Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Wednesday, November 6, 2013

Tersentuh Hati (2)

Baru-baru kita digemparkan dengan video penderaan kanak-kanak di taska. Dan semestinya saya tak akan tengok sebab tak akan sanggup nak tengok. Tapi saya baru sahaja membaca artikel blog seseorang tentang kronologi penderaan anaknya di taska. Sedihnya.

Teringat, sejak Hamnah di taska apartment ni dia banyak kali tak mahu pergi taska, dan lately sentiasa tak mahu pergi dan asyi cakap, “bye bye taska”. Dan pagi tadi memang dia menangis kuat bila kami hantarkan dia ke taska. Sedih hati. Tapi memang terpaksa hantar untuk selesaikan kerja yang ada. Memang terfikir di benak fikiran, ‘kenapa Hamnah tak suka ke taska?’ ‘ada perkara yang dia fobia ke?’. Tapi cuba buang andaian tu, sebab tak boleh nak jaga Hamnah sambil buat kerja buat masa ni.  

Kesian anak-anak. Macam-macam orang buat pada hamba Allah yang mulia ni. Mereka masih tidak punya akal yang panjang untuk mempertahankan diri. Mungkin mereka dihukum dengan cara yang salah bila melakukan kesalahan, maka mereka membalas dengan amukkan dan kembali mendapat ‘habuan’ dari amukkan mereka.

Persoalannya…

Jika tidak ada rasa kasih sayang, belas, perihatin, perikemanusiaan dalam diri, kenapa nak buka taska/nursery? Layakkah anda?  Layak ke?  - anda langsung tidak layak!!!

Malang sekali bagi mereka yang membuka pusat jagaan kerana hanya mahukan keuntungan semata. Tanpa terkandung didalamnya sifat dan sikap yang penyayang terhadap bakal Pembina generasi dan tamadun ini.

Apabila menguruskan anak-anak di bawah umur enam tahun, kita perlu sedar dengan ‘aqal yang waras:

  • Kanak-kanak belum berakal waras, tapi kita sudah waras. Maka siapa yang patut bertindak waras?
  • Kanak-kanak tersebut belum mumayiz, belum sempurna kematangannya ‘aqalnya
  • Masih tidak jelas yang mana baik dan buruk, mereka akan buat semua yang mereka nak.
  • Masih tidak tahu memilih, bagi mereka semuanya perlu dicuba
  • Menangis atau mengamuk bila tidak dapat apa yang mereka mahu kerana itulah cara ekspresi bagi mereka. Kita perlu ajar cara yang betul, bukan tahu marah saja sambil kata, “jangan tahu nak mengamuk jer.”

Caranya adalah sedar keadaan kanak-kanak, maka simpati pasti akan timbul. Contohnya:

Seorang anak pegang gelas plastic berisi air. Sambil minum tu nak juga main dan lihat apa yang orang lain buat, maka gelas tu tersenget mengikut gerak tubuhnya. Tanpa dia mahu/sengaja/sedari maka air dari gelas tumpah.

Dalam hati mungkin kita mungkin aka nada rasa marah sebab dia dah basahkan lantai/karpet. Tapi bila kita mampu berfikir secara logic dan rasional maka perasaan yang utama timbul adalah kasihan. “Kesiannya pada kakak Hamnah sebab kecik lagi, belum boleh fikir untuk pegang gelas dengan betul, sampai tumpah air.” Jadi kita yang dah waras ni tunjukkan cara yang betul.

Kanak-kanak suka dengar explanation yang menarik. Kenapa tak boleh buat macam tu, kenapa jadi macam tu, macam mana nak buat kerana minda mereka penuh dengan curiosity. Penerangan membuatkan mereka suka berfikir dan boleh terima secara rasional. Dan sepatutnya kita boleh buat mereka begitu berbanding buat arahan yang mereka terpaksa ikut sebab takut.

Teringat kepada seorang guru mengaji saya, beliau memang sangat penyayang pada kanak-kanak. Pada suatu hari saya dan zauj pergi menziarahi beliau yang telah uzur dan bawa Hamnah yang masa tu umur lebih kurang 5 bulan. Dia pesan, “jaga anak baik-baik yer ………..” Dalam hati saya, Hamnah anak saya off cause saya akan jaga dengan baik. Saya pasti pesanan beliau itu ada maksudnya. Dan ternyata memang mencabar untuk membesarkan dan melayan anak sehari-hari. Hati seorang ayah dan ibu boleh tercabar, bagaimana pula orang lain yang menjaga anak kita.  

Sayangilah kanak-kanak kerena mereka bakal membentuk generasi akan datang

Ingin mencuba semua perkara yang menarik bagi mereka. Nak pakai pakaian abi, walaupun tak sesuai untuknya

Termasuklah berkeinginan menjaga adik, sebab nak buat perkara yang sama macam ummi


Masa mereka kanak-kanak adalah momen yang tak mungkin akan berulang. Manfaatkanlah masa ini bersama mereka sebaiknya. Jadikan momen kanak-kanak mereka suatu yang indah, kerana ianya bakal membentuk nilai diri kanak-kanak tersebut.






1 comment:

learn quran online said...

Very nice post,, i really like it