Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Sunday, November 23, 2008

Ajarkan Aku Erti Ikhlas

Bismillah... dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Pada suatu masa tu... saya diamanahkan untuk menjalankan suatu program yang saya belum pun mengahayati sepenuhnya kenapa kami perlu buat semua tu untuk orang lain. 'JEJAQ AL-QUDS' - To You Palestine. Tapi saya buat juga dengan harapan saya dapat belajar sambil bekerja. Saya betul-betul menjiwai gerak kerja saya disamping pengetahuan tentang Palestin yang dapat sedikit demi sedikit, namun saya pasti saya memang tak dapat mengaut semua pengetahuan tu.

semamangnya saya bukan dilahirkan dalam suatu keluarga yang berdakwah, dan saya memang tak mengenal apa itu dakwah semasa kecil. Apatah lagi untuk melakukan pengorbanan dan kerja untuk orang yang tak pernah kita kenali, memahami kesengsaraan mereka, dan kenapa perlunya kita yang menolong. Isu Palestin sendiri tidak saya minati sejak dari kecil, kerana takut dengan peperangan.

Saya mula mengenali perjuangan Palestin bila menyertai badan dakwah di IPT. Disitu kesedaran berputik, tapi mungkin masih jauh lagi untuk memahami. Dan saya masih belum berminat untuk mendalami. Bila group saya dipertanggungjawabkan untuk menjalankan program untuk Palestin, saya rasa inilah masanya untuk saya memahami jalan juang mereka, dan turut menyumbang bakti untuk mereka. Maka saya teruskan niat tu. Siap volunteer untuk jadi timbalan pengarah.

Maka gerak kerja diteruskan. Memang banyak mehnahnya memandangkan ia merupakan suatu program yang agak besar mengikut perancangan sebenar. Tapi apalah sangat jika dibandingkan dengan perjuangan rakyat Palestin. Hati semakin risau kerana pemahaman saya belum sampai kepada apa yang saya hajati. sampailah kepada hari program, pemahaman tu belum mantap. Saya redha.. menasihati diri sendiri..'pemahaman tu mungkin memerlukan masa yang panjang, yang penting engkau dan sahabat-sahabat telah berusaha sedaya mungkin. Yang dipandang Allah adalah usaha. Itu yang mampu kau buat, maka kau telah laksanakan'. Disaat meng'edit' teks MC untuk majlis malam tu saya sempat terfikir, 'aku ni buat program, tapi aku sendiri tak memahami kenapa aku perlu buat. ' tiba-tiba tertaiplah 'Ya Allah, ajarkanlah kami erti ikhlas.' Alhamdulillah... kata-kata tu bagai menasihati diri sendiri, dan diri terasa sedikit lega.

Alhamdulillah..dengan program yang dilancarkan untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran warga kampus sekaligus untuk mengutip dana agak mencapai kepada objektifnya. Malah kutipan melebihi sasaran. Besyukur tidak terhingga. Terpancar wajah keceriaan diwajah orang-orang yang menjalankannya, walau penatnya hanya tuhan yang tahu.

Dan sampai hari ini saya mengingati, dan menyayangi kata-kata 'Ya Allah, ajarkan kami erti ikhlas' yang terlahir secara tiba-tiba. Kata-kata itu sangat penring untuk saya, dalam mengjalankan kerja-kerja seharian, baik dakwah atau akademik. .. Subhanallah...Alhamdulullah.. segala puji bagi Allah yang Maha mengilhamkan...

Moral value yang dapat saya kutip -
1 - mungkin, hati kita tak sampai untuk ikhlas, atau menjiwai suatu amal, tapi paksaan kepada hati itu mungkin suatu titik tolak yang baik untuk memahami, mendalami dan ikhlas dalam beramal.
2 - mungkin kita tak faham tentang suatu perkara, tapi Allah Maha Mendidik. dan dari program tu saya mendapat pendidikan dari berbagai sudut.
3 - hidup ini tak selamanya akan senang. perlu menjiwai kesengsaran orang lain, agar kita ada 'overcome' kesusahan mendatang.

Wallahu'alam...

No comments: