Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Thursday, February 17, 2011

Kita dan Mereka



Baru-baru ini Malaysia dan seisi dunia di kecohkan dengan berita kebangkitan rakyat Mesir yang mengadakan demonstrasi yang menggesa presidennya meletakkan jawatan. Kenapa? Namun sebelum itu demonstrasi juga turut berlaku di Tunisia dengan membakwa faktor kebangkitan yang sama. Kebangkitan demi kebangkitan terus berlaku di beberapa buah negara lagi sehingga sekarang. Berani yer mereka menentang kerajaan...ish...ish...ish...

Demo, demo juga.... seruan Ahllah lebih diutamakan. Faktor kemenangan tentera Islam.

Namun dalam kebanyakan isu penentangan itu, isu penentangan di Mesir lebih mendapat perhatian rakyat Malaysia khususnya. Satu Malaysia turut kecoh bersama Mesir yang dikatakan bergolak. Saban hari ada sahaja update terkini di siaran televisyen serta surat khabar berkenaan harta yang banyak rosak kerana perbuatan................ banduan yang terlepas dari penjara. Harga makanan melambung tinggi kerana bekalan makanan tersekat. Selepas daripada itu ibu-bapa mula kecoh dengan kepulangan anak-anak mereka ke Malaysia. Berita di Malaysia setiap hari akan update berkenaan jumlah pelajar yang pulang serta yang masih disana serta kesulitan-kesulitan yang dihadapi pelajar. Agaknya kalau rakyat Malaysia tak ada di sana ada kita nak ambil kisah tentang isu pergolakan di Mesir?

Sayangnya kita lebih digembar-gemburkan dengan berita-berita sampingan dan ada juga yang menyimpang. Secara gambarannya kita akan nampak, demonstrasi itulah yang menyebabkan banyak kehancuran dan kematian. Mungkin ada yang marah... "Diorang ni tak fikir ke keselamatan orang lain. Mementingkan emosi semata!".... Padahal demonstrasi itu berlaku secara aman dan tiada kaitan orang yang berada di lingkungan demo dengan yang membuat kerosakan. erm....erm....erm.... begitulah yang mungkin berlaku jika tidak mendapatkan sumber yang dasar. Dan tidak kurang ramainya orang tidak pernah tahu dan mengambil kisah berkenaan isu ini.

Pak Hosni....oh Pak Hosni...

Siapa Hosni Mubarak? Saya tidak tahu. Apa yang di buat sehingga rakyat bangkit sedemikian rupa? Saya tidak ambil peduli. Itu bukan urusan kita. herm....herm...hermmm.....

Siapa yang mencetuskan kebangkitan yang berlaku di Tunisia dan Mesir? Bukan orang yang berpengalaman panjang. Bukan dari pemenang anugerah nobel. Malah bukan juga ahli politik. Mereka hanya pemuda. Orang kata setahun jagung. Tapi pemuda jelas membuktikan, mereka adalah agen perubahan, agen kebangkitan. Kerana mereka ada semangat. Bila semangat itu digabung dengan visi yang jelas maka mampu menghasilkan tindakan yang bermomentum besar dengan impak yang bersejarah. Nah...... itu dia. Bukti yang ada pada masa sekarang. Semangat pemuda mampu meruntuhkan pemerintahan kuku besi.

Lipatan sejarah Islam membuktikan peranan pemuda melakar sejarah kegemilangan Islam. Nabi Ibrahim yang berani mengutuk berhala dan patung-patung buatan ayahnya sendiri. Akhirnya tersebar Islam di tangannya. Nabi Musa yang menentang fir'aun dan Nabi Yusuf yang merealisasikan mimpinya sendiri serta banyak lagi.

Nabi Muhammad sendiri menyebut, perjuangan nabi banyak di bantu oleh ramai anak-anak muda. Peristiwa-peristiwa ghuzwah banyak ditabiri oleh nama-nama pemuda yang menjadi pejuang. Betapa pentingnya kamu wahai pemuda.

Agaknyalah rakyat Malaysia ni mampu tak bangkit seperti kebangkitan yang berlaku di Mesir dan Tunisia? Nak buat apa demo-demo macam tu. Negara kita aman. Makan kita cukup. Tempat tinggal dan keperluan lain semua cukup. Kita hidup senang-lenang, berhibur sepanjang masa. Alhamdulillah.... nikmat Allah masih ada untuk kita.

Namun sayangnya, ramai yang lena terbuai keasyikan dodoian dunia yang menipu. Kita diserang, tapi kita tak sedar! Kita ditindas tapi kita tak tahu! Maruah tergadai, tapi masih rasa bangga! Huh! Asyik ditilam empuk, tidurnya panjang.

Ghuzwatul fikri yang merantai leher mereka tiada disedari. Dunia...Dunia. Mana serangannya? Lihatlah masyarakat sekarang. Dari semua aspek. Politik yang tidak sihat, ekonomi, pendidikan, penyiaran dan paling jelas pada sosialnya. Itulah serangannya. Tidak perlu serangan senjata api kerana dodoian begitu sudah menyebabkan kita kalah. Senang bukan?

Kita lebih disibukkan dengan isu-isu remeh-temeh. Jenayah sana, jenayah sini. Fesyen itu-fesyen ini. Hiburan itu dan ini. Filem itu dan ini. huuuurrhhhh.... Bila masanya nak bagi masyarakat berfikiran lebih matang? Memikirkan hal-hal yang lebih penting. Masyarakat jadi lembik dan longlai. Di dada mereka tidak ada semangat. Yang mengejar kemewahan dunia terus dengan maratonnya. Yang alpa dan leka berterusan dengan kelekaan.

Harus bagaimana? Jom bergabung dengan mana-mana jemaah (erk....manusia biasanya menggambarkannya terlalu rigid. Padahal maksudnya adalah sekumpulan orang). Bergabung dengan mana-mana kumpulan organisasi untuk membendung masalah ummah serta mengatur strategi membangun ummah. Maka saya memilih IKRAM.

2 comments:

Unknown said...

meninggal kan jahiliah.

Jaja said...

like this entry!