assalamu'alaykum
Ibu bapa moden yang perlu bekerja di bandar biasanya kurang masa untuk dimanfaatkan bersama anak-anak atau ah;i keluarga. Realitinya jelas begitu, bila terpaksa keluar rumah seawal mungkin, menempuh jem diperjalanan, menguruskan perihal rumah dan sebagainya. Akhirnya masa habis dikitarkan untuk urusan rutin begitu.
Bagi ibu bapa yang menceburkan diri dalam NGO atau badan-badan lain yang memerlukan mereka memperuntukkan lebih masa untuk urusan itu. Sebagai contohnya bagi kami yang terlibat dengan aktiviti tarbiah dan dakwah sepanjang minggu mempunyai susunan masa yang padat. Sudah tersusun dikalendar aktiviti dan program yang akan berlangsung sepanjang minggu, bulan, malahan tahun. Pastinya kebanyakan waktu malam dan hujung minggu terisi dengan sesuatu agenda. Jadi penyusunan masa yang berkualiti bersama keluarga amatlah perlu.
Anak-anak yang sedang membesar untuk mengenali kehidupan ini perlu diberi perhatian. Ramai ibu-bapa muda juga sudah menyadari kepentingan pembelajaran terhadap anak-anak bermula dari umur bayi. Dan ibu-bapalah yang mencorak kehidupan anak-anak itu.
Sepengalaman saya dan adik beradik, mungkin umi atau ayah tidak guide macam mana nak main pasir, main hujan, main pondok-pondok atau main permainan yang lain. Dan tidak pula memberikan sekatan untuk apa yang kami mahu main. Kami diberikan kebebasan bermain dalam suasana yang agak selamat (pada waktu itu dan di tempat itu). Namun kehidupan di sekitar bandar kadang kala tidak memungkinkan ibu bapa untuk melepaskan sahaja anak-anak keluar dan bermain sendiri. Tempat kediaman seperti di pangsapuri dan taman perumahan yang terhad kawasan selamat bermainnya pula menghadkan anak-anak untuk keluar rumah. Jadi amat perlulah bagi ibu bapa memantau dan menemani anak-anak kecil untuk melakukan aktiviti mereka. Tentulah ini memerlukan masa ibu bapa untuk memantau mereka. Beraktiviti dan berimaginasi dengan aktiviti adalah hak anak-anak.
Kita perhatikan sekarang, sudah asing terlihat dikalangan kanak-kanak atau remaja di zaman ini bermain permainan yang kita main di zaman kita, bukan sahaja di bandar malahan di kampung-kampung. Secara keseluruhannya rakyat Malaysia boleh dikatakan sudah terdedah dengan bentuk permainan baru iaitu gajet dan internet. Namun berdasarkan kajian yang dibuat, bentuk permainan baru ini lebih banyak mendatangkan kemudaratan dari kebaikan.
Pendadahan terlalu awal gajet kepada anak-anak di bawah umur tujuh tahun menyebabkan skil motor mereka tidak dapat berkembang dengan normal. Kanak-kanak yang hanya terdedah dengan gajet smartphone, ipad dan seumpamanya akan hanya terdedah skill 'swipe'. Kanak-kanak ini mungkin pintar dari segi IQ gajet tersebut sangat interaktif dan informatif bagi mereka, namun mereka akan kekurangan skill motor. Masalah yang mungkin timbul adalah tidak dapat memegang pensil dengan baik, tidak dapat makan menggunakan tangan, dan kurang tumpuan dalam kelas. Kanak-kanak yang tidak terdedah dengan aktiviti luar juga akan kekurangan skil navigasi, skil menangkap bola dan sebagainya. Pendedahan yang kurang kepada aktiviti selain gajet menyebabkan mereka juga kurang kebolehan membuat keputusan yang betul, tidak tahu yang mana salah dan betul. Kemahiran mereka berdikari dan bermain sendiri membolehkan mereka untuk mendapatkan skil tersebut.
Kenapa pentingnya kerisauan ini timbul? Kita sudah tentunya tidak mahu melahirkan manusia robot untuk mewarisi generasi akan datang. Dalam situasi sekarang sahaja sudah terlalu banyak masalah sosial yang disebabkan hilangnya sifat manusiawi dalam diri anak-anak remaja kita. Terlalu besarnya gap yang wujud antara generasi atuk dan nenek yang masih belum terkejar untuk belajar teknologi moden, tetapi anak-anak kecil sudah mahir menggunakan teknologi yang ada. Ini kerana anak-anak ini sifatnya mudah meresap dan mudah belajar. Namun mereka seherusnya mendapat kebaikan sahaja dari teknologi tersebut.Teknologi ini sepatutnya digunakan untuk memudahkan urusan kita, bukan untuk memusnahkan kehidupan kita dan generasi akan datang. Jadi amatlah penting kawalan dalam penggunaan teknologi dan internet dikalangan anak-anak, remaja, malahan kita sendiri.
Justeru, dalam kesibukan harian, ibu bapa harus turut meletakkan urusan menyantuni anak-anak dalam jadual harian. Mungkin masanya tidak lama, tapi pastikan berkualiti. Boraklah besama anak kecil kita, bermain dan berimaginasi bersama mereka dan berikanlah penerangan yang mereka perlukan. Supaya mereka rasai bahawa ibu bapalah tempat bermanja, berbual dan bergantung, sebelum mereka boleh memahami tempat bergantung yang sebenar adalah Allah. Bila anak-anak boleh thiqah(percaya) kepada ibu bapa, insyaAllah lebih mudahlah untuk ibu bapa mendidik mereka.
Allahu'alam
Bermain bola bersama. Kemahiran membaling dan menangkap bola adalah salah satu skil motor
Nawar ingin merasa bebatu kasar di lantai. Merasi setiap struktur yang berbeza
Berlari bersama. Sambil memaut kasih sayang seorang abi
Anak-anak juga sudah ada kemahuan selfie
Asas awal untuk berenang. Mesrakan mereka dengan air
Berenang bersama
Menyelam bersama. Alhamdulillah Hamnah sudah pandai berenang dalam jarak lebih kurang 3 meter sambil menyelam dan terapung. Peluang ini berenang biasanya hanya muncul bila kami boleh ikut abi outstation.
1 comment:
keluarga yang asyik :)
Post a Comment