Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Friday, March 19, 2010

Lelaki

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya, boneka yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemulian agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjung sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya
Hingga sanggup membunuh.


Kembalilah lelakiku,
Pada kelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan madrasah Rasul.


Srikandi...
Syabab Musafir Kasih...


4 comments:

permata said...

good work

Asim Abdullah said...

hmm...lelaki oh lelaki...

dimanakah anda?

Kay J said...

bestnya..

pandai ya Kak Bai..
apa2pun mmg tak dpt dinafikan..

lelaki sejati telah hilang..
hilang dalam fatamorgana dunia..

Tarhata Kiran said...

permata: alhamdulillah...ana suka puisi..and some times suka ciplak jer

YK... nta bukan lelaki itukah?


Kausar:... Kak Bai...? bolehla...

tidak adakah lagi saki baki lelaki acuan madrasah Rasul...? agar menjadi benih kebangkitan Islam..

tidak adakah lagi lelaki acuan madrasah Rasul..?
yang hatinya sarat dengan juang..

tidak adakah lagi mereka..?
yang cita-citanya syahid fisabiliLLAH..

tidak adakah lagi lelaki acuan Rasul...?
yang benar-benar mengerti hakikat penyambung rantaian perjuangan Rasulullah..

dimanakah lelaki sibghatuLLAH..?
yang bisa bangkit memenangkan ad-Deen..

kerana dunia amat mengharapkanmu...