astaghfirullahal 'azhimm.....
Baru saja menonton video "seorang ibu mendera anak"yang dishare oleh seorang teman di fb. Walaupun tangan terketar-ketar nak tekan keyboard, hati berdebar-debar, muka rasa panas, terfikir-fikir nak tengok atau tidak. Akhirnya tengok juga. Semoga ia satu iktibar buat hati.
Seriusnya....perasaan ini menangis. Amat pilu bila melihat sikecil comel itu dipukul-pukul oleh ibunya yang mungkin dalam keadaan marah amat pada sicomel itu. Ataukah dia sedang meroyan? Mungkinkah itu ibu sikecil itu sehingga dia sanggupn buat begitu. Tiba-tiba rasa nak marah pula pada orang yang merakamkan video tersebut. Kenapa bukan dia yang menyelamatkan anak kecil tersebut???
Rasa ingin pergi kepadanya dan mengatakan, "anak kecil ini tidak pernah bersalah walau apapun yang dia lakukan."
Bagaimana perasaan keibuannya boleh merelekan perbuatannya?
Kelihatan anak kecil yang telah dipukul bertalu-talu itu tetap merangkak datang kepada ibunya, bagaikan ingin memohon maaf dan merayu agar tidak dipukul lagi. Namun kepalanya yang cuba diangkat itu di pukul berkali-kali dangan bantal. Tapi digagahkan juga untuk bangun dan pergi kepada ibunya, ditolak dan dipukul lagi.
semoga Allah sentiasa memelihara kita daripada akhlak yang tercela
Murninya hati anak kecil itu. Tidak punya dendam. Walaubagaimanapun dia diperlakukan, tetap dia datang kepada insan yang melahirkannya. Mengharap belas kasih untuk dia hidup di bumi Tuhan ini. Sedang jika Allah mahu, boleh saja anak itu membesar tanpa belas kasih ibunya atau sesiapa. Dia adalah asbab mereka mendapat pahala Allah.
Murninya fitrah anak kecil itu. Sesungguhnya hamba Allah itu fitrahnya bersih dan murni.Namun bilamana dia tidak menjaga dan memilhara fitrahnya, maka jadilah dia seperti binatang bahkan lebih teruk lagi.