Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Saturday, November 6, 2010

Jemputan Walimah Mashizaki Keikan

Kepada yang mengenali En Mashizaki Keikan samada dialam nyata atau di alam maya, dijemput hadir memeriahkan majlis. Majlis walimah akan diadakan di Kelantan di kediaman keluarga Tarhata Kiran pada 19 Nov 2010 dan majlis risepsi akan diadakan di UTM pada 05 Dis 2010. Semoga dengan kehadiran anda dapat memeriahkan majlis yang akan di diadakan dan semoga kita semua berada di bawah limpah rahmat Allah Ta'ala...



yang menyampaikan hebahan: TK

Saturday, October 30, 2010

Kenangan SRIH




Dia nangis....."ustazah dah tak ngajar lagi.."

suasana kelas.... dia tengah sedih lagi....."nak gi rumah ustazah.."



Penat dengan kerenah adik-adik ni. tapi memori bersama antum paling indah..

Saturday, October 9, 2010

Saya Sudah Bertunang


Bismillah…

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa bulan yang lalu. Iya, hanya beberapa bulan lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Tarhata Kiram. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata hak Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga hak Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Tarhata Kiram yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama… Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ummi bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

“Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?”

Aku menjawab tenang.. “Warna putih, bersih…”

“Alhamdulillah, ummi akan usahakan dalam tempoh terdekat.”

“Ummi, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan.”

Ummi angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu… helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh sanubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama… Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang… As-Syifa’ aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

“Kak Tarhata, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?”

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

“Insya Allah, ‘dia’ tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama.”

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

“Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!”

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan ‘dia’ yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa’ ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

“Bila enti menikah?”

Aku tiada jawapan khusus.

“Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu…” Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

“Jemput ana tau!” Khalilah tersenyum megah.

“Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!” Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

“Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti…”

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu…

“Usah berlebihan ya…”

Ummi angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

“Tarhata, jom makan!”

Aku tersenyum lagi… Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

“Tafaddal, ana puasa.”

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

“Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat… Tarikhnya tak tetap lagi ke?”

“Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi.”

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

…………………………………

“innalillahi wainna ilaihi rajiun…”

“Tenangnya… Subhanallah. Allahuakbar.”

“Ya Allah, tenangnya…”

“Moga Allah memberkatinya….”

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok ‘dia’ yang mendekatkan aku kepada Allah.

Akhirnya, mereka kenali sosok ‘dia’ yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.

Akhirnya, mereka sama-sama mengambil ‘ibrah dari sosok ‘dia’ yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar…

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku… Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa’nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

“Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan ‘dia’ yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui…”

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian…

“Tarhata bertunang dengan siapa, mak cik?”

Ibu tenang menjawab… “Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Tarhata hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh.”

“Allahuakbar…” Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

“Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama…”

Ibu angguk, tersenyum lembut… “Ini nak, bukunya.” Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr ‘Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk ‘Malam Pertama di Alam Kubur’.

“Ya Allah, patut la Tarhata selalu menangis… Khalilah tak tahu mak cik.”

“Dan sejak dari hari ‘khitbah’ tersebut, selalu Tarhata mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan…”

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Tarhata yang diberikan oleh ibu.

“Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ummi akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil ‘ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu.”

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita… Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

~ Mengingati mati itu sunat tetapi meminta mati itu haram~

Siapa kita untuk menentukan bila, bagaimana dan mempersoalkan tentang kematian

Renung-renugkanlah (nasihat untuk diri ini dan kita bersama)

* Kisah ini bukan kisah saya, ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *

~ Kullu nafsin za’iqatul maut ~



edited edition

Wednesday, July 28, 2010

...

mahu ingin gagah berlari
berlari dan terus gagah
mahu ingin teguh berdiri
berdiri bukan untuk megah

bila diri berdiri di atas
maka bersedia untuk diperhatikan
pandangan akal perlu selalu waras
peribadi diri perlu kecantikan

sesetengah orang memandang
oh, dialah idolaku
sesetangah orang memandang
yes, dia adalah musuhku

maka bersedialah diri
menerima dirimu adalah idola
walau kau sendiri lebih mengatahui
kau tidaklah sehebat itu

maka bersedialah diri
menerima dirimu sebagai musuh
menerima setiap butir bicara yang menyakiti
namun jadilah dirimu tetap teguh

namun dirimu tetap manusia
yang tidak pernah sempurna
terkadang kau kuat walau tidak berteman
terkadang, air mata jugalah peneman

namun diri harus sentiasa positif
baik di waktu kuat
baik di waktu lemah
kerana Allah lebih menyayangimu
lebih dari sesiapa pun..

Monday, July 12, 2010

Memorial Park



bismillah...

Mengimbau memori...alam under degree... bersama kepayahan yang tersendiri.. but selalu orang kata, tak susah tak berjuang... kat mana-
mana pun sama... erm....but ianya ada cerita yang tersendiri. Bukan mengungkit kepayahan yang dilalui, tapi sekadar berkongsi. Kepayahan itu sebenarnya suatu kemanisan.

