Memerhati bagaimana masyarakat moden ini memperlakukan al-Quran dan sirah nabi. Terasa agak jauh…atau boleh dikatakan…jauh sekali caranya dengan cara khilafah terdahulu memperlakukannya. kita bukan sahaja mahu belajar sirah nabawi sekadar untuk tahu cerita orang-orang terdahulu. Tetapi mengkaji sirah adalah untuk megambil pelajaran daripadanya supaya ianya boleh diamalkan dalam sistem kehidupan seorang muslim.
jika sirah nabi dihayati sekadar untuk mengingati kronologi sirah hidup Rasulullah, maka ianya akan menjadi suatu yang amat membosankan. Apa tidaknya, cerita itu cerita orang dulu-dulu, tamadun dahulu kala, jauh sekali bezanya dengan zaman moden ini. Ceritanya pula mungkin sesuatu yang tidak diamalkan. Jadi betapa jauhnya sirah murni itu dari konteks kehidupan kita. Maka jadilah ia sekadar penglipur lara. Tetapi jika kita mengambil sirah murni itu sebagai panduan dalam pengamalan kehidupan kita, maka ia akan menjadi sesuatu yang excited untuk dipelajari..sesuatu yang hidup dalam diri.Lihatlah kepada kejayaan
· Khilafah khulafa ar-Rasyidin...
· Shalahuddin al-Ayyubi
· Muhammad al-Fateh
· Ikhwanul Muslimin...
Mereka ini mengambil cara Rasulullah dalam melaksanakan sistem kehidupan...perang, dakwah, ekonomi, akhlak dsb...kerana itulah contoh sistem kehidupan yang terbaik, yang tidak pernah wujud lagi sistem hidup yang lebih baik, sebelum atau selepasnya.
Sebagaimana mereka mampu mengambil contoh kehidupan Rasulullah, walaupun setelah kewafatan baginda, begitulah juga seharusnya kita.Kita belajar al-Quran dan sirah bukan sekadar untuk mencari bukti kebenaran kajian moden,tapi pengamalan hidup kita sebagai muslim sememangnya harus perlu begitu..mengikut cara al-Quran dan sunnah.
kita ini berada pada zaman lebih maju daripada zaman mereka...kenapa Islam pada zaman ini tidak semantap Islam di zaman khilafah..? Mungkin contoh nilai kehidupan yang murni itu telah dibuang.. terhakis tanpa sedar. Yang mana ianya dirasakan sudah tidak relevan untuk diamalkan. Amat rugi sekali.
Kemudian kitab itu kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu diantara mereka ada yang menzalimi diri sendiri, ada yang pertengahan dan ada (pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah kurnia yang besar.(Fatir: 32)
Ianya bukan sahaja terjadi dikalangan muslim yang tidak mahu mendalami Islam, tetapi juga dikalangan muslim yang banyak mengkaji Islam, yang mana Allah uji diri mereka dengan ilmu yang ada pada mereka. Wana’uzubillahi min zaalik. Sepertimana yang disebutkan dalam satu hadith
Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan baginya, maka akan diberikan kefahaman dalam agama(matan?)
Berbeza caranya masyarakat pada zaman Rasulullah mempelajari al-Quran dan menuruti sunnah dengan masyarakat kini. Masyarakat pada zaman itu mengkaji al-Quran dan menuruti sunah kerana hati mereka secara total mengatakan itulah panduan hidup yang perlu diamalkan. Dalam pengkajian itulah akan terlahir lagi bukti sains yang akan mengajarkan cara kehidupan ini berkembang dengan teknologi, seterusnya akan menyemarakkan lagi keimanan mereka. Malah telah terbukti bahawa dengan kemantapan itulah, telah terlahirnya satu ketamadunan ilmu di kalangan masyarakat Islam. Begitulah cantiknya kehidupan mereka terbentuk dengan sibghah(acuan) Allah. Tetapi apa yang terjadi kepada muslim kini adalah terbalik. Mengkaji al-Quran dan mencari sunnah untuk mencari bukti penemuan sains dan uniknya kejadian alam yang turut dinyatakan dalam al-Quran. Malah untuk meyakinkan bahawa al-Quran itu adalah panduan utama, terpaksalah dicari penemuan-penemuan sains yang terdapat didalam al-Quran untuk menjadi dalil penguat hujjah.
Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kebesaran) Kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa al-Qur’an adaah benar. Tidak cukupkah (bagi kamu) bahawa tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu. (Fussilat:53)
Secara teori, amat mudah untuk dihuraikan. Tetapi pengamalannya memerlukan mujahadah. Penghuraian sebenarnya melatih diri untuk berfikir, melatih untuk menjadi ulil albab seperti yang dinyatakan dalam surah Ali-Imran.
Orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadan berbaring dan memerhatikan penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), “ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Maha suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka” (Ali-Imran: 191)
Walau pengamalan, sebenarnya belum cukup sempurna dari orang yang menghuraikan. Sesungguhnya segala ilham datangnya dari Allah, dengan kebenaran Allahu ta’ala… Semoga segalanya dalam pemeliharaan Allah..
Jadi…untuk diri yang masih kecik, idea ini ditujukan khas buat dirimu..untuk pemantapan dirimu..
No comments:
Post a Comment