Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Thursday, January 8, 2009

Tiada Masa Untuk Bermalasan


Umatku... sedarilah..
Musuh-musuh sedang mencengkam dirimu,
Tiada masa untuk bermalasan,
Saudaramu ditindas dan dicaci.

Act ini adalah serangkap daripada lagu nasyid, yang selalu kami lagukan diwaktu primary school. Tapi sayangnya waktu tu tak mendalami, tak memahami apa sebenarnya yang nak disampaikan oleh lirik tersebut. Alhamdulillah ia memang lekat dalam kepala ni pada setiap masa. Cuma pemahaman tentangnya baru sampai sekarang. Isu Palestin memang sangat-sangat mengesankan.

Mungkin tanpa kita sedar, kita sebenarnya sedang dicengkam oleh musuh-musuh. Melalui berbagai cara dan situasi, halus, lembut dan meresap dengan mudah. Hinggakan kita tidak menyedari bahawa ia sebenarnya telah bertapak lega di sekeliling kita. What it is?

Material, ideologi, pegangan. Semua itu menyumbang kepada pembangunan yahudi. Memang kehadiran itu susah dikesan malainkan orang yang benar-benar yang teliti. Oleh itu, jika kita adalah orang yang tidak mahir tentang penelitian ini, mudahnya jangan mudah menerima sesuatu melainkan ia disahkan dan yakin.

Terfikir kepada pakcik makcik dikampung (mungki di kampung saya je(kampung ku di Qlate)mgkn ada juga ditempat lain) mereka selalu tak setuju dengan sesuatu yang baru yang datang dari bandar, lagi-lagi yang datang dari barat. Kelihatan seperti out of dated. Dilihat dari sudut yang positifnya, bagusnya mereka ni. Menjaga apa yang mereka faham dan pegang, dan menolak terus apa yang melanggar syariat Islam dan adab Melayu. Even pengetahuan mereka tak lah secanggih ustaz ustazah dari oversea, atau pakar2 ilmu yang lain. Boleh dikatakan apa yang mereka pegang itu pun adalah warisan dari yang lebih tua.

Melihat kepada isu Palestin dan ummah disekeliling kita sekarang, memang sudah tiada masa untuk bermalasan. Mengajak kepada amal ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar wajib pada situasi sekarang. Janganlah lena lagi.Bangunlah saudaraku. Jika masih mamai, sedarlah, cergaskan diri. Sayangi diri kita dan saudara kita sekaliannya.
Sayangi saudara kita di Palestin, dan sayangi saudara kita disini.

Sesiapa yang melapangkan masa untuk agama Allah, maka Allah akan melapang masa untuknya.

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. (MUhammad: 7)

Wallahualam...

No comments: