Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Sunday, December 20, 2009

Bangkok - Second Day

Academical Session

The session started at 9.00am until 4.00pm. Started with welcoming ceremony, perkongsian kajian remote sensing by Dr Honda Kyoshi dan Dr pelawat dari Jepun Dr Yoshikazu at their auditorium. Selepas itu melawat makmal komputer, melihat teknologi yang digunakan, software dan sebagainya.

Asean Institute of Technology(AIT) is not belongs to kerajaan Thailand tetapi negara-negara Asean, cuma kedudukannya adalah di Thailand. 40% dari pelajar adalah warga Thailand dan yang lain-lain adalah dari negara-negara Asean mostly Iran dan ada juga dari luar Asean. Biasiswa pelajar di AIT ditaja oleh negara-negara Asean.

Remote Sensing and GIS field of study are in the School of Engineering & Technology.

In the auditorium. Yana and Yan versi khusyuk.

Dr Honda..... Ada beberapa journal Remote Sensing published by him. The mantap one. Gambar kat tangga jugak yang diambil. Khusyuk dalam auditorium sampai tertutup mata. penat travel...


Dalam makmal remote sensing. Lab di FKSG lagi kondusif mungkin. Jadi belajar kena lebih rajin sikit kot.


Berbasikal



Di sekitar AIT, basikal ada di mana-mana sahaja. Digunakan oleh sesiapa sahaja, kekanak, dewasa and veteren even cleaner. Nasib baik sapu sampah pun tak naik basikal. Bagus sangat. Menyihatkan badan. Selamatkanlah alam sekitar dari pencemaran udara.

Cycling to every where, any time, any one.


parking basikal lagi


parking basikal jugak


Setiap jalan sesuai untuk berbasikal




Jalan-jalan ke Futer Park



lets starting


Dah penat meredah lautan manusia, plus window shopping jer

RSGORP - First Day


Remote Sensing Global Outreach Program


Sebelas orang pelajar tahun empat, sembilan orang tahun tiga dan seorang pelajar master. Diiringi oleh Mr Alvin and his wife serta Dr Kasturi with his husband. The program was supported by UTM, applied by the RS department, FKSG. Alhamdulillah.... semoga jaulah kali ini memberi banyak ilmu, merakam pengalaman, dan semoga natijahnya kembali kepada tugas azali.

Study tour kali ini memilih Asean Intstitute of Tecnology (AIT), Bangkok sebagai medan menimba ilmu Remote Sensing serta GIS. At the same time mengambil kesempatan menjelajah Bangkok, Thailand negara gajah. Bangkok is the one port which so called 'syurga membeli belah' . Orang-orangnya sangat suka berniaga.




At FAB bustop, waiting for the bus to KLIA- LCCT terminal



At LCCT. Makan atau berlapar.....weng...weng.. while waiting for departure.


After this... bateri kamera dah kong. No pictures more untill I found the bateri at "108 shope" in AIT.

We were arrived at AIT lebih kurang pukul 1pg lebih waktu Malaysia...kot. Waktu di Thailand adalah satu jam lebih lewat dari waktu Malaysia. Alhamdulillah...sangat baik mereka, walaupun sudah malam, masih menyambut kami dengan senyuman. Rata-rata yang ada adalah foreign students.

Waktu solat(waktu Bangkok):

Subuh : 5.10 pagi
Zuhur : 12.20 tghr
Asar : 3 lebih ptg
Maghrib: 6.00ptg
Isyak : 7.00mlm

Tomorrow....harus ke sesi akademik....

Saturday, December 12, 2009

Habibi...

Habibi….

Tiadalah yang terzahir dariku melainkan ilham dariMu

Yang sentiasa berada di kidung doaku….

PerkataanMu adalah perkataanku

PendengaranMu adalah pendengaranku

TanganMu adalah tanganku,

Kerana aku ingin sentiasa bersamaMu.


Habibi……

Pimpinlah tanganku….

