Bismillah...
Nawar dilahirkan ketika kakaknya Hamnah berusia setahun setengah. Alhamdulillah 'ala kullihal.. Seorang anak yang sangat cool, tenang, relax, suka senyum. Alhamdulillah senang dijaga. Itulah doa saya sepanjang mengandungkan dia. Alhamdulillah saya dapat rasa Allah makbulkan doa saya yang itu.Memang beria benar saya doakan agar Nawar begitu kerana pengalaman saya menjaga Hamnah yang colic dan sangat sensitif emosinya. Orang kata, emosi anak nanti berkait rapat dengan emosi mak yang mengandung. Yelah, saya setuju juga, memang emosi masa mengandungkan Hamnah sangat terganggu dengan beberapa sebab. Teringat memori itu, terima kasih sangat kepada akhawat DS dan DS yang menjadi tempat perteduhan saya dan Hamnah. Semoga Hamnah menyerap segala kebaikan antunna dan barakah di dalam DS tersebut. I really miss that moment. Lama dah tak gi.
Sesuatu yang telah Allah tetapkan berada pada jaluran genetiknya, Nawar dapat pneumonia. Seawal usianya 6 bulan masa itu jerebu teruk di KL dan sekitarnya, Nawar wheezing dan akhirnya warded. Dalam masa hampir tiga bulan, empat kali Nawar warded, terakhir sekali sebelum kami ke Labuan untuk sebulan. Masih tergambar di mata saya, dengan tangannya yang dicucuk jarum untuk masukkan drip dan ubat, dia sentiasa tersenyum setiap kali saya memandangnya. Sentiasa. Dia seorang anak yang sangat murah senyumannya. Saya tahu dia sakit. Saya menangis masa jaga dia di wad. Jadi sayu lagi bila dia sentiasa senyum walaupun sakit. Dari dia juga saya bermuhasabah diri, saya harus jadi macam Nawar. Saya harus jadi seperti anak saya. Sentiasa senyum dan tabah hati.
Hampir saja saya meletakkan jawatan yang memeningkan kepala, lebih-lebih lagi diwaktu anak sentiasa tidak sihat begitu. Dengan kekurangan saya, saya tak mampu memikirkannya seiring. Walaupun cita-cita saya untuk menjadi bijak pandai, tetapi anak-anak lebih prioriti diwaktu begini. Saya tolak ketepi dulu apa yang orang kata, saya cuba senyum bila orang bertanya. I am a mother now. Bukan lagi single yang boleh tidur, makan, rehat bila-bila masa ikut waktu saya sendiri. Saya perlu jadi macam Nawar tenang dan sabar. Keep calm and smiling bak kata tagline trend skarang.
Saya masih dalam kekalutan menyiapkan urusan master ketika Nawar membesar dari umur bayi sehingga sekarang. Saya jaga dia dirumah saja sambil buat kerja master. Nawar seorang anak yang sabar dan alhamdulillah mudah diurus. Tidak banyak ragamnya. Boleh bermain sendiri dan tidur sendiri bila sudah kenyang. Umi setia menekuni master di meja berdekatan katil Nawar Bila terbangun, tiada rengekan, pandang umi dan terus senyum. Terima kasih anak. Tabarakallah, terima kasih Allah. Kurniaan ini membuat saya teringat apa yang saya doakan. Betapa Allah itu sangat pemurah memakbulkan doa hamba yang sungguh-sungguh berharap padanya. Untuk mengajarkan bahawa Allah itulah tuhan. Kepada Dialah tempat bergantung. Tidak yang lain. Yelah, saya hanya mengimbau sekilas kenangan, tidak berniat untuk memuji-muji anak sendiri, tapi yes anak memang perlu dipuji. Masyarakat kita aje yang berparadigma terbalik.
Setahun umur Nawar saya mengandungkan 'Umar, dia masih lagi seorang anak yang tenang, suka gelak berbijik-bijik. Dapat bayangkan? haha.. Dikala ini Hamnah masih lagi ada tantrumnya, lebih manja dari adiknya Nawar, menuntut lebih perhatian, manakala Nawar masih lagi tenang orangnya. Dikala 'Umar lahir, seminggu dua baru dia macam sedar dia sudah ada adik. Kakak-kakak berdua itu mula menumpukan sedikit perhatian mereka pada adik mereka yang baru ini. Nawar masih sama, calm and always smiling. Tak banyak cerewet. Easy going. Sementara Hamnah masih belum settle tantrumnya dan lebih cerewet. Particular.
'Umar dapat colic dan umbilical cord hernia bila berumur dua bulan. Nangis dan sentiasa perlu didukung sehingga saya rasa sakit badan, bentan. Asyik makan pain killer saja saya. Tak baik untuk saya dan baby 'Umar. Bestnya kalau dapat tinggal bersama orang tua yang memahami keadaan saya pada waktu itu. Keadaan 'Umar menyebabkan saya banyak meluangkan masa bersama 'Umar, dan lebih banyak masa diluangkan bersama Hamnah berbanding Nawar. Pada masa tumpuan pada Nawar jadi berkurang. Saya biarkan dia bermain bersama kakak. Saya lebih banyak mengajar kakak Hamnah kerana berfikir nanti Nawar akan ikut sama, walaupun Nawar selalu dapat tempat sipi-sipi tapi kebanyakan kali Nawar akan mengalah.
Menginjak ke usia 'Umar tiga bulan, colicnya hilang, umbilical cordnya normal. Alhamdulillah, syukurnya. Anak sihat dan ceria, itulah sumber kebahagian seorang umi. Namun tidak lama selepas itu 'Umar pula wardad disebabkan bronchiolitis. Ye...saya perlu redha dengan keadaan setiap anak-anak saya. Ini cabaran lagi kepada dunia akademik saya. Walau ada kata-kata yang keluar, asyik tak sihat aje anak-anak awak tu. Bukan kuasa saya menentukan mereka sentiasa sihat di bumi bertuah ini.Saya tidak memilih untuk berada di bumi ini dengan keadaan kesihatan anak saya yang begitu. Kalau boleh nak duduk kampung dengan umi saya. Kurung anak-anak saya dalam kebun yang banyak oksigen segar bersih itu. Tetapi begitulah Allah telah tuliskan rezeki untuk saya. Walaupun sayalah yang menjaga mereka, tetapi Allahlah yang membesarkan mereka, dengan keistimewaan dan dugaan mereka yang tersendiri. Dan untuk saya, beginilah cabaran hidup yang perlu saya lalui. Setiap orang dengan cabaran mereka yang tersendiri kan? Mari kita hadapinya dengan bertaqarrub kepada Allah.
Dalam keadaan begini perhatian kepada anak-anak yang lebih besar akan berkurang. Alhamdulillah kakak Hamnah sudah pandai, boleh dibawa berbincang, faham bila diterangkan, mudah disuruh, walaupun cranky nya masih ada. Ketika ini Nawar baru menginjak usia dua tahunnya. Nampak tantrum mula keluar, tak boleh tersalah handlenya moodnya. Sebelum ini lagi saya sedar, tidak dapat beri perhatian lebih banyak kepada Nawar dan saya take for granted dengan keadaan dia yang cool and easy. Bukan tidak mahu lebih banyakkan masa bersama Nawar, tapi tak ada masa. Terpaksa saya layan secara pukal saja, dan biasanya Hamnah akan lebih cuba menarik perhatian sementara Nawar belum banyak mulut lagi. Tapi agaknya dia meletup bila lama-lama. Tantrumnya jelas semakin hari. Agak kebingungan saya memikirkan kenapa Nawar begitu sedangkan dia seorang yang cool sebelum ni. Dan acapkali juga saya tak berjaya tahan marah bila dia begitu. Bagi saya yang busy dgn 'Umar ni, Nawar mengada-ngada.
Suatu hari Allah takdirkan saya bercerita kepada seorang kakak, dan dia menyatakan mungkin itu sindrom anak kedua yang tidak cukup perhatian. Saya terfikir-fikir tentang itu. Begitukah? ya Allah, kesiannya Nawar. Umi tidak maksudkan untuk kurangkan perhatian kepada Nawar. Umi anggap Nawar seorang anak yg lebih matured dan independent. Maafkan umi sayang. Mungkin kerana kurangnya masa, saya sendiri kurang menghayati bagaimana saya menghargai Nawar dan apa yang dia buat. Malam itu saya bermuhasabah. Saya kenalpasti sebab-sebab tantrum Nawar. Nawar memang perlukan saya ada masa untuk fokus kepada dia. Ye saya cuba.
Dia faham maksud good itu adalah akhlak mulia. Saya ingat lagi bila Hamnah marah dan cakap umi tak good. Nawar backup dan cakap "Umi good kan?" sambil memandang saya. Dia selalu backup saya dalam kurangnya tumpuan saya pada dia, pilu pulaklah rasa. Pagi ini saya berhajat untuk tidak marah Nawar, sabar tahap bintang bestari. Saya panggil dia good girl. Ternyata dia sangat suka. Saya luangkan masa untuk beraktiviti dengannya dan biarkan dulu laptop yang menunggu diatas meja. Hang tunggu situ dulu naaa... Menyusun cawan plastik bersama sambil mengira dan mengenal benda dalam buku sambil menguji pemikirannya. MasyaAllah, saya baru sedar dengan jelas bahawa Nawar sudah boleh mengira sampai 10 ikut turutannya, mengenal warna-warna, benda, dan tahu comparison dalam usia dua tahun dua bulannya. Oh Nawar.... mata umi berair, Maafkan umi tak sempat spend quality time dengan Nawar. Selalu Nawar ikut bila umi spent masa dengan kakak Hamnah saja. Yer, Nawar agaknya banyak belajar pun dari kakaknya. Thanks to kakak Hamnah juga.
Ye, begitulah... agaknya Nawar diserang sindrom anak kedua. Tetapi pada saya, saya tidak akan membiarkan ianya menjadi sindrom. Tidak. Ye, penat sangat. sangat.
No comments:
Post a Comment