Tak ada masa untuk diri sendiri pun sebenarnya. Akademik adalah hak bersama walaupun diuruskan sendiri. Berat sama dipikul ringan sama d
ijinjing, walau tak semua yang faham. Seboleh mungkin untuk difahamkan. Akademik tetap akademik yang perlu di titik beratkan. Meeting adalah tempat bermu'yasyah. Masa berpogram adalah masa bersantai. Disitulah kepuasan pada erti memberi. Disitulah tempat bergembira. Tiada kegembiraan yang lebih hebat selain kegembiraan bersama sahabat. Dan tiada kesedihan yang lebih berat, selain perpecahan.
Sungguh Allah telah menjanjikan nikmat yang he
bat buat hambaNya yang berkasih sayang.

Sungguh Allah telah menjanjikan nikmat yang hebat buat hambaNya yang bekerja di jalanNya.
Menjejak langkah ke alam amanah ini, membuatkan ianya berbai'ah dengan diri sendiri. Kepentingan diri tidak sepenting amanah ini. Sedang amalan sebesar zarah itu dikira di atas mizan...amanah ini sebesar apakah? adakah ia lebih kecil dari zarah hingga boleh dimudahkan. Jika Abu Bakar dan 'Umar yang dijanjikan syurga itu pun begitu serius dengan amanah yang disandang, maka kita ini siapakah hingga sanggu
p mempermainkannya? Terima kasih kepada pentarbiyyah Terhebat. Jalan berduri yang Kau bentangkan, sungguh banyak pentarbiyahan.

No more volleyball after first year SUKAM. That is my lovely sport. And terpaksa meminati netball, even main tanpa feel. Why volley? Dalam game juga ada pemerhatian. Dengan game juga kita boleh nilai seseorang. The difference b
etween volley and netball is.... volley, kita jaga amanah kita, and pasukan kita, never kacau orang, but ada taktik untuk buat lawan kalut. Netball adalah satu perebutan. I don't know what the netball lover feel. Mungkin adalah yang interesting. Waiting for akhawat's volleyball team. Huh...sport jer pun? Apalah yang nak disedihkan sangat... But it is not "jer pun" for me. Dah sebati.




Yes... amanah itu was changing me. A lot. Kerana berkerja bersamanya membutuhkan satu atittude, sikap, peribadi, cara yang sesuai dengan keperluannya. Tidak boleh tidak. Akhirkan bertambahlah sedikit garam dan tegas, kadang-kadang terkurang gula. And sometime boleh buat kita terlebih cuka. Pahit itu sudahlah pasti. Menjadi out spoken sesuatu hal yang terpaksa diterima even tak suka, daripada sesuatu hal itu tidak dapat disampaikan. Bukan senang nak terima perubahan tu, ianya suatu mujahadah yang amat memenatkan hati. Siapakah yang faham? Baca sirah sahabiah di zaman Rasulullah, meneladani semangat wanita ansar yang berani. Jika keayuan keperempuanan melayu itu merantai kaki untuk berjihad fisabilILLAH, maka ianya terpaksa dilepaskan. Yang penting keperempuanan Islam itu masih terjaga.

Yes...hidup ini bagai larut bersamanya. Kegembiraan dia kegembiraan kita, kesedihannya kesedihan kita. Have no time to think about our self. Pernah rasa macam tu? Lebihan waktu akademik yang ada adalah untuk dia. Dan terkadang dia mencuri waktu akademik, dan rasanya akademik tak pernah pun mencuri waktu dia. huhu...tidak sesekali mengajak kamu2 yang masih dibidang akademik berbuat demikian. Maka akhirnya Allah jualah yang mengatur hidup kita. Sungguh seronok ada planner sepertiNya. Tinggal saja nak execute, itupun masih nak Dia tunjukkan. Manja sungguh! takper... :)

Tidak cukup masa. Memang betuilah kata-kata nih "Sesesungguhnya tanggungjawab kamu lebih banyak dari masa yang kamu ada"... andailah kamu menyedari. Berjalan ke meeting itulah waktu bersiar-siar, sambil melihat semua pemandangan dan kerenah manusia. Sambil berjalan, sambil menganalisis. Waktu meeting itulah untuk merehatkan fikiran, walaupun tahu kepulangannya bakal membawa amanah baru. Jarang sekali dapat melihat ikan talapia berkerumun datang bila ditabur roti, tak jauh pun...tasik UTM jer. Dah tak cukup tenaga untuk menapaki negeri persada langit, Balai Cerap sambil memerhatikan burung yang berterbangan, awan yang berbagai gaya, sambil menghirup udara tinggi. Sejuk. Shopping, ibarat boleh kirim salam jelah. Yang penting biskut mesti ada... Fuh...siapalah yang faham keadaan manusia seperti ini? Aku redha dengan apa yang Kau aturkan buatku, asal saja Kau redha padaKu... Tiadalah kegembiraan yang lebih gembira, selain merasai kasih sayangMu padaku... mungkin itulah yang dirasai oleh kekasihMu, ar-Rasul..

