Bismillah....
waaahh.... The first post after married. Setelah tiga bulan tidak menulis blog. Pada masa sekarang orang lebih bertumpu di facebook atau twitter berbanding dengan blog. Namun dimana sekalipun, ia adalah medan tarbiyah dah dakwah bagi orang yang bermatlamat besar.
Merentas hening pagi tadi mendamaikan rasa. Tenangnya alam setelah kepenatan melayani kemahuan manusia yang pelbagai. Namun dia bangkit lagi kerana sunnahnya. Maka manusia kian menyatakan kemahuannya. Dan alam tetap menerima. Sentiasa pada sunnahnya. Sungguh indahnya perkaitan alam yang dikurniakan Allah buat khalifah.
Setiap manusia tetap dengan sunnahnya. Untuk meneruskan kehidupan maka dia perlu berkerja. Cuma yang membezakan adalah kemahuan dan tuntutan baginya. Ada yang berpagi-pagi dan ada yang masih berdengkur. Di atas jalan itu ku lihat manusia berpusu-pusu menuju tempat masing-masing. Ya berkerja. Termasuklah zauji.
Maka begitulah kehidupan. Hidup. Bekerja. Mati. Itu sahajakah?
Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternakan, dan sawah ladang. Itulah kesenangan hiduo di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik.
Katakanlah,"Maukah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?" Bagi orang-orang yang bertakwa (tersedia) di sisi tuhan mereka surga-surga yang mengalir di bawanya sungai- sungai, mereka kekal didalamnya, dan pasangan-pasangan yang suci, serta redha Allah. Dan Allah Maha Melihat hamba-hambaNya.
Ali-Imran: 14-15.
No comments:
Post a Comment