"Hamnah nak balik tampom" - itu bahasa pelat Hamnah yang baru berusia 2 tahun 4 bulan.
Alhamdulillah diberi peluang oleh Allah untuk pulang ke kampung di kuala krai Kelantan. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi di negeri sendiri. Sejauh mana kaki merantau, hati tetap terpaut di tanah kelahiran. Walau sudah berkahwin, sudah beranak pinak. Back to the place of origin seakan merenew motivasi diri. Jelas sekali, Alhamdulillah dibukakan hati oleh Allah untuk melihat alam dan kehidupan serta bermuhasabah diri.
Tidak ada aktiviti khusus yang dirancang melainkan memang
untuk balik dan berada dirumah, Selain merancang untuk read and write the
thesis. Yang jelasnya seharian masa banyak dihabiskan untuk mensetelkan urusan
anak-anak berdua.
Petang rabu, hari kelima kami di kampung, kami tiga beranak
berserta pak usunya pergi ke sungai. Dalam musim panas begini air pun tak dalam
dan terbentuk betingan pasir yang luas hingga boleh dibuat gelanggang bola.
Ingatan terimbau saat kecil dahulu, dimana tempat bermain, terjun dari pokok
kedalam sungai. Bila mandi di tengahari penas terik disinar mentari, bila
petang terketar2. Air sungai yang asalnya dari bukit sangat dingin.
Pulang kekampung begini begitu mendamaikan bila dapat
berinteraksi dengan alam yang semula jadi. Lari dari hiruk pikuk kota. Cuma
satu….jika abinya tak ada untuk sama-sama menguruskan anak-anak, rasa mengah
sehari-hari. Cuti yang tak berapa nak cutilah jadinya. Sangat hebat seorang ibu
yang banyak mengurusakan anak-anaknya seorang diri.
Nawar aqilah yang tidak ‘takut air’. Anything should be put
in the mouth to taste it. Sand is included.
The very excited kakak. Dah tinggalkan adik di belakang,
jadi tidak sempatlah ambil gambar mereka bersama. Rasanya ni first time kakak
Hamnah mandi sungi, selalunya mandi kolam.
Kawan-kawan yang lain pun ada juga. Yang lelaki tu namanya
Amir Mursyid
betingan pasir yang luas terbentuk hasil dari air yang sudah mengering dijadikan gelanggang bola sepak. Di sebelah kiri gambar juga ada kebun tembikai yang baru ditanam. Best.
Bila dah nak balik ada lagi family yang datang. Kakak pulak
taknak balik bila jumpa kawan baru. Tapi terpaksa force kakak untuk balik sebab
adik dah sejuk. Ummi cakap dengan kakak dalam Bahasa melayu standard, tiba2 mak
budak tu tanya,
“duduk mmana?”
“dok KL,”
Ummi said.
“kita pun dok KL jugok,” she said.
As I though, dia mesti menyampah
dengar kita speaking standard malay bila berada di Kelate, or dengan org
kelate. Habis tu, takkanlah kalau kita biasa cakap dengan anak kita English
tetiba switch cakap malay bila dengan orang lain. Peninglah budak tu tak faham
kan????? Gitulah jugek kalau antara malay standard dengan Bahasa negeri.
Gitulah….. biasanya orang kelate paling tak boleh la kalau balik kelate nak
cakap luar.. Nanti dikatanya koya kea pa…haha…
sebab itulah cina india di kelate ni kecek kelate cair lole…. Takdok
pung pelat cina india tu.
By the way…. As information –bahasa komunikasi dengan anak
Orang dewasa tidak sepatutnya menggunakan basa campuran bila
bercakap dengan kanak-kanak. Kerana
mereka akan confuse dangan Bahasa. Contohnya:
“Hamnah, tolong ambilkan ball”
“jom kita jump”
Biasanya Bahasa lain atau English digunakan untuk objek atau
tempat , ball, book, toilet, kitchen…etc.
Sebaiknya orang dewasa menggunakan satu Bahasa sahaja pada
satu-satu masa bagi mengelakkan kekeliruan Bahasa pada kanak-kanak. Jika ingin
menggunakan Bahasa asing, biasanya inggeris, gunakanlah ayat yang lengkap. Yang
mana kanak-kanak tersebut sedar Bahasa yang sedang digunakan adalah
berbeza. Contohnya :
“Hamnah, please peak up the ball”
“Let’s jump”
“don’t you want to eat with me? Let’s eat together.”
Percampuran Bahasa akan menyebabkan kanak-kanak lebih lambat
untuk menguasai satu-satu Bahasa. Pendedahan kepada Bahasa kedua boleh dilkukan
dengan pembacaan buku cerita. Sebaik-baik pendedahan awal adalah pendedahan
kepada bacaan al-quran. J
No comments:
Post a Comment