Alhamdulillah pagi yang segar dari kaki gunung Kinabalu. Zauji keluar dari bilik and see this beautiful panorama. Seawal 6 pagi kaki pergunungan ini dah mula cerah dan tidak berawan, maka cik Kinabalu pun menunjukkan diri tanpa segan lagi. Panoramanya menggamit setiap pengungjung dari tidur seawal pagi.
Keterujaan ini mengajak kami keluar dari bilik untuk pergi ke anjung yang disediakan di kawasan resort. Dari anjung tu nampaklah gunung Kinabalu tersebut. Maka dua puteri bintang tersebut kami kejut untuk bersama. Mungkin mereka belum mengerti untuk menghayati pemandangan dan ketakjuban ummi dan abi. Tetapi kehadiran mereka sungguh bermakna buat kami, setelah dua anak kami berjaya ke Kinabalu... Maka marilah bergambar bersama... :P
Muka still mengantuk. Ummi je yang senyum |
Semangat tak ummi tu. Kawasan resort semakin cantik disuluh matahari pagi. Belum lagi pukul 6.30 pagi matahari sudah menyuluh bukit dibelakang resort tu. |
Cik Puteri Bintang 2nd sudah mula tersenyum.. She is an easy girl insyaAllah. |
Di belakang tu adalah gunung Kinabalu. |
Sebenarnya Gunung kinabalu tidak nampak terlalau tinggi dari sini memandangkan kita telah mendaki tinggi untuk sampai ke sini. Gunung ini nampak lebih tinggi dan bagi saya ketinggian dan kegahannya amat menakjubkan dari aras yang lebih bawah. Ini dapat saya saksikan sewaktu turun dari pergunungan ke Kota Kinabalu. Besar dan tinggianya gunung tersebut membuatkan ia masih boleh disaksikan walau sudah berpuluh kilometer meninggalkan kaki gunungnya.
Subahanallah semasa ini dapat saya saksikan betapa hebatnya ciptaan Allah ke atas alam ini. Walaupun ianya hanya seketul gunung, tapi hati masih tak puas memandang gunung tersebut sepanjang perjalanan pulang.
Lagi posing di kawasan sekitar resort. |
Cak!! Perspektif abang kamera |
Cik Puteri Bintang Bestari 2nd |
Dua watak sampingan yang menyerikan drama ini |
Serius bagi saya cantik sangat pemandangan pergunungan kat sini. Di kaki gunung kinabalu ni banyak bukit dan gunung lain. |
Masa ni kami dah check out. Abang kamera ambil gambar di depan resort |
Cik Puteri Bintang Dilangit (abi kata kakak dah naik pangkat) |
Setelah check out kami ke Kinabalu park. Jika nak pergi ke sini harus berpagi-pagi. Awan akan mula menutupi gunung seawal 10 pagi. Saya masih lagi tertanya-tanya kenapa awan clear pada awal pagi dan mula berkumpul kat gunung seawal 10 pagi. Tapi saya masih belum cari jawapannya. Ada fakta sains disebalik keteraturan kejadian tersebut kan..
Semangat abang kamera kita yer... terpegun cik puteri Bintang Dilangit |
Tiba di Timpohan. Gate untuk mula mendaki. Saya pun ada cita-cita nak daki gunung ni..huhu |
No comments:
Post a Comment