Tuesday, December 9, 2014

Izinkan mereka berimaginasi













Kehidupan Orang Minyak

Bismillah...

Apa pandangan masyarakat bila bercakap tentang oil and gas di Malaysia ni. Secara umumnya mesti yang terawal tiba difikiran adalah, pekerja oil and gas ni mesti banyak duit, Petronas penyumbang kepada pendapatan negara, harga minyak mahal, isu subsidi dsb.

Saya cuma nak sentuh berkenaan pekerja oil and gas especially petronas. Sebab isu subsidi minyak and bla..bla.. selalulah dikaitkan dengan mereka ni kan. Jika kita perhatikan, betapa besarnya jasa mereka ni pada masyarakat dan negara. Sebelum kita melihat kepada gaji mereka, pernahkah kita terfikir bagaimana mereka kehidupan mereka dan keluarga mereka?

Dari engineer sehinggalah ke pekerja bawahan yang terpaksa bekerja di lautan untuk urusan menggali minyak. Pernahkah kita terfikir kehidupan mereka? Terpaksa selalu berjauhan dari keluarga. Pernahkah kita merasa kesian kepada isteri dan anak-anak mereka kerana selalu ditinggal suami dan ayah mereka. Terpaksa mereka melalui kehidupan tanpa tunggak keluarga berada bersama mereka. Mungkin tidak kan? Kerana biasanya manusia lebih memandang, mereka banyak duit. Itulah pandangan pertama masyarakat. Sedangkan isu jiwa adalah lebih besar dari isu duit. Rezeki dan kegembiraan bukan hanya duit.

Apa yang membuatkan kita gembira hidup di dunia ini? Nimat Iman dan Islam, hablumminallah wa hablumminnas, dakwah ilallah, ada duit banyak, harta melimpah, dapat bersama insan tersayang, dsb. Hakikatnya jika kita terasa kehilangan salah satu dari apa yang kita mahu, kita rasa kurang gembira walau hakikatnya nikmat yang lain masih melingkari hidup kita.


Terima kasihlah pada pakcik ni yang slalu kena turun offshore

Thursday, October 16, 2014

Melatih Fine Motor Skills dan Mengenal Warna

Assalamu'alaykum

Sesungguhnya program seharian amat mengekang waktu untuk melayani anak-anak beraktiviti. Paling koman, bawak anak pergi taman dan biarkan mereka bermain sambil kita sendiri membelek smartphone. Itulah masa untuk kita bermeeting kecil dengan sahabat seperjuangan di whatsapp, atau menghabiskan bacaan al-quran atau menelusuri imformasi di internet yang berbagai dan tentunya tak pernah habis dan selalu akan menarik minat kita. Tapi jangan lupa!!! Anak-anak juga perlukan perhatian kita.

Dalam seminggu mungkin hanya ada dua atau tiga malam yang betul-betul tiada apa-apa program. 2, 3 malam ini jugalah yang akan digunakan untuk shopping barang rumah samada ke pasar malam atau ke pasar raya. Beli stok untuk seminggu dua. Malam-malam yang lainnya, ada liqa' usari untuk diri sendiri, liqa' halaqah untuk anak-anak usrah, program DnT daerah, weekendnya program untuk masyarakat atau DnT tambahan untuk diri sendiri atau anak usrah. Tidak kata tiada masa, tapi realitinya memang begitu. 

Itulah sedikit sebanyak pengorbanan masa yang berjaya di aturkan. kata Pak Hassan al-Banna dalam rukun ke-5 risalah ta'lim: 

“Mengorbankan jiwa, harta, masa, kehidupan dan semua perkara untuk mencapai matlamat”. Ya, inilah pengorbanan yang dituntut dari akh muslim. Inilah pengorbanan yang diseru oleh Allah dan dididik para sahabat oleh Rasulullah saw.