DaripadaMu aku datang, kepadaMu aku pulang.
Ampuni hamba ya tuhan...

masih dgn BI yg berterabur..

Friday, June 18, 2010

Pelancaran IKRAM



Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam. Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia.

Misi dan Visi

IKRAM ialah sebuah pertubuhan Islam yang menyeluruh, yang bekerja untuk menegakkan Islam di Malaysia. Matlamat IKRAM ialah:

1. Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah, serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat;
2. Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak yang mulia;
3. Meninggikan taraf sosio-ekonomi umat Islam;
4. Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membenteras kejahilan, kemiskinan, keruntuhan moral dan menggalakkan kerja kebajikan, tanpa mengira bangsa dan agama;
5. Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan di kalangan mereka;
6. Menegakkan syariat Islam secara praktikal;
7. Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam;
8. Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif yang selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat.

Jawatankuasa Pusat IKRAM

Monday, June 14, 2010

Rukun Islam ke Lima...Jom!


bismiLLAH...

Baca blog sahabat teringat kenangan di suatu hari...

Nad: Bai nak pergi tabung Haji tak?

Bai : Nak buat apa?
Nad: Jadi wakil student UTM untuk penerangan and perbincangan dengan diorang.
Bai : Tak ada buat apa harini. Ok bolehlah.

Tabung Haji sedang menggalakkan seramai mungkin umat Islam untuk menyimpan di Tabung Haji walaupun belum lagi bercadang untuk melaksanakan hukum Islam kelima itu. Di bawah TH ada beberapa syarikat dan perusahaan untuk dimajukan sebagai contohnya Industri kelapa sawit yang mana TH ada ladang sendiri. Pelaburan tabung haji akan digunakan untuk perusahaan tersebut yang mana InsyaAllah terjamin halalnya yang toyyib.

Duit di TH juga akan digunakan untuk membantu jemaah haji dalam urusan haji mereka. Dalam masa yang sama kita juga ada saham khairat di situ insyaAllah. Pengagihan saham di TH juga InsyaAllah ada kepastian kemana dilaburkan dan insyaAllah halal. TH adalah 100% hak bumi putra dan TH sangat menggalakkan orang Melayu untuk melabur. "erm....tapi ada jer yang tak Melayu tapi Islam and vice versa. Macam mana?." "Maksud saya Melayu tu Islam lah. Common masyarakat guna macam tu."...'hopefully....*Smiling...'

Kita juga digalakkan untuk mendaftar haji sekarang. Seperti yang kita selalu baca dalam akhbar, calon haji terpaksa menunggu giliran yang lama untuk melaksanakan haji. Dan bila dah sampai giliran mereka, gembira sungguh hati mereka. Kita baca pun terharu. Kenapa kita digalakkan untuk mendaftar sekarang? Sebab terlalu ramai yang InsyaAllah akan mengerjakan haji sedang setiap negara ada had tertentu untuk menghantar jemaah haji. Pendaftaran awal akan memudahkan penyelenggaraan. Walaubagaimanapun pemilihan jemaah haji akan turut mengambil kira prioriti, contohnya faktor umur. Pakcik makcik akan didahulukan berbanding yang masih muda. Sekarang sudah tersenarai giliran haji untuk beberapa tahun. Jika daftar sekarang, mungkin kita berada di giliran yang ke 25 tahun. Wah....lama tu... 23 + 25 = 48. InsyaAllah badan kuat lagi. Kalau daftar masa umur 48 tahun? Allahu ta'ala a'lam..

"Saya nak daftar haji"

"alhamdulillah... boleh. Dalam akaun mestilah melebihi RM1300" kedatangan yang sangat di ra'ikan.

"InsyaAllah cukup"

"ok, mintak buku akaun atau IC. Isi form ni"

"Dengan siapa adik nak pergi haji nanti?"

"Erk... kena state sekarang ke?... Erm saya tak tahu lagi nak pergi dengan siapa."

"Ok, takper, yang penting mestilah mahram. Nanti nak pergi pun boleh statekan dengan siapa nak pergi. Ni tahun giliran adik."

'2024... wah... lama jugak yer. Macam manalah kalau daftar lambat.'

"Terima kasih..."

Beberapa pelajar UTM yang hadir pada perbincangan tersebut telah diamanahkan untuk menjadi 'duta' TH dalam rangka untuk meramaikan pendeposit TH. UTM juga telah membuka ruang bagi TH untuk membuka booth di Tapak Pesta konvo and mengadakan promosi lain. Baru harini nak postkan hal ni... Alhamdulillah dah selamat satu hal.

Jadi kepada sahabat-sahabat sekalian, marilah kita mendepositkan harta di TH dan daftarlah haji dari sekarang... Semoga segala harta berada di saluran yang benar, insyaAllah..