Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Friday, February 27, 2009

Ya Allah, Engkaulah zat Yang Maha Melihat lagi Maha Mendengar. Engkau melihat segala usaha hambaMu. Ya Allah! Sesungguhnya hamba penat. Namun lautan rahmat dan cintaMu membuat hamba sentiasa berasa tegar dan segar. Ya Allah! Jangan tinggalkan hamba dalam kesia-siaan. Jadikanlah semua langkah hamba sentiasa mendatangkan redha dan rahmatMu... ameen...

4 comments:

Anonymous said...

Sungguh, saya tertarik dengan cerita Sayyid Qutb. Ketika beliau diseksa dan lemahkan fizikalnya, ketika itulah hatinya bertambah teguh kepada Allah. Bahkan terbuka baginya (dengan taufiq dari Allah), kefahaman-kefahaman yang tidak pernah terbuka baginya sebelum beliau memasuki penjara.

"Setiap hari beliau meringkuk di penjara, namun beliau isi waktunya dengan membaca surat dari Kitab Allah dengan suara sejuk dan merdu, ditemani oleh pena yang beliau gunakan untuk menulis setiap pikiran dan ide yang muncul pada bahagian pinggir mushaf. Sayid begitu senang dan gembira disebabkan munculnya makna-makna baru dalam benaknya yang belum pernah disentuh oleh pikirannya sebelum masuk penjara, dan juga merasa terhibur dengan Kitab Allah" -Mustafa al-Amin (teman penjara as-Syahid)-

Tarhata Kiran said...

jazakumullah Jundullah...
Bukanlah mudah untuk meletakkan diri sebaris dengan Jundullah... kerana diri pastinya diuji..

Pasti...Allah kurniakan hikmah disebalik segalanya..
Bahkan kesusahan itu membuka kepada pintu ilmu, pintu taqwa, pintu iman..

Mashizaki Keikan said...

amal jama'i itu penting. syura itu penting. sesungguhnya, semangat itu bukan dengan membuat semua kerja, tetapi ia adalah dengan melaksanakan tugas kita dan memastikan orang lain buat kerja dia.

bijak dalam amal jama'i lebih menjamin nafas yang panjang di atas jalan ini.

waLlahu a'lam.

Tarhata Kiran said...

untuk memastikan orang lain buat kerja dia... menjadikan kita selalu bekerja.Mungkin lebih mudah kalau hanya melihat.

amal jama'i dan syura itu sendiri memerlukan kefahaman...
alangkah mudahnya kalau semua orang faham.sometime orang yang faham itu sendiri tidak melaksanakan apa yang dia faham...

semangat?...entah datang dari mana...mungkin dari timbunan orang2 yang bersemangat...padahal diri tidaklah sesemangat itu..hati yang kesian kpd mereka yg bersemangat. sepertinya tak tau nak tuju kemana...sejarah gelap tak mahu diulangi...

bijak beramal jama'i...siapa yang bijak, boleh tolong ajarkan saya? mungkin banyak kekurangan pada diri ni menyebabkan ia tak dapat diaplikasikan dengan berkesan.

nafas yang panjang... ya, itulah yang saya harapkan...

orang yang berlainan, akan melihat dari view yang berbeza...kerana Allah meletakkan fitrah itu indah.saling melengkapi.lebih indah lagi kalau manusia dapat memanfaatkannya...

jazakallah pada yang menegur...saling ingat-mengingati, memudahkan antara satu sama lain..