bismillah...
Hari beransur pergi,
bulan kian berganti...
lama juga aku menanti
namun tidak muncul lagi
Suatu ketika, blog blog kelihatan panas dengan berbagai isi ilmu dan tarbiyah baik dari segi cerita mahupun pengulasan... lewat masa kini nampaknya zaman berubah fasa. Facebook lebih digemari, perkongsian yang lebih global, mudah dan lebih efisyen. Cuma sayang jika orang yang mengenal apa itu tarbiyah tidak menggunakan wasilah tersebut dengan sebaik mungkin.
Berhijrah ke daerah baru turut mencatatkan perubahan fasa dalam kehidupan saya. Baik dari sudut tarbiyah mahupun sudut pandang, mungkin juga antara sebabnya ialah bersama orang baru. Di daerah Selangor ini membuka ruang pandang yang lebih luas. Kerana isu negara lebih berlegar hangat di daerah sini juga sekitar KL. Sekalipun sedikit kesal dengan penurunan kerancakan pergerakan saya sendiri kerana seakan jakun di daerah baru. Mungkin masa sedang memberi rawatan serta pengalaman sedang berusaha keras berkumpul di benak agar dapat digunakan sebagai momentum dakwah seterusnya.
Saya anak kelahiran Kelantan, kata orang negeri serambi Mekah. Penuh dengan adat dan adab Islami walaupun tidaklah secara keseluruhannya. Syukur alhamdulillah, saya bangga lahir dan zaman kanak kanak saya membesar di Kelantan. Dan kini Allah membawa saya keluar agar mengenal realiti kehidupan dunia. Tidaklah semua manusia baik di sana, manusia tetap manusia.
Satu hal yang saya tidak minat dari zaman kecilan adalah politik. Saya tidak suka dengan akhlak yang buruk orang-orang politik tidak kiralah dari parti manapun dan itu meninggalkan pandangan pesimis saya terhadap politik. Namun tahun kian berlalu banyak mengajar saya bahawa politik adalah salah satu wasilah dakwah. Penting dalam Islam, maka saya membuat kesimpulan, yang buruk itu bukanlah politik tapi orangnya yang membawa begitu juga diterjemahkan dengan Islam. Islam itu cahaya, namun pembawanya yang menutup dengan keburukan, maka malaplah ia, namun cahaya Islam tidak akan pernah padam.
Pilihan raya lepas mencatatkan 5 negeri dikuasai oleh parti rakyat, termasuklah di daerah Selangor yang berkepadatan tinggi. Populasinya terdiri dari berbagai lapisan masyarakat, dari operator kilang sehinggalah ke peringkat ahli akademik dan profesional. Seriously bagi saya amat padat. Tak cukup oksigen(definisi sendiri). Dan di daerah ini ramai ahli cendikiawan dan pemikir profesional kerana taburan universiti dan pusat profesional yang berkumpul. Dan di daerah sini jugalah hangatnya isu isu politik juga perjuangan menuntut hak. Pada hemat saya, kerana ada ramainya pemikir profesional tersebut.
Secara langsung atau tidak maka saya juga turut terjebak mengambil tahu dan memikir tentang isu isu tersebut walaupun dengan kadar yang amat lembab juga dibandingkan dengan En. Nelayan(sebab dia selalu pergi offshore) yang selalu suruh saya ambil tahu isu politik.
Isu terhangat di pasaran kebelakangan ini juga telah mencapai kemuncaknya adalah pada 9 Julai yang lepas. BERSIH 2.0. Hingar bingar di sana sini, pelbagai persiapan terakhir nak dibuat pada malam sebelumnya, bagaikan esok nak raya (definisi saya lagi). Sungguh meriah, tiba-tiba masatu hati saya boleh jadi happy dan teruja. Namun saya tidaklah serancak mereka, mungkin semangat saya juga tidaklah setinggi mereka, keadaan saya juga tidaklah membenarkan untuk merancakkan diri.
Hasilnya. Saya sendiri membuat berbagai telahan peribadi sambil melihat gelagat rakyat jelata dengan berbagai pandangan dan adegan. Bagi saya tidak kurang juga banyak yang menipu terutamanya berita TV dan surat khabar. Orang yang melalui tentulah lebih tahu apa yang berlaku. Maka di situ sekali lagi saya meluat dengan orang-orang politik yang suka buat kerja mengarut. Mengaibkan diri sendiri. Tapi sabarlah yer... Islam itu indah, dakwah itu berhikmah. Sunnah dakwah telah mencatatkan, dunia ini penuh dengan bermacam pesen manusia. Sedang Allah dan Rasulnya sendiri meletakkan bahawa orang yang melakukan kejahatan walaupun dia tahu adalah 'jahil' selagi mana dia tidak bertaubat, maka siapalah kita untuk menghukum selain itu. Sesungguhnya Allah amat Latiff.
Semoga Allah menberikan tuntunanNya pada hati kita yang kecil. Sehingga ia besar bila memperjuangkan yang haq. Syahadatul haq!
Cerita cerita kajian saya...
Dulu dok sebok emosional dengan psm saya, kini pasal projek master pula. Ada jugalah bagai nak gila (istilah over masa kini). Terutamanya time-time tak larat yang lepas. Kini dah rasa agak boleh berfungsi aktif.
Sekarang tengah persiapkan diri untuk mengharungi master di bulan bulan mendatang, juga akan menstopkan kekecohannya pada hujung tahun ini (insyaAllah) untuk sementara waktu. Maka saya harus lajukan eksperimen data saya agar dapat buat analisis seawalnya in case tiba tiba method tu tak boleh guna setelah kesimpulan didapati. Saya juga perlu mula membaca dan menulis dari sekarang. Disamping membuat kerja-kerja RA yang lain. Maka tidaklah boleh saya selalu melabur masa untuk searching and surfing perkara-perkara lain. Harap perbincangan liqa' usrah dan wacana ilmu cukup bermanfaat untuk saya agar sentiasa update dan membuka atmosfera minda dengan lebih luas.
Sementara menyiapkan entry ini hampir satu tupper ware kek batik telah dihabiskan. Tinggal seketul. Ruang perut terasa lebih besar dan memanggil-manggil makanan masuk. Dah stop baru terasa mengah kerana full and over stretch.
wassalam.... sambung processing okeh..
No comments:
Post a Comment