Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Friday, August 12, 2011

Sinar Ramadhan

Sujudlah... sesungguhnya Allah rindu pada rintihanmu.

Makhluk Allah yang belum melihat dunia... di saat hati hampa melihat gelagat manusia yang bagai tiada kesedaran, lalai dan lagha. Dia seperti mempamerkan pendiriannya, "saya hamba Allah yang soleh, sentiasa bersujud dan bertasbih pada Allah" scan pada hari itu sangat mengubat hati. Menceriakan hati yang pilu. Terima kasih Tuhan. Seseungguhnya Tuhanku amat memahami.

Tetapi terasa agak gabra... insan itu suci dalam kandungan, hamba Allah yang fitrah. Mampukah kami mendidik dia seperti mana fitrah dia sebagai hamba yang sepatutnya bila dia keluar nanti? Semoga Allah memberikan petunjukNya.


Bismillah...

Sudah ke pertengahan puasa... semoga puasa kali ni lebih membentuk peribadi insan menjadi lebih baik dari sebelumnya walaupun.

Pungut pahala

Seperti firman Allah dalam surah al-baqarah mafhumnya:

"Telah diwajibkan keatas kamu puasa sabagaimana yang telah ditetapkan bagi umat terdahulu agar kamu bertaqwa"

Bagi insan yang memahami keistimewaan bulan puasa atau Ramadhan, maka di dalamnya dia bersungguh-sungguh membanyakkan 'amalnya kerana di bulan ini markahnya berganda. Kalau biasanya orang dapat bonus untuk dua tiga bulan gaji dalam setahun, tetapi Allah mengurniakan 100x ganda pahala bagi amal fardhu dan pahala amal sunat adalah bersamaan amal fardhu. Dan pahala puasa pula di firman oleh Allah mafhumnya:

"Semua amalan anak adam itu adalah bagi dirinya kecuali puasa. Amalan puasa itu adalah untukKu dan hanya Aku yang akan membalasnya"

.... jeng...jeng...jeng.... rasa curious and excited tak nak tahu apa ganjarannya. Allah yang janjikan tu. For sure akan ditepati dan tentulah hebat.

Hapuskan Dosa

Di bulan yang penuh keberkatan dan penuh maghfirah inilah juga untuk memohon taubat daripada Allah, membersihkan buku catatan 'amal dari dosa dengan sebanyak-banyaknya. Kenapa? Satunya memang Allah janjikan maghfirah di bulan ini bagi hamba yang memohon.

Second, pada bulan ini hati rasa lebih tenang dan penuh tawadhuk. Itu hasil dari diri sendiri. Maka dengan rasa rendah diri pada Allah, menginsafi perbuatan dosa yang lalu, maka lebih lunak hati untuk bercerita pada Allah, memohon ampun dan meminta belas kasih dariNya.

Maka bersujudlah hamba pada Khaliqnya, dengan menyedari kekerdilannya di hadapan Pencipta. Memohon ampun atas dosa-dosanya samada yang zahir mahupun tersembunyi. Memohon petunjuk dari Tuhannya, atas segala urusan hidupnya menjadi hamba dan khalifah di bumi Tuhannya.

Taman Ramadhan

Bulan ini digambar oleh para sahabat sebagai sebuah taman di padang pasir yang luas. Mereka melepaskan penat di taman ini dari panas terik dunia setelah mengembara selama sebelas bulan. Maka mereka akan berehat di taman ini selama sebulan, melepas penat, mengubati kelukaan, dan mengutip sebanyaknya bekalan untuk permusafiran seterusnya. Begitulah di analogikan antara taman dan ramadhan.

Sambil menikmati taman ini juga, para pengembara akan meng'evaluate' permusafiran mereka yang telah lalu, mana yang baik, mana yang buruk dan seterusnya merancang untuk permusafiran seterusnya. Sesungguhnya bulan ini adalah bulan motivasi.


5 comments:

Miftahul Jannah said...

Assalamu'alaykum,ukhti habibati:) semoga sihat dan segar sentiasa.masih ingat kita pernah satu kumpulan di konsis zon selatan kat masjid desa jaya.alhamduliLlah,ana bersyukur dan gembira untuk anti dan jundi yang bakal lahir.Semoga ukhti menjadi madrasah tarbiyyah yang nyaman buat anak-anakmu nanti :)

-salam ramadhan
Nuruljannah Khairuddin
019-5321030

Tarhata Kiran said...

'alaykumussalam.... Jannah....
walaupun ana dah tak ingat susuknya... insyaAllah kalau jumpa mesti kenal.

jazakillah atas doanya... semoga Allah memakbulkan...

salam terindah untuk ukhti juga. semoga doa dibulan ramadhan ini mencapai impian....:)

Miftahul Jannah said...

assalamu'alaykum...ana tak tahu anti ada pernah jumpa link ni tak..bagus untuk persediaan menjadi ibu..tarbiyatul aulad mengikut penggalaman ukht kita...selamat membaca

http://attuffahumairah.blogspot.com

Tarhata Kiran said...

wa'alaykumussalam...

belum pernah jumpa... jazakillah ya jannah....bantu ana menjadi ummi... doakan... ana dimudahkan bersalin... :)

Miftahul Jannah said...

assalamu'alaykum,ukhti di jb? bila due nya? dah deliver nanti ana boleh ziarah...insyaALlah ana doakan dipermudahkan segalanya...