Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Thursday, February 25, 2010

Mr Nice Guy

Kerana peribadinya aku terpesona,
Kerana budinya aku jatuh cinta,
Rinduku padanya tiada terkata,
Nantikanlah aku ditaman syurga...
(kata Hijjaz)

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan...

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku... Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

Rasululllah shallaLlahu 'alaihi wasalam.. Allah berselawat keatas kekasihNYA. Begitulah ketinggian nabi Muhammad saw di sisi Allah. Apatah lagi kita umatnya, yang terlebih dahulu baginda cintai dan rindui sebelum kita mengenal baginda. Ummatnya yang di sebut-sebut saat sebelum wafatnya. Sehingga menitis air mata baginda kerana merindui ummatnya. Kita? Pernahkah kita menangis bila mengenangkan baginda? Atau sebenarnya kita tak kenal pun siapa dia?

Berapa banyak novel yang habis kita telaah, berapa banyak movie yang kita jiwai? Pernahkah kita mentelaah sirah Rasulullah? Sejauh mana? Pernahkah kita menjiwai perjuangan Rasulullah dan kasihnya baginda pada kita? Sedalam mana? Baginda tidak pernah alpa menunaikan amanah, sehingga Islam sampai kepada kita pada harini. Seharusnya tidak boleh dipersiakan.

Kita adalah rantaian perjuangan Rasulullah...Tiada kata mampu diungkap. Cukuplah jika terbuah di 'amal. Hati memahami dan menghayati. Semoga sahabat mengerti dan yang berkata lebih mengerti...


Allahu'alam..

The Chosen One

In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
محمد يا رسول الله

You were so caring and kind
your soul was full of light
You are the best of mankind
محمد خير خلق الله

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
محمد يا رسول الله

Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by non
You are Allah Chosen One
محمد خير خلق الله

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

I'll try to follow your way
And do my best to live my life
as you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

صلّوا على رسول الله
Oh
Peace be upon.. Oh
The Chosen One

(Maher Zain...lagi)

Wednesday, February 10, 2010

Buatmu Ibu..



Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu


miss you mom...

Friday, February 5, 2010

Buat Adik-adik Terkasih


Biarlah mereka berkerja mencari harta,
Biarlah mereka berkerja mencari nama,
Tapi kau berkerja mencari redha,

Cukuplah bila rasa Allah ada bersama

Biarlah kecil di mata dunia,
Asal besar di pandangan Dia,
Biarlah ianya kelihatan tidak sepertinya,
Asal kau tahu nilai dan ertinya

Aku tahu kau penat,
Aku juga pernah merasainya,
Aku tahu kau pening,
Aku juga pernah menghadapinya,
Aku tahu kau risau,
Aku juga pernah melaluinya

Tapi adikku..
Itu semua indah,
Indah yang tiada terungkap oleh kata,
Cukuplah bila hati merasai kemanisannya,
Cukuplah bila merasai Allah berkata,
"kau telah melakukannya, maka ambillah bahagianmu.."
Walau nilainya tiada ternampak di mata kasar,

Cukuplah bila kau merasainya.

Cukuplah bila rasa Allah ada bersama,
Melihat setiap langkah perjalananmu,
Sungguh indah bila melangkah bersamaNYA,
Kau akan rasa DIA sentiasa menjagamu

Bila cinta berpaut padaNya,

Hati tidak terkalahkan oleh mehnah dunia,
Bila diri mengenal makrifahNya,
Cukuplah DIA bagimu..





Kasih padamu,
kakak





Monday, February 1, 2010

Kenapa Awak Tak Makan?

Sahabat 1: Laparnya..
Sahabat 2: Pergilah makan.
Sahabat 1: Malasnya sangat nak makan..
Sahabat 2: Kalau malas tak boleh nak buat apalah.. Kenapa malas sangat ni..?
Sahabat 1: Ntahlah....kalaulah tidak kerana ada rasa lapar...mungkin tak ada keinginan pun nak makan. Kalaulah tidak kerana badan ni memerlukan makanan, memang malaslah nak makan. Kalau tak ada geng, lagi rasa malas nak makan... Kalu penat sangat, pun malas nak cari makanan. Kalau dia datang sendiri kan bagus.

bersemangat

Malas makan lagi sahabat 1 ni yer...

Kesiannya jasad kalau orang tu berterusan malas makan, dan tak makan. Badan akan kurus dan tak larat untuk buat kerja. Secara fizikalnya, itu semua dapat dilihat. Apa akan jadi, jika ianya terjadi terhadap badan rohani? Kesannya pada badan rohani kadang-kadang dapat disedari dan adakalanya tidak, dan ada juga yang berterusannya tidak kisah pada badan rohaninya. Kesiannya...

Kenapa sahabat di atas malas sangat nak makan? boleh tak kita katakan...; sahabat tu dia tak ada keinginan yang tinggi, tak ada roh, tak ada semangat. Apalagi kalau tak ada kawan, lagi dia tak bersemanagt. Kalaulah tidak kerana makan adalah keperluan asasi, maka dia tak melalukannya. Tapi jika dia ada keinginan, ada roh dan ada semangat, mungkin dia seorang yang 'sihat'.

Begitu juga keperluan Islam itu dalam diri seseorang. Islam itu adalah keperluan asasi. Tarbiyyah adalah keperluan asasi. Jika malas untuk mendapatkannya, maka kerugiannya adalah pada diri kita sendiri. Seseorang yang mempunyai keinginan, roh dan semangat maka dia akan bersungguh-sungguh untuk mengambil agama Islam itu bagi diri dia. Mengambil Islam secara keseluruhan dalam semua aspek kehidupan akan membuatkan seseorang itu berasa indahnya berada dalam aturan Islam.

Barangsiapa yang berbuat sesuai dengan hidayah(Allah), maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri; dan barangsiapa yang sesat maka sesungguhnya dia tersesat bagi (kerugian) dirinya sendiri. Dan seorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain, dan Kami tidak akan meng'azab sebelum Kami mengutus seorang rasul. (al-Isra':15)


Secara realitinya fenomena ini terjadi dalam kehidupan. Kalaulah tidak kerana rasa orang lain beragama maka dia juga perlu ada. Jikalah tidak kerana agama itu perlu untuk sesuatu urusan, maka tidaklah dia bersungguh untuk melaksanakan aturan agama tersebut. Seperti manusia yang tiada pegangan, tiada haluan yang jelas dalam kehidupan.

Juga berlaku dalam situasi usrah sekalipun. Tidak berterusan dalam usrah kerana tiada kawan, tak ada ruh, tak ada semangat dan keinginan untuk membekali diri sendiri.

Seseorang yang dipertanggungjawakan hanya mampu menyampaikan, namun hidayahnya hanya datang dari Allah. Dan terletak pada diri sendiri, mahu atau tidak.