Bismillah..
Zaman sekarang ni dalam skop Malaysia ramai para isteri yang terpaksa bekerja untuk membantu suami menampung pendapatan keluarga. Apatah lagi jika tinggal dibandar, gaji suami sahaja secara puratanya tidak cukup untuk menampung keperluan keluarga. Definisi cukup atau tidak ini juga bergantung kepada cara sesebuah keluarga itu berbelanja. Contohnya keluarga yang sudah biasa berbelanja dengan barangan murah, akan ada bil perbelanjaan yang jauh lebih murah dari keluarga yang biasa berbelanja dengan barangan mahal. Yang pasti kedua-dua jenis keluarga tersebut mampu hidup juga di atas muka bumi Allah yang luas dan kaya ini. Walau beza gajinya berpuluh ribu, yang gaji 10 ribu tidak akan mampu makan nasi 10 pinggan lebih dari yang gaji seribu. Namun harga nasi tersebut mungkin 10 kali lebih mahal dari mereka yang gaji seribu. Hakikatnya kedua-dua mereka hanya mampu makan nasi sepinggan. Begitulah bagaimana manusia menempatkan duit-duit mereka. Hakikatnya lagi, wang didunia tetap akan habis walau sebanyak manapun ia, samada kita menyumbang atau kedekut. Maka hidup manusia ini sebenarnya sama saja kaya atau miskin. Yang akan membezakan hanyalah amalan manusia itu. Jika miskin tapi hati sentiasa redha maka hati akan sentiasa tenang. Jika kaya, suka pula bersedekah, maka banyaklah saham akhiratnya. Itulah dia...
Hakikatnya, manusia ini akan sentiasa akan berusaha dan memang terpaksa berusaha pun untuk hidup.
Di zaman ini juga ramai wanita yang educated. Dengan kelulusan yang mereka ada itu, digunakan untuk membantu suami mencari rezeki. Suami sepatutnya berterima kasih kepada keluarga isteri dan isteri kerana mereka tidak perlu menyediakan para isteri untuk bekerja. Tetapi wanita itu sendiri telah competent dari segi ilmunya.
Secara fitrahnya, wanita akan lebih mudah stress sekiranya ada keadaan kerja yang membuatkan mereka stress. Mungkin kerana bukan fitrah asal mereka dijadikan untuk bekerja. Kebolehan mereka bekerja adalah menjadi satu bonus bagi mereka dan keluarga. Justeru mereka haruslah dihargai.
Kebiasaan wanita bekerja pada masa sekarang juga kadang-kala menyebabkan masyarakat berpandangan wanita memang perlu berkerja. Termasuklah lelaki atau golongan suami yang berpandangan demikian. "Seorang isteri perlu berkerja" Kerana telah menjadi kebiasaan umum begitu. Padahal keperluan utama seorang isteri itu adalah untuk menguruskan hal rumah tangga, dan yang lebih penting adalah menjaga dan mendidik anak-anak. Cuba anda selami hati mereka, betapa beratnya hati mereka meninggalkan anak di taska, nurseri atau rumah pengasuh dalam keadaan anak tidak sihat, tapi diri sendiri terpaksa pergi kerja.
Justeru kerana golongan isteri telah membantu anda golongan suami, maka hargailah susah payah mereka.
Kebiasaannya lagi, isteri jugalah yang akan menyelesaikan hal rumah tangga. Balik kerja terus masak, kemaskan rumah dan uruskan anak. Phewww... memang mantap. Tanya pada diri anda wahai lelaki, mampukah anda lakukan sepertimana isteri anda buat?? Lebih berat lagi, jika mereka sama-sama berpandangan 'kerja rumah dan uruskan anak memang isteri yang kena buat'.
Begitulah hakikatnya hidup seorang isteri. Kudrat mereka lebih banyak digunakan berbanding kudrat suami. Mereka lebih penat, lebih mudah sakit badan dan lebih stress. Sedih lagi jika penat dan sakit itu terpaksa mereka tangani sendiri. Dengan alasan suami sibuk, suami tak pandai bab-bab sakit wanita ni.
Kata saya, jika anda ada fitrah untuk berkahwin, dan ingin berkahwin, anda lelaki harus belajar dan tahu semua perkara tentang wanita yang jadi isteri anda. Paling tidak anda harus ada concern tentang isteri. Jika tidak, anda belum layak untuk memimpin rumah tangga.
Anda isteri, seharusnya tahu dimana batasan-batasnya dalam menolong suami (concern utama anda), serta hak-hak anda sebagai isteri dan orang yang dipimpin.
Apa isunya????
