiara Solehah,

Moga dirimu sentiasa Terpelihara

dibawah naungan kasihNya.

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamualaikum...
alhamdulillah, berjaya creat blog