Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Monday, December 29, 2008

Amanah Dakwah Tidak Mampu di Pikul Oleh Hamba Yang MANJA !

Bismillah... Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi

My 1st day in UTM.. Kelas belum mula. Dr Ali tak masuk....
Dunno what to story...
but yesterday is the tiring day..
meeting from 9 to 6 for perancangan tahunan kelab...masyaAllah...

tired + not feeling well + have many things to think..
stakat menda yang macamtu pun berat ker?

Teringat satu cerita dari seorang ukhti, tapi tak ingat dari buku mana dia amik dan siapa nama wataknya.

Sinopsisnya...Ada seorang hamba Allah ni yang tugasnya adalah berdakwah. Walaupun dia mampu untuk mendapat kemudahan dalam urusan dakwahnya, tapi dia tak memanjakan dirinya untuk menggunakan kemudahan tersebut. Dia akan berjalan sahaja kemana-mana sahaja tempat dakwahnya. one day, dia pergi kerumah seorang sahabat atas urusan tertentu. Sambil menunggu tuan rumah menyelesaikan urusannya, dia menunggu di sofa diruang tamu kemudian tertidur. Si tuan rumah berasa kesian untuk mengejutkan hamba Allah tersebut kerana dia tahu hamba Allah itu sangatlah penat. Dan dia menuggu sehingga hamba Allah itu bangun. Apabila hamba Allah itu tesedar dari lenanya, dia mahu bergegas ke tempat seterusnya yang harus dituju. Lalu si tuan rumah itu menawarkan untuk menggunakan kenderaannya kerana dia tahu si hamba Allah yang tawadhuk itu akan berjalan kaki ke destinasinya, dan dia akan penat lagi... Namun pelawaan itu ditolak oleh hamba Allah tersebut dengan senang hati dan katanya 'amanah ini tidak akan mampu dipikul oleh hamba yang manja'

gedebuk! autch, aduh terasa plak...
Subhanallah..betapa tawadhu'nya dia.. Apalah sangat nak dibandingkan dengan aku. Setiap medan Lillahita'ala itu ada mehnah dan tribulasinya yang tersendiri. Apa yang perlu difahamkan, andai jalan ini yang kita pilih, maka bersedialah dengan dengan mehnah dan tribulasi yang dihadiahkan kepada kita. Itu cuma ujian menuju matlamat. Macam orang masuk explorace ...

Dakwah! wah...gerun pulak dengar perkataan tu..besaunyer rasa...asing..
Memang tugas tu suatu amanah yang besar, tapi ianya taklah susah, tak juga senang. Mungkin itulah sedang dilakukan oleh kami dalam organisasi ini..mungkin? sepatutnya. Ianya tak harusnya didefinasikan sebagai suatu yang keras. Ia adalah pendidikan/pentarbiahan yang amat unik, kemas dan tersusun cantik, hikmah dan bijaksana.Setiap manusia itu diciptakan dengan keunikannya yang tersendiri, samada dari segi fizikal atau mentalnya. Maka methodnya juga adalah unik.Dakwah tu menyuruh yang ma'ruf dan mencegah yang mungkar. Kita yang berkehendakkan dakwah, bukan dakwah yang memerlukan kita. Kerana kalau al-Khaliq nak semua orang jadi baik, DIA boleh buat tanpa memerlukan dakwah dari hambaNya. Tapi DIA nak bagi reward pada hambaNYA.

Dan hendaklah diantara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang beruntung (Ali-Imran: 104)

Dan kamu (Umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh(berbuat) yang makruf dan mencegah dari yang mungkar. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan nereka adalah orang-orang yang fasik. (Ali-Imran: 110)


Jika dipikir-pikirkan...kita ini diibaratkan seperti orang bekerja yang gilakan pangkat. Yang mana kita akan berusaha bekerja dengan bersungguh-sungguh sebab kita nakkan agar darjat iman, amal, taqwa kepada Allah itu lebih tinggi. Dan akan mendapat ganjaran yang setimpal pada akhirnya.The court is yours. Samada mahu atau tak.

Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu dengan sebenar-benar taqwa kepadaNya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim(Ali-Imran: 102)

Dakwah..definisinya unik. Tak terungkai disini. Ilmu belum pun cukup, atau sebanarnya hati tak berani untuk berkata. Wallhualam...

BINGKAI KEHIDUPAN
Mengharungi samudera kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap titis peluh dan darah
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah
Kan menjadi saksi pengorbanan

Allahu ghaayatuna
Ar-Rasul qudwatuna
Al-Quran dusturuna
Al-Jihaadu sabiluna
Al-Mautu fi sabiliLlah
Asma amaanina...

Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al-Quran pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah
Cita-cita kami tertinggi

2 comments:

Anonymous said...

bai, suka bai tulis yang ni :)

Tarhata Kiran said...

Jazakillah..
segala puji bagi Allah yang Maha Memiliki hati-hati, serta Maha Mengilhamkan