Walau sejauh mana aku berlari

Setinggi mana aku berdiri

Sedalam mana jurang kuturuni

Kerana aku ingin sentiasa bersamaMu

Menapaki perjalanan hidupku…



131209



to kak wani wonderfull and colorland




Menapaki Pelangi


Pulang kekampung, melihat sawah terbentang luas dan menghijau mengusik hati yang teruja dengan panorama alam yang natural. Melihat Amsyar berlari riang di perbatasan sawah, menyingkap memori zaman kecil. ‘Kak, tengok Amsyar lari’… gembiranya dia. Tentu Amsyar tidak dapat berlari sejauh itu kalau di kawasan rumah kami. Banyak kerisauan. Kenapa zaman kecil kalian tidak sama dengan zaman kecil kami? Kasihan….atau memang itulah gelung generasi.. zaman kanak-kanak kami di generasi X dan kalian di generasi Y…tidak serupa.

Zaman kanak-kanak kami, penuh dengan suka dan tangis bersama kawan-kawan. Balik sekolah letak bag, ngaji al-Quran kat surau (orang Kelantan panggil ‘Balai Saff’), lepas tu terus cari kawan. Main sampai matahari dah pass baton pada bulan. Macam-macam kami main, selagi ada dalam kamus kehidupan kami pada masa tu. Semuanya memerlukan tenaga dan akal kanak-kanak. Tiada pemainan moden berdigital.. Mak ayah pun tak risau sangat. Zaman kanak-kanak yang ceria. Sakit sikit-sikit tu biasalah. Selagi boleh bangun, kawan tak akan ditinggalkan. Bila masa baca buku pun tak tahulah…. Tapi kami masuk Universiti jugak… Memori itu baru ditinggalkan tidak sampai sepuluh tahun yang lalu..

Tetapi sekarang rasanya lain benar. Kanak-kanak di sekolah rendah dah ada telefon bimbit sendiri. Lebih seronok melayan game di telefon bimbit sendiri atau di komputer. Tak pun video game. Di mana batu seremban? Mana congkak? mana bola lawa? Nenek si bongkok tiga…? main pondok-pondok dah tak ada, main sorok-sorok dah hilang, dan macam-macam main lagilah. Tak aktif. Kalau kat rumah, television ada sampai dua tiga, khas untuk kanak-kanak, remaja dan orang tua… malas nak gaduh-gaduh, bising-bising lagi. Semua boleh buat hal masing-masing. Dunia kanak-kanak yang senyap sunyi. Akal yang lebih banyak berkembang dengan teknologi digital. Tiada pergerakan badan yang aktif dan lasak. Di sekolah, riuh rendah dengan suara pelajar yang buat bising. Sudah tidak dengar kata cikgu… kesian cikgu. Inikah realiti kehidupan merentasi zaman?

Bagaimanakah pula generasi anak-anak nanti? Adakah ini salah, atau memang ini yang sepatutnya berlaku?



Sunday, November 8, 2009

Friday, November 6, 2009

Nikmat Sibuk


Alhamdulillahi Rabbil 'alamiin..... Segala puji bagi Allah yang menciptakan sekalian alam.. Yang memasukkan siang ke dalam malam dan yang memasukkan malam ke dalam siang... Yang menyusun dengan penuh teratur dan teliti... Yang terus menerus mengurus. Tiada mengantuk dan tidak tidur... Dan manusia hanya bergantung kepada yang Maha Mengatur dalam menyusun dirinya, baik urusan kerja, juga emosi.





Alhamdulillah lagi.. Baru sahaja habis peperiksaan dunia, dan segala requirement yang diperlukan untuk menghabiskan semester tujuh telah pun langsai. Tetapi untuk menghabiskannya adalah sesuatu yang.....fuhh... tiada terucap. 'Ya Allah, kenapalah sem ni sibuk sangat, boleh tak nak berhenti sekejap, tarik nafas.... penat.' Monolog hati yang mendefinisikan minda dan tubuh yang penat. Rasa nak habiskan sem tu secepatnya, tapi untuk menghabiskannya adalah suatu amat mencabar. Berperang dengan kekangan masa dan tenaga.

Dan akhirnya, Allah kurniakan nikmat lapang setelah segalanya diselesaikan. Terasa ada satu boundary situasi yang cukup jelas. Sudah biasa dengan kesibukan, tiba-tiba lapang. Culture shock. Sebenarnya ada perkara yang perlu dirancang, diatur, dan dibuat. Tapi, masa yang lapang, tidak berperang dengan minda yang terpaksa memikirkan mad'u(yang sedia ada), wadah, perangai manusia dan akademik membuatkan ianya terasa tiada cabaran untuk bekerja. Plain...

