wah...the new design at blog...
bismillah...
The busy week jugaklah...dengan pengurusan usrah pelajar-pelajar yang baru mendaftar. Perlu bersegera berkenalan dan diteruskan usrah mereka. Agak mencabar bagi saya yang semakin sarat. Walau apa pun yang pastinya saya sangat happy dengan kerja ini. Ini lah jiwa saya. Dan saya bersyukur kerana Allah masih memilih saya untuk terus menjadi mujahidah di jalanNya. yeah...Itulah dia!
The baby is always moving and kicking. Very active and always give good respond. Alhamdulillah.. Semoga Allah permudahkan urusan hamba untuk membawa dan menjaga hamba kecil ni. Dan dipermudahkan juga kehadirannya ke dunia yang fana' ini, untuk melaksanakan janji pada Tuhannya. Semoga Allah tetapkan dia menjadi jundi di jalanNya yang lurus.
Selalu rasa tidak sabar nak tengok si kecil ni. Cepatlah keluar...tapi tak boleh... duduk kat dalam bagi matang dulu yer.. Kalau ada mesin ultra sound kat rumah mungkin hari-hari scan. Bila dia gerak-gerak nak tahu dia tengah buat apa.
Indahnya pengalaman mengandung ni. Walau badan agak merana, tapi itulah fitrah seorang ibu. Barulah faham betapa besarnya pengorbanan seorang ibu. Barulah faham kenapa ibu bapa harus amat sangat di dahului dan dihormati.
But sometimes ada juga perasaan risau untuk menjadi seorang ibu. Rasa diri tak cukup matured. Once dia keluar maka bermula detik menjadi seorang mak yang akan selalu perlu concern tentang anaknya. Sedangkan diri sendiri merasa masih terlalu manja. Apatah lagi masih berada di alam universiti, terasa diri belum keluar menjadi dewasa.
Bolehkah nanti di sesuaikan antara anak dan akademik?
Bolehkah nanti di sesuaikan antara melayan dia dan urusan dakwi?
Membayangkan tugas itu seperti terlalu dewasa. Jangan bimbang
Si kecil ini kerap kali bergerak. Tanda dia aktif dan perkembangannya baik. Saya mengusap lembut badannya yang terbonjol di mana-mana bahagian perut saya. Menenangkannya. Dia akan kembali senyap sebentar. Saya akan meneruskan kerja. Namun tak lama. Dia akan bergerak semula. Kadang lembut, dan kadang agak agresif. Membuatkan saya semakin tidak sabar untuk melihat dia.
Little Princess,
Indahnya perasaan ummi saat menunggu kau tiba
Walau selalu tidak bersama abi
Namun kau setia menjadi pengubat hiba
Semoga tarbiyah dirimu sentiasa segar di jambangan Islam
Menyambung usaha datuk, nenek, abi dan ummi
Selamat bertemu wahai mujahidah yang di nanti
3 comments:
Kak, bila due??
insyaAllah 23 disember... doakan yer...:)
sila lihat gambar akak di profile...hehe...akak tak simpan gambar... dok ngan akhi..
Post a Comment