Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Thursday, October 16, 2014

Melatih Fine Motor Skills dan Mengenal Warna

Assalamu'alaykum

Sesungguhnya program seharian amat mengekang waktu untuk melayani anak-anak beraktiviti. Paling koman, bawak anak pergi taman dan biarkan mereka bermain sambil kita sendiri membelek smartphone. Itulah masa untuk kita bermeeting kecil dengan sahabat seperjuangan di whatsapp, atau menghabiskan bacaan al-quran atau menelusuri imformasi di internet yang berbagai dan tentunya tak pernah habis dan selalu akan menarik minat kita. Tapi jangan lupa!!! Anak-anak juga perlukan perhatian kita.

Dalam seminggu mungkin hanya ada dua atau tiga malam yang betul-betul tiada apa-apa program. 2, 3 malam ini jugalah yang akan digunakan untuk shopping barang rumah samada ke pasar malam atau ke pasar raya. Beli stok untuk seminggu dua. Malam-malam yang lainnya, ada liqa' usari untuk diri sendiri, liqa' halaqah untuk anak-anak usrah, program DnT daerah, weekendnya program untuk masyarakat atau DnT tambahan untuk diri sendiri atau anak usrah. Tidak kata tiada masa, tapi realitinya memang begitu. 

Itulah sedikit sebanyak pengorbanan masa yang berjaya di aturkan. kata Pak Hassan al-Banna dalam rukun ke-5 risalah ta'lim: 

“Mengorbankan jiwa, harta, masa, kehidupan dan semua perkara untuk mencapai matlamat”. Ya, inilah pengorbanan yang dituntut dari akh muslim. Inilah pengorbanan yang diseru oleh Allah dan dididik para sahabat oleh Rasulullah saw.

       Allah berfirman:
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, jiwa-jiwa mereka dan harta-harta mereka dengan membayarnya dengan syurga. Mereka berperang pada jalan Allah lalu membunuh dan dibunuh. Itulah janji yang sebenar yang disebut di dalam kitab Taurat, Injil dan Al-Quran. Sesiapa yang menunaikan janjinya dengan Allah, maka bergembiralah dengan janji yang kamu meterikan itu. Yang demikian adalah kemenangan yang besar.” (Surah At-Taubah: 111)
Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipatganda yang banyak.” (Surah Al-Baqarah: 245)
Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah, dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambanya“. (Surah Al-Baqarah: 207)
MasyaAllah, ayat-ayat Allah itu amat memotivasikan.

Ya, hidup kita memang busy. Penyusunan masa yang efektif sangatlah perlu agar anak-anak, mutarabbi kecil yang sedang membesar ini mendapat cukup kasih sayang dan perhatian yang penting untuk proses tumbesaran yang positif. Anak-anak tu kalau tak tengok pun insyaAllah dia akan besar juga kan....tapi tumbesaran yang bagaimana??

Berhalaqah bersama mutarabbi di kediaman kami. Lihatlah mutarabbi kecil berbaju biru melingkar ditengah halaqah tu. Mungkin dia yang paling banyak serap ilmu. 


Salah seorang mutarabbi memberikan penyampaian. Mutarabbi juga umpama anak yang perlu di serlahkan potensi mereka. Mutarabbi pewaris dakwah ar-Rasul. Dan anak juga adalah mutarabbi kita. 

Semalam ada ruang masa yang kosong di waktu malam. Sebenarnya rasa agak rare begitu. Macam terfikir, "eh, malam ni takder apa-apa???" Rasa nak cek beribu kali kelendar tu. hahaha.... Sejenak terfikir, inilah masa untuk anak-anak pula. Maksudnya secara khususnya adalah untuk mereka sahaja dan semata-mata. Yang lain masa tu bukanlah tak kisahkan mereka, tapi hanya dikesempatan waktu yang sedikit. Ayuh ayah ibu, kita luangkan masa bersama anak-anak.

Dikesempatan semalam kami buat aktiviti menyusun getah rambut berwarna warni di batang kayu yang dipacakkan di penapis sayur. aktiviti ini adalah untuk melatih kemahiran motor halus dan mengenal serta membezakan warna.

Alat:

Penapis sayur
Getah rambut kecil yang berbagai warna
Batang kayu-chopstik,lidi atau batang plastik pun boleh la..

Caranya:

Pacakkan batang kayu pada penapis sayur mengikut bilangan warna getah rambut. Dan pandu anak-anak untuk memasukkan getah rambut ke batang kayu mengikut warnanya. Buat sekali dan insyaAllah dia boleh buat sendiri untuk yang seterusnya, bagi peringkat umur dua setengah ke atas. Kakak Hamnah yang berumur 2 tahun 10 bulan dah boleh differentiate warna dan memasukkan gelung getah rambut dengan baik. Kakak Hamnah juga nampak sudah fokus untuk buat aktiviti ini sampai siap.
Khusyuk memasukkan getah rambut mengikut warna ke batang kayu

Nawar nak masukkan aja. "Betul ke masuk kat situ Nawar?"

Untuk anakanda Nawar yang berumur 1 tahun 4 bulan, masih belum boleh differentiate warna dan belum boleh memasukkan gelung getah rambut dengan sempurna (getah rambut yang saya gunakan bersaiz kecil. Muat-muat batang kayu tu aja). Umi kena cakap satu-satu pada Nawar, "Nawar, ini warna merah. Warna merah masukkan kat sini." dan tolong Nawar untuk masukkan gelung getang rambut tu. Begitulah untuk warna seterusnya. Nawar juga masih belum dapat fokus dalam masa yang lama sehingga siap semua getah rambut dimasukkan. Jadi umi alihkan pula perhatian dia untuk baca buku mengenal haiwan dan buat bunyi sementara kakak Hamnah menyiapkan aktivitinya. Secara semulajadinya anak-anak umi ni memang suka baca buku. Mungkin kerana rutin umi sendiri masih  bergelumang dengan research dari mereka dalam kandungan. Dan buku-buku haruslah acap kali dibuka bila nak prepare untuk usrah dan bila menghadiri usrah.




Hampir siap

Alhamdulillah siap....

Buat sekali lagi

Nawar baca buku pula. Menumpukan masa melebihi sepuluh hingga lima belas minit untuk aktiviti yang sama masih belum mungkin untuk Nawar

Beralih tempat membaca pula. Kakak memasukkan sendiri batang kayu ke penapis sayur.

Alhamdulillah...umi lega dapat luangkan masa beraktiviti bersama anak-anak. 

Tumbesaran Anak - Anak dan Teknologi

assalamu'alaykum

Ibu bapa moden yang perlu bekerja di bandar biasanya kurang masa untuk dimanfaatkan bersama anak-anak atau ah;i keluarga. Realitinya jelas begitu, bila terpaksa keluar rumah seawal mungkin, menempuh jem diperjalanan, menguruskan perihal rumah dan sebagainya. Akhirnya masa habis dikitarkan untuk urusan rutin begitu.

Bagi ibu bapa yang menceburkan diri dalam NGO atau badan-badan lain yang memerlukan mereka memperuntukkan lebih masa untuk urusan itu. Sebagai contohnya bagi kami yang terlibat dengan aktiviti tarbiah dan dakwah sepanjang minggu mempunyai susunan masa yang padat. Sudah tersusun dikalendar aktiviti dan program yang akan berlangsung sepanjang minggu, bulan, malahan tahun. Pastinya kebanyakan waktu malam dan hujung minggu terisi dengan sesuatu agenda. Jadi penyusunan masa yang berkualiti bersama keluarga amatlah perlu.

Anak-anak yang sedang membesar untuk mengenali kehidupan ini perlu diberi perhatian. Ramai ibu-bapa muda juga sudah menyadari kepentingan pembelajaran terhadap anak-anak bermula dari umur bayi. Dan ibu-bapalah yang mencorak kehidupan anak-anak itu.

Sepengalaman saya dan adik beradik, mungkin umi atau ayah tidak guide macam mana nak main pasir, main hujan, main pondok-pondok atau main permainan yang lain. Dan tidak pula memberikan sekatan untuk apa yang kami mahu main. Kami diberikan kebebasan bermain dalam suasana yang agak selamat (pada waktu itu dan di tempat itu). Namun kehidupan di sekitar bandar kadang kala tidak memungkinkan ibu bapa untuk melepaskan sahaja anak-anak keluar dan bermain sendiri. Tempat kediaman seperti di pangsapuri dan taman perumahan yang terhad kawasan selamat bermainnya pula menghadkan anak-anak untuk keluar rumah. Jadi amat perlulah bagi ibu bapa memantau dan menemani anak-anak kecil untuk melakukan aktiviti mereka. Tentulah ini memerlukan masa ibu bapa untuk memantau mereka. Beraktiviti dan berimaginasi dengan aktiviti adalah hak anak-anak.

Kita perhatikan sekarang, sudah asing terlihat dikalangan kanak-kanak atau remaja di zaman ini bermain permainan yang kita main di zaman kita, bukan sahaja di bandar malahan di kampung-kampung. Secara keseluruhannya rakyat Malaysia boleh dikatakan sudah terdedah dengan bentuk permainan baru iaitu gajet dan internet. Namun berdasarkan kajian yang dibuat, bentuk permainan baru ini lebih banyak mendatangkan kemudaratan dari kebaikan.

Pendadahan terlalu awal gajet kepada anak-anak di bawah umur tujuh tahun menyebabkan skil motor mereka tidak dapat berkembang dengan normal. Kanak-kanak yang hanya terdedah dengan gajet smartphone, ipad dan seumpamanya akan hanya terdedah skill 'swipe'. Kanak-kanak ini mungkin pintar dari segi IQ gajet tersebut sangat interaktif dan informatif bagi mereka, namun mereka akan kekurangan skill motor. Masalah yang mungkin timbul adalah tidak dapat memegang pensil dengan baik, tidak dapat makan menggunakan tangan, dan kurang tumpuan dalam kelas. Kanak-kanak yang tidak terdedah dengan aktiviti luar juga akan kekurangan skil navigasi, skil menangkap bola dan sebagainya. Pendedahan yang kurang kepada aktiviti selain gajet menyebabkan mereka juga kurang kebolehan membuat keputusan yang betul, tidak tahu yang mana salah dan betul. Kemahiran mereka berdikari dan bermain sendiri membolehkan mereka untuk mendapatkan skil tersebut.

Kenapa pentingnya kerisauan ini timbul? Kita sudah tentunya tidak mahu melahirkan manusia robot untuk mewarisi generasi akan datang. Dalam situasi sekarang sahaja sudah terlalu banyak masalah sosial yang disebabkan hilangnya sifat manusiawi dalam diri anak-anak remaja kita. Terlalu besarnya gap yang wujud antara generasi atuk dan nenek yang masih belum terkejar untuk belajar teknologi moden, tetapi anak-anak kecil sudah mahir menggunakan teknologi yang ada. Ini kerana anak-anak ini sifatnya mudah meresap dan mudah belajar. Namun mereka seherusnya mendapat kebaikan sahaja dari teknologi tersebut.Teknologi ini sepatutnya digunakan untuk memudahkan urusan kita, bukan untuk memusnahkan kehidupan kita dan generasi akan datang. Jadi amatlah penting kawalan dalam penggunaan teknologi dan internet dikalangan anak-anak, remaja, malahan kita sendiri.

Justeru, dalam kesibukan harian, ibu bapa harus turut meletakkan urusan menyantuni anak-anak dalam jadual harian. Mungkin masanya tidak lama, tapi pastikan berkualiti. Boraklah besama anak kecil kita, bermain dan berimaginasi bersama mereka dan berikanlah penerangan yang mereka perlukan. Supaya mereka rasai bahawa ibu bapalah tempat bermanja, berbual dan bergantung, sebelum mereka boleh memahami tempat bergantung yang sebenar adalah Allah. Bila anak-anak boleh thiqah(percaya) kepada ibu bapa, insyaAllah lebih mudahlah untuk ibu bapa mendidik mereka.

Allahu'alam
Bermain bola bersama. Kemahiran membaling dan menangkap bola adalah salah satu skil motor

Nawar ingin merasa bebatu kasar di lantai. Merasi setiap struktur yang berbeza

Berlari bersama. Sambil memaut kasih sayang seorang abi

Anak-anak juga sudah ada kemahuan selfie

Asas awal untuk berenang. Mesrakan mereka dengan air

Berenang bersama

Menyelam bersama. Alhamdulillah Hamnah sudah pandai berenang dalam jarak lebih kurang 3 meter sambil menyelam dan terapung. Peluang ini berenang biasanya hanya muncul bila kami boleh ikut abi outstation.