Di zaman isteri terpaksa berkerja ini juga banyak berlaku pergolakan rumah tangga dan perceraian atas berbagai sebab. Jika dihayati, pasti ada hal basic dalam rumah tangga yang tidak diperbetulkan. Apa gunanya kita bekerja sampai penat hingga lewat petang, tapi tidak punya masa untuk bersembang bersama keluarga, malah anak-anak dimarah-marah kerana meminta bermacam-macam. Apa tujuannya kita bekerja sampai stress, lantas menyebabkan pergaduhan antara suami isteri. Apatah lagi jika pulang kerumah dan bermacam house work yang menanti. Stress dengan hidup telah banyak mencipta kepincaangan dalam rumah tangga. Padahal berkerja bukanlah matlamat utama kehidupan.
Terdapat punca lain juga yang menyebabkan kepincangan rumah tangga. Tidak berniat untuk disentuh di sini.
Justeru, kerana isteri telah mengorbankan kudrat mereka untuk membantu anda wahai para suami, maka anda juga harus mengambil bahagian mereka dalam menyetelkan hal rumah yang hakikat asalnya bukan kerja mereka pun. Janganlah anda hancur rosakkan hati mereka dengan pancara laser dari mulut anda.
Antara rutin yang anda boleh lakukan, insyaAllah
Antara rutin yang anda boleh lakukan, insyaAllah
- Uruskan anak-anak. Mandikan mereka selepas ambil dari taska atau sekolah di petang hari
- Bermain dengan anak-anak. Biarlah mereka rasa sebenarnya mereka ada bapa yang menjaga dan mendidik mereka
- Bantu isteri anda mengemas rumah. Paling tidak anda boleh apply teknik "pickup things" yang mana kutip mana-mana barang yang tidak berada ditempat yang sepatutnya. Contohnya cawan diatas lantai bawalah ke sinki. Toys anak yang bertaburan masukkan kedalam bekasnya dan banyaklah lagi. Tidak perlu menunggu masa tertentu untuk mengemas rumah menjadi perfect, nescaya anda akan susah menemuinya.
- Sekali-sekala tawarkan diri untuk memasak jika anda mampu.
- Jika anda tidak pandai langsung memasak, cucilah pinggan dan alatan selepas selesai makan.
- Ambillah baju kotor yang sudah sedia dalam bakul kotor dan tuangkan dalam mesin basuh. Anda hanya tekan-tekan je punat mesin basuh tu.
- Bergilirlah bangun ditengah malam untuk buatkan susu anak. Isteri anda juga memerlukan rehat dan badan yang segar untuk berkerja keesokan hari.
- Anda tidak perlulah memberikan alasan ringkas, "anak taknak dengan saya" untuk berlepas diri dari meguruskan anak kerana itu hanya menampakkan kekurangan anda dalam mendidik anak. Nampak sangatlah anda tu tak friendly dengan anak.
- Anak-anak ni macam kain putih kan... mereka akan ikut je corak didikan anda. Jika anda selalu menguruskan mereka, maka terbentuklah kasih sayang mereka terhadap anda. Mereka akan rasa lebih terbuka dan selesa untuk berkomunikasi dengan anda tanpa rasa takut
Jika banyak perkara yang anda boleh setelkan dalam rumah, anda telah memberikan ruang untuk isteri anda berehat dan melayani anak-anak. Anda patut sedar bahawa anak-anak akan merindui ibu mereka dan nak bermain bersama. Anda juga akan lebih tenang dengan keadaan rumah yang lebih kemas dan melihat isteri anda tenang dan lembut tanpa stress. Dan pastinya isteri akan bersikap lebih baik terhadap anda.
Isteri yang tenang muncul dari sikap anda juga sebenarnya ye para suami. Hargailah bantuan mereka terhadap anda dengan anda membantu mereka pula. Pendek kata, kerja sama-sama, maka house work juga buat sama. Hatta mereka suri rumah sepenuh masa sekalipun, anda tetap perlu membantu menguruskan rumah.
Anda suami, tidak akan mampu menggantikan ketekunan mereka menjaga anak walau dengan siapa pun. Berjaga diwaktu malam menjaga anak yang tidak sihat sedang anda lena tidurnya sehingga tidak dengar anak menangis di depan telinga. Anda tidak akan mampu menggantikan mereka dengan sesiapa di dunia ini yang sentiasa fikir untuk membesarkan anak dengan cara yang paling baik.
Hargailah isteri anda
sesekali pergi bersiar bersama keluarga, biarpun tempatnya hanya taman. Bermainlah dengan anak kecil, saat ini tidak akan mampu diulang lagi. |
No comments:
Post a Comment