Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Monday, February 1, 2010

Kenapa Awak Tak Makan?

Sahabat 1: Laparnya..
Sahabat 2: Pergilah makan.
Sahabat 1: Malasnya sangat nak makan..
Sahabat 2: Kalau malas tak boleh nak buat apalah.. Kenapa malas sangat ni..?
Sahabat 1: Ntahlah....kalaulah tidak kerana ada rasa lapar...mungkin tak ada keinginan pun nak makan. Kalaulah tidak kerana badan ni memerlukan makanan, memang malaslah nak makan. Kalau tak ada geng, lagi rasa malas nak makan... Kalu penat sangat, pun malas nak cari makanan. Kalau dia datang sendiri kan bagus.

bersemangat

Malas makan lagi sahabat 1 ni yer...

Kesiannya jasad kalau orang tu berterusan malas makan, dan tak makan. Badan akan kurus dan tak larat untuk buat kerja. Secara fizikalnya, itu semua dapat dilihat. Apa akan jadi, jika ianya terjadi terhadap badan rohani? Kesannya pada badan rohani kadang-kadang dapat disedari dan adakalanya tidak, dan ada juga yang berterusannya tidak kisah pada badan rohaninya. Kesiannya...

Kenapa sahabat di atas malas sangat nak makan? boleh tak kita katakan...; sahabat tu dia tak ada keinginan yang tinggi, tak ada roh, tak ada semangat. Apalagi kalau tak ada kawan, lagi dia tak bersemanagt. Kalaulah tidak kerana makan adalah keperluan asasi, maka dia tak melalukannya. Tapi jika dia ada keinginan, ada roh dan ada semangat, mungkin dia seorang yang 'sihat'.

Begitu juga keperluan Islam itu dalam diri seseorang. Islam itu adalah keperluan asasi. Tarbiyyah adalah keperluan asasi. Jika malas untuk mendapatkannya, maka kerugiannya adalah pada diri kita sendiri. Seseorang yang mempunyai keinginan, roh dan semangat maka dia akan bersungguh-sungguh untuk mengambil agama Islam itu bagi diri dia. Mengambil Islam secara keseluruhan dalam semua aspek kehidupan akan membuatkan seseorang itu berasa indahnya berada dalam aturan Islam.

Barangsiapa yang berbuat sesuai dengan hidayah(Allah), maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri; dan barangsiapa yang sesat maka sesungguhnya dia tersesat bagi (kerugian) dirinya sendiri. Dan seorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain, dan Kami tidak akan meng'azab sebelum Kami mengutus seorang rasul. (al-Isra':15)


Secara realitinya fenomena ini terjadi dalam kehidupan. Kalaulah tidak kerana rasa orang lain beragama maka dia juga perlu ada. Jikalah tidak kerana agama itu perlu untuk sesuatu urusan, maka tidaklah dia bersungguh untuk melaksanakan aturan agama tersebut. Seperti manusia yang tiada pegangan, tiada haluan yang jelas dalam kehidupan.

Juga berlaku dalam situasi usrah sekalipun. Tidak berterusan dalam usrah kerana tiada kawan, tak ada ruh, tak ada semangat dan keinginan untuk membekali diri sendiri.

Seseorang yang dipertanggungjawakan hanya mampu menyampaikan, namun hidayahnya hanya datang dari Allah. Dan terletak pada diri sendiri, mahu atau tidak.




3 comments:

Nur Mawaddah Mahdiyah said...

assalamualaikum...

klo mls nk mkn xyh mkn..yg skit kita yg lmh kta..org len xpt nk tlng klo kt yg mls...huhu...:P

Tarhata Kiran said...

'alaykumussalam..

yea...betul tu Mawa...

tapi orang lain ni kan...concern sangat ngan orang malas makan tu..bagusnya bila ada kasih sayang sesama manusia....

bila hilang dicari,
bila kurang ditopupi,
bila berhendak mereka memberi,
bila sedih dipeluki,
bila lalai dinasihati,
bila gembira dikongsi,
bila sayang.....liLLAHi ta'ala...:)

Nur Mawaddah Mahdiyah said...

yer kita napak bila org corcern kt kta..tp nape kita sndr yg xnak corcern nga dr kita...??umpama org nk tlng dr kita tp kita tak nak tlng dr kita???jika kita lmah sbb sakit atau tdak brdaya itu lain kira..tp ini kita lmah dan skit krana kmalasan kita..umpama kita yg sengaja menyeksa dr kita..
bgtu juga dlm sinergi erti hijrah atau prubahan..jika kita sendr tak nak bntu dri kita???mcmner??mls nk cr ilmu mls nak bgerak mls apa semua??perubahan itu tdak akan blaku...so apa2 kna dr dlm dr kita dlu...Wallahualam