Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Wednesday, August 3, 2011

Aqsa2Gaza2 - Ramadhan Kareem...


Asmwrbt.

Oleh kerana kita sedang berlapar sekarang, ana nak cerita sikit tentang makanan. Ini bukan makanan umat macam kita yg gelas air sirapnya berpeluh diluar, bau ayam golek di pasar ramadhan menusuk hidung dan perbagai warna kuih yg membuka nafsu termasuk permandangan yg masih tidak senonoh, berseluar ketat dan t-shirt, yg membuka nafsu syahwat dan mengurangkan pahala puasa.


Ini cerita makanan di Gaza.


Kita mengusahakan kilang roti dan ternakan lembu kerana 2 perkara ini adalah makanan asasi mereka. Roti dan keju (dari susu lembu). Kalau dapat roti dan keju, soal makanan settle. Itulah kehidupan di Gaza. Nak makan ikan? Di Gaza, kos membela tilapia pun dah sampai RM28-30 sekilo. Harga pasaran tinggi lagi le. Kat M’sia, kos membela ikan ini tak sampai RM3 sekilo.

Tambahan pula ramai yang tidak ada duit utk membeli makanan. Harga ini memang diluar jangkauan mereka. Begitu juga makanan lain.


Cerita roti dgn keju ini boleh diandaikan untuk keadaan kita macam nasi dgn kicap. Kalau berlaku kesusahan disini, mungkin kita hanya mampu makan nasi berlauk kicap. Agak2nya berapa lama kita boleh tahan dgn makanan sebegini saban hari?? Seminggu, sebulan…. setahun mungkin susah sikit kot.

Heran juga ye kenapa kaum Yahudi tidak boleh bersyukur dgn manna dan salwa yg datangnya dari langit. Memang kaum ini sangat tidak bersyukur.


Inilah kelebihan umat Islam seperti di Gaza dimana mereka makan setakat utk memenuhi keperluan hidup dan bukan hidup ini utk makan. Hidup ini utk ibadah dan memperhambakan diri kepada Allah semata2.

Bila ada konsep hidup utk makan, maka saban hari manusia hendak makanan yg sedap2 dan hebat2. Jika tidak mereka akan mudah jemu. Pasar Ramadhan itu makan utk hidup atau hidup utk makan? Antum jawab sendiri.

Perlu diingatkan, bagi masyarakat di Gaza dapat roti dengan keju ini sudah seribu rahmat. Seringnya mereka tiada makanan utk 3-4 hari. Malah ana dimaklumkan bahawa tentera mereka kadangkala dibekalkan hanya kurma dan air kosong selama berbulan-bulan. Tambahan pula mereka mengamalkan puasa Nabi Daud, berpuasa selang sehari…..masih dgn kurma dan air kosong.

Sungguhpun begitu, walaupun kekurangan makanan, mereka tidak kurus. Tidak ada yg berbadan tinggal tulang macam di Afrika. Ya, mereka memang lapar …. tapi tidak sampai tahap kebuluran.


Semasa official function Ismail Haniyeh, kami dihidangkan nasi bungkus yang dikongsi 2 org. Pelik juga. Mana ada official function makanan kena kongsi? Kemudian ana ke belakang khemah dan disana ana nampak polis mereka juga menikmati makanan yg sama. Tergambar kegembiraan diwajah mereka. Tapi makanan utk mereka dikongsikan 5-6 orang, atau mungkin lebih. Tidak bersisa. Mungkin mereka sudah lama tidak dapat makanan enak macam ini; yang bagi kita boleh dijamah saban hari. Terkedu sekejap.


Itsar


Dalam 10 Arkainul Baiah, perkara ke 9 Ukhuwah, ada satu unsur yang penting iaitu ITSAR (sebutan ‘i-tsar’ bukan ‘it-sar’). Itsar ini adalah sikap melebih atau mendahulukan sahabat lebih dari diri sendiri.

Semasa kami melawat pejabat ikhwah di Gaza semasa A2G dulu, kami dihidangkan daging panggang (gambar).



Azmi Katiman tanya mereka, “Where do you get all these food? Isn’t Gaza under seige?” Mereka hanya senyum sahaja tanpa menjawab. Kita sedia maklum bahawa mereka memang kekurangan makanan, tetapi makanan utk kami sebagai tetamu tetap ada. Dan banyak pulak tu.

