Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Tuesday, October 18, 2011

It is Hard

Bismillah.... It's already 30 weeks and 3 days... 66 days more to go....

Rasanya inilah perjuangan terbesar buat masa sekarang. Perjuangan untuk melahirkan seorang pejuang. Sedang usahanya adalah jihad. Kembalinya pada Khaliq adalah syahid. 

Kenapa ia ditetapkan begitu sekali? Seriusly.... It is hard. Untuk menghadapi segala kesulitan ini. Yang seakan tak pernah berhenti selagi jundullah di nanti tidak melihat dunia. Bermula dari awal yang tidak berdaya, kepada pertengahan yang agak cergas, malah berat juga bertambah-tambah. Sehingga keakhirnya kembali lemah, hingga menyusun langkah pun memerlukan consideration. 

Kerana wanita itu dikurniakan dengan sifat rahim (penyayang) yang lebih daripada lelaki. Maka mereka sanggup menanggung semua kesusahan itu, malah sentiasa merasa gembira dan teruja menantikan pertemuan dengan si comel yang dikandung. Hilang semua deritanya bila hatinya gembira. Dalam lenguh kakinya, masih sanggup dia meronda kedai-kedai mencari keperluan si comel itu. Dengan kelenguhan badannya menampung berat dan struktur yang sudah tidak align, dia masih mengusap anaknya penuh kasih sayang. Si comel itu seakan mengerti, dia juga mengusap-usap perut ibunya. Komunikasi terindah.


Jelas, sungguh tidak sabar menunggu ketibaannya. Rasa mahu dia keluar seawal mungkin. Rasa dia sudah cukup matang, kerana dia mampu berkomunikasi dengan ibunya. Tapi harus sabar. Masanya insyaAllah akan tiba. Semoga Allah permudahkan urusannya.

Cerita Dakwah

Adakalanya berasa tidak bersemangat untuk membuat kerja research ini lantaran kepenatan. Otak terasa malas untuk berfikir. Astaghfirullah...

Memabaca kembali entry terdahulu. Segalanya berkisar soal dakwah dan tarbiyyah. Kenapa rasa diri tidak sehebat dulu? Itulah penilaian saya. Dan saya harus menyesuaikan keadaan saya sekarang dan akan datang dengan waqi' dakwah saya.

Alhamdulillah... masa sekarang,  Allah masih meletakkan saya dalam medan yang sangat saya cintai ini. Dan masih lagi dengan pelajar, maksudnya saya masih boleh menggunakan skill skill terdahulu. Dan berkongsikan skill terdahulu dengan orang baru disini. Saya suka melihat mereka rancak berfikir dan berkerja untuk dakwah walau saya sendiri tak mampu nak laksanakan semua tu dengan keadaan saya sekarang.  Saya susah hati bila apa yang fikir sepatutnya berlaku tidak berlaku. It must up to my expectation. Maka saya berusaha untuk menggerakkan itu dengan apa yang saya mampu, walau hanya melalui kata. Andai saya mampu saya ingin menggerakkannya. Namun kudrat tidak seiring dengan keinginan. 

Terasa banyaknya perkara yang saya nak sampaikan, nak laksanakan. Terkadangkan sendiri lupa bahawa saya sekarang ini mengandung. Tersedar bila sudah rasa kepenatan. Walau hanya hadir meeting. Serius!

Semoga anak anak saya yang saya selalu cita citakan untuk menjadi jundullah, mendapat pendidikan menjadi  seorang jundi sejak dari dalam kandungan. Menjadi anak yang hebat dan soleh....

Hari ini sangat penat. Sedang data SOPAC masih perlu dipilih, di download dan di proses di lab atas. Perlu berkerja sehabis bagus sebelum waktu bersalin. Harus juga prepare jika ianya terawal. Kerana master mahu di habiskan cepat. Dan gaji juga mungkin berjalan waktu tu. Harap boleh berehat dan melayan si comel dengan tenang waktu tu...


Penat.... dan kepenatan itu biasanya hilang bila berjumpa dengan yang dicintai..... menunggu dia pulang, saban hari. Berkongsi bersamanya.....:)  


Seorang suami itu tinggi tempatnya di hati seorang isteri. 

Kehadiran sejuta manusia masih tidak sama dengan kehadiran seorang dia. 



No comments: