Bismillah....
Alhamdulillah...segala puji limpah kurnia buat Tuhan yang masih lagi menetapkan hayat ini dalam nikmat Islam dan iman.... Semoga hambaNya yang banyak diuji ini berjaya memperoleh taqwa nilainNya. Alhamdulillah....nikmat yang amat dicintai iaitu berjuang dijalan dakwah masih lagi menjadi agenda hidup. Semoga ianya tidak pernah padam, walau sekali sekala ianya hanya mendayu lewat agenda hidup yang berubah-ubah.
Yaa....memang sibuk sekali rupanya menjadi seorang isteri ini ya.... di tambah lagi kesibukannya bila mendapat seorang cahaya mata. Mungkin akan bertambah-tambah lagi bila ada dua, tiga......sepuluh cahaya mata. Belum ditambah lagi soal kerja, kerehatan, sakit serta urusan keluarga. Memang sungguh sibuknya manusia ini ya. Tidak hairanlah isu futur dari jalan dakwah menjadi kebimbangan samada di kalangan syuyukh mahupun syabab.
Seringkali syuyuk bercerita tentang futur ini... bimbang sekiranga syabab yang di jala sekian ramai ini, yang hebat-hebat ini akhirnya futur dari jalan ini. Maka diperingatkan dengan baitul muslim...agar di cari teman yang juga memperjuangkan jalan ini agar kedua-duanya dapat saling menguatkan.
Begitu juga dengan syabab. Mereka gembira mendapat tarbiyah dalam jemaah ini, riang berukhuwwah dan bermusyawwarah untuk membina empayar dakwah ini, begitu kuatnya mereka menjaga diri dari segala dosa serta bersungguh-sungguhnya mereka beramal. Mereja juga takut akan futur. Takut sekiranga Allah membolak-balikkan hati mereka setelah diberikan jalan kebenaran yang amat dicintai ini.
Topik yang erat bila dikaitkan dengan futur adalah 'baitul muslim'. Apa itu? Rumah tangga muslim. Yang mana ikhwah atau akhawat lebih digalakkan untuk berkahwin dengan ahli sesama jemaah. Bukan kata kalau tak kawen sama jemaah rumahtangga jadi tak muslim okeh.
Namun berdasarkan pengalaman zaman, tetap ada ikhwah akhawat yang akhirnya tenggelam walaupun telah berjaya berkahwin sesama mereka. Dan ada juga ikhwah dan akhawat yang tidak berkahwin sesama mereka mampu mengikhwahkan dan mengakhawatkan pasangan mereka malah menjadi lebih mantap. Alhamdulillah.. Kedua-dua situasi ada dugaan yang tersendiri.. Dan adalah lebih baik sekirannya ikhwah dan akhawat berkahwin dengan akhawat dan ikhwah seterusnya perkahwinan itu mampu memberikan mereka 'super power' dalam menambahkan ibadat dan menggerakkan amal dakwah dengan lebih mantap lagi.
Majoriti di setiap kawasan, akhawat adalah lebih ramai dari ikhwah. Isu ini turut menjadi faktor dalam pengurusan BM. Apatah lagi jika ikhwah selalu suka memilih bukan akhawat untuk menjadi pasangan hidup mereka atas sebab-sebab yang diciptakan oleh mereka sendiri. Apa sebabnya. Sebab 'akhawat garang' adalah menjadi sebab yang paling popular. Dan antara sebab-sebab lain adalah mungkin kecantikan dan sebagainya.
“Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” [Bukhari dan Muslim]
Antara empat sebab faktor pemilihan seseorang calon isteri iaitu, rupa, harta, keturunan dan agama, mungkin 'akhawat garang' jatuh pada faktor yang pertama iaitu rupa atau personaliti. Rupanya ikhwah ni tetap menjadikan faktor pertama tu amat penting meskipun faktor ke empat itulah yang lebih afdhal ya? okeh. Ikhwah pun manusia yang lelaki juga okeh.
Kenapa akhawat boleh kelihatan garang ya? Bila bercakap jer selalu nak tegas. Bila meeting jer siap boleh gaduh. Mungkin ikhwah tidak sedar bahawa akhawat itu adalah perempuan yang telah diacu dengan sistem tarbiyyah. Yang disuruh menjaga diri. Namun di sebalik tabir jilbab garang itu tetap ada keayuan mereka yang sebenar.
Akhawat yang acuannya agama, dia malu bila dirinya menjadi bualan lelaki, dia takut sekiranya dirinya menjadi sebab laghanya lelaki, dia suka dirinya ditutup agar dia boleh menjaga hati, dan lelaki boleh menjaga hati mereka. Kerana akhawat ini walaupun dia akhawat, hatinya juga boleh dimain-mainkan oleh syaitan. Dia mungkin lebih suka sekiranya dirinya tidak dikenali walaupun besarnya peranannya dirinya dalam pentas dakwah ini. Kerana dia sungguh pemalu. Namun untuk menutup rasa malunya itu, dia seringkali bersifat tegas dan kelihatan garang.
Dia tahu dirinya lembut. Dia tahu dirinya manja. Dia tahu suaranya lunak. Dia tahu perbuatannya lemah gemalai. Sesungguhnya semua itu anugerah Allah yang teristimewa. Yang teristimewa itu tidak mahu dia berikan kecuali pada seorang yang amat dia cinta, iaitu suaminya yang sah. Maka ikhwah, antum mungkin tidak akan jumpa jika dicari keistimewaan itu pada akhawat yang belum sah menjadi zaujahmu.
Duhai ikhwah, akhawat ramai lagi kottt..... bukan kata yang tak akhawat tu tak bagus. Tapi jika akhawat, adalah lebih baik.
Duhai akhawat, banyakkan berdoa, semoga dipertemukan jodoh yang terbaik. Tak semestinya ikhwah adalah calon paling baik dalam semua perkara, tapi memilih yang beragama dan sama-sama bergerak dalam medan adalah lebih baik.
Teringat di suatu ketika dahulu.... Murabbi ada mengesyorkan untuk melamar ikhwah. Owh...... tidakkk.....saya malu okeh. Saya rasa saya tak layak nak melamar ikhwah ni. Siapalah saya ni....tak power pun...Tak setanding Saidatina Khadijah. Maka saya pun faham.... Mostly akhawat ada perasaan macam saya. Malulah nak propose ikhwah kotttt... Maka ikhwah kenalah faham keadaan ini.
Sangat-sangat respect pada akhawat yang berani mempropose ikhwah. Sesungguhnya itu lebih mulia, menawarkan diri untuk seseorang yang baik agamanya.
Apa-apa pun jika fokus seorang da'i itu adalah benar-benar untuk menggerakkan dakwah ini. Hatinya akan sangat dekat dengan Allah. Allah-lah pemilih untuk dirinya. Tak ada masa dia nak pilih yang cantik atau lembut atau kacak atau caring. Yang penting dia menjadi da'i yang terbaik, maka urusan seterusnya akan datang kemudian. Macam mana tu? Cer buat dulu baru tahu.
Ya...ya...ya... bercerita soal ini....sedar atau tidak diri juga bakal diuji. Semoga amanah baru yang kian bertambah ini lebih menguatkan lagi kaki melangkah di medan dakwah ini
p/s - lately dok busy study parenting. itu dan ini...bagai-bagai...