Bismillah…
Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan manusia yang berbagai dari jenis bangsanya, percakapannya, juga perangai. Sungguh kejadian Allah memang amat unik bagi setiap manusia. Adakalanya kita perlu bertoleransi dengan keunikan sikap manusia lain sebagaimana mereka juga boleh bertoleransi dengan sikap kita. Walaupun adakalanya kita rasa amat tidak patut.
Setiap orang ada sikap keanakan yang wujud dirinya, walau segarang manapun dia, walau setegas mana pun dia. Yang penyabar juga ada batasan kesabarannya. Yang pemarah juga ada masa lembutannya. Adakalanya manusia boleh bersikap sepatutnya dan adakalanya tidak. Satu kejadian yang lumrah. Sedang iman sendiri ada turun dan naiknya. Menyedari bahawa ini semua adalah dinamik, seharusnya seseorang itu tidak cepat melatah dengan apa yang tidak digemari atau tidak kena pada pandangannya. Bila masanya perlu ditegur, perlulah diluahkan dalam bentuk peringatan, jauh sekali dari marah atau memperli. Kerana kita juga seperti mereka yang adakalanya kita akan menjadi insan yang perlu ditegur. Gunakanlah bahasa yang sopan, dengan hati yang ikhlas penuh kasih sayang. Dan kita juga harus sentiasa bersedia untuk ditegur. Tidak mahukah diri kita menjadi lebih baik dari diri kita yang sedia ada? Apakah evaluation terbaik untuk diri kita selain muhasabah di akhir malam?
Adakalanya kita perlu ada satu perangai yang standard dalam urusan tanzim. Supaya semua ahli dapat berkomunikasi dengan baik dan kerja dapat berjalan dengan baik.
Sahabat 1 : awak perlu buat begini dan bukan begitu…kerana orang lain tak faham cara awak.
Sahabat 2: harap teguran ini bukan buat saya seorang, tapi untuk mereka juga. Saya dapat ikut cara awak. Harap awak juga boleh ikut cara saya. (mungkin tak selesa dirinya ditegur, atau orang yang menegur terlalu straight to the point?)
Sahabat 1: Astaghfirullah… Saya taknak ikut cara awak dan tak suka awak ikut cara saya, melainkan itu memang cara sepatutnya dalam tanzim.
Begitu susahnya jika setiap orang membawa perangai masing-masing tanpa mempedulikan orang lain dan kepentingan organisasinya... jikalau setiap ahlinya memahami, memberi komitmen yang sewajarnya, alangkah bahagianya bekerja dalam organisasi…
Cantiknya beramal jama'i bila semuanya sedar...tugas kita liLlahi ta'ala...dan bekerja dengan konsepnya...

No comments:
Post a Comment