Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Tuesday, November 22, 2011

Antara Sarjana & Ummi

bismillah....

Alhamdulillah masih lagi boleh berinteraksi dengan dunia, walaupun makin hari makin ketidak laratan. Dan lanjutan dari ketidak laratan itu, urusan sarjana agak tertangguh lantaran sedikit kemalasan untuk concern terhadapnya. Due berbaki masih sebulan, namun rasa-rasa yang tidak difahami kian mendatang. Confuse.

Mental kini di bahagi empat. 1/4 untuk sarjana, 1/4 untuk urusan rumah tangga, 1.5/4 untuk kandungan dan kini hanya berbaki 0.5/4 untuk urusan DnT. Itu pun kalau tidak kerana kewajipan, maka mungkin urusan sarjana terus menjadi 0.00000. Sesungguhnya keletihan ini mengubah pola kehidupan. Sesungguhnya bakal kelahiran seorang mujahidah ini mengubah pola pemikiran. InsyaAllah hanya untuk saat-saat genting ini. 

Mujahidah ini akan terus dilatih seawal dalam kandungan untuk mengerti sebuah perjuangan...Fuhhh.... Macam syadid sangat!. Tapi hakikatnya itulah sebuah impian. Semoga Allah memilih kami dan anak-anak kami sebagai mujahid di medan perjuangan yang benar serta berjalan di jalan yang lurus.


Sarjana yang agak slow progressnya. Dengan lecturer yang sangat baik. Tak ada nak push-push saya. Mungkin kesian dengan saya yang mengandung. Semoga peluang ini tidak menjadikan saya leka. Dan saya yang sedikit kerisauan lantaran belum ada sebijik paper pun yang dalam usaha bersungguh-sungguh untuk di hantar ke mana-mana conference. Saya tetap ingin dengan cita-cita saya.Menjadi seorang da'i yang aducated. Bercakap tentang isu dunia global dari kaca mata Islam yang universal. 


Dan blog setakat ini terus menjadi diary dan kadang-kadang menjadi penyebar idea dan tarbiyyah. Mr Mashi juga ada komen "blog zaujah juga perlu di edit" Mengomen tulisan saya di blog yang agak main-main. Huhu.... Blog saya mengandungi berbagai kaedah penulisan. Serius, skema dan klakar. Namun saya sendiri lebih suka membaca dari gaya penulisan yang agak ilmiah macam dari blog Mr Mashi, dan dari penulis-penulis blog lain. Jadi di situ saya banyak menjimatkan masa dari membaca buku-buku. Namun kesegaran idea dari buku masih tidak dinafikan. Namun bila di blog sendiri, saya lebih suka meluahkan secara santai, sebagaimana penyampaian saya di dalam liqa' usrah. 

Any way, this is just an update.

Masanya kian terasa
Semoga Allah permudahkan jalan keluarnya
Melihat dunia yang fana'
Dari kaca mata akhirat.



Friday, November 11, 2011

Wednesday, November 9, 2011

Berkebun

Bismillah....

Ketibaan rasa nak berkebun. Teringat masa kecil-kecil dulu sangat suka tanam pokok bunga. Walaupun tangan tak berapa nak sejuk, tetapi selalu bersemangat. Suka juga masuk kebun sayur arwah nenek Zainab yang berada di tepi rumah beliau. Kadang-kala ikut arwah nenek Zainab ke bendang padi... Ahhh...rindunya saat bersama arwah nenek. Nenek suka menanam. Tangan nenek sejuk. Begitu juga arwah atok Che Mat. Suka menanam padi dan sayur. Zaman kecil-kecil dulu, apabila balik kampung, akan ternanti-nanti atok Che Mat menjala ikan di tali air. 

Arwah Tok Yaa Kub dan nenek Fatimah juga berkebun, dan hidup dengan hasil kebun kata ummi. Ummi juga membesar dengan berkebun. Cuma saya tidak sempat merakamkan memori berkebun bersama tok Yaa Kub dan nenek Fatimah. Mereka pergi lebih awal. Namun hasilnya dapat di rasa hingga ke hari ini. Semoga air tangan Tok Lebai Yaa Kub memberi kemujaraban buat anak cucu tercinta sehingga terpelihara kami dari fitnah dunia.  

Pada suatu hari yang indah, Mr Mashizaki Keikan telah bercuti dengan sesuka hati. erk...oh tidak. Beliau menemani saya check up di O&G an-Nur. Sementara menunggu giliran maka keluarlah kami ke nurseri. Tapi bukanlah untuk menghantar anak(sebab anak takdak lagi), atau men'survey' tempat untuk menghantar anak, atau melawat anak sesiapa. Kami ke nurseri untuk mencari pokok-pokok yang sesuai diletakkan di balkoni rumah kami yang kosong. Mr Mashi ni sukalah juga dengan lanskap ni kan... apatah lagi saya. Maka saya dengan berbesar hati mengikut dia. Dah lama tidak menanam pokok sendiri. 






Ini adalah pokok limau purut yang saya berkeras nak beli memandangkan saya suka masak tomyam sayur. hehe



Pokoknya kian meninggi dan daunnya semakin banyak setelah lebih kurang 2 bulan setengah


Pokok kembang 10 yang terpaksa menumpang di pasu limau purut lantaran tidak cukup pasu


Sejak beberapa minggu kebelakangan ini pokok kembang 10 ini rosak pangkal batangnya. Maka saya pun mencabut, membuang batang rosak dan membuat semaian baru.


Yang dari pasu tidak pula rosak. bunga pokok kembang 10 ini akan berkembang sekitar pukul 10 pagi dan kuncup semula lebih kurang pukul 5. Itulah sebab namanya kembang 10.  Gambar ini diambil pada pukul 7 pagi. maka tiadalah bunganya. 


Ini adalah pokok yang tidak diketahui namanya. Sejenis pokok merayap. Alangkah kesiannya dia diletak di dalam pasu seketul-seketul. Pokok ni senang bertumbuh bila mendapat air yang cukup dan senang layu bila air tidak cukup.


Ini adalah sejenis pokok krismas yang agak senang juga penjagaannya. Letak baja daun setiap dua minggu.


Ini juga pokok yang tidak di ketahui namanya. lebih sesuai diletakkan di tempat yang teduh.


Ini juga tidak diketahui namanya. Daun barunya sudah banyak yang tumbuh. Sebenarnya semua pokok yang diebeli adalah jenis tidak berbunga kerana untuk mudah di jaga kata Mr Mashi. Biar nampak indah tapi tidak bersepah. Tapi saya suka bunga, maka saya pun meminta sedikit pokok bunga kembang 10 dari pekerja nurseri. Dia pun dengan senang hatinya mencabut beberapa pokok kembang 10 yang berbagai warna bunga untuk saya. Maka saya pun suka hati.... 


Peralatan berkebun kami yang ringkas.


Kunyit dan halia diletakkan dalam bekas bertanah. Tiru ummi, untuk kesegarannya. Pastu biarlah kalau dia nak tumbuh.


Ini juga sejenis pokok merayap yang tidak diketahui namanya. Sudah lama hidup bersama, tapi ta'aruf nama pun belum.. Ish3... Diletakkan di sudut rumah. Pokok ini paling senang nak hidup. Hanya letak di dalam bekas yang berair. Ia mampu survive dengan hanya minum air. Namun perlu diperhatikan selalu bekas airnya agar tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk. Lebih elok diletakkan daam pasu yang mulutnya kecil. Tetapi saya hanya menggunakan botol yang dipotong untuk menempatkan pokok ini sementara menunggu belanjawan negara yang lebih besar untuk membeli pasu.


Ini adalah pokok yang berbunga yang tidak perlu disiram. huhu....


Ini pula adalah pokok kesayangan Mr Mashi yang diletakkan di tepi almari buku. Beliau lebih suka pokok yang tidak berbunga manakala saya suka pokok yang berbunga. 




Pokok merayap yang di letakkan di yard. Actually pokok ini lebih lebat daunnya bila diletakkan dalam pasu ynag bertanah


Di sepanjang grill di yard.


Daunnya masih jarang.


Sesungguhnya saya amat berbesar hati sekiranya dapat menanam pokok-pokok sayur di sekitar rumah. Tapi apakan daya, kami tinggal di pangsapuri, maka bercita-citalah saya untuk ada landed house suatu hari nanti. Namun boleh jer sebenarnya nak bertani kat pangsapuri, gunakanlah pasu-pasu yang sesuai. Bestnya jika dapat diusahakan suatu hari nanti. 

Chua: Sexual preference a private decision as long as it harms no one


Macam mana ni kita? 
Zaman kian menghampiri keruntuhan ketamadunannya. Kebebasan hak asasi manusia yang telah lama diperjuangkan di barat ini kian melanda negara. Dengan sistem ekonomi barat yang kucar kacir. Maka jelaslah barat sedang mengalami kejatuhan tamadun. Jadi, tidaklah patut untuk sesiapa dari kita mengambil contoh dari mereka melainkan berpegang pada perinsip agama dengan kefahaman aqidah yang mantap. 

Apakah definisi tamadun? Sila semak buku sejarah PMR


KUALA LUMPUR: Just like religion, sexual preference is a “very individual thing”, MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek said.
“If you want to be gay, bisexual or (have) any sexual preference, and if it does not harm anybody, you are entitled to that choice.
“If you want to practise and enjoy the freedom in terms of a festival, then it attracts a lot of attention and people may not be very happy,” he said at a press conference here yesterday.
Dr Chua was commenting on the Seksualiti Merdeka event, which was scheduled to begin today and run until Nov 13 at Central Market's Annexe Gallery.
A talk on lesbian, gay, bisexual and transgender (LGBT) rights in the workplace, scheduled last Thursday, was stopped after police announced a ban on all programmes related to Seksualiti Merdeka.
Dr Chua said the organiser must be sensitive as there may be certain segments of the community that might not be able to accept such an event.
“If they want to organise it like a festival that runs for days, it may provoke people who may not agree with it,” Dr Chua said.
However, he added that while the voice of the majority must be heard, the views of the minority should be respected, too.
Meanwhile, PKR said it supported the right to freedom of expression although the party maintained a neutral stance on Seksualiti Merdeka.
“We neither support nor condemn Seksualiti Merdeka.
“But the issue is their freedom to express themselves,” party adviserDatuk Seri Anwar Ibrahim said at the Parliament lobby yesterday.
However, he said this was PKR's view as the issue had yet to be specifically discussed among Pakatan Rakyat's component parties.
Anwar added that the authorities should engage with those involved in the movement.
He also said it was unfair to target Bar Council chairman Datuk S. Ambiga, who had been invited to launch the event.
“Why go after Ambiga and harass her in this manner?
“Pakatan is strongly opposed to the way she was abused and insulted,” Anwar added.
Police have since recorded statements from Ambiga, Tenaganitaexecutive director Irene Fernandez, Empower Malaysia executive director Maria Chin Abdullah and Seksualiti Merdeka co-founder Pang Khee Teik.

Tuesday, November 8, 2011

Husnul Khatimah






KISAH BENAR : PEMUDA MENINGGAL DALAM HUSNUL KHATIMAH



Definisi Khusnul Khatimah = kematian yang baik



Renungan kepada yang masih hidup, sebuah kisah benar yang diceritakan semula.

Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.

Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu.

Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahaja solat Asar berakhir.

Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah).

Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memang terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan dia seperti masih hidup.

Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya.

Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketika menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.

Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid.

Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh.

Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.

Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama.

Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.

Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.

Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? Adakah telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? Sama-sama kita renungkan.

** gambar2 diambil ketika jenazah sampai di Masjid Sri Petaling.

Jasad yang mati tetapi masih hidup di sisi Rabbnya.

by: Airesh WalkWay - fb

Sunday, November 6, 2011

Eidul Adha & Pengorbanan

Bismillah....

Assalamu'alaykum dan Salam Eidul Adha. Salam kemaafan atas segala dosa. Semoga perngorbanan kita diganjari oleh Allah dengan sebaik-baik ganjaran.

Raya Aidil Adha pertama disambut tanpa suami tersayang. Mungkin ini juga satu bentuk pengorbanan yang menuntut sabar. Dan sudah tentunya tidak setanding dengan tuntutan pengorbanan dari Allah terhadap nabi Ibrahim yang mahukan anaknya nabi Ismail dikorbankan:

Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar” (as-Saffaat:102)

Teringat juga kisah Maryam yang mengandungkan nabi Isa, menjauhkan diri dari masyarakatnya, mengembara, lantaran mengandungkan anaknya yang tiada berayah. Terasa menghati perasaan Maryam, yang tetap sabar mengandungkan Isa, sedangkan seorang ibu mengandung perasaannya sangat sensitif serta sentiasa memerlukan motivasi buat penguat emosinya. 

Kisah Hajar pula yang mengikut suruhan suaminya, membawa anaknya nabi Ismail yang baru dilahirkan   ke satu daerah tandus, lantaran cemburunya Sarah. Namun dia tetap sabar memelihara anaknya. Sehingga membesarnya Ismail menjadi seorang yang penyabar, malah tidak pernah ada dendam terhadap ayahnya. Sehingga sampai suruhan Allah itu, beliau tetap menghormati.

Sepanjang kehidupan ini menuntut pengorbanan samada ianya kelihatan besar mahupun kecil. Namun mungkin ia lebih di hayati dan dimengertikan pada Eidul Adha. Setiap peringkat masyarakat melakukan perngorbanan. Ibu, ayah, isteri, suami, pemimpin, pengikut dan apatah lagi seorang da'i. Sesungguhnya pengorbanan yang ikhlas pasti memberikan rasa yang manis. 


Pengorbanan Seorang Ibu

Kebelakangan ini selalu menghayati keadaan ibu-ibu yang mengandung. Sebab diri sendiri melalui. Sesekali terasa hebatnya naluri yang dikurniakan Allah terhadap insan wanita. Seriously saying, mengandung ni tak mudah, walaupun mungkin ada yang tak banyak cabaran dalam urusan mengandungnya. Alhamdulillah. Namun setiap kesakitan itu insyaAllah mengkifarahkan dosa. Walaupun susah, tetapi Allah sentiasa memberikan rasa gembira untuk menimang cahaya mata yang di kandung. 


Seriously lagi, tak sabar nak tengok dia yang selalu bergerak-gerak dalam perut. Sehingga sekarang masih terasa uniknya program yang telah diaturkan oleh Allah. Manusia hidup di dalam manusia. Yang pasti empat perkara telah ditentukan keatasnya. Sesungguhnya seorang hamba Allah dan seorang khalifah ini sedang dikandung. Bagaimanakah kehidupannya nanti. Semoga Allah golongkan dia dikalangan hambanya yang beriman.




Badan terasa semakin berat, tangan dan kaki semakin bengkak, duduk macam mana pun tak pernah selesa. 


Sesekali bila ada kesempatan, saya berpesan pada akhawat. Selagi masih single, gunakanlah masa single ini dengan sebaik mungkin. Bila sudah berumah tangga, berbagai consideration yang menuntut diri kita. Baik menjadi seorang suami atau seorang isteri. Saya tidak memaksudkan kepayahannya. InsyaAllah setiap yang ditunjangi dengan nama Allah pasti ada ketenangan. 

Alhamdulillah, saya melalui zaman single yang enjoy. Enjoy dengan dakwah. Enjoy sehingga kita sendiri tak cukup masa untuk fikir urusan sendiri. Enjoy menggunakan masa dan tenaga untuk keperluan dakwah. Sesungguhnya itulah yang paling manis dan itulah kepuasan. Sehingga kini saya masih terasa ingin enjoy seperti dulu.

Namun, kemahuan saya tak seiring dengan kudrat yang saya ada. Saya ada banyak idea untuk melakukan sesuatu, semangat saya membuak-buak untuk merancang dan melaksana. Akal saya sentiasa terfikir-fikir. Alhamdulillah semua itu masih tidak luntur dari diri saya. Namun banyaknya saya hanya boleh menjadi orang yang melontarkan dari kata-kata. Badan saya tidak sekuat dulu untuk melangkah laju. Menggunakan banyak tenaga pada sesuatu masa, maka akan flat pada waktu selepasnya. Yup ada consideration lain untuk saya menslowkan setiap langkah-langkah dan kemahuan saya. Seorang mujahidah di dalam ini perlu juga diberi perhatian. Maka paksa diri walaupun penat, tidaklah lagi boleh menjadi kebiasaan seperti di zaman bujang. 


Buat anda duhai sahabat!

Lantas sahabat, saya menyeru kepada anda! Gunakanlah masa yang ada sekarang untuk mempertingkatkan diri dengan ilmu dan semangat. Serta bekerjalah dengan sehebat-hebatnya. Di masa semangatmu masih panas ini, kau bisa melakukan apa sahaja. Walaupun penat, pastilah kemanisan perjuangan itu tidak dapat ditandingi oleh kepenatan itu. Jangan banyak menunggu, sesungguhnya kau ada hak untuk menuntut ilmu dan berjuang. Sesungguhnya masa tidaklah menunggu kita. 

Perkayakan semangatmu dengan membaca sirah perjuangan nabi, para sahabat, serta tabi' tabi'in. Mereka berjuang di kala muda. Tidak melepaskan peluang keemasan dengan hanya membiarkan jalan dakwah ini diurusi oleh para syuyukh. Dan sesungguhnya thaqafah itu amatlah penting untuk mempunyai ''himmah 'aliyah". 


Dan sesungguhnya saya tidak mengatakan bahawa orang yang berkahwin, atau yang mengandung, atau yang telah mempunyai anak itu harus sedikit usahanya dan masanya untuk dakwah. Tetapi ia memerlukan mujahadah yang lebih tinggi lantaran considerationnya yang bertambah, sedangkan yang masih single banyaknya harus bermujahadah dengan nafsu sendiri. Dan sudah tentulah, sebelum melangkah ke tangga baitul muslim, harus ada persediaan di tangga individu muslim. Dan semoga saya dan juga anda berjaya di tangga pertama. 

Walaupun tidak banyak yang saya boleh lakukan dikala ini, namun sesungguhnya saya sangat-sangat gembira bila melihat semua anda bersemangat berfikir dan melakukan berbagai usaha. Sesungguhnya ada perlu begitu! Hasilnya bukanlah urusan anda atau urusan saya. Malah ianya hanya layak di nilai dan di berikan oleh Allah semata. Dan sudah tentulah, ganjaran dari Allah itu lebih mahal dan berharga. 


Sesungguhnya Perjuangan ini Menuntut Pengorbanan Darimu



Fastabiqul Khairat!