Terasa nikmatnya sibuk. Sibuk memberikan cabaran bagi minda untuk berfikir kritikal. Berfikir dan sentiasa berfikir antara dua perkara yang berbeza lapangannya, insyaAllah tujuannya hanya satu, akademik dan dakwah. Al-insan memang selalu begitu. Bila sesuatu sudah berlalu, barulah dirasai kehadirannya. Dan hargailah nikmat lapang yang ada, untuk menarik nafas lega dari kepenatan yang biasa. Merancang dan mengatur. Sesungguhnya pengakhiran itu suatu permulaan.

Maka sesungguhnya berasama kesulitan itu ada kemudahan, Sesungguhnya berasama kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), maka tetaplah bekerja keras (untuk urusan lain), dan hanya kepada tuhanmulah engkau berharap (al-Insyirah:5-8)

sekian...

Beriadah memori...

Amsyar, Anaqi dan Ain


Amsyar,Anaqi dan Ain....Suka posing


Ahmad Azan Amsyar. Can call him with all the three words. But he declared himself as Amsyar. His character is almost the same as his name, Amsyar. Active, talkative, creative, innovative, positive and negative. Hobby, apa sahaja yang lasak.. Rumah boleh berterabur sebab dia sorang.


Kak, tangkap gambar Amsyar macam ni.... Amsyar meme..


Paka speck sapo tu ek...

Jadi budak kecik, fikir nak cuba semua perkara yang tak pernah dibuat, cepatlah besar supaya boleh buat benda tu benda ni. Buat apa sahaja hobby yang disukai, tanpa perlu fikir kekangan masa dan kerja yang lain. Jadi budak besar... bestnya jadi budak kecik. Tak perlu fikir masalah, itu dan ini. Semua keperluan akan disediakan. Hakikatnya hidup akan berputar sekali sahaja. No more interation. Bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, veteran... Semua itu merupakan fasa hidup yang bermakna...


Monday, November 2, 2009

Semula Jadi yang Tersusun



Alam adalah kitab Allah yang ke-2 yang boleh kita baca untuk mentafsirkan kebesaran Allah.

Dan milik Allah lah timur dan barat. Kemana sahaja kamu mengahadap, maka di sanalah wajah Allah. (al-Baqarah:115)


terpanggil untuk berfikir dan menghayati bila membaca nota yang bakal diduduki peperiksaannya..

How is precipitation generated? Dah belajar ni masa kecik-kecik dulu. Daripada air, diwapkan air tersebut ke udara dengan adanya pemanasan ke atas air ters
ebut. Seterusnya naik ke atmosfera membentuk awan, sampai tempat sejuk maka ia terkondensasi membentuk titisan hujan yang turun pada tempat yang sesuai, pada masa yang sesuai, pada keadaan yang sesuai. Semua itu sesuai Allah aturkan, jadi jangan ada rungutan 'kenapa hujan jer' atau 'kenapa tak hujan-hujan ni'.

Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa khabar gembira, mendahului kedatangan rahmat-Nya (hujan), sehingga apabila angin itu membawa awan mendung, kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu kami turunkan hujan di kawasan itu. (al-A'raf:57)

Baca dalam sikit, 'how water droplets of precipitation generated'. Perasan atau tidak, titisan air hujan mempunyai saiz yang lebih kurang sama. Kadang-kadang jatuhnya terasa lembut, dan kadang-kadang terasa agak kuat menghentam tubuh. Masa kecik-kecik suka fikir perkara ni,'kenapa saiz titisan air hujan lebih kurang sama jer? Macam mana kalau air hujan tu turun macam mencurah air dari baldi...?' Currently, Allah tetapkan untuk persoalan itu dirungkai.

Secara semula jadinya telah 'diaturkan' supaya pembentukan itu terjadi dengan cantiknya. Macam mana terjadinya hujan? Ada 3 proses;
1 - condensation and deposition
2 - collision and coalescence
3 - Bergeron process (who you wants to be; rain or snow)

Collision and coalescence process is coated. Wap air
yang sangat kecil akan mengalami perlanggaran dan percantuman untuk membentuk titisan air yang lebih besar. Titisan air yang lebih besar inilah yang akan turun ke bumi sebagai hujan. Secara korelasinya, lebih banyak perlanggaran dan percantuman wap air yang berlaku akan membentuk titisan yang lebih besar. Dalam masa beberapa jam titisan air tersebut boleh membesar sebesar saiz bola jaring/tampar/lebih besar dari bola futsal. Cuba kita bayangkan kalau saiz titisan air hujan yang jatuh ke permukaan bumi ini sebesar saiz bola tu... Tentulah itu bukan titisan lagi namanya...

Jadi bagaimanakah?
Semasa proses perlanggaran dan percantuman berla
ku, bila saiz titisan air mencapai diameter 5 milimeter, ia akan dipecahkan semula kepada titisan yang kecil oleh proses-proses lain yang berlaku di atmosfera. Selagi belum diberitahu bilakah masanya untuk turun ke bumi, maka mereka akan terus bermain-main(collision and coalescence) di atas sana sambil membesar dan akan dipecahkan lagi kepada saiz yang kecil jika mencapai diameter kritikal. Jadi, sangatlah beruntungnya makhluk di bumi kerana titisan-titisan rahmat itu turun dengan penuh kelembutan dan tidak menyakitkan.

Maka siapakah yang memberikan arahan untuk proses tersebut berlaku? Siapakah yang mencipta 'programming' yang sangat teratur itu? Nampak nature, tiada pincangnya, cukup teliti. Jelas 'programmer'nya sangat mahir. Mahir pada pengaturcaraan, juga objek yang diatur. Untuk siapakah program ini dicipta? Untuk kegunaan apa?


Kadang-kadang manusia hanya menerima kesemulajadian itu tanpa berfikir bahawa pembentukan yang semula jadinya itu ada pengaturnya. Padahal kejadian itu berlaku dalam kehidupan seharian. Tidak berfikir siapakah yang menciptakan dunia dan untuk apa? Tapi lebih suka berfikir bagaimana nak mendapatkan dunia. Duni
a...dunia...fana' belaka...





Reference: Ali El Battay, 2009, Remote Sensing for Meteorology

Thursday, October 29, 2009

Kenapa Awak Kurus?



Pada suatu hari ada sahabat bertanya kepada sahabat...

Sahabat 1: Awak nampak kuruslah sekarang?

Sahabat 2: Owh yeke... ?

Sahabat 1: Kenapa?

Sahabat 2: Sebab saya malas...

Sahabat 1: Huh? Kalau malas bukan lagi gemuk ke?

Sahabat 2: Sebab saya malas makan... Malas nak pergi beli makanan.
Kalau arked tu kat bawah blok saya jer mesti saya rajin sikit...

Wah... malasnya sahabat 2.... sampai kurus sebab malas makan...

Bagaimana pula kalau makanan tu adalah makanan rohani? Kalaulah badan rohani itu boleh dilihat.. Malu tak agaknya kalau badan rohani kita ditegur demikian?

Begitu juga makanan tarbiyyah itu penting untuk individu. Bolehkah kita merasakan keenakan rasa tarbiyyah itu seenak makanan yang kita makan? Atau lebih enak dari itu. Ditambah pula nafsu yang sentiasa hendak kepada makanan tarbiyyah tersebut. Ditambah lagi dengan kerajinan untuk mendapatkannya. Ditambah lagi dengan kebersungguhan kita untuk mendapatkannya, bagai kebersungguhan orang lapar mencari makanan. Wah... kalaulah badan itu boleh dilihat, tentu sekali ia berada pada tahap obesiti.

Analoginya dari kisah sahabat di atas. Tarbiyyah itu perlu di cari. Perlu diusahakan untuk mendapatkannya. Bukan ambil andai ianya dekat, tapi malas bila ianya jauh. Bukan sekadar menunggu ia datang, tapi perlu bergerak kepadanya. Terkadang ia datang tanpa dicari, dan terkadang kita yang perlu pergi mencari...


Monday, October 26, 2009

Seindah Gubahan Pertama...


Sahabat....

Ketahuilah bahawa persahabatan yang baik itu merupakan buah dari akhlak yang baik sementara perpecahan merupakan buah dari keburukan akhlak. (Abu Hamid al-Ghazali: Ihya' Ulum al-Din)

Abu Idris al-Khulani pernah berterus terang kepada sahabatnya, Mu'az bin Jabal r.a bahawa:

"Sesungguhnya saya mengasihi anda kerana Allah. Muaz pula menyebut, bergembiralah kamu kerana saya mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud: 'Pada hari kiamat dikumpulkan satu kumpulan manusia dan ditempatkan berhampiran dengan arasy Allah. Mereka disediakan kerusi untuk mereka berehat di situ, wajah mereka ketika itu adalah seumpama bulan penuh yang bercahaya. Pada ketika orang lain berada dalam ketakutan dan terkejut kerana dibangkitkan semula selepas mati, mereka langsung tidak merasai gusar atau takut, mereka ini adalah wali-wali Allah yang sudah diberikan jaminan bahawa mereka tidak akan ditimpakan rasa takut dan berdukacita. 'Apabila baginda Rasulullah ditanya siapakah orang itu? Baginda menyebut, 'mereka adalah orang-orang yang berkasih sayang kerana Allah'" (Imam Bukhari dan Muslim, diriwayatkan oleh al-Hakim)

"'Terdapat sekumpulan manusia yang ditempatkan berhampiran dengan arasy. Mereka ditempatkan di tempat yang tinggi iaitu mimba-mimbar yang sentiasa bercahaya. Mereka memakai pakaian yang bercahaya, mereka bukanlah para nabi atau para syuhada', nabi-nabi dan para syuhada' menghampiri mereka'. Dengan penerangan itu sahabat bertanya siapakah golongan manusia istimewa itu? Rasulullah menjelaskan, 'mereka adalah golongan manusia yang saling berkasih sayang semata-mata kerana Allah, saling bertemu dengan niat semata-mata kerana Allah, dan ziarah-menziarahi antara satu sama juga semata-mata kerana Allah.' Salman al-Farisi r.a pernah menyebut, perumpamaan dua sahabat yang bertemu antara satu sama ain samalah umpanya dua tapak tangan, yang salah satunya akan membersihkan yang lain dan tidak ada dua saudara yang yang beriman yang bertemu antara satu sama lain kecuali dua saudara tersebut akan mendapat sesuatu kebaikan daripada saudaranya." (Abu Hurairah, diriwayatkan oleh an-Nasai/al-Iraqi)

Imam Muslim: Rasulullah pernah menyebut dalam satu hadith yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah akan memanggil pada hari kiamat dengan menyebut, 'Wahai orang-orang yang berkasih sayang semata-mata kerana kebesaran-Ku, pada hari ini Aku akan menempatkan mereka berteduh di bawah bayangan-Ku pada ahari di mana tiada bayangan yang lain kecuali bayangan-bayangan-Ku'"




Seindah Gubahan Pertama...




Putaran memori...


Dulu, Kini Selamanya


Dari barisan usrah

Dan dari umbi tarbiah
Muncullah sinaran fikrah
Islah terus meniti masa

Dari dewan selesa ke jalanan yg berhaba
Pejuang keadilan dan penjulang kebenaran
Bersama islam membina ummah
Usaha daulatkan syariah
Agar hidup penuh barakah

Di dalam sedih dan ketawa
Di dalam susah dan mewah
Tetap teguh iman dan takwa

Sehati sejiwa
Dulu kini selamanya
Walau apa yg melanda hadapi bersama

Ya Allah ya rabbi
Teguhkan iman kami
Moga tabah hati tak berbelah bagi

Berbekalkan islam membina masyarakat
Mengukuh umat insan sejagat
Setiap mehnah pastinya ada hikmah
Berbaik sangka pada yg Esa.

Rasulullah contoh ikutan
Prinsip syura jadikan amalan
Korban masa tenaga kita
Dan fikiran perkasakan maruah kita

munsyid: Alarm me

"MOGA TABAH HATI TAK BERBELAH BAGI.."



khas buat semua akhawat...

Seindah Gubahan Pertama

Merindui saat indah bersamamu…

Indahnya Allah menggubah ukhuwwah kita… seindah gubahan pertama… Lagi indah dari jambangan bunga yang kita jual masa pesta konvo tu… Bagai suatu jambangan bunga yang cantik, dan kita adalah bunga-bunga itu. Bunga yang cantik, mekar, berseri dan menyerikan.

Seindah gubahan pertama…bermula dari medan usrah, dari umbi tarbiyyah. Wujudlah sinaran ukhuwwah, terislah dalam meniti masa... akhirnya jadilah diri kita insan terpilih meniti keindahan dan kesusahan di medan dakwah… kata kakak2…kita masih di pinggiran..belum masuk court. Huh? Macam ni punya susah, rupanya kita baru tengah training tepi court.. sampai masanya kita akan masuk court jugak. Jadi training betul-betul. Practicekan semua skill…

Mungkin sekarang tibalah masanya untuk sebahagian dari kita sudah layak untuk masuk court. Allah lebih mengetahui di mana selayaknya kita dan bila masanya…tahniah buat antunna… so sebahagian yang lain mungkin masih perlu training (ana kot), agar sesuai dengan gelanggang dan lawannya nanti…apasal cerita pasal court je ni…(rindu volley ball).

Akahawat tersayang…. Perpisahan adalah dugaan terhebat bagi sebuah ukhuwwah. Rindu memori semalam, bisakah ia berputar menjadi realiti…rindu kepada kebiasaan kita. Semua kita kongsi. Pening ana, pening antunna juga. Risau ana, risau antunna juga. Ana happy, antunna lagi happy… Bidang kita lain, wasilah kita lain, tanggungjawab kita berbeza. Tapi hati kita bertemu di rabitah ukhuwwah... ada orang tanya. Macam mana awak boleh close dengan diorang? Coarse semua lain. Asal lagilah lain-lain. Ahha….apa nak jawab? Itulah ukhuwwah fillah.. kami bertemu di medan tarbiyyah, lalu Allah petikkan sinaran ukhuwwah lalu mem’bonding’kan ukhuwwah tersebut dengan akidah. Betul ke akhawat? Kalau betullah, tentu sekali ikatan ini tidak akan pernah terlerai. Kita terpisah di sini, kita berjumpa di ‘sana’ nanti…

Ana nangis bila mengenangkan antunna nak pergi… naqibah pujuk ana…dia kata… ingat bagaimana Saidina Abu Bakar memujuk ‘Umar disaat pemergian Rasulullah… “sekiranya kamu menyembah Muhammad, sesungguhnya Muhammad telah tiada. Sekiranya kamu menyembah Allah, maka Allah hidup dan tidak mati.” Begitu juga sinonimnya dengan ukhuwwah kita… “sekiranya dakwah kita kerana sahabat, sesungguhnya sahabat akan pergi bila tiba masanya, sekiranya dakwah kita kerana Allah, maka Allah tetap ada dan tidak mati.” Yang terus menerus mengurus. Tidak mengantuk dan tidak tidur.. jadi, demi cinta dakwah ini, ana belajar untuk tabahkan hati. Ana percaya…setiap ketentuan Allah pasti ada hikmah terbesar.

Akhawat…ana nak jumpa antunna lagi…sampai saat kita di panggil pulang, ana nak jumpa antunna sedang kita masih aktif di jalan dakwah… ana sayang sangat jalan dakwah…inilah nikmat terbesar bagi ana selepas nikmat Islam dan iman…

Akhawat… semoga segala memori kita bersama menjadi pembakar semangat untuk berjuang… andai satu masa diri lemah…diuji, penat, pening….ingatlah memori kita…semua itu telah sama-sama kita lalui, sehingga kita berjaya ke tahap ini…

Akhawat Jundullah… Benih-benih unggul semaian taman UTM ini… telah dipencarkan kesuatu tempat yang telah Allah tentukan buatnya…Agar benih unggul ini bisa membentuk keunggulan-keunggulan di tempat lain. Ayuh akhawat! Kita membenarkan kata pepatah…akhawat benih berkualiti, dicampak ke laut menjadi pulau. Di campak ke darat menjadi gunung. InsyaAllah…

Dirimu di sana, diriku disini.. bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah..

Seindah gubahan pertama… Apakah gubahan seterusnya seindah gubahan pertama…

-Rindu-