Alhamdulillah 'ala kulli ni'mah
Sabtu yang lepas Allah beri kesempatan untuk kami menikmati alam di Sabah. Alhamdulillah... Sesungguhnya pengembaraan ini mengingatkan saya pada ayat-ayat Allah dalam al-Quran yang mulia. Mengingatkan saya pada subjek-subjek yang saya belajar semasa di alam sekolah juga di uni. Betapa indahnya kita menghayati al-Quran bila ianya bergabung dengan alam. Sesungguhnya al-Quran itu real.
Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul). 3:137
Semoga dengan pengembaraan ini juga kakak Hamnah dan adik Nawar banyak belajar tentang alam... dan pelajaran penting rasanya adalah penat..haha..
Terima kasih juga kepada zauji yang sudi meluangkan sedikit rezeki untuk kami sampai ke sini selain dari beli telefon lagi. Kita tidaklah plan nak pergi kan, tapi Allah itu Maha Mengaturkan. Mengambil kesempatan kami sudah berada di Labuan maka lanjurkan hingga ke Sabah. Kos jika dari KL mungkin dua kali ganda dr Labuan.
katakanlah (Muhammad), "sesunggunya segala urusan itu di tangan Allah". 3:154
Permusafiran kami ke Kota Kinabalu bermula dengan menaiki feri di terminal feri Labuan pada pukul 8 pagi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam setengah. Ini kali pertama kami naik feri :)
Di terminal feri Labuan |
Tiba di Jesselton Point Kota Kinabalu |
Setelah mengambil kereta Saga dengan sewaan RM140 sehari kami memperlengkapkan keperluan permusafiran untuk ke Kundasang. Sempat juga bershopping dan lunch di Shopping mall Sinar Sabah. Grand juga shopping mall ni. Okeh, sebelum pergi ke KK, saya membayangkan bandarnya adalah seperti pekan saja. Rupanya setaraf KL jugalah... Macam bandar Johor Bahru kot..
Perjalanan diteruskan ke Kundasang melalui jalan tepi laut. Setelah memasuki kawasan berbukit, alhamdulillah jalannya elok tapi kita boleh bayangkan macam mana gaya jalannya yer.. Penat ummi erobik atas kereta sambil handle anak yang aktif berdua tu okeh. Ummi rasa...khas untuk anak-anak ummi elok ada bus yang kosong dengan dilengkapi comforter/kusyen di dinding... Kenapa? Mereka suka explore dan beraktiviti dimana sahaja.
Dipertengahan jalan yang seperti ular kena palu tu kami berhenti berehat, solat dan menikmati alam, bergambar sudahlah pasti. Tapi tak ada lah gambar penuh kaami berempat memandangkan tiada abang kamera yang lain selain 'abang' sayang saya. Disebabkan 'abang' saya jadi abam kamera, maka banyaknya sayalah model beliau. huhu
Bergambar berlatar belakangkan Gunung Kinabalu yang diliputi awan dan banjaran bukit-bukit yang lain. Di board tu ada diterangkan jenis peak di gunung Kinabalu. ada 4 peak. |
Baru lepas hujan, awannya tebal. |
Tangan abang kamera jadi monopod. |
Setelah lebih kurang 3 jam alhamdulillah kami sampai ke pekan kundasang. Satu lagi, tak sangka pulak kat kundasang tu ada pekan rupanya. Kami check in di Kinabalu Pine Resort yang terletak tidak jauh dari pekan dan selepas geraian sayur dan buah dan bunga. Berdasarkan review sebelum ni, rata-rata mengambil masa dua jam untuk sampai dan ada juga sejam setengah. Tapi kami ni 3 jam, biasalah need to stop to refresh.
Hotel ni memang sesuai dengan namanya sebab banyak pokok Pine. Ini mengingatkan saya pada matapelajaran geografi yang dipelajari semasa lower form. Rasanya masatu belajar hutan hujan khatulistiwa yang mana jenis pokok akan berbeza mengikut ketinggian dari aras laut. Contohnya pokok ru akan hidup di altitud yang rendah yang mana kita selalu jumpa tepi pantai dan pokok pine hidup di tanah tinggi pada ketinggian tak ingat..hehe.. kena tanya balik cikgu Puji kita.. Okeh, saya sebenarnya suka situasi ni dan rasa sangat teruja. Suka tengok apa yang saya belajar dan saya jumpa depan mata saya. Harapnya jika ada rezeki dan umur di suatu hari yang Allah tetapkan, saya boleh menziarah ke tempat-tempat yang diceritakan dalam al-Quran dan sirah yang di hadam dalam usrah.
Bilik kami, England 2 |
Bergambar di luar, tidak jauh dari bilik |
On the way ke restoran The Pine, bersama bunga Siti Zubaidah yang katanya boleh berubah warna dan Bunga Hamnah Mursyidah yang boleh berubah mood dan perangai. |
Alhamdulillah rasa terawat semua kepenatan bila tengok kawasan resort ni. Cantik sungguh subhanallah.. Maka kami jalan-jalan dalam ni lah dulu. Padahal sebelum tu dah plan nak keluar jalan-jalan di kawasan berdekatan dulu.
Sungguh excited tahap gunung Kinabalu bila jumpa bunga ni. |
Dulu masa sekolah rendah cikgu ada lukis bunga ni, sejak dari itu saya pun suka sangat lukis bunga ni. Kalu nak lukis bunga mesti lukis bunga ni. Masatu hobi melukis, skarang takdak dah...tangan pun dah tak seni. Bunga ni bentuknya ada lekuk di tengah di edge of kelopak tu.
Memanjat ke atas. Kat sini semua kawasannya berbukit, resort ni juga didirikan di lereng bukit. |
Tak puas lagi excited dengan bunga ni. Bergambar bersama bunga-bunga ummi yang aktif. |
Terima kasih lah abang kamera ya |
Masa ni dah dekat pukul enam petang, cuaca pun dah hampir gelap. Kami menamatkan explorasi kami buat hari tersebut di kawasan resort tu... Bersiap untuk dinner.
Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya
By the way... Kos untuk penginapan kami adalah RM220 dengan konsep bilik simple minimalis, king size bed. Kos adalah termasuk dinner dan breakfast. Not bad. Resort ni recommended bagi siapa yang nak datang kundasang. Saya suka sebab tempatnya memang cantik dan terjaga. Please jangan tanya ada swimming pool ke tak sebab kita datang kundasang bukan nak duduk hotel dan kalau ada pun of course kita tak sanggup pun nak swim sebab air dia sejukkkkk sangat. Banyak tempat menarik yang perlu dilawati.
No comments:
Post a Comment