Alhamdulillah...diri terasa bertuah berada di bumi ilmu UTM.
Memang hidup bagaikan roda. Menuju ke arah matlamat memerlukan diri untuk berguling dengan kesenangan dan kesusahan. Sekali diri terasa susah, terfikir....kenapa aku yang diberikan dengan ujian ini? Berat terasa..Namun hati harus bijak memberi rasional. 'Dirimu adalah insan terpilih.'
Everythings is need to go back to the basic. why you are here? Kenapa manusia diciptakan Allah?
Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi (al-Baqarah:30)
Tidak Aku jadikan jin dan manusia di muka bumi melainkan untuk beribadah kepadaKu (adz-Zariyat: 56)
Jelaslah tugas kita adalah sebagai hamba dan juga khalifah(pentadbir bumi). Jasad duniawi yang dikurniakan ini adalah untuk melaksanakan tugas tersebut. Dan kita tidak mempunyai hak untuk menggunakannya melainkan untuk tugas tersebut. Seringkali kita diuji, agar tak mudah terlarut dalam arus kehidupan yang menipu. Mengeruhkan jalan menuju matlamat, membuatkan kita tersalah haluan. Ada yang dapat digagahi dan ada yang gagal dihindari. Diri jangan mudah tertipu dengan emosi. Bersangka baiklah kepada Yang Maha Memberi. Dialah yang memberikan ujian, kepada Dialah kita merujuk dan kepada Dialah kita bertawakkal.
Ujian yang berat untuk hamba yang hebat!
Wah, tersedar dari terlena.
Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya (al-Baqarah: 286)
"Tapi aku tak sanggup. "
waLlahu ya'lam wa antum la ta'lamun (ada dalam beberapa surah)
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
Allah lebih mengetahui potensi diri kita. Orang yang menciptakan robot sudah tentulah lebih mengetahui kebolehan dan kekurangan robot tersebut berbanding robot itu sendiri. al-Khaliq(Yang Maha Pencipta) yang mencipta orang yang mencipta robot sudah tentulah lebih mengetahui kelebihan dan kekurangan orang yang mencipta robot itu.
Jadi kenapa kita yang diberi ujian itu. Sudah tentulah kerana ia berseuaian dengan kebolehan diri kita, dan tidak diberikan ujian yang lain kerana bersesuaian dengan kekurangan diri kita. Jika difikirkan, kenapa rakyat Palestin iaitu orang Islam diberikan dengan ujian tersebut? Cuba bayangkan kalau diri yang ditukarkan dengan mereka. Untuk zaman yang semakin moden pada zaman sekarang, penuh kesenangan dan keseronokan, sudah pasti pengorbanan untuk menegakkan cinta Allah dalam hati seperti apa yang dilakukan mereka seboleh mungkin tidak mahu dihadapi. Sedangkan kita sama-sama saudara seIslam. Kenapa kita perlu begini dan mereka begitu? Tak adilkah ujian itu? Siapa diri untuk menilai sedang diri tidak mengetahui.
Maka berbaik sangkalah dengan ar-Rahman..yang tetap memberi walau hamba tidak mampu membalas. Walau hambaNya lupa, leka, melenting bila diuji, Dia tetap Pemurah, Maha Pengampun.
Bersykurlah diri, dalami matlamat dirimu diciptakan, apa sejarahmu, apa perananmu.. Kerana kau adalah permata Islam yang berharga..
3 comments:
salam singgah....
salam bai...
akak bila terbaca kata2 perangsang ini jd tersedar yg selama ini akak terlalu bersedih dgn apa yang yang terjadi...jzzk atas kata2 ini..
p/s; jgn lupa masukkan akak dlm bloglist yea:>>
salam singgah juga.
Musafir dah sampai sini rupanya.
Post a Comment