Pulang kekampung, melihat sawah terbentang luas dan menghijau mengusik hati yang teruja dengan panorama alam yang natural. Melihat Amsyar berlari riang di perbatasan sawah, menyingkap memori zaman kecil. ‘Kak, tengok Amsyar lari’… gembiranya dia. Tentu Amsyar tidak dapat berlari sejauh itu kalau di kawasan rumah kami. Banyak kerisauan. Kenapa zaman kecil kalian tidak sama dengan zaman kecil kami? Kasihan….atau memang itulah gelung generasi.. zaman kanak-kanak kami di generasi X dan kalian di generasi Y…tidak serupa.
Zaman kanak-kanak kami, penuh dengan suka dan tangis bersama kawan-kawan. Balik sekolah letak bag, ngaji al-Quran kat surau (orang Kelantan panggil ‘Balai Saff’), lepas tu terus cari kawan. Main sampai matahari dah pass baton pada bulan. Macam-macam kami main, selagi ada dalam kamus kehidupan kami pada masa tu. Semuanya memerlukan tenaga dan akal kanak-kanak. Tiada pemainan moden berdigital.. Mak ayah pun tak risau sangat. Zaman kanak-kanak yang ceria. Sakit sikit-sikit tu biasalah. Selagi boleh bangun, kawan tak akan ditinggalkan. Bila masa baca buku pun tak tahulah…. Tapi kami masuk Universiti jugak… Memori itu baru ditinggalkan tidak sampai sepuluh tahun yang lalu..
Tetapi sekarang rasanya lain benar. Kanak-kanak di sekolah rendah dah ada telefon bimbit sendiri. Lebih seronok melayan game di telefon bimbit sendiri atau di komputer. Tak pun video game. Di mana batu seremban? Mana congkak? mana bola lawa? Nenek si bongkok tiga…? main pondok-pondok dah tak ada, main sorok-sorok dah hilang, dan macam-macam main lagilah. Tak aktif. Kalau kat rumah, television ada sampai dua tiga, khas untuk kanak-kanak, remaja dan orang tua… malas nak gaduh-gaduh, bising-bising lagi. Semua boleh buat hal masing-masing. Dunia kanak-kanak yang senyap sunyi. Akal yang lebih banyak berkembang dengan teknologi digital. Tiada pergerakan badan yang aktif dan lasak. Di sekolah, riuh rendah dengan suara pelajar yang buat bising. Sudah tidak dengar kata cikgu… kesian cikgu. Inikah realiti kehidupan merentasi zaman?
Bagaimanakah pula generasi anak-anak nanti? Adakah ini salah, atau memang ini yang sepatutnya berlaku?
No comments:
Post a Comment