Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Wednesday, June 29, 2011

Bersih dan Suci

Bismillah...

Lama sungguh tak membebel disini..... dekat dua bulan... alhamdulillah kesihatan sudah beransur baik... Harap bulan Ramadhan nanti boleh beribadah dengan riang gembira.

Apa isu current yer...
BERSIH 2.0

Rakyat Malaysia berpandangan berbeza mengenai isu ni. Tidak kurang juga ada yang tidak faham. Kefahaman berbeza bergantung kepada apa yang mereka yakini. Ada yang kepolotikan, hanya mengikut kata pimpinan jemaah, berfikir atas stand dan kefahaman sendiri dan ada yang tiada pendirian. tertarik dengan komen seorang saudara ni... haa siapa dia eh....?

Abdullah says:

1. Terdapat satu perkara yang telah disalah faham oleh kebanyakan dari kita. Kita hendaklah memahami bahawa BERSIH2.0 bukan menuntut untuk digulingkan kerajaan yang sedia ada, tetapi ia bertujuan untuk menuntut dari SPR dan juga kerajaan (secara tidak langsung) supaya mengadakan pilihanraya umum (PRU) dengan adil. Jika BN tetap menang, walaupun setelah diimplimentasi system yang adil lagi saksama, maka penuntut-penuntut BERSIH2.0 dari kalangan NGO-NGO akan tetap akur dan menerima keputusan PRU tersebut. Begitu juga jika berlakunya sebaliknya, iaitu PR menang PRU.

2. Adakah ada masalah jika yang mengetuai BERSIH2.0 bukan terdiri dari kalangan orang-orang Islam? Adakah Islam ini begitu teruk sehingga mengajar ummatnya untuk berpegang kepada nama Muslim berbanding nilai Muslim yang berada pada orang bukan Islam? Jika itulah isunya, maka mulakanlah pula gerakan BERSIH3.0, supaya ia dipimpin oleh orang-orang Islam dalam usaha menegakkan kebersihan dan keadilan PRU. Namun, pada pandangan saya, tidak menjadi isu orang-orang bukan Islam memimpin isu-isu asas kemanusiaan (keadilan dan ketelusan) selagi ia tidak melanggar syari’at. Bersetuju dan bekerjasama dengan orang-orang bukan Islam dalam satu perkara tidak menjadikan kita juga bersetuju dengannya dalam perkara-perkara lain. Bersetuju dengan mereka kepada tuntutan pilihanraya yang adil tidak menjadikan kita bersetuju dengan kemusyrikan mereka dalam urusan agama mereka. Seorang muslim yang benar adalah seseorang yang benar-benar berpegang kepada prinsip, tidak hanya berpegang kepada nama luaran semata-mata.

3. Ramai dari kita yang telah terperangkap dengan serangan pemikiran media utama. Media utama menggambarkan bahawa apa yang berlaku ialah demonstrasi jalanan, dengan definisi bahawa demonstrasi ialah satu perkumpulan haram secara beramai-ramai yang bertujuan menunjukkan perasaan dan meluahkan rasa tidak puas hati. Seiring dengan itu (definisi tersebut), berlakunya kekecohan dan huru-hara. Kita hendaklah jelas, bahawa apa yang ingin dianjurkan BERSIH2.0 bukanlah satu perhimpunan untuk meluahkan rasa tidak puas hati sehingga menimbulkan kekecohan dan huru-hara, tetapi ia adalah satu perhimpunan untuk menyatakan sokongan terhadap tuntutan-tuntutan BERSIH2.0.

4. Perhimpunan BERSIH2.0 bukanlah satu perhimpunan eksklusif hanya untuk orang-orang yang kuat beribadah. Tetapi ia merupakan satu perhimpunan yang terbuka, sesiapa sahaja yang ingin menyertainya, dia boleh menyertainya. Adakah orang-orang yang “kuat ibadah” (OYKI) nak menghalang orang-orang yang “lemah ibadah” dari menenyertai sebarang perhimpunan takut-takut dicemari dengan “dosa-dosa” mereka? Takut-takut perhimpunan tak berkat? Atau adakah OYKI ingin inklusif bersama-sama dengan orang lain dalam apa jua usaha menggerakkan kebaikan? Bersabar apabila bersama dengan mereka, dan menasihati mereka jika mampu? Jika tidak mampu, OYKI bergaul dengan mereka dengan akhlak yang baik?

5. Orang-orang yang telah ada padanya “mental block”, akan cuba dengan sedaya upaya memberikan seribu satu alasan untuk tidak menyertai perhimpunan BERSIH2.0. Bak kata pepatah melayu, “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”.

Sekian.


Apa stand kita?

No comments: