Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Monday, July 25, 2011

Berfikir Dari Pandangan Alam

bismillah...

Alhamdulillah berpeluang melawat Labuan atas sebab-sebab yang telah diizinkan oleh supervisor...

Pulau Labuan yang comel di sebelah barat Sabah. Dari atas nampak biru muda airnya kerana pantainya yang landai..

Departure

Rasa berdebar nak naik flight berseorangan. Tapi tetiba terfikir "bukan aku sebelum ni jenis relax je ke?bersedia untuk rempuh apa sahaja kerana yakin Allah pasti ada bersama.. Kenapa sekarang mudah cuak?" Maka muhasabahlah diri. Jangan kerana pergantungan kepada manusia itu sudah ada hingga hilang rasa kebergantungan kita pada Allah. Kenapa rasa itu boleh berlalu pergi?Adakah kerana tidak rapatnya diriku lagi dengan Allah...? astaghfirullah... semoga ini satu teguran buat diriku...


Di pagi hari sabtu itu dihantar oleh seorang akhawat yang sudah bimbang jika saya terlambat untuk check in. Saya pula yang relax jer macam biasa.. Ha...begitulah akhawat, walau dimanapun mereka, walau hanya baru berkenalan, caringnya ibarat adik beradik yang amat rapat. Ukhuwwah fillah abadan... Itulah ukhuwwah atas dasar aqidah.

Namun pada pagi tersebut saya tidak sempat bersarapan melainkan dengan seteguk air, terus bergegas ke KLIA. Menguruskan self-check in dan terus ke departure hall supaya dapat berehat dan menghubungi sesiapa yang patut termasuklah umi dan ayah. Penungguan dalam kelaparan, dan berharap breakfast di hidangkan cepat di atas kapal nanti.

Selepas menaiki kapal, seorang kanak-kanak kecil di dalam kantung itu mula bergerak-gerak dengan kerap sekali. Adakah kerana dia lapar, atau tak sabar nak jumpa abah dia...(erk...) atau disebabkan tekanan yang semakin rendah dan belum seimbang. Kesannya, saya memang lapar.

Dalam perjalanan kapal menaiki atmosfera ke peringkat yang stabil saya tidak melepaskan peluang untuk melihat awan. Saya sangat teruja untuk menyaksikan dan membiarkan minda mentelaah secara live apa yang saya belajar tentang atmosfera. Dan saya sentiasa kagum dengan alam ciptaan Allah. Tidakkah ilmu yang kita belajar di alam persekolahan atau universiti itu lebih meningkatkan pengetahuan kita tentang sifat Allah serta menambahkan lagi iman kita kepada-Nya? Tidak kira dari kursus manapun, saya pasti tetap ada suluhan kepada kebesaran Allah. Dan saya bersyukur Allah tetapkan saya untuk belajar kursus remote sensing yang memerlukan penuntut memahami fitrah alam kerana itu akan berkaitan dengan imej, pemprosesan imej dan kegunaannya nanti.

Awan

Secara teorinya awan ada berbagai jenis dan setiap jenis tersusun mengikut ketinggian masing-masing. Setiap jenis awan juga mempunyai ciri dan sifat masing-masing.

jenis awan serta klasifikasi mengikut ketinggian

Awan kolumunimbus mempunyai ketinggian sehingga 9 kilometer mengatasi ketinggian kapal terbang. Awan inilah yang kelihatan mendung di udara dan mengundang hujan lebat. Manakala awan-awan yang lainnya lebih nipis dan bertingkat-tingkat sehingga ketinggian lebih kurang 10 kilometer.

Semasa pergerakan kapal naik ke atas dapat disaksikan awan tersebut membentuk lapisan yang sangat jelas di antara lapisan jenisnya dengan lapisan jenis awan yang lain dengan ketinggian tertentu. Bila berada di lapisan awan yang lebih atas maka dapat dilihat lapisan bawahnya seperti dataran lautan sama seperti dataran lautan air. Nun jauh di sebelah sana kelihatan segerombolan awan tebal yang sentiasa tinggi ke atas, mungkin kolumunimbus... Ahhh sungguh saya rasakan itu satu lawatan sambil belajar saya. Sayangnya camera beresolusi agak tinggi tidak bersama pada waktu itu melainkan kamera telefon bimbit.

Tauhid

Mari kita berfikir melalui tauhidnya.. Allah Maha Mengetahui setiap keperluan dan tujuan ciptaan-Nya. Setiap jenis awan itu ada kriteria dan keperluannya. Contohnya awan cirrus terletak tinggi di atas sana dengan ketinggian 16,000 kaki akan menghasilkan kristal ais (salji). Begitu juga dengan pelbagai jenis awan yang lain yang boleh di google sendiri bagi yang tidak belajar.

Allah Maha Bijaksana menciptakan ciptaan yang sangat unik dan tersusun rapi. Kelihatan seperti sangat natural. Tidak hairan mengapa orang yang berfahaman anti-tuhan menganggap alam ini tercipta secara natural. Tetapi sebenarnya keadaan natural itulah yang membuatkan ulil albab menggali fikiran untuk berfikir dengan lebih dalam, bahawa kecantikan kenaturalan tersebut pasti ada yang menciptakannya. Iaitu yang Maha Bijaksana lagi Maha Menciptakan sesuatu. Dia-lah yang berhak mematikan serta menghidupkan sedang manusia sebijak mana sekalipun tidak akan mampu menahannya.

Jika kita mengajak akal waras kita berfikir, maka ia nescaya mampu memikirkan kekuasaan Allah yang lain. Namun akal yang dangkal sering mencari helah untuk tidak mengambil peluang tersebut. Sesungguhnya alam adalah kitab kedua untuk mengenal Allah. Jika diteliti pada kitab pertama iaitu al-Quran, sekian banyaknya Allah menerangkan kebesarannya melalui fitrah alam. Jika benar-benar kita mencari maka akan kita temui. Ada berkenaan awan dan hujan, udara, lautan, perumpaan melalui binatang, khasiat alam, makanan serta yang paling dekat adalah penciptaan tubuh badan kita sendiri. Dan ada ayat dari surah al-Baqarah yang menyeru

".....Janganlah berbuat kerosakan di bumi.....(2:11)"

Allahu akbar!

Maka marilah kita berfikir dari sudut pandang mata hati. Bashirah! Tidakkah itu membawa kita mengenal Allah, membawa kita lebih dekat padanya. Merasakan Dia ada di mana-mana. Ihsan! Sentiasa bersama kita menapaki perjalanan hidup kita.

Maka tidakkah itu menghalang kita dari berakhlak buruk, baik pada diri sendiri apatah lagi manusia lain. Tidakkan itu menghalang kita dari melakukan amal mungkar? baik impaknya jatuh pada diri sendiri apatah lagi orang lain.

Tidakkah itu membawa diri kita untuk sentiasa bersamanya? Menegakkan panji-panji panduan-Nya?

Tidakkah itu membuatkan kita sentiasa berkobar-kobar menyahut seruan-Nya? Yang inginkan kita menjadi khalifah dan abid di muka bumi-Nya... Tidakkah? Sayu rasanya hati bila memikirkan betapa Allah meletakkan kemahuanNya pada kita, tetapi tidak kita penuhi, sedang nikmat-Nya sungguh banyak kita nikmati. Baik diri kita orang menyedari atau tidak menyedari.

Mari berfikir bersama kitaran alam...

No comments: