Bismillah…
Alhamdulillahi rabbil ‘alamin…. Segala puji bagi Allah yang mentadbir seluruh alam… segala puji bagi Allah yang menghadiahkan Ramadhan ini lagi. Bulan yang penuh kemurahan. Kemurahan maghfirah Allah, kemurahan nikmat Allah, kemurahan kasih sayang Allah… sehingga hati-hati yang berada di dalamnya lebih asyik untuk mengumpul amal, lebih asyik untuk ke majlis ilmu, lebih asyik mengalunkan kalimah cinta ‘Surat Cinta dari Langit’, lebih asyik berlama-lama di tikar sejadah. Mungkin tidak mahu melepaskan peluang di MEGA SALE Ramadhan, dengan diskaun,bonus dan hadiah yang tidak ternilai banyaknya. Lebih mudah terkenangkan dosa-dosa yang lalu, yang tanpa sedar membekaskan titik hitam di hati, menyesal. Takut Allah marah.
Ramadhan telah lama menginjak ke fasa ke-dua. Bagaimana amal? Target dah dicapai berapa peratus? Semoga Ramadhan ini lebih baik dari yang sebelumnya.
Hidup ini satu permusafiran. Ibaratnya seperti satu golongan yang bermusafir selama sebelas bulan di padang pasir yang panas, kering kontang, gersang, dengan bekalan minuman dan makanan yang terhad. Maka mereka melalui perjalanan itu dengan kepayahan, demi mengharapkan untuk berjumpa dengan bekalan bagi perjalanan mereka. Di pertengahan jalan mereka bertemu dengan satu taman yang redup dan tenang, penuh kemurahan. Dipenuhi dengan kebun-kebun kurma, wadi. Penduduknya berasa tenang di dalamnya. Mereka berasa sangat gembira dan berpesta di dalamnya. Menyedari bahawa permusafiran itu bakal di diteruskan, maka mereka mengumpul sebanyak mungkin bekalan untuk perjalanan selama sebelas bulan yang mendatang. Berehat secukupnya, merawat luka-luka, membina ketahanan diri, membina motivasi kerana perjalanan yang bakal ditempuhi amat mencabar dan memerlukan kekuatan. Meninggalkannya tentu sekali membekaskan rindu yang amat mendalam. Rindu lagi untuk berada di taman itu. Itulah taman Ramadhan. Begitulah para sahabat mengandaikan kecintaan mereka terhadap Ramadhan.
Begitulah juga kita. sebelas bulan kita lalui kehidupan dengan penuh cabaran. Penat. Allah kurniakan satu bulan untuk kita berasa tenang di dalamnya, berehat, mengutip bekalan sebanyaknya. Mungkin ini juga masanya untuk duduk sekejap, memikirkan perancangan permusafiran hidup. Menyusun strategi dan membetulkan niat. Kerana kita bakal menempuh perjalan berikutnya. Sungguh rugi jika peluang ini tidak di ambil sebanyaknya.
bersambung...
7 comments:
Tetapi kita bukan ingin berehat pada bulan ini. Kita ingin bekerja giler-giler supaya momentum dapat diteruskan baki lagi 11 bulan yang lain.
sampai satu masa perlu untuk istirehat, duduk lebih rapat bersama Allah. momentum da'ei adalah pada hatinya. jadi, penting merawat hati.
kerja giler-giler memang betul. tapi harus benar pada keadaannya.
Er, maksud ana kerja giler-giler dalam konteks ibadah khusus...
maksud ana, istirehat dari rutin kepenatan yang biasa...
mungkin bagi mereka yang tak merasa penatnya, mungkin tak ada bezanya berehat atau tidak.
bagi sesetengah orang, kerehatan ini amat istimewa...
seistimewa Taman Ramadhan.
okay the conclusion is, "berehat" sebentar dari our common routines, luangkan banyak masa utk beribadah giler2 dalam ibadah khusus sbg bekal utk 11 bln selebihnya.
Ramadhan is a gift especially 4 the du'ats. Bulan meng"accelerate" momentum diri dan hati. (er betul ka panggunaan ayat fizik)
-ana yang bukan budak fizik- =)
i love this post..jazakillah ya ukhti.. x sia-sia mulut ni becok bercerita..
erm...nampaknya cik aisyah dah bagi conclusion untuk post ni.
so tak jadilah ana nak sambung + tak cukup masa.
thanks lah kat all of you..
to cik besi: jazakillah kak... :)
Post a Comment