Begitu juga dgn makan malam yg dihantar ke hotel selepas function tamat. Mungkin mereka hanya ada makanan utk tamu yg datang dari luar ini (VP5), tetapi tidak untuk rakyat Gaza. Justeru itu, semasa function tidak ada makanan diedarkan.


Terkenang juga kesah seorang kanak2 yang diberikan coklat. Di Gaza, coklat adalah rare item. Payah nak dapat. Seperti biasanya, kanak2 bila dapat coklat akan menyorokkan coklat tersebut, bawa ke tempat yg agak sunyi dan makan seorang diri. Ini cerita biasa tetapi bagi kanak2 di Gaza, mereka adalah luar biasa. Bila diberikan coklat, dia akan memanggil kawan2nya dan coklat itu dikongsikan seorang sikit. Maka masing2 dapatlah secebis utk celah gigi.

Terfikir ana, siapa yg mengajar mereka itsar macam ini?

Mungkin atas sifat itsar inilah, Allah memberikan keberkatan kepada hidup dan perjuangan mereka. Mereka saling berkorban sesama sendiri, termasuk kanak2.


Kita disini macam mana? Apakah sifat ini masih kekal pada kita, iaitu mendahulukan sahabat. Ada seorang ikhwah kita (dia telah meninggal dunia), bila kita tanya dia ada duit tak utk dipinjam, secara spontan dia akan jawab "Ada. Berapa nak pakai? Bila tahu jumlah dia akan kata "Tunggu kejap ye". Beliau kemudian akan berjumpa dgn beberapa ikhwah lain dan meminjam dari mereka. Duit yg dia pinjam inilah yg dia berikan kepada kita. Memang beliau seorang yg hebat. Sikap dia suka mendahulukan sahabat memang terkenal.


Terkenang juga kesah para sahabat Ikrimah bin Abu Jahal, salah seorang syuhada dan mujahid semasa perperangan Yarmuk dimana bila beliau luka parah dan meminta air. Bila air diberikan terdengar pula sahabat sebelahnya juga sedang parah dan meminta air, lalu diberikan air tersebut kepada sahabatnya tanpa menjamah walau setitik pun. Bila sahabat itu nak minum, terdengar pula sahabat lain yg juga parah dan meminta air. Pun begitu juga, air tadi tidak diminum malah diberikan kepada sahabat yg meminta itu. Perkara ini berlaku beberapa kali dan bila air diberikan kepada sahabat yg meminta, beliau telah syahid. Balik kepada yang meminta tadi, dia pun syahid juga. Akhirnya semua syahid tetapi air sebekas tidak diminum langsung akibat sifat itsar mendahulukan sahabat, walaupun dlm saat yag sangat genting.

Inilah kualiti sahabat di zaman Rasulullah saw. Kita bagaimana?


Oleh itu, dalam kita nak mendapatkan dana utk A2G2 ini, ana nak cadangkan kita bawa sifat itsar ini dlm kehidupan kita.

Kalau biasanya kita berbaju baru utk hari raya, apa kata kalau tahun ini kita pakai baju tahun lepas. Duit budget nak beli baju baru itu kita berikan kepada A2G2 utk di bawa ke Gaza?

Kalau kita dah boleh save RM100 dari diri kita, tanyakan juga anak2 kita dan ahli keluarga kita. Mana satu kebiasaan kita yg boleh dikorbankan utk saudara kita di Gaza? Kalau dikumpulkan, satu keluarga mungkin boleh dapat RM200-300. Kalau ada 1,000 orang, dah ada RM200-300k.


Insyallah, dalam bulan Ramadhan yg penuh berkat ini, sifat itsar kita mungkin akan jadi amalan kita hingga akhir hayat nanti.

Wassalam.


by

Norazmi Talib
peserta konvoi Aqsa2Gaza tahun lepas

Misi AQSA2GAZA2, sasaran ---> RM 250, 000. Jom sama-sama gerakkan!

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun:Akaun Maybank : Aqsa Syarif BhdNo Akaun: 551575004299.




No comments: