Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Sunday, November 6, 2011

Eidul Adha & Pengorbanan

Bismillah....

Assalamu'alaykum dan Salam Eidul Adha. Salam kemaafan atas segala dosa. Semoga perngorbanan kita diganjari oleh Allah dengan sebaik-baik ganjaran.

Raya Aidil Adha pertama disambut tanpa suami tersayang. Mungkin ini juga satu bentuk pengorbanan yang menuntut sabar. Dan sudah tentunya tidak setanding dengan tuntutan pengorbanan dari Allah terhadap nabi Ibrahim yang mahukan anaknya nabi Ismail dikorbankan:

Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar” (as-Saffaat:102)

Teringat juga kisah Maryam yang mengandungkan nabi Isa, menjauhkan diri dari masyarakatnya, mengembara, lantaran mengandungkan anaknya yang tiada berayah. Terasa menghati perasaan Maryam, yang tetap sabar mengandungkan Isa, sedangkan seorang ibu mengandung perasaannya sangat sensitif serta sentiasa memerlukan motivasi buat penguat emosinya. 

Kisah Hajar pula yang mengikut suruhan suaminya, membawa anaknya nabi Ismail yang baru dilahirkan   ke satu daerah tandus, lantaran cemburunya Sarah. Namun dia tetap sabar memelihara anaknya. Sehingga membesarnya Ismail menjadi seorang yang penyabar, malah tidak pernah ada dendam terhadap ayahnya. Sehingga sampai suruhan Allah itu, beliau tetap menghormati.

Sepanjang kehidupan ini menuntut pengorbanan samada ianya kelihatan besar mahupun kecil. Namun mungkin ia lebih di hayati dan dimengertikan pada Eidul Adha. Setiap peringkat masyarakat melakukan perngorbanan. Ibu, ayah, isteri, suami, pemimpin, pengikut dan apatah lagi seorang da'i. Sesungguhnya pengorbanan yang ikhlas pasti memberikan rasa yang manis. 


Pengorbanan Seorang Ibu

Kebelakangan ini selalu menghayati keadaan ibu-ibu yang mengandung. Sebab diri sendiri melalui. Sesekali terasa hebatnya naluri yang dikurniakan Allah terhadap insan wanita. Seriously saying, mengandung ni tak mudah, walaupun mungkin ada yang tak banyak cabaran dalam urusan mengandungnya. Alhamdulillah. Namun setiap kesakitan itu insyaAllah mengkifarahkan dosa. Walaupun susah, tetapi Allah sentiasa memberikan rasa gembira untuk menimang cahaya mata yang di kandung. 


Seriously lagi, tak sabar nak tengok dia yang selalu bergerak-gerak dalam perut. Sehingga sekarang masih terasa uniknya program yang telah diaturkan oleh Allah. Manusia hidup di dalam manusia. Yang pasti empat perkara telah ditentukan keatasnya. Sesungguhnya seorang hamba Allah dan seorang khalifah ini sedang dikandung. Bagaimanakah kehidupannya nanti. Semoga Allah golongkan dia dikalangan hambanya yang beriman.




Badan terasa semakin berat, tangan dan kaki semakin bengkak, duduk macam mana pun tak pernah selesa. 


Sesekali bila ada kesempatan, saya berpesan pada akhawat. Selagi masih single, gunakanlah masa single ini dengan sebaik mungkin. Bila sudah berumah tangga, berbagai consideration yang menuntut diri kita. Baik menjadi seorang suami atau seorang isteri. Saya tidak memaksudkan kepayahannya. InsyaAllah setiap yang ditunjangi dengan nama Allah pasti ada ketenangan. 

Alhamdulillah, saya melalui zaman single yang enjoy. Enjoy dengan dakwah. Enjoy sehingga kita sendiri tak cukup masa untuk fikir urusan sendiri. Enjoy menggunakan masa dan tenaga untuk keperluan dakwah. Sesungguhnya itulah yang paling manis dan itulah kepuasan. Sehingga kini saya masih terasa ingin enjoy seperti dulu.

Namun, kemahuan saya tak seiring dengan kudrat yang saya ada. Saya ada banyak idea untuk melakukan sesuatu, semangat saya membuak-buak untuk merancang dan melaksana. Akal saya sentiasa terfikir-fikir. Alhamdulillah semua itu masih tidak luntur dari diri saya. Namun banyaknya saya hanya boleh menjadi orang yang melontarkan dari kata-kata. Badan saya tidak sekuat dulu untuk melangkah laju. Menggunakan banyak tenaga pada sesuatu masa, maka akan flat pada waktu selepasnya. Yup ada consideration lain untuk saya menslowkan setiap langkah-langkah dan kemahuan saya. Seorang mujahidah di dalam ini perlu juga diberi perhatian. Maka paksa diri walaupun penat, tidaklah lagi boleh menjadi kebiasaan seperti di zaman bujang. 


Buat anda duhai sahabat!

Lantas sahabat, saya menyeru kepada anda! Gunakanlah masa yang ada sekarang untuk mempertingkatkan diri dengan ilmu dan semangat. Serta bekerjalah dengan sehebat-hebatnya. Di masa semangatmu masih panas ini, kau bisa melakukan apa sahaja. Walaupun penat, pastilah kemanisan perjuangan itu tidak dapat ditandingi oleh kepenatan itu. Jangan banyak menunggu, sesungguhnya kau ada hak untuk menuntut ilmu dan berjuang. Sesungguhnya masa tidaklah menunggu kita. 

Perkayakan semangatmu dengan membaca sirah perjuangan nabi, para sahabat, serta tabi' tabi'in. Mereka berjuang di kala muda. Tidak melepaskan peluang keemasan dengan hanya membiarkan jalan dakwah ini diurusi oleh para syuyukh. Dan sesungguhnya thaqafah itu amatlah penting untuk mempunyai ''himmah 'aliyah". 


Dan sesungguhnya saya tidak mengatakan bahawa orang yang berkahwin, atau yang mengandung, atau yang telah mempunyai anak itu harus sedikit usahanya dan masanya untuk dakwah. Tetapi ia memerlukan mujahadah yang lebih tinggi lantaran considerationnya yang bertambah, sedangkan yang masih single banyaknya harus bermujahadah dengan nafsu sendiri. Dan sudah tentulah, sebelum melangkah ke tangga baitul muslim, harus ada persediaan di tangga individu muslim. Dan semoga saya dan juga anda berjaya di tangga pertama. 

Walaupun tidak banyak yang saya boleh lakukan dikala ini, namun sesungguhnya saya sangat-sangat gembira bila melihat semua anda bersemangat berfikir dan melakukan berbagai usaha. Sesungguhnya ada perlu begitu! Hasilnya bukanlah urusan anda atau urusan saya. Malah ianya hanya layak di nilai dan di berikan oleh Allah semata. Dan sudah tentulah, ganjaran dari Allah itu lebih mahal dan berharga. 


Sesungguhnya Perjuangan ini Menuntut Pengorbanan Darimu



Fastabiqul Khairat!



No comments: