Di sekolah:
Kawan 1: Nak panggil awak Bai..
Kawan 2:Kenapa nak panggil saya Bai?
Kawan 1: Ringkas dan mudah
Kawan 2: Terpulanglah...tapi dengan maksud 'by' tau..bukan 'bye' (kenapa 'by' bukan 'bye'?)
Di maktab:
Junior: Ana nak panggil akak 'Alia'
Senior: Kenapa nak panggil akak dengan nama tu?
Junior: Ana ada baca novel 'Kau Yang Satu'. Watak Alia tu rasa sesuai dengan akak. Alia ni...bla...bla..
Senior: Terpulanglah asal anti gembira. *senyum
Walid: Ya Humaira'. Anti apa khabar? Study macam mana?
TK: Alhamdulillah baik walid.. study pun insyaAllah baik.. walid panggil ana apa tadi?
Walid: Humaira'
TK: Kenapa panggil ana Humaira'?
Walid: Khas buat enti
TK: Ana tak faham
Walid: * senyum
TK: *Still tak faham sampai sekarang
Di IPTA:
Nad: Wah...lagu KCB dah keluar... Bai, Bai jadi Anna Althafunnisa'
Kita: hah? Kenapa kita pulak yang kena jadi Anna?
Nad: * sengih
Kita: Macam tak layak jer...
Sahabat1: Bai, anak Abu Bakar ada yang nama Baizura ke?
Sahabat2: Setahu ana tak ada dalam seerah, anak Abu Bakar yang nama Baizura.
Sahabat1: Kenapa blog enti nama Srikandi Abu Bakar ya?
Sahabat3: Apa maksud Tarhata Kiran? Tarhata Kiran ni siapa?
Sahabat 2: Rahsia.... well.. enti tahu sendiri bagaimana peribadi Abu Bakar. Juga puteri-puterinya, Asma' dan Aisyah. Tarhata Kiran is.............
Macam mana pun nama seseorang itu dipanggil, yang mencerminkan keperibadian dirinya adalah akhlaknya. Namun nama yang baik itu insyaAllah membawa suatu doa yang baik buat pemiliknya.
Sehebat manakah maksud nama Khadijah binti Khuwailid, hingga beliau menjadi seorang yang bertahta di hati nabi, isteri mithali contoh sepanjang zaman. Apa maksud nama Sumaiyyah, sehingga keberanian syahidnya mampu membakar obor semangat jihad? Apa maksud nama Aisyah sehingga beliau mampu menjadi wanita hebat disisi Rasulullah saw? Apalah sangat maksud Rabi'ah binti ad-Dawi selain dari yang keempat, sehingga beliau menjadi wanita sufi pencinta Allah?
Segalanya terletak pada keimanan dan ketaqwaan dalam hati. Pokoknya kita yang mencorak, siapakah kita. Mahu menjadi Khadijah di abad millenium, mampu berkorban untuk Islam? Sumaiyyah tunggak kebangkitan Islam? Fatimah, solehah zaman moden? Aisyah yang bijaksana bersama arus kemodenan tanpa sempadan? Atau Rabiatul Adawiyah, wanita wara' yang suci bersih?
Selama umur dipinjamkan jasad, apakah yang sudah kita perbuat? Mantap menjawab tiga persoalan kehidupan. Dari mana kita? Apa tugas kita di hidupkan di muka bumi? Dan kemanakah kita menuju? Tiga persoalan yang tiada tergantung pada nama seseorang. Menjawab persoalan kedua dan ketiga, adakah kita benar-benar sedang melaksanakannya. InsyaAllah masing-masing bercita-cita dan berusaha untuk itu. Tapi usahanya tidak mahu sekadar cuma. Sedayanya hendak diusahakan yang terbaik. Jika keseluruhan markahnya adalah '4 flat'. sekurang-kurangnya nak dapatkan 'first class'.
Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amal yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk surga, mereka diberi rezki di dalamnya tanpa hisab. (al-Mukminun:40)
A woman has strengths that amaze men. She can handle trouble and carry heavy burdens. She holds happiness, love and oppinions. She smiles when she feels like screaming. She sings when she feels like crying. Cries when she's happy and laughs when she's afraid. Her love is uncondiotional....