Baru-baru kita digemparkan dengan video penderaan
kanak-kanak di taska. Dan semestinya saya tak akan tengok sebab tak akan
sanggup nak tengok. Tapi saya baru sahaja membaca artikel blog seseorang
tentang kronologi penderaan anaknya di taska. Sedihnya.
Teringat, sejak Hamnah di taska apartment ni dia banyak kali
tak mahu pergi taska, dan lately sentiasa tak mahu pergi dan asyi cakap, “bye
bye taska”. Dan pagi tadi memang dia menangis kuat bila kami hantarkan dia ke
taska. Sedih hati. Tapi memang terpaksa hantar untuk selesaikan kerja yang ada.
Memang terfikir di benak fikiran, ‘kenapa Hamnah tak suka ke taska?’ ‘ada
perkara yang dia fobia ke?’. Tapi cuba buang andaian tu, sebab tak boleh nak
jaga Hamnah sambil buat kerja buat masa ni.
Kesian anak-anak. Macam-macam orang buat pada hamba Allah
yang mulia ni. Mereka masih tidak punya akal yang panjang untuk mempertahankan
diri. Mungkin mereka dihukum dengan cara yang salah bila melakukan kesalahan,
maka mereka membalas dengan amukkan dan kembali mendapat ‘habuan’ dari amukkan
mereka.
Persoalannya…
Jika tidak ada rasa kasih sayang, belas, perihatin,
perikemanusiaan dalam diri, kenapa nak buka taska/nursery? Layakkah anda? Layak ke?
- anda langsung tidak layak!!!
Malang sekali bagi mereka yang membuka pusat jagaan kerana
hanya mahukan keuntungan semata. Tanpa terkandung didalamnya sifat dan sikap
yang penyayang terhadap bakal Pembina generasi dan tamadun ini.
Apabila menguruskan anak-anak di bawah umur enam tahun, kita
perlu sedar dengan ‘aqal yang waras:
- Kanak-kanak belum berakal waras, tapi kita sudah waras. Maka siapa yang patut bertindak waras?
- Kanak-kanak tersebut belum mumayiz, belum sempurna kematangannya ‘aqalnya
- Masih tidak jelas yang mana baik dan buruk, mereka akan buat semua yang mereka nak.
- Masih tidak tahu memilih, bagi mereka semuanya perlu dicuba
- Menangis atau mengamuk bila tidak dapat apa yang mereka mahu kerana itulah cara ekspresi bagi mereka. Kita perlu ajar cara yang betul, bukan tahu marah saja sambil kata, “jangan tahu nak mengamuk jer.”
Caranya adalah sedar keadaan kanak-kanak, maka simpati pasti
akan timbul. Contohnya:
Seorang anak pegang gelas plastic berisi air. Sambil minum
tu nak juga main dan lihat apa yang orang lain buat, maka gelas tu tersenget
mengikut gerak tubuhnya. Tanpa dia mahu/sengaja/sedari maka air dari gelas
tumpah.
Dalam hati mungkin kita mungkin aka nada rasa marah sebab dia dah
basahkan lantai/karpet. Tapi bila kita mampu berfikir secara logic dan rasional
maka perasaan yang utama timbul adalah kasihan. “Kesiannya pada kakak Hamnah
sebab kecik lagi, belum boleh fikir untuk pegang gelas dengan betul, sampai
tumpah air.” Jadi kita yang dah waras ni tunjukkan cara yang betul.
Kanak-kanak suka dengar explanation yang menarik. Kenapa tak
boleh buat macam tu, kenapa jadi macam tu, macam mana nak buat kerana minda
mereka penuh dengan curiosity. Penerangan membuatkan mereka suka berfikir dan
boleh terima secara rasional. Dan sepatutnya kita boleh buat mereka begitu
berbanding buat arahan yang mereka terpaksa ikut sebab takut.
Teringat kepada seorang guru mengaji saya, beliau memang sangat
penyayang pada kanak-kanak. Pada suatu hari saya dan zauj pergi menziarahi
beliau yang telah uzur dan bawa Hamnah yang masa tu umur lebih kurang 5 bulan. Dia
pesan, “jaga anak baik-baik yer ………..” Dalam hati saya, Hamnah anak saya off
cause saya akan jaga dengan baik. Saya pasti pesanan beliau itu ada maksudnya. Dan ternyata memang mencabar untuk membesarkan dan melayan
anak sehari-hari. Hati seorang ayah dan ibu boleh tercabar, bagaimana pula
orang lain yang menjaga anak kita.
Sayangilah kanak-kanak kerena mereka bakal membentuk generasi akan datang
Ingin mencuba semua perkara yang menarik bagi mereka. Nak pakai pakaian abi, walaupun tak sesuai untuknya
Termasuklah berkeinginan menjaga adik, sebab nak buat perkara yang sama macam ummi
Masa mereka kanak-kanak adalah momen yang tak mungkin akan berulang. Manfaatkanlah masa ini bersama mereka sebaiknya. Jadikan momen kanak-kanak mereka suatu yang indah, kerana ianya bakal membentuk nilai diri kanak-kanak tersebut.