Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Sunday, April 18, 2010

...how are you...


Jangan simpan sendiri
Aku sedia berkongsi
Janganlah kau menyendiri
Aku sedia menemani

Ukhuwwah itu tidak membuat aku betah begini
Membiarkan kau melalui sendiri
Kerana kasihku tiada bertepi
Buat dirimu yang amat kusayangi

Sungguh aku amat merindui
Tingkahmu menggamit memori
Gelak tawamu penawar hati
Bagaimana mungkin aku melupai

Ingin sekali aku berlari
Mendapatkan dirimu yang kucari
Janganlah kau begini lagi
Jangan kau merajuk membawa diri

Terasa ingin sekali aku berlari
Mencari dirimu kemana pergi
Kerana kasihku tiada bertepi
Buat dirimu yang amat kusayangi



because of you
I love


special dedication to: you

Monday, April 12, 2010

Lantera Timur

Ya Allah ya 'Aziz ya Rahman ya Rahim
Pengetahuanku pada kemurahanMu
Itulah yang memberhentikan aku
di pintuMU
Bagaimana aku akan kecewa?
Sedangkan Engkaulah harapanku
Bagaimana aku akan hina?
Sedang Kaulah tempat sandaran
Bagaimana aku akan miskin?
Padahal Engkaulah yang mencukupkan
Bagaimana aku akan mulia berbangga?
Sedang Engkau menempatkanku
dalam lemah dan hina

Hidupkanlah hati-hati ini
dengan makrifatMu
Matikanlah kami
sebagai pejuang agamaMu
Puaskanlah hati kami dengan aturanMu
berbanding aturan kami sendiri

Bantulah aku dalam menunaikan
tanggungjawabku
Ingatkanlah aku,
bahawa aku hanya seorang hamba
supaya tidak lupa
ya Allah....


Bidadari Dari Timur....

Thursday, April 1, 2010

...awak...

awak.. awak tahu tak..
kita terharu dengan perubahan awak... Kita bagai dah nampak realisasinya cita-cita kita... kita rasa sangat hebatnya Allah membimbing hati awak dan kawan-kawan kita yang lain. tapi kita nak minta maaf, kita bukan pendakwah hebat yang berhujah hebat. kita tak pilih untuk berhujah, bila bersama awak dan kawan-kawan. kita takut hati awak lekas menolak, melenting. takut ada salah dari kata-kata kita yang tak mantap, yang sesuai untuk awak. cukuplah apa yang terzahir dari perbuatan kita. kita pun tak mantap. tapi setiap apa yang kita buat, kita doa agar Allah beri hidayah pada awak dan kawan-kawan.

yang tak putus dari kita hanyalah doa.. agar kejayaan awak, kawan-kawan dan kita akan membuahkan iman dalam diri.. biarlah perubahan awak dan kawan-kawan bukan dari tangan kita, bukan dari hebatnya hujah kita, tapi kita rasa Allah bagi rasa puas pada kita. hampir empat tahun kita tunggu...tapi kita puas...

rasa terharu, bila tengok awak... rasa bersalah, kita rasa kita belum buat apa yang sepatutnya untuk awak dan kawan-kawan. kita selalu busy dengan kerja-kerja kita yang lain. ada juga yang tak dapat attend bila buat discussion. awak dan kawan-kawab sangat baik, selalu consider kesibukan kita. semoga mengalirlah pahala berkat atas usaha kita tu untuk awak dan kawan-kawan. Semoga awak dan kawan-kawan selalu diberi hidayah oleh Allah... dan sentiasa di jalan kebenaran. semoga kebersamaan kita di sini menjadi foundation untuk membentuk keperibadian awak menjadi lebih baik.

awak...harap tak keterlaluan, kita menyimpan harapan yang lebih tinggi. kita teringin nak tengok awak aktif sama macam pendakwah hebat yang lain. mungkin lebih hebat.

sayang awak sangat,
dirimu adalah permata Islam yang bersinar cemerlang,
sinarilah kegelapan jahiliah dengan cahayamu yang terang

dirimu adalah permata Islam yang hebat
doaku agar dirimu menjadi pendokong ummah sejagat


ntah, rasa nak tulis..... kerana awak.