       Allah berfirman:
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, jiwa-jiwa mereka dan harta-harta mereka dengan membayarnya dengan syurga. Mereka berperang pada jalan Allah lalu membunuh dan dibunuh. Itulah janji yang sebenar yang disebut di dalam kitab Taurat, Injil dan Al-Quran. Sesiapa yang menunaikan janjinya dengan Allah, maka bergembiralah dengan janji yang kamu meterikan itu. Yang demikian adalah kemenangan yang besar.” (Surah At-Taubah: 111)
Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipatganda yang banyak.” (Surah Al-Baqarah: 245)
Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah, dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambanya“. (Surah Al-Baqarah: 207)
MasyaAllah, ayat-ayat Allah itu amat memotivasikan.

Ya, hidup kita memang busy. Penyusunan masa yang efektif sangatlah perlu agar anak-anak, mutarabbi kecil yang sedang membesar ini mendapat cukup kasih sayang dan perhatian yang penting untuk proses tumbesaran yang positif. Anak-anak tu kalau tak tengok pun insyaAllah dia akan besar juga kan....tapi tumbesaran yang bagaimana??

Berhalaqah bersama mutarabbi di kediaman kami. Lihatlah mutarabbi kecil berbaju biru melingkar ditengah halaqah tu. Mungkin dia yang paling banyak serap ilmu. 


Salah seorang mutarabbi memberikan penyampaian. Mutarabbi juga umpama anak yang perlu di serlahkan potensi mereka. Mutarabbi pewaris dakwah ar-Rasul. Dan anak juga adalah mutarabbi kita. 

Semalam ada ruang masa yang kosong di waktu malam. Sebenarnya rasa agak rare begitu. Macam terfikir, "eh, malam ni takder apa-apa???" Rasa nak cek beribu kali kelendar tu. hahaha.... Sejenak terfikir, inilah masa untuk anak-anak pula. Maksudnya secara khususnya adalah untuk mereka sahaja dan semata-mata. Yang lain masa tu bukanlah tak kisahkan mereka, tapi hanya dikesempatan waktu yang sedikit. Ayuh ayah ibu, kita luangkan masa bersama anak-anak.

Dikesempatan semalam kami buat aktiviti menyusun getah rambut berwarna warni di batang kayu yang dipacakkan di penapis sayur. aktiviti ini adalah untuk melatih kemahiran motor halus dan mengenal serta membezakan warna.

Alat:

Penapis sayur
Getah rambut kecil yang berbagai warna
Batang kayu-chopstik,lidi atau batang plastik pun boleh la..

Caranya:

Pacakkan batang kayu pada penapis sayur mengikut bilangan warna getah rambut. Dan pandu anak-anak untuk memasukkan getah rambut ke batang kayu mengikut warnanya. Buat sekali dan insyaAllah dia boleh buat sendiri untuk yang seterusnya, bagi peringkat umur dua setengah ke atas. Kakak Hamnah yang berumur 2 tahun 10 bulan dah boleh differentiate warna dan memasukkan gelung getah rambut dengan baik. Kakak Hamnah juga nampak sudah fokus untuk buat aktiviti ini sampai siap.
Khusyuk memasukkan getah rambut mengikut warna ke batang kayu

Nawar nak masukkan aja. "Betul ke masuk kat situ Nawar?"

Untuk anakanda Nawar yang berumur 1 tahun 4 bulan, masih belum boleh differentiate warna dan belum boleh memasukkan gelung getah rambut dengan sempurna (getah rambut yang saya gunakan bersaiz kecil. Muat-muat batang kayu tu aja). Umi kena cakap satu-satu pada Nawar, "Nawar, ini warna merah. Warna merah masukkan kat sini." dan tolong Nawar untuk masukkan gelung getang rambut tu. Begitulah untuk warna seterusnya. Nawar juga masih belum dapat fokus dalam masa yang lama sehingga siap semua getah rambut dimasukkan. Jadi umi alihkan pula perhatian dia untuk baca buku mengenal haiwan dan buat bunyi sementara kakak Hamnah menyiapkan aktivitinya. Secara semulajadinya anak-anak umi ni memang suka baca buku. Mungkin kerana rutin umi sendiri masih  bergelumang dengan research dari mereka dalam kandungan. Dan buku-buku haruslah acap kali dibuka bila nak prepare untuk usrah dan bila menghadiri usrah.




Hampir siap

Alhamdulillah siap....

Buat sekali lagi

Nawar baca buku pula. Menumpukan masa melebihi sepuluh hingga lima belas minit untuk aktiviti yang sama masih belum mungkin untuk Nawar

Beralih tempat membaca pula. Kakak memasukkan sendiri batang kayu ke penapis sayur.

Alhamdulillah...umi lega dapat luangkan masa beraktiviti bersama anak-anak. 

Tumbesaran Anak - Anak dan Teknologi

assalamu'alaykum

Ibu bapa moden yang perlu bekerja di bandar biasanya kurang masa untuk dimanfaatkan bersama anak-anak atau ah;i keluarga. Realitinya jelas begitu, bila terpaksa keluar rumah seawal mungkin, menempuh jem diperjalanan, menguruskan perihal rumah dan sebagainya. Akhirnya masa habis dikitarkan untuk urusan rutin begitu.

Bagi ibu bapa yang menceburkan diri dalam NGO atau badan-badan lain yang memerlukan mereka memperuntukkan lebih masa untuk urusan itu. Sebagai contohnya bagi kami yang terlibat dengan aktiviti tarbiah dan dakwah sepanjang minggu mempunyai susunan masa yang padat. Sudah tersusun dikalendar aktiviti dan program yang akan berlangsung sepanjang minggu, bulan, malahan tahun. Pastinya kebanyakan waktu malam dan hujung minggu terisi dengan sesuatu agenda. Jadi penyusunan masa yang berkualiti bersama keluarga amatlah perlu.

Anak-anak yang sedang membesar untuk mengenali kehidupan ini perlu diberi perhatian. Ramai ibu-bapa muda juga sudah menyadari kepentingan pembelajaran terhadap anak-anak bermula dari umur bayi. Dan ibu-bapalah yang mencorak kehidupan anak-anak itu.

Sepengalaman saya dan adik beradik, mungkin umi atau ayah tidak guide macam mana nak main pasir, main hujan, main pondok-pondok atau main permainan yang lain. Dan tidak pula memberikan sekatan untuk apa yang kami mahu main. Kami diberikan kebebasan bermain dalam suasana yang agak selamat (pada waktu itu dan di tempat itu). Namun kehidupan di sekitar bandar kadang kala tidak memungkinkan ibu bapa untuk melepaskan sahaja anak-anak keluar dan bermain sendiri. Tempat kediaman seperti di pangsapuri dan taman perumahan yang terhad kawasan selamat bermainnya pula menghadkan anak-anak untuk keluar rumah. Jadi amat perlulah bagi ibu bapa memantau dan menemani anak-anak kecil untuk melakukan aktiviti mereka. Tentulah ini memerlukan masa ibu bapa untuk memantau mereka. Beraktiviti dan berimaginasi dengan aktiviti adalah hak anak-anak.

Kita perhatikan sekarang, sudah asing terlihat dikalangan kanak-kanak atau remaja di zaman ini bermain permainan yang kita main di zaman kita, bukan sahaja di bandar malahan di kampung-kampung. Secara keseluruhannya rakyat Malaysia boleh dikatakan sudah terdedah dengan bentuk permainan baru iaitu gajet dan internet. Namun berdasarkan kajian yang dibuat, bentuk permainan baru ini lebih banyak mendatangkan kemudaratan dari kebaikan.

Pendadahan terlalu awal gajet kepada anak-anak di bawah umur tujuh tahun menyebabkan skil motor mereka tidak dapat berkembang dengan normal. Kanak-kanak yang hanya terdedah dengan gajet smartphone, ipad dan seumpamanya akan hanya terdedah skill 'swipe'. Kanak-kanak ini mungkin pintar dari segi IQ gajet tersebut sangat interaktif dan informatif bagi mereka, namun mereka akan kekurangan skill motor. Masalah yang mungkin timbul adalah tidak dapat memegang pensil dengan baik, tidak dapat makan menggunakan tangan, dan kurang tumpuan dalam kelas. Kanak-kanak yang tidak terdedah dengan aktiviti luar juga akan kekurangan skil navigasi, skil menangkap bola dan sebagainya. Pendedahan yang kurang kepada aktiviti selain gajet menyebabkan mereka juga kurang kebolehan membuat keputusan yang betul, tidak tahu yang mana salah dan betul. Kemahiran mereka berdikari dan bermain sendiri membolehkan mereka untuk mendapatkan skil tersebut.

Kenapa pentingnya kerisauan ini timbul? Kita sudah tentunya tidak mahu melahirkan manusia robot untuk mewarisi generasi akan datang. Dalam situasi sekarang sahaja sudah terlalu banyak masalah sosial yang disebabkan hilangnya sifat manusiawi dalam diri anak-anak remaja kita. Terlalu besarnya gap yang wujud antara generasi atuk dan nenek yang masih belum terkejar untuk belajar teknologi moden, tetapi anak-anak kecil sudah mahir menggunakan teknologi yang ada. Ini kerana anak-anak ini sifatnya mudah meresap dan mudah belajar. Namun mereka seherusnya mendapat kebaikan sahaja dari teknologi tersebut.Teknologi ini sepatutnya digunakan untuk memudahkan urusan kita, bukan untuk memusnahkan kehidupan kita dan generasi akan datang. Jadi amatlah penting kawalan dalam penggunaan teknologi dan internet dikalangan anak-anak, remaja, malahan kita sendiri.

Justeru, dalam kesibukan harian, ibu bapa harus turut meletakkan urusan menyantuni anak-anak dalam jadual harian. Mungkin masanya tidak lama, tapi pastikan berkualiti. Boraklah besama anak kecil kita, bermain dan berimaginasi bersama mereka dan berikanlah penerangan yang mereka perlukan. Supaya mereka rasai bahawa ibu bapalah tempat bermanja, berbual dan bergantung, sebelum mereka boleh memahami tempat bergantung yang sebenar adalah Allah. Bila anak-anak boleh thiqah(percaya) kepada ibu bapa, insyaAllah lebih mudahlah untuk ibu bapa mendidik mereka.

Allahu'alam
Bermain bola bersama. Kemahiran membaling dan menangkap bola adalah salah satu skil motor

Nawar ingin merasa bebatu kasar di lantai. Merasi setiap struktur yang berbeza

Berlari bersama. Sambil memaut kasih sayang seorang abi

Anak-anak juga sudah ada kemahuan selfie

Asas awal untuk berenang. Mesrakan mereka dengan air

Berenang bersama

Menyelam bersama. Alhamdulillah Hamnah sudah pandai berenang dalam jarak lebih kurang 3 meter sambil menyelam dan terapung. Peluang ini berenang biasanya hanya muncul bila kami boleh ikut abi outstation.


Wednesday, June 11, 2014

Labuan: Saya dan kerepek tiram

bismillah

Pada suatu petang nan indah dan saya berpuasa, saya tiba-tiba nak makan kek. Maka pergilah cari kat pasar malam. Banyak gerai yang jual kek coklat. Singgahlah di satu gerai, ada adik perempuan manis yang jaga. Sambil tunggu duit baki beli kek coklat tu saya terpandangkan kerepek ke apatah namanya. Mungkin batang buruk yang bersadur dengan serbuk putih..Nampak sedap je, maka ambillah satu.

MasyaAllah...sedapnya. Batang buruk yang disadurkan dengan susu dan gula. Lemak manis rasanyaIni adalah versi kerepek tiram. sama juga disadur dengan susu dan gula. 

Kata internet, kerepek ini adalah buatan khas Sabah. Balik semenanjung susahlah nak cari nampaknya. Maka marilah kita borong beberapa bungkus untuk bekalan di masa hadapan

Cannot stop eating it!!!

Tak jemu makan

Wednesday, May 28, 2014

Kundasang Second Day

Alhamdulillah pagi yang segar dari kaki  gunung Kinabalu. Zauji keluar dari bilik and see this beautiful panorama. Seawal 6 pagi kaki pergunungan ini dah mula cerah dan tidak berawan, maka cik Kinabalu pun menunjukkan diri tanpa segan lagi. Panoramanya menggamit setiap pengungjung dari tidur seawal pagi.


Keterujaan ini mengajak kami keluar dari bilik untuk pergi ke anjung yang disediakan di kawasan resort. Dari anjung tu nampaklah gunung Kinabalu tersebut. Maka dua puteri bintang tersebut kami kejut untuk bersama. Mungkin mereka belum mengerti untuk menghayati pemandangan dan ketakjuban ummi dan abi. Tetapi kehadiran mereka sungguh bermakna buat kami, setelah dua anak kami berjaya ke Kinabalu... Maka marilah bergambar bersama... :P

Muka still mengantuk. Ummi je yang senyum

Semangat tak ummi tu. Kawasan resort semakin cantik disuluh matahari pagi. Belum lagi pukul 6.30 pagi matahari sudah menyuluh bukit dibelakang resort tu.

Cik Puteri Bintang 2nd sudah mula tersenyum.. She is an easy girl insyaAllah.

Di belakang tu adalah gunung Kinabalu.  
Sebenarnya Gunung kinabalu tidak nampak terlalau tinggi dari sini memandangkan kita telah mendaki tinggi untuk sampai ke sini. Gunung ini nampak lebih tinggi dan bagi saya ketinggian dan kegahannya amat menakjubkan dari aras yang lebih bawah. Ini dapat saya saksikan sewaktu turun dari pergunungan ke Kota Kinabalu. Besar dan tinggianya gunung tersebut membuatkan ia masih boleh disaksikan walau sudah berpuluh kilometer meninggalkan kaki gunungnya.


Subahanallah semasa ini dapat saya saksikan betapa hebatnya ciptaan Allah ke atas alam ini. Walaupun ianya hanya seketul gunung, tapi hati masih tak puas memandang gunung tersebut sepanjang perjalanan pulang.


Lagi posing di kawasan sekitar resort.

Cak!! Perspektif abang kamera



Cik Puteri Bintang Bestari 2nd

Dua watak sampingan yang menyerikan drama ini




Serius bagi saya cantik sangat pemandangan pergunungan kat sini. Di kaki gunung kinabalu ni banyak bukit dan gunung lain.
Nampak tak bukit kat belakang Hamnah tu? Tumbuhannya hanya pokok renek dan hanya ada sikit pokok-pokok tinggi. Di Malaysia ni ada padang rumput alpine dan ianya wujud di kawasan ni. Di padang rumput tersebut juga dibuat penternakan lembu tenusu.  New Zealand Malaysia katanya.

Masa ni kami dah check out. Abang kamera ambil gambar di depan resort

Cik Puteri Bintang Dilangit (abi kata kakak dah naik pangkat)

Setelah check out kami ke Kinabalu park. Jika nak pergi ke sini harus berpagi-pagi. Awan akan mula menutupi gunung seawal 10 pagi. Saya masih lagi tertanya-tanya kenapa awan clear pada awal pagi dan mula berkumpul kat gunung seawal 10 pagi. Tapi saya masih belum cari jawapannya. Ada fakta sains disebalik keteraturan kejadian tersebut kan..



Semangat abang kamera kita yer... terpegun cik puteri Bintang Dilangit

Tiba di Timpohan. Gate untuk mula mendaki. Saya pun ada cita-cita nak daki gunung